BADUT RAKYAT |
- ISU SALON KELANTAN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! AHLI PKR MENSABOTAJ PARTI SENDIRI ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! DEEPAK MENYAMBUNG TUGAS SUARAM ??? TERBUKTI BELIAU DAN PR INGIN JATUHKAN PM @NAJIBRAZAK !!!
- HOT NEWS !!! KARPAL SINGH MENGHINA HADI AWANG KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! PAS MENGAKU BAHAWA PARTI ITU BALACI KEPADA DAP ??? WAJIB BACA !!!
- ISU SKANDAL SEKS !!! SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA LEBIH MULIA DARI PEMIMPIN PR !!!
| ISU SALON KELANTAN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!! Posted: 15 Dec 2012 03:00 PM PST Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut. Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam. Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam. Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka? Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut. Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul. YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI 15 November, 2012 |
| HOT NEWS !!! AHLI PKR MENSABOTAJ PARTI SENDIRI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 15 Dec 2012 07:30 AM PST Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun.Selagi namanya politik dan manusia,selagi itulah perkara begini wujud.Namun,walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia,saya menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.Parti PKR adalah parti sampah,iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang,terbuang atau membuang diri dari UMNO.Bermula dari kepalanya,iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan 'bau busuknya'.Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah.Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.Jika yang di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu ??? Kerana itu,sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti dari unsur-unsur ini.Maka,PKR lah tempat mereka bergelumang sesama sendiri.Justeru,kenyataan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan parti itu.Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk berkuasa.Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar.Apa yang pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan Anwar,keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi parti dengan tiada kompromi.PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri.Perkara ini juga berlaku di dalam DAP yang juga menghadapi masalah yang sama pada konvensyen mereka hari ini.Dari desas desus yang kedengaran,terdapat dua tiga atau lebih kem yang berebut jawatan dan kawasan secara bersungguh-sungguh kerana percaya PRU ini adalah peluang terbaik mereka untuk ke Putrajaya. Bayangkan, Khalid, Azmin, Nurul Izzah, malah Wan Azizah sendiri masing-masing punya cita-cita berasingan, untuk diri sendiri dan bukannya parti.Dengan masing-masing punya pengikut yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan pemimpin mereka duduk di singgahsana,PKR mungkin terpaksa menghadapi perang PRU dalam keadaan tempang.Kenyataan Fuziah Salleh,Naib Presiden PKR bahawa kekecewaan yang mungkin dirasai oleh segelintir yang tidak terpilih adalah sementara hanyalah kenyataan untuk memujuk diri sendiri sahaja.Hakikatnya,PKR dipenuhi dengan manusia-manusia rakus yang tidak akan berdiam diri sekiranya kalah.Sifat ini terpampang jelas dari personaliti Anwar Ibrahim sendiri,iaitu manusia yang melahirkan parti itu.Sama ada PKR sedar atau tidak, ikon mereka iaitu Anwar Ibrahim kini semakin hilang pengaruh di kalangan parti sekutu,DAP dan PAS walaupun Anwar menumpukan sepenuh tenaga kepada agen-agennya yang diserap ke dalam PAS sehinggakan mengabaikan PKR sendiri.Kerakusan Anwar untuk menguatkan diri sendiri dan bukannya parti membuatkan PKR berada dalam keadaan sepertimana hari ini iaitu, berserabut dan kelam kabut.Kini,'kesetiaan' pada Anwar sudah menjadi sesuatu yang objektif,apatah lagi kepada parti.Justeru,sabotaj di dalam PKR adalah sesuatu yang pasti.Persoalan yang tinggal kini hanyalah sama ada ia seburuk yang dijangka atau tidak.Apapun,ia tetap akan menjejaskan lagi kedudukan parti itu di dalam PR sekali gus melemahkan PR dalam menghadapi PRU. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 15 Dec 2012 04:00 AM PST sila baca artikel ini sampai habis kerana artikel ini panjang,saya akan mulakan sejarah macam mana berlakunya cerita si deepak ini.saya akan ceritakan tentang RPK dulu kemudian kisah Deepak.Pada tahun 2011,laman Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin (RPK),iaitu si penulis pengecut dan bermasalah mental yang kini terumbang-ambing mencari 'tuan',telah menulis bahawa Deepak Jaikishan,seorang saudagar karpet yang mendapat tempat utama di media pembangkang hari ini adalah orang yang memperkenalkan penyiasat persendirian,P Balasubramaniam dengan Datuk Seri Najib serta adiknya,Nazim.Perlu diingatkan bahawa RPK terkenal dengan tulisan penuh drama dan memperincikan tempat serta masa kejadian bagi meyakinkan pembaca,seolah-olah beliau benar-benar berada di tempat kejadian bersama watak-watak yang ditulisnya.RPK pada ketika itu menulis bahawa Deepak bertanggungjawab menguruskan pertemuan antara Bala dan Nazim yang datang bersama isterinya di ruang pameran kereta di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya,di mana wang bertukar tangan daripada Nazim kepada Bala.Sehubungan dengan itu,Deepak pantas memberi respon kepada tuduhan tersebut dengan membuat sidang akhbar.Antara yang dilapor oleh Meloyakini pada 13 April 2011,Deepak berkata, "Itu adalah satu pembohongan!" dan "Saya tidak pernah berada pada masa dan lokasi yang didakwa oleh RPK dan tidak pernah menguruskan pertemuan antara Bala dan adik PM".Bagaimanapun,Deepak mengaku bahawa beliau mengenali Bala melalui abangnya dan kenalan bersama yang bernama Suresh,iaitu bekas anggota polis yang mengenali Bala.Beliau juga mengaku pernah berjumpa dengan Bala sebanyak dua kali iaitu bersama Suresh dan sekali lagi apabila Bala ingin meminjam wang darinya.Deepak memberitahu Meloyakini bahawa beliau tidak memberikan wang kepada Bala yang ketika itu menghadapi masalah akibat kerjayanya sebagai penyiasat persendirian telah terdedah.Deepak juga mengaku mengenali Nazim tetapi hanya atas kapasiti seorang juruhias dalaman dengan seorang arkitek yang kadangkala perlu bekerjasama.Deepak kemudiannya menyifatkan tuduhan RPK itu sebagai 'akibat terlalu banyak menonton filem Hindustan sehingga terbawa-bawa dengan imaginasi'. Deepak nampaknya begitu tersinggung bila dituduh sebagai 'budak penghantar beg'.Katanya, "tiada siapa menggunakan beg lagi dalam era internet ini.Wang dipindah melalui bank.kalaupun benar (yang saya mengatur pertemuan itu),saya seorang yang sibuk,kenapa saya perlu berbuat demikian ??? Saya ada orang suruhan yang boleh membuatnya untuk saya.Saya tak perlu lakukannya sendiri." Kenyataan Deepak di Meloyakini tampak begitu spontan,tiada drama dan tiada penafian atau pengakuan yang berlebih-lebihan dalam memperkatakan 'watak-watak' yang terlibat.Mengenai perniagaan pula,Deepak memberitahu Meloyakini bahawa hubungannya dengan Perdana Menteri dan keluarganya hanyalah berkenaan perniagaan dan tidak bermakna beliau seorang penghantar beg.Beliau juga mengaku mendapat kontrak menghias istana baru di Jalan Duta.Kontrak itu diperolehi dari kontraktor utama dan bukannya terus dari kerajaan atau Perdana Menteri.Katanya, "saya juga ada berbuat kerja untuk menteri-menteri kabinet,adakah itu bermakna saya juga punya kiatan dengan mereka?" Malah,mengenai pinjaman berjumlah RM600 juta dengan Kuwait Finance House,Deepak menjelaskan ianya dibayar mengikut jadual dengan hanya RM200 juta sahaja yang masih belum selesai. "Semuanya mengikut undang-undang…jika benar saya ada 'kaitan' politik,kenapakah saya tidak meminta mereka hapuskan saja hutang-hutang itu ???" Sindir Deepak kepada Meloyakini. Begitu yakin dan tegas Deepak membela diri dari tuduhan liar RPK.Namun, itu cerita tahun lepas.Tahun ini,Deepak tidak semena-mena muncul dengan cerita lain pula.Tahun ini,perniagaan Deepak tidak begitu menjadi. Beliau dikhabarkan 'tersangkut' dengan berbagai masalah kewangan yang berat. Beberapa perniagaannya di seluruh dunia menghadapi masalah secara serentak dan Deepak kini sibuk mencari publisiti turun naik mahkamah di Malaysia untuk menuntut haknya dalam satu projek yang didakwanya mendapat pinjaman dan sokongan kerajaan atas faktor 'kaitannya' dengan Perdana Menteri pula.Apa yang dapat dilihat di dalam mahkamah hari ini ialah keadaan Deepak yang tidak seyakin dan setegas sepertimana di dalam sidang akhbar tahun lepas itu.Deepak kelihatan tidak keruan dan beberapa kali kehilangan tumpuan sehingga menghairankan para pemerhati.Malah,kes yang dibawanya ke mahkamah itu juga amat lemah iaitu untuk menuntut haknya atas faktor 'pengaruh' berdasarkan dakwaan punya kaitan dengan seseorang yang berkuasa. Memahami asas kes ini saja sudah cukup untuk membuat kita pening, itu belum lagi cubaan untuk memahami apa kaitannya dengan tajuk-tajuk mengenainya di media pembangkang. Pelik sekali apabila media pembangkang memainkan isu Deepak dari sudut yang sama dengan isu yang tiada isu, iaitu isu kapal selam scorpene. Isu kapal selam telah pun selesai dengan keputusan SUARAM kalah mati. Tetapi kini,isu ini ditimbulkan pula oleh media pembangkang melalui kes perniagaan Deepak yang langsung tiada kaitan dengannya. Namun, bila difikirkan semula, kita sebenarnya tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk memahami strategi pembangkang ini.Jelas sekali Deepak telah dipergunakan untuk menyambung tugas yang gagal dijayakan oleh SUARAM. Deepak tidak punya kes yang kukuh di mahkamah tetapi 'kes' tersebut sengaja ditimbulkan untuk menghidupkan terus nama Altantuya.Kalah menang atau berasas atau tidak kes Deepak adalah cerita lain.Yang penting ialah mencari ruang untuk menimbulkan keraguan terhadap Perdana Menteri,itu saja.Kita faham bahawa pembangkang sudah benar-benar terdesak dalam mencari isu untuk dijadikan peluru dalam pilihanraya.Pembangkang sudah benar-benar mati akal untuk menimbulkan isu baru serta sudah terlalu letih menepis peluru yang bertubi-tubi yang tertembak ke kaki sendiri. PAS, DAP, PKR semuanya bermasalah. Anwar sudah hilang pengaruh.SUARAM sudah kantoi.Ambiga dan BERSIH sudah pun 'arwah'.Lynas hanya membuktikan hasutan perkauman oleh pembangkang.Maka,mahu tidak mahu, hanya kes Altantuya saja yang mampu dibesarkan dan dikelirukan kerana ia melibatkan nombor dan angka serta perkara-perkara sulit pertahanan negara.Justeru,Deepak pun dijadikan senjata untuk menembak rambang ke arah kerajaan,sekadar untuk membeli masa dan meraih saki baki sokongan rakyat yang buta tuli sementara menunggu pilihanraya.Dengan itu,BN tidak perlu susah-susah menepis peluru dari senjata yang bernama Deepak ini.Tak akan lut sebuah parti yang terbina dengan semangat yang kukuh dengan tembakan peluru kapur yang berterabur. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KARPAL SINGH MENGHINA HADI AWANG KAW-KAW !!! Posted: 15 Dec 2012 12:30 AM PST |
| HOT NEWS !!! PAS MENGAKU BAHAWA PARTI ITU BALACI KEPADA DAP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 14 Dec 2012 09:00 PM PST Presiden PAS,Abdul Hadi Awang pada Julai lalu pernah mengisytiharkan bahawa PAS merupakan parti yang paling kuat dalam pakatan pembangkang serta menjadi tulang belakang dan tonggak utama kepada PR.Sebulan kemudiannya,kenyataan Hadi itu disokong pula oleh Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali yang sekali lagi menekankan bahawa PAS kekal berperanan sebagai tulang belakang PR.Dengan kata lain,ia bermaksud PAS lebih dominan dan berkelayakan untuk memandu arah tuju PR berbanding DAP dan PKR dalam pakatan parti yang longgar itu.Kedua-dua kenyataan dari pemimpin PAS itu timbul selepas wujud kesangsian umum terhadap kemampuan PAS untuk mempertahankan hak orang Melayu Islam dalam pentadbiran kerajaan sekiranya PRU 13 kelak dikuasai oleh PR.Ramai penyokong dan ahli PAS menarik nafas lega dengan penegasan tersebut sekaligus mengikis rasa rendah diri mereka berikutan dakwaan ramai sebelum ini yang mengatakan PAS hanyalah balaci dan keldai tunggangan kepada DAP dan PKR. Mereka sedar dan mengerti,jika PAS gagal mendominasi PR serta tidak berupaya menjadi tulang belakang yang menggerakkan kekuatan pakatan itu,bermakna PAS tidak layak mengambil alih peranan UMNO untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu Islam.Namun kelegaan itu ternyata hanya ilusi semata-mata apabila AJK PAS Pusat,Dr Dzulkefly Ahmad dalam program bual bicara Let Talks mengeluarkan kenyataan bahawa dalam PR tiada parti yang menjadi dominan.Maksudnya,PAS tidak dominan dalam PR,bukan tulang belakang pakatan tersebut dan langsung tidak layak untuk menjadi ketua sebaliknya dengan pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor itu mengesahkan PAS hanya layak menjadi balaci atau lebih tepat lagi PAS adalah balaci DAP kerana terbukti dalam apa sahaja isu parti rasis Cina itu jelas mendominasi PR.Apa sahaja dasar dan prinsip perjuangan PAS yang tidak cocok dengan pendirian DAP,wajib di bakul sampahkan sahaja.Jadi, ini merungkai banyak tanda tanya kenapa selama ini dalam banyak perkara melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam, PAS lebih banyak mengalah kepada DAP termasuklah yang terbaru Kerajaan PAS Kelantan tunduk pada kehendak DAP dalam isu salun rambut.Pengisytiharan Presiden PAS dan Setiausaha Agungnya konon PAS adalah tulang belakang seraya dengan itu berperanan besar menentukan corak haluan dalam PR ternyata hanya omongan kosong sekadar untuk menghilangkan resah ahli dan penyokong PAS sahaja.Kalau pun benar PAS adalah tulang belakang PR,tidak lebih hanya sekadar selembut tulang belakang sotong saja. RENUNG-RENUNGKAN |
| ISU SKANDAL SEKS !!! SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA LEBIH MULIA DARI PEMIMPIN PR !!! Posted: 14 Dec 2012 06:00 PM PST Perletakan jawatan sebagai Speaker di Parlimen Singapura oleh seorang pemimpin politik negara itu, Michael Palmer berikutan pendedahan skandal seksnya dengan pekerja wanita sebenarnya memberi satu teladan yang mulia untuk diikuti pemimpin pembangkang di Malaysia.Mulia bukan kerana skandal nafsu seksnya tapi mulia kerana berani mengaku kesilapan dan sanggup memikul tanggungjawab dengan melepaskan jawatan yang disandang sekaligus mengelakkan parti dan kawasan yang diwakilinya menanggung malu.Tapi kita di Malaysia cukup pelik dan unik,ramai pemimpin pembangkang yang bernaung di bawah gabungan haram PR apabila terdedah skandal seks mereka kepada umum, rata-ratanya lebih selesa buat bodoh dan pekakkan telinga sahaja.Sedikit ucap kata maaf pun tak kedengaran,apatah lagi nak mengaku kesilapan seterusnya meletakkan jawatan duniawi yang disandang. Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang dikatakan mengetuai PR sampai sekarang masih kekal dengan egonya enggan mengakui hakikat sekalipun video asmaranya dengan seorang pelacur Chinadoll yang tersebar di merata pelusuk dunia maya telah disahkan ketulenannya. Walaupun sudah sahih lelaki dalam video itu adalah suami kepada Presiden PKR merangkap bapa kepada Naib Presiden parti itu,namun masing-masing anak beranak sekadar banyak bersilat lidah dengan harapan alasan tetek labuh dan perut boroi akan memadamkan ingatan ramai terhadap aksi tergaru-garu Chinadoll dalam video tersebut.Jam omega yang kononnya ada dalam simpanan isteri kepada lelaki 'berbatang bengkok' itu sehingga kini tidak terdaya dibuktikan ada dalam simpanannya,sebaliknya si suami ke sana ke mari gah pula bercakap pasal tawaran mega.Memalukan betul. Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang kelihatannya lebih selesa terus menikmati puncak kuasa biarpun terpalit dengan skandal dengan bekas pekerjanya sendiri.Sekalipun luka di dahi jelas kelihatan hasil lemparan kasut isteri sendiri,Betty Chew yang berang dengan kelakuan liar suaminya namun dek kerana sayangkan jawatan maka sampai sekarang.Setiausaha Agung DAP itu terus berpaut pada kuasa.Barangkali Guan Eng merasakan tidak adil jika hanya dirinya saja yang mengakui keterlanjuran tersebut,sedangkan ADUN PAS Selising,Kelantan yang kantoi meneroka khazanah isteri rakan di dalam kereta api sampai saat ini masih kekal sebagai wakil rakyat.Malah Setiausaha Agung,Mustafa Ali yang video intimnya dengan beberapa wanita GRO telah dirakamkan oleh juak-juak Anwar dalam PAS juga hingga sekarang buat bodoh sahaja.Hatta untuk melakukan sumpah laknat bersaksikan Allah S.W.T pun Mustafa Ali tak sanggup lakukan untuk menafikan aksi mesranya itu. Bukan dia saja,Anwar Ibrahim pun tak sanggup menerima murka Allah S.W.T sekiranya melakukan sumpah laknat bersandarkan aturan Islam.Sedangkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib bersedia menyerahkan nasibnya pada kekuasaan Allah S.W.T dengan melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam isu Altantuya yang dipropagandakan pembangkang, kenapa tidak untuk Mustafa dan Anwar yang mengaku lebih Islamik mengikuti kaedah tersebut ??? Alhamdulillah terbukti benar PM tidak bersalah,sedangkan jika lafaz sumpah laknat itu palsu, pastinya beliau sudah dilaknat oleh Allah S.W.T dalam jangka masa seawal 40 hari atau 2 bulan atau paling lambat setahun selepas sumpah laknat dilafazkan. Kalaupun pemimpin PR yang beragama Islam seperti Anwar,Mustafa atau ADUN PAS Selising tidak yakin dengan keadilan Allah S.W.T melalui kaedah sumpah laknat,setidak-tidaknya ikutilah jejak Palmer dengan mengakui keterlanjuran sendiri seterusnya menginsafi kesilapan.Jika bernasib baik,sekiranya rakyat masih menerimanya,nasib Anwar dan Mustafa mungkin sama seperti Presiden MCA,Chua Soi Lek dapat kembali ke puncak kuasa semula.Hakikatnya,sama ada Anwar,Mustafa ataupun ADUN PAS Selising kesemua mereka beragama Islam,berbeza dengan Soi Lek yang non-muslim.Jika ketiga-tiganya mengaku terlibat dengan skandal intim yang dimaksudkan akibatnya sama seperti menggantung tali ke leher sendiri.Tiada maaf dari rakyat yang beragama Islam yang mementingkan akhlak dan moral yang baik mengikut kehendak agama terhadap mereka dan PR kelak.Jadinya alang-alang tidak sanggup bersumpah laknat bersaksikan Allah S.W.T dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" dan memohon maaf pada khalayak,pada andaian mereka lebih baik membuat dolak dalik politik dengan harapan masih ada segelintir orang yang mempercayai mereka tidak melakukannya.Apapun apabila kita bercakap pasal moral dan akhlak,jelas sekali Michael Palmer,bekas Speaker Parlimen Singapura itu jauh lebih mulia berbanding ramai pemimpin utama PR.Palmer nampaknya akur dengan tuntutan rakyat yang mahukan pemimpin yang bermoral tinggi berbeza sekali sikapnya dengan pemimpin PR. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment