BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DR ASRI MENGESAHKAN PAS SONGLAP DUIT TABUNG MEMALI !!! RASA-RASA HARAM TAK SONGLAP DUIT ???

Posted: 16 Dec 2012 07:30 AM PST


ANDA BACA DULU AYAT DI ATAS DAN ANDA LIHAT SENDIRI VIDEO DI BAWAH

 

MANA PERGI DUIT TABUNG MEMALI ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN !!! HAJI ISMAIL MINA MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 16 Dec 2012 04:00 AM PST


Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah,liberalisme dan pluralisme,kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT),Haji Ismail Mina Ahmad.Beliau berkata demikian ketika membandingkan keadaan ini dengan Umno dalam Wacana Meja Bulat terbitan Antarapos yang membincangkan tajuk 'Ulama Sebagai Pemimpin'

"Pada hemat saya,kezaliman yang paling besar adalah syirik.Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah.Tidak ada.Tapi dalam PAS ada syirik,di mana ada orang beramal dengan syiah.di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..," kata Haji Ismail.Bagaimanapun hujah beliau itu disanggah seorang lagi ahli panel,Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad yang mendakwa pemimpin Umno jauh lebih liberal dan plural daripada PAS. 

"Saya tak bersetuju la (PAS syirik)… jauh lebih liberal, jauh lebih plural dalam Umno kerana asas parti itu tak jelas… sedangkan dalam PAS, asasnya dah jelas kerana pemimpin-pemimpin Umno dahulu dah keluarkan kenyataan," katanya.

Ismail Mina kemudian berkata dalam apa jua tindakan dan keputusan mana-mana parti sekalipun, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dipegang dan diutamakan. "Jadi maknanya,dalam kita memerlukan,dalam PAS, mana-mana parti pun (termasuk) Umno dan saya juga,mesti meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. 

Sambil mendakwa tuduhan Ismail Mina bahawa PAS adalah syirik sesuatu yang tidak berasas,Khalid berkata sebenarnya Umno mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam.



"Saya rasa pasal yang disebut oleh Ustaz Ismail Mina cukup serius.dia menuduh PAS ini ada syirik dan sebagainya.saya rasa itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas. Kerana kita menolak (syirik), sedangkan dalam perlembagaan kita amat jelas… kalau nak cakap pasal mempertahankan dan mengembangkan Islam itu terlalu umum, kita tak merujuk kepada apa-apa. "Dan dari segi tindakan Umno untuk mengkhianati umat Islam dan perjuangan Islam adalah amat jelas… dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang telah diluluskan (di Kelantan)..itu sebahagian… kalau tolak sebahagian tak mengapakah?" soalnya kepada Ismail Mina. Bagaimanapun Ismail Mina berkata, Umno tidak pernah menolak pelaksanaan hudud. "Mereka bukan tolak, cuma tidak buat (laksanakan)…," jawabnya. Selain Khalid dan Ismail Mina, wacana kali ini juga disertai oleh bekas mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Fadlan Othman.

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH MEMBOIKOT KONVENSYEN DAP KE 16 ???

Posted: 16 Dec 2012 12:21 AM PST


Tidak ada perkara yang lebih menarik di dalam Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di Georgetown,melainkan ketidakhadiran pemimpin-pemimpin utama PKR.Di mana Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum,di mana Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden parti dan di mana Azmin Ali selaku Timbalan Presiden ??? Sibukkah Mereka ??? Sekurang-kurangnya parti PAS mewakilkan Dato Mahfuz Omar selaku Naib Presiden dan Setiausaha Agong,Dato Mustapha Ali.Timbalan Presiden PAS pula,Mat Sabu turut hadir selepas makan tengah hari.Kita faham kenapa Presiden PAS menyepikan diri dari menghadiri konvensyen ini.Ini disebabkan tindakan DAP yang berpegang teguh dengan pendirian untuk melantik Ketua Umum PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang pertama.Apa yang dirasakan di di dalam Konvensyen adalah seolah-olah PKR telah memboikot konvensyen DAP ini.PKR hanya menghantar pemimpin negeri Datuk Dr Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah KamarudinWanita PKR.Ketidakhadiran pemimpin utama PKR dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13. 

Tidakkah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dati Seri Wan Azizah mahu hadir memberi semangat kepada rakan sekutu mereka yang paling kuat ??? Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam Konvensyen ini menjadi punca Konvensyen DAP diboikot oleh PKR ??? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13.Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP.DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR. Pada pilihan raya umum 2008,DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.

Lim berkata, mandat yang dicari oleh DAP daripada pengundi adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan kerajaan bersama-sama dengan PKR dan PAS. Lim berkata, mandat itu penting dalam rangka kerja pakatan pembangkang untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam 'Common Framework' dan BukuJingga.Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pemimpin Pakatan di Sabah dan Sarawak perlu mengendalikan rundingan mengenai kerusi antara mereka sendiri. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu untuk memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang bertanding hari ini.Apakah PKR merasa tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama PKR ??? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih menyembunyikan masalah di antara mereka.Berapa lama lagi parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dapat menyembunyikan ketidaksepakatan di antara mereka daripada pengetahuan Rakyat ??? Apakah tindakan DAP di dalam Konvensyen kali ini boleh kita sifatkan seperti menikam belakang rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat ??? - Selangor Daily

KONGRES DAP KE 16 !!! ANAK BERANAK MASIH KUASAI PEMILIHAN DAP !!! MANA MELAYU DAP ???

Posted: 15 Dec 2012 09:00 PM PST


Pasukan bapa dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mendahului Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 yang diadakan di Pulau Pinang semalam.Walaupun sebelum ini,Pengerusi DAP,Karpal Singh cuba dijatuhkan dalam kepimpinan DAP pusat,namun keputusan pemilihan menyangkal dakwaan itu apabila beliau mendapat undi ketiga terbanyak,di samping anak sulungnya,Gobind Singh turut dilantik semula.Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu 1,607,diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh meraih 1,411.Sementara itu,Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy,Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham,Exco Kerajaan Selangor,Ronie Liu,Adun Kota Raja,M.Manoharan dan Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong) tewas dalam pemilihan DAP.Berikut adalah senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16. 

1. Lim Kit Siang 
2. Lim Guan Eng 
3. Karpal Singh 
4. Chong Chieng Jen 
5. Anthony Loke Siew Fook 
6. Vincent Wu Him Ven 
7. Tan Kok Wai 
8. Gobind Singh Deo 
9. Tony Pua Kiam Wee 
10. Datuk Teng Chang Kim 
11. Fong Kui Lun 
12. Nga Kor Ming 
13. Chong Eng 
14. Chow Kon Yeow 
15. Liew Chin Tong 
16. M. Kula 
17. Boo Cheng Hau 
18. Teresa Kok Suh Sim 
19. Teo Nie Ching 
20. Ngeh Koo Ham 

semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP.Mereka adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi.Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi.Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC),Ahmad Ton juga turut tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi.Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi),Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi). 

MANA PERGI MELAYU DALAM DAP ???
 
ADAKAH INI DIKATAKAN AKAN MEMBELA DAN MELEBARKAN SAYAP UNTUK ORANG MELAYU ???
 
ANDA LIHAT DI SITU ???
 
RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PAS SELANGOR BERKENAAN SULTAN KAW-KAW !!!

Posted: 15 Dec 2012 06:00 PM PST


Masyarakat tidak terperanjat dengan tindakan ahli-ahli politik seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang terang-terang memanipulasi kenyataan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Baginda Sultan dikatakan membenci Umno dan begitu tidak selesa kalau terdapat mana-mana pihak mengaitkan Baginda dengan mana-mana parti politik termasuk Umno. Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah dengan sengaja atas kepentingan politik memutarbelitkan kenyataan Baginda itu. Beliau seolah-olah menyokong kuat kenyataan bahawa Baginda benci bila pengamal media termasuk media baru cuba menggambarkan bahawa Baginda mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan sentiasa menyebelahi parti itu.Hal ini menjadikan baginda tidak lagi objektif sebagai seorang Sulltan yang sepatutnya berada di atas politik.Manipulasi yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS itu jelas menunjukkan bahawa Parti Islam yang sedang tersepit dengan berbagai isu besar seperti pengguguran hudud dan negara Islam dalam perjuangannya,kes kebebasan beragama Nurul Izzah,isu remeh tetapi mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan dan kebolehan PAS melaksanakan peraturan-peraturan Islam seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu,isu papan iklan di Kedah dan respons yang diberikan pimpinan tertinggi parti PAS terhadap berbagai penghinaan yang dibuat oleh pimpinan DAP terhadap Islam. 

 Untuk menutup isu-isu ini, sebenarnya pimpinan PAS sedang menunggu-nunggu masa dan ketika untuk memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh musuh-musuh politik mereka. Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh dari itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik. Kenyataan Dr Rani tidak lebih daripada politik murahan yang cuba membuat satu persepsi bahawa Sultan lebih condong kepada PAS. Sedangkan seperti yang diketahui umum Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu. Biasanya Baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberi oleh penjawat awam. Ada baiknya jika Dr Rani melihat sendiri beberapa penulis blog yang mempunyai kepentingan peribadi dan memegang fahaman politik sempit menyebarkan beberapa fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Baginda Sulltan. Sebahagian daripada mereka dikatakan mewakili PAS dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya. Jika beliau dapat menangani masalah ini dirasakan beliau akan lebih berperanan untuk mengharmonikan tampuk pemerintahan Selangor daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan di antara rakyat dan istana. Dr Rani Osman juga dilaporkan dalam saluran media parti itu yang secara rambang menuduh MAIS, JAIS dan SUK menjadi talibarut Umno.Nasihat-nasihat yang diberikan kepada Baginda Sultan dikatakan 'bias' kepada Umno. Pandangan curang seperti ini memang sudah diulang-ulang buat sekian kalinya oleh pimpinan tertinggi PAS khasnya di Selangor.Dalam kes DUMC sebagai contoh pimpinan PAS telah membuat tuduhan rambang dengan mengatakan bahawa tindakan JAIS dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi MAIS telah dipengaruhi oleh Umno. Akhirnya terbukti sama sekali tidak ada kebenarannya. Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur fitnah dalam pertuduhan tersebut. Mereka juga menuduh Duli Yang Maha Mulia Sultan juga terlibat seolah-olah wujud konspirasi yang didalangi oleh Umno. Taktik yang cuba dibawa oleh PAS bahawa segala-galanya berpunca daripada Umno tidak syak lagi merupakan taktik politik murahan dan desparate. Mungkin rakyat dapat membaca bahawa sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada batang tubuh PAS tetapi adalah jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata untuk mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apapun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
 Presiden JATI 
15 November 2012
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...