BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! ISU WARGA INDIA !!! INI SEMUA BERPUNCA DARI ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! AKHIRNYA PAS TUNDUK KEPADA DAP !!! APA CERITA NI ???
- FAKTA !!! PENYOKONG ANTI LYNAS BEBAL SAMPAI SEKARANG !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM DAN DEEPAK !!! HARAKAH DAN MELOYAKINI KANTOI MENIPU RAKYAT MALAYSIA ???
- HOT NEWS !!! ISU SALON !!! PAS DILACURKAN OLEH DAP ??? APA CERITA NI ??? TAKUT KAT DAP KER ???
- FAKTA !!! PEMIMPIN PR TERDESAK BARUAKAN KAUM INDIA !!! APA CERITA NI ???
| HOT NEWS !!! ISU WARGA INDIA !!! INI SEMUA BERPUNCA DARI ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 14 Dec 2012 03:00 PM PST Kini berlumba lah Pakatan Rakyat mahu memikat hati orang India.Setelah merobohkan kuil orang India dan setelah MIC berikrar mahu menjadi deposit undi untuk kerajaan BN selepas Kongress MIC.Apa sahaja yang boleh di lakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menarik semula orang India ke dalam Pakatan akan di lakukan semampu boleh.Orang India mana yang tidak marah jika mendengar yang bangsa dan kaum mereka di nafi kan hak menjadi warganegara? Tentu nya yang bukan India sahaja yang akan membisu.terhadap isu ini. Lagu Pakatan Rakyat berubah ubah alunan nya ikut rentak populariti.Jika boleh di terjemah kan sesuatu isu menjadi undi maka Pakatan Rakyat bukan nya jenis akan menunggu sesaat.Seperti sampan sedang bocor dan semua sedang terjun ke sungai menyelamatkan diri,tangan akan mencapai apa sahaja yang terapong walau pun yang terapong itu cuma bangkai anjing sekali pun.Orang desperate akan melakukan langkah desperado. Begitu kata ungakapan bahasa Inggeris.Kalau dulu Zuraida PKR menjadi kan isu warga asing sebagai topik panas nya tiap kali menjual goring pisang,dengan menghentam kerajaan dengan pelbagai tuduhan menghalal kan warga asing, maka kali ini warga asing atau pun orang India yang entah dari mana datang nya dan atas sebab apa tidak mendaftar ketika lahir menjadi bahan untuk kenyang kan perut politik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang umum tahu tidak hidup di atas rekod kerja dan jasa baik walau pun sudah menjadi kerajaan di 4 negeri ,akan tetap menjadi kan isu dan bahan kebencian sebagai lauk nya.Dengan membangkit kan isu Pakatan Rakyat dapat selamat kan diri dari isu. Menyerang lebih selamat dari bertahan.Pakatan Rakyat juga tidak dapat hidup dengan trek rekod kerja kerana memang tidak ada rekod kerja yang baik,tetapi amat berharap dapat hidup dengan api kebencian.Selagi ada kebencian maka semarak lah hati penyokong nya.Perubahan dasar dari membenci pendatang asing sehinga boleh menyuruh kerajaan menyiasat kes kes di Sabah bertukar kepada mahu kan warga India yang kita pun tidak tahu dari mana datang nya di anugerah kan kerakyatan dengan segera.Jumlah pula bukan nya kecil anak.300,000 ada lah jumlah yang harus di beri kerakyatan kata wakil Pakatan rakyat.Tapi semua tahu jumlah itu ada lah mengarut dan tidak masuk akal.Kementerian Dalam Negeri melalui Menteri nya mengata kan dalam rekod sedang dip roses dan siasat Cuma ada 9000 lebih sahaja. Tentu seronok jika jumlah 300,000 itu booleh di tukar kepada 3 juta.Begitu lah cara pembangkang beroperasi.Jika PKR dengan jumlah 300,000 orang India di naïf hak kerakyatan, PAS pula suka dengan jumlah orang murtad. Malah PAS pernah bermain dengan jumlah sekitar 300,000 juga.Jumlah sememang nya memainkan peranan di dalam sesuatu isu, namun kebenaran jumlah ada lah perkara kedua. Politik cara Pakatan Rakyat yang sentiasa memainkan isu sensatif dan juga apa sahaja isu yang boleh menaikkan kemarahan harus ada batas notah nya. Sampai bila Pakatan rakyat mahu hidup di atas politik kebencian? Sudah miliki 4 negeri sebagai pemerintah seharus nya di jadi kan peluang menunjuk kan kebaikan sebagai pemerintah,tetapi tidak pula dalam kes Pakatan rakyat ini.Malah lebih buruk lagi bentuk kerajaan Pakatan rakyat dengan pelbagai selewengan ,skendel dan pelbagai isu lain walau pun baru 4 tahun menjadi kerajaan. Kempen mendapat sokongan rakyat akan bertambah mudah jika kerajaan Pakatan Rakyat tumpu kepada kebajikan rakyat, tapi sebagai kerajaan yang tidak berkongsi mimpi ia nya amat sukar.Apa yang di mahu kan DAP tidak di ingini oleh PAS dan begitu lah dengan PKR.Maka kepincangan ini harus di alih kan kepada mengungkit isu terhadpa kerajaan BN sebagai alih perhatian dari kebobrokan kerajaan Pakatan rakyat. Tidak ada mana mana ceramah dan forum Pakatan Rakyat yang menumpu kepada bentuk kerja dan hala tuju kerajaan Pakatan tetapi tertumpu kepada bercerita tentang kerajaan BN sahaja.Ia nya terjadi kerana tidak apa yang elok boleh di cerita kan kepada rakyat mengenai kerajaan "strange bedfellow" ini. Kini Pakatan boleh lena sesaat dengan mendapat tajuk baru untuk ke jalan raya.Kerana isu ini akan mati sekejap sahaja dan isu baru pasti di cari oleh Pakatan rakyat.Negara akan sentiasa ber "isu" selagi bekas banduan tidak dapat menjadi Perdana Menteri.Dan sebagai rakyat, peka lah dengan perkara ini dan jangan sekali kali hanyut bersama nya. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! AKHIRNYA PAS TUNDUK KEPADA DAP !!! APA CERITA NI ??? Posted: 14 Dec 2012 11:25 AM PST Satu lagi bukti terserlah,bagaimana PAS akan berbuat apa sahaja untuk akur dengan rakan pakatannya DAP,apabila kerajaan negeri menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan kedai gunting di sini.Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan PAS Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir. Pada Rabu,Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri,Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam.Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan. Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS dan secara terang-terangan ditentang DAP,pelaksanaan undang-undang kecil begini pun PAS tidak dapat bertahan. Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan. Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini,Ong Lee Ting,mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.Akibatnya,dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama. Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah. Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu,beliau sebenarnya mahu PAS meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa PAS berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan. Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata akibat daripada 'berkawan' dengan DAP,PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan. PAS sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud,kata Wan Ismail.Beliau menganggap 'ulama politik' dalam PAS hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam. Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keputusan terbaharu kerajaan PAS Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang. "Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja. "Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin PAS," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan PAS pada masa kini. Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah PAS yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti. - Bernama |
| FAKTA !!! PENYOKONG ANTI LYNAS BEBAL SAMPAI SEKARANG !!! APA CERITA NI ??? Posted: 14 Dec 2012 07:29 AM PST Banyak blog dan media pro PR yang tidak tahu hujung pangkal cerita sedang memainkan kisah seorang warga tua keturunan Cina,Tuw Yin Lan,yang berumur 71 tahun dan dua rakannya yang ditahan oleh pihak polis di Pejabat Menteri Besar Pahang.Tuw Yin Lan yang merupakan peserta berjalan kaki anti Lynas sebenarnya ditahan mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 186 dan 189 kerana kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas serta cuba mendatangkan kecederaan.Tua atau muda seseorang itu bukan alasan yang kukuh untuk membiarkan kesalahannya apatah lagi bila Yin Lan dengan reaksi marah tiba-tiba menyerbu dan melakukan kekasaran termasuk cuba memukul MB Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob. Alasan dangkal lagi terserlah kebodohannya dari Ketua publisiti Himpunan Hijau,Lee Chean Chung kononnya wanita itu dan rakannya datang bertemu MB Pahang itu sekadar untuk meminta Adnan memohon maaf hanyalah satu pembohongan untuk menutup keterlanjuran mereka sahaja.Nak minta orang lain memohon maaf tidak perlu pun melakukan kekasaran,alasan rendah IQ lagi menampakkan kebodohan sendiri sahaja.Lagipun pihak polis tidak sebodoh itu untuk sengaja menahan seseorang individu hanya disebabkan individu tersebut datang menuntut maaf secara sopan dan beradat tanpa melakukan kekasaran.Pun begitu alasan,alasan dan dolak dalik bodoh sebegitu bukannya pertama kali dilakukan oleh kumpulan anti Lynas. Pada November 2012 yang lalu,selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membuat ketetapan muktamad memberi kebenaran kepada kilang pemprosesan bahan nadir bumi,Lynas untuk beroperasi secara sah,kumpulan anti Lynas yang disertai Yin Lan ini juga ada melakukan satu lagi tindakan serba bodoh.Mereka dengan sengaja telah mengambil tindakan yang menghina mahkamah apabila meneruskan bantahan terhadap Lynas diikuti dengan menganjurkan acara berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai protes terhadap kilang nadir bumi itu.Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan selaku manusia yang waras,sepatutnya keputusan Mahkamah Tinggi itu diterima baik oleh semua pihak dan tidak ada sebab lagi untuk mempertikaikannya sekalipun atas alasan politik propaganda.Namun bagi segelintir rakyat negara ini yang terpengaruh dengan propaganda jahat pakatan pembangkang, seakan sudah menjadi tabie mereka untuk menolak proses timbang tara dan keadilan bila mana sesuatu keputusan kes itu tidak mengikut kehendak mereka. Menghina mahkamah satu hal,di masa yang sama sambil mereka berjalan di bawa pula bersama pelbagai alatan dan gadget elektronik yang komponen dalamannya diperbuat daripada bahan nadir bumi. Gah memprotes kilang pemprosesan nadir bumi tapi tidak pula kekok dan takut berhubung dengan rakan-rakan dan mengemaskini aktiviti protes mereka menggunakan smartphone,Galaxy tab dan pelbagai gadget lain. Bodoh satu ditambah satu lagi hipokrit.Tak cukup dengan itu, mereka cuba pula memperdaya pandangan khalayak kononnya aktiviti berjalan kaki 300 kilometer itu langsung tidak memerlukan sebarang kenderaan. Padahal kereta dan kenderaan 4x4 digunakan untuk mengangkut mereka dan hanya menurunkan semula peserta berjalan kaki itu bila tiba di kawasan dan jalan yang kelihatan ramai orang sahaja, kemudian video dan gambar dirakamkan untuk membuktikan konon kumpulan protes itu benar-benar berjalan kaki. Entah sampai bila kumpulan anti Lynas yang tidak sedar diri ini mahu tenggelam dalam halusinasi mereka sendiri, tak sudah-sudah berkelakuan bodoh dan cuba memperbodohkan orang ramai. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 14 Dec 2012 04:00 AM PST Nama Deepak Jaikishan tiba-tiba menghiasi akhbar-akhbar bagaikan seorang artis Bollywood yang baru muncul dengan sebuah filem kontroversi. Nama ini pernah disebut-sebut suatu ketika dahulu oleh Raja Petra Kamaruddin, seorang penulis pro-pembangkang yang mempunyai sejarah sakit jiwa ketika muda, sering mengaku sebagai seorang yang berani dan berprinsip tetapi kemudiannya melarikan diri apabila tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap Perdana Menteri konon terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Raja Petra sebelum ini menuduh Deepak sebagai 'pengantara' yang memperkenalkan penyiasat persendirian, Balasundram kepada pihak Perdana Menteri. Bala kemudiannya turut menjadi pelarian setelah membuat U-Turn dalam Akuan Bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.Sebagai respon kepada tulisan Raja Petra itu,Deepak membuat penafian tegas di dalam Meloyakini UNTUK SELANJUTNYA ![]() Mungkin tidak perlu disebut di sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turn tanpa mengaku salah,bahawa beliau membuat tuduhan tersebut atas 'suruhan' orang tertentu dan bahawa segala apa yang dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untuk memburukkan dan menjatuhkan Perdana Menteri.Pendedahan Raja Petra itu mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini.Namun,apabila keadaan semakin buruk bagi mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakan diri serta Anwar pula tidak ke penjara, maka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuya adalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti mampu membantu mereka mencapai Putrajaya.Justeru,SUARAM pun digunakan untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Perancis.Pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dijadikan sandaran kes yang tiada kes pun.Harapan pembangkang, memandangkan ia melibatkan negara lain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.Malang bagi mereka apabila pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehingga akhirnya penipuan SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawa mahkamah negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagi, kerana tidak berasas sama sekali. Dengan RPK mengaku kalah,SUARAM pula kantoi,isu Altantuya secara rasminya ditutup.PR pula semakin huru-hara dengan masalah-masalah dalaman yang semakin hari semakin parah manakala BN pula semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yang memberangsangkan.Justeru,pembangkang begitu terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segala kelemahan mereka sekali gus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlang kerajaan BN.Ini,ditambah dengan ketandusan isu serta dendam akibat keegoan yang tercalar dalam isu Altantuya, maka pembangkang memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagai senjata utama menghadapi pilihanraya. Bukan satu kebetulan nampaknya apabila ketika UMNO sedang bersidang dengan penuh semangat.SUARAM pula membuat sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapal selam dan Altantuya.Lalu,sejurus kemudiannya,isu Deepak yang juga dari Singapura,bermula. Isu Deepak yang sedang berjalan di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepak ke atas projek perniagaan yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan 'tiada halangan' dari Perdana Menteri. Bagaimanapun, yang menimbulkan tandatanya, apakah hak Deepak untuk menuntut wang atas alasan pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebut mendapat pinjaman bank? Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen 'pengaruh'??? Dan di manakah tertulisnya hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projek tersebut ??? Persoalan ini terjelas sendiri apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamah dari sudut yang langsung tiada kena mengena dengan kes.Sebaliknya,kisah Altantuya dan nama Balasundram pula yang menjadi tumpuan laporan mereka.Dalam wawancara dengan Harakah Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terus dari apa yang dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini. Kes perniagaan Deepak sebenarnya telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yang terakam kemas dalam kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas.Katanya, pinjaman RM600 juta yang diperolehi dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuah pelaburan hartanah dan dijamin oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri.Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan dalaman istana baru di Jalan Duta adalah diperolehi dari kontraktor utama dan bukannya dari kerajaan. Pendek kata, beliau adalah ahli pernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.Deepak juga menafikan sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalam kenyataan di Meloyakini.kini beliau nampaknya telah membuat kenyataan yang bertentangan pula kepada Harakahdaily. Dengan membawa kes perniagaan yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidak berkaitan, maka jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerja yang sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM,bagi pihak pembangkang.Untuk itu,Harakahdaily dan Meloyakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untuk mencari kata putus,siapakah di antara mereka yang berbohong atau kenyataan Deepak yang manakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.Nampaknya,bukan RPK seorang sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustan,seperti Deepak di dalam kenyataannya di Meloyakini.Sesiapa juga yang menulis skrip untuk RPK ataupun Bala dan mungkin juga Deepak,jelas tidak dapat menilai sebuah penceritaan yang baik.Kisah pembunuhan yang berkait dengan pembelian kapal selam serta perniagaan yang tak menjadi yang berbelit sesama sendiri,tidak konsisten,berpusing dan U-turn dua tiga kali tentu menarik untuk ditonton di panggung,tetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan sebagai satu kisah benar.Mungkin PR serta rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka, termasuk para 'penaja' mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau Perdana Menteri.Tidakkah mereka belajar dari kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik.Ia mungkin boleh membuatkan penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka teruja,tetapi lebih dari itu ia hanya membuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir,serta mereka yang berada di atas pagar terus lari meninggalkan mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU SALON !!! PAS DILACURKAN OLEH DAP ??? APA CERITA NI ??? TAKUT KAT DAP KER ??? Posted: 14 Dec 2012 01:00 AM PST seperti yang dijangka,Kerajaan PAS Kelantan telah akhirnya memutuskan bahawa penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut MPKB yang berkaitan dengan Orang Bukan Islam ditangguhkan sementara sehingga satu kajian dan penilaian dibuat semula.Nampaknya,hanya selepas tiga hari bertekak dengan DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,PAS akhirnya akur setelah mendengar khutbah khas dari Karpal Singh.dengan itu juga kelam kabut sehingga tergolek-goleklah PAS bersilat sumbang menepis isu tunduk pada DAP dalam isu salon ini.Dari kenyataan Pemuda PAS Kelantan di Harakahdaily,jelas menunjukkan bahawa PAS benar-benar mati kutu untuk menjawab sehinggakan tidak semena-mena PPSMI pula dijadikan ukuran dalam usaha berhujah untuk membela diri.Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Ke Atas Orang Bukan Islam yang diguna pakai sejak tahun 1991 di Kelantan mengharamkan khidmat memotong rambut oleh wanita Muslim ke atas lelaki.Undang-undang ini digubal ekoran dari penyalahgunaan kedai gunting rambut unisex sebagai pusat aktiviti tidak sihat termasuk pelacuran di Kelantan.Nampaknya,orang Kelantan memang licik dalam mencari hiburan di sebalik jubah dan tudung mereka.Sedangkan bagi orang-orang biasa,menggunting rambut adalah satu pekerjaan yang bersih dan tiada salahnya jauh sekali membangkitkan syahwat. Mungkin PAS sedar bahawa rakyat dibawah pemerintahan mereka begitu kuat nafsu dan licik juga, maka kerana itulah PAS ingin sangat melaksanakan hudud bagi mengawal rakyatnya.Namun,malang bagi PAS kerana mereka kini telah 'kahwin kontrak' dengan DAP di mana dalam kontrak tersebut, PAS tidak dibenarkan melaksanakan hudud atau melaksanakan Negara Islam.Justeru,walaupun PAS kononnya ingin mengikut Al-Quran,tetapi PAS tidak dapat melepaskan diri dari 'kontrak' yang dibuat dengan DAP. Dalam kata lain, kontrak dengan DAP adalah jauh lebih penting dan tinggi kedudukannya bagi PAS,berbanding Al-Quran. Inilah yang dikatakan perjanjian dengan iblis.Tetapi,gambaran yang penulis berikan ini hanyalah separa tepat. Yang lebih tepat ialah PAS bukannya ingin mengawal nafsu rakyatnya mahupun ingin mengikut Al-Quran tetapi PAS hanya ingin menang pilihanraya. PAS hanya ingin mengembalikan keyakinan penyokongnya bahawa pemimpin mereka bukanlah anjing kurap kepada DAP dan kononnya mereka benar-benar serius ingin melaksanakan hudud. Apa yang PAS tidak tahu ialah, jika niat dan perlaksanaan mereka benar-benar mengikut Al-Quran, tiada siapa yang akan mampu mengkritik malah DAP juga akan akhirnya terpaksa mengakui keindahan pemerintahan mengikut Al-Quran. Al-Quran telah menyatakan bahawa Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu, mudah serta sesuai untuk semua zaman dan keadaan.Inilah yang gagal difahami dengan baik oleh PAS.Sekiranya rakyat Kelantan diberi peluang untuk menimba ilmu dan merangsang pemikiran dengan baik,maka secara tidak langsung masalah moral di kalangan rakyat akan berkurangan tanpa perlu didisiplinkan melalui undang-undang yang ketat.Di dalam Islam,'haram' sesuatu itu ditetapkan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada manusia dan manusia itu diketahui cenderung untuk hilang kawalan terhadap nafsu.Namun,manusia yang berilmu dan bertamadun tidak mudah dipengaruhi nafsu dan jarang melihat sesuatu berdasarkan nafsu.Oleh yang demikian,beberapa peraturan boleh dilonggarkan mengikut keadaan,contohnya dalam kes doktor yang merawat pesakit berlainan jantina.Ini kerana,otak yang tidak diisi dengan ilmu pengetahuan sering dipenuhi dengan nafsu dan cenderung melihat segala-galanya dalam konteks nafsu semata-mata.Dengan itu,terjadilah kes di mana melihat rambut juga sudah mula terangsang sepertimana manusia di zaman jahiliah. Hakikatnya, PAS masih berada di zaman jahiliah dan Islam yang dilaungkan PAS bukanlah Islam sebenar.Islam sebenar itu indah lagi mudah dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah. Jika potong rambut juga sudah menjadi satu masalah besar yang tidak sudah-sudah,bagaimana PAS boleh menyelesaikan isu air,isu tanah,isu moral dan berbagai-bagai lagi ??? Tak perlulah lagi dicakap mengenai isu ekonomi negeri, negara ataupun isu global.Justeru,tidak hairanlah kenapa PAS mudah sekali dilacurkan DAP.DAP menjual PAS dengan harga sekupang dua sahaja.Malah,selalu terjadi, PAS menjual, DAP tak ingin beli, dan kalau diinginkan pun, akan dirampasnya secara 'free'.PAS tersorong-sorongkan pipi,DAP balas dengan penyepak dua tiga kali tapi PAS terus menjilat-jilat kaki DAP.Kenapa ini terjadi ??? Kerana PAS tidak ada harga kerana PAS bukan Islam,bukan parti Islam dan bukan memperjuangkan Islam.PAS tidak ada harga kerana PAS adalah parti yang gila kuasa yang hidup matinya hanyalah untuk menang pilihanraya.PAS telah berada di syurga dunia di Malaysia,tetapi PAS sanggup mengaku berada di neraka kerana syurga bagi PAS hanyalah Putrajaya.Itulah PAS,sebuah parti yang melacurkan agamanya sendiri untuk ke 'syurga'. RENUNG-RENUNGKAN |
| FAKTA !!! PEMIMPIN PR TERDESAK BARUAKAN KAUM INDIA !!! APA CERITA NI ??? Posted: 13 Dec 2012 10:00 PM PST Demonstrasi Duduk Bantah Tuntut Kerakyatan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang pada 12 Disember 2012 yang lepas di Putrajaya bolehlah dianggap sebagai antara siri demonstrasi yang paling kelakar dalam sejarah tanahair.kenapa saya kata begitu ??? Mana tidak kelakarnya hanya sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang menyertainya,satu angka yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding dakwaan propaganda mereka sebelum ini yang mengatakan ada 300,000 orang dari kalangan masyarakat India yang tiada kad pengenalan.Berminggu-minggu para pemimpin PR menggembar-gemburkan angka tersebut dalam usaha mereka membangkitkan sentimen perkauman dikalangan masyarakat India,alih-alih bila diminta tunjukkan bukti satu apa pun tiada.Bila tiba hari berdemo,yang datang sudahlah kecil sahaja jumlahnya,ramai pula dari kalangan peserta diumpan dengan sogokan wang ringgit dan diangkut pula dengan bas demi untuk meramaikan orang.apa cerita ni ??? satu lagi terbongkar adalah Ahli dan penyokong PKR dari keturunan India yang sememangnya rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan juga dikerah sama hadir,manakala anggota Unit Amal PAS yang sekian lama terkenal sebagai balaci pula turut menjadi tukang nasi tambah.Lebih mengharu-birukan lagi,ada diantara peserta demonstrasi itu pula adalah warganegara India yang terpedaya dengan janji pemimpin-pemimpin PKR kononnya dengan menyertai demonstrasi itu mereka akan mendapat taraf kerakyatan Malaysia. Hakikatnya dakwaan pembangkang hanyalah temberang sahaja.Tidak wujud pun masalah kerakyatan melibatkan 300,000 orang rakyat negara ini yang berketurunan India.Sebaliknya hanya kira-kira 9,000 orang sahaja yang menghadapi masalah berhubung status kerakyatan dan ketiadaan kad pengenalan.Sebahagian besar kes tersebut telahpun diselesaikan.Majoriti kaum India sedar tika ini PR khususnya PKR sedang berusaha pelbagai cara untuk menarik semula sokongan pengundi dari kaum itu selepas berlakunya kemerosotan yang mendadak sejak lebih dua tahun lalu.Peristiwa kezaliman pemerintahan DAP-PR di Penang terhadap penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala serta kegagalan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim menunaikan janji membantu penduduk teraniaya itu sehingga sekarang kekal dalam ingatan masyarakat India. Demikian juga tindakan zalim tidak bertamadun Kerajaan PKR Selangor merobohkan sekurang-kurangnya 7 buah kuil serta beberapa altar penganut Hindu tanpa melalui saluran yang betul juga semakin menambah kebencian kaum India terhadap PR.Berbanding di zaman BN sebelum ini,kerja-kerja perobohan kuil hanya dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah kemudian diganti pula dengan tapak yang baru.Namun bila tiba zaman PR memerintah,segala kuil dan altar Hindu dirobohkan bukan sahaja tanpa melalui langkah perundangan malah tapak gantian juga tidak disediakan dan isu kad pengenalan yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR, N.Surendran beserta angka 300,000 yang dipropagandakan itu realitinya hanyalah salah satu daripada usaha jahat pembangkang untuk memesongkan pandangan masyarakat India.PR mungkin merasakan dengan adanya demonstrasi ini bakal menaikkan semula imejnya dikalangan pengundi kaum India,namun hakikatnya majoriti masyarakat itu tidak pun termakan dengan propaganda sedemikian,sebaliknya tindakan PR itu lebih dilihat seperti cuba membaruakan masyarakat kaum itu sahaja. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment