BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! DAP TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN PAS - LIM KIT SIANG !!!
- HOT NEWS !!! PR SUKA TEMBAK BELAKANG SPRM !!! MACAM ANWAR IBRAHIM JERRR !!! APA CERITA NI ???
- BONGKAR !!! PR TAKUT DENGAN BUKU BIOGRAFI DATIN SERI ROSMAH MANSOR !!!
- HOT NEWS !!! KOSPIRASI TERANCANG ANWAR IBRAHIM,SIVARASA DAN DEEPAK TERBONGKAR !!!
- FAKTA !!! ANWAR IBRAHIM DALANG UNTUK MELEMAHKAN INSTITUSI PDRM !!! APA CERITA NI ???
- FAKTA !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK MAMPU KAWAL KERETAKAN PR !!! WAJIB BACA !!!
| KANTOI !!! DAP TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN PAS - LIM KIT SIANG !!! Posted: 13 Dec 2012 11:00 AM PST Parti DAP tidak takut kepada pemimpin PAS,kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.Beliau mendakwa,adalah satu penipuan apabila ada pihak mendakwa pemimpin DAP takutkan pemimpin PAS. "Satu penipuan juga bahawa pemimpin PAS takutkan pemimpin DAP.Pakatan pembangkang akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti politik mengamalkan dominasi kuasa politik," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.Kit Siang mendakwa,hubungan parti dalam pakatan pembangkang adalah sama dan setara kerana saling menghormati pandangan dan perbezaan. Justeru, dakwa beliau, Kongres DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada hujung minggu ini akan menghantar mesej yang jelas kepada orang ramai mengenai perkara itu. - MyNewsHub |
| HOT NEWS !!! PR SUKA TEMBAK BELAKANG SPRM !!! MACAM ANWAR IBRAHIM JERRR !!! APA CERITA NI ??? Posted: 13 Dec 2012 07:30 AM PST Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Pasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataannya kepada media Isnin lepas menasihatkan ahli politik dari semua parti agar tidak "menembak SPRM dari belakang", kerana dikhuatiri tindakan sedemikian hanya akan menyulitkan lagi usaha memerangi gejala rasuah. "Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti.janganlah tembak dari belakang.SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah.Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah". Berkemungkinan teguran ini timbul disebabkan kecenderungan segelintir pemimpin parti politik tertentu memberi reaksi negatif dan komen berbaur hasutan dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej SPRM apabila terdedahnya isu rasuah, penyelewengan atau salahguna kuasa membabitkan puak mereka.Ini mengingatkan saya kepada isu salah guna kuasa membabitkan DAP di Selangor dalam isu penyelewengan tender kontraktor bumiputera yang kecoh dulu, di mana umum dapat melihat betapa marahnya pemimpin DAP bila SPRM melakukan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat mereka.Berikutan kematian mengejut Teoh Beng Hock,pegawai khas kepada Exco Kerajaan PR Selangor,terus sahaja pemimpin DAP,PAS dan PKR memanipulasikannya untuk meruntuhkan kredibiliti SPRM.Walhal bila berlakunya kes kematian itu, tidakpun memberi manfaat pada SPRM kerana Teoh Beng Hock adalah saksi utama badan itu.Tanpa Beng Hock bermakna siasatan SPRM menemui jalan buntu dan DAP pula menjadi pihak yang paling bertuah terselamat dari siasatan lanjut.Bagaimanapun teguran dan nasihat berlapik oleh Datuk Seri Abu Kassim Mohamed beberapa hari lalu itu sebenarnya hanya bersifat umum dan tidak spesifik pada nama parti politik tertentu pun, maknanya tidak bias atau memihak. Dengan kata lain,patutnya tidak perlu ada mana-mana pemimpin parti politik yang patut terasa atau sensitif dengan teguran tersebut, apatah lagi untuk membuat penafian terbuka bahawa pihak mereka bukannya tergolong dalam kalangan yang dimaksudkan oleh Ketua pesuruhjaya SPRM.Namun tak semena-mena,dua hari kemudian Setiausaha Agung PAS,Mustafa Ali ketika diminta mengulas isu itu menegaskan bahawa PAS bukanlah pihak yang dimaksudkan oleh SPRM.Sebaliknya pemimpin PAS itu menekankan bahawa PAS sentiasa komited membantu SPRM untuk membendung gejala rasuah dan semua unsur penyelewengan. Persoalan sekarang kenapa tiba-tiba sahaja PAS melatah bila SPRM mencuit secara umum berkenaan isu tembak dari belakang ??? Hanya orang yang makan cili sahaja yang akan terasa pedasnya, tak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Beberapa hari lepas pun PAS seperti meroyan sendiri apabila tak semena-mena mahu mengadakan kempen taklimat untuk menasihatkan ahlinya supaya berkelakuan sopan dan menjauhi politik gengster.sebenarnya idea mengadakan taklimat berkelakuan baik itu muncul tatkala isu gengsterisme politik semakin membelit pakatan pembangkang yang sedang berkecamuk dengan tingkah laku ganas ahli dan penyokongnya terutama sekali sewaktu berdemo di atas jalan dan ketika berceramah politik. Kebelakangan ini nampaknya PAS cepat terasa hati,kena cuit sedikit terus melatah tak tentu pasal mengalahkan orang yang kena sakit gila meroyan. Sebenarnya PAS tahu,pihak yang gemar menembak SPRM sebahagian besarnya terdiri dari pemimpin-pemimpin PR,malah bukan satu rahsia pun wujud satu kepercayaan dikalangan penyokong PAS dan PR bahawa SPRM adalah talibarut BN.Doktrin tersebut disebarkan sehingga akibatnya apabila timbul isu penyelewengan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemimpin PAS,DAP atau PKR,maka dengan segera mereka menuding jari menyalahkan siasatan oleh SPRM diarahkan oleh BN. Lihat sajalah semasa kecoh kes penyelewengan kuasa melibatkan Arif Fahmi, menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.Belum pun siasatan tika itu bermula,terus sahaja Nik Aziz meminta SPRM mengecualikan dirinya daripada dilibatkan dengan siasatan.Apabila isu semakin panas,pemimpin PAS yang lain dan penyokong mereka mula menuding jari menuduh siasatan SPRM bermotifkan politik. Begitu juga semasa timbulnya isu rasuah membabitkan tajaan pakej VIP bernilai RM65,000.00 kepada Nik Aziz untuk menunaikan Haji ke Mekah yang diberikan oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak memasang papan iklan di Kelantan,terus sahaja PAS menuduh siasatan oleh SPRM disebabkan pengaruh pemimpin BN.Tidak cukup dengan tembakan rambang dari belakang untuk mencalar imej dan kredibiliti SPRM, pemimpin PAS juga mempertikaikan siasatan SPRM berhubung kegiatan lombong emas haram di Gua Musang, Kelantan. Lebih mengejutkan bila mana, kehadiran pegawai SPRM untuk menyiasat lokasi lombong-lombong haram itu disambut dengan serangan oleh sekumpulan 70 gengster yang bersenjatakan parang dan kayu. Imbasan beberapa peristiwa di atas cukup untuk membuktikan PAS dan PR menepati kriteria pihak yang dimaksudkan oleh Ketua Pesurujaya SPRM. Lagipun sudah menjadi tabie semulajadi pemimpin PAS dan PR untuk hanya menerima keadilan atau hasil siasatan sesuatu kes hanya jika memihak pada mereka sahaja.Bila saja siasatan itu tidak memihak pada mereka, terus sahaja di cop SPRM bertindak memilih bulu atau bias. RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! PR TAKUT DENGAN BUKU BIOGRAFI DATIN SERI ROSMAH MANSOR !!! Posted: 13 Dec 2012 04:00 AM PST Pembangkang Malaysia adalah contoh manusia dengan mentaliti dunia ketiga tetapi berangan-angan konon mampu memimpin negara menjadi negara maju.Kononnya merekalah pejuang demokrasi tulen yang membawa slogan kebebasan setara dengan negara maju.Kononnya merekalah ikon ketelusan dan integriti yang mampu menyelamatkan negara yang telah sedia selamat ini.Namun,dalam mereka bebas mengutuk,mengecam dan memfitnah apa saja yang berkaitan dengan kerajaan dan Barisan Nasional termasuk anak isteri pemimpin yang tiada kena-mengena dengan politik negara,mereka tidak memberi kebebasan kepada orang lain untuk berbuat yang sama terhadap mereka.Kerana itu kita melihat mereka bertindak menggelapkan,memboikot,malah membakar akhbar yang tidak menyebelahi mereka.Walaupun mereka mendabik dada sebagai telus dan adil,tetapi apabila ada laporan yang mampu mengancam kepentingan mereka,akan dituduh mereka sebagai fitnah walaupun ianya benar belaka.Di masa yang sama pula, media mereka sering melaporkan berita yang tidak benar terhadap orang lain.Ironinya,kerajaan tidak pernah menutup mulut pembangkang dengan menghalang mereka menyebar fitnah atau membela diri bila diserang.Akhbar-akhbar pro-kerajaan juga sering memberi ruang kepada kenyataan di pihak mereka,contohnya apabila Hadi Awang menafikan yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri setelah kenyataannya di Muktamar PAS mengenai 'keseronokan' untuk merasa menjawat jawatan tersebut tersebar luas.Tetapi,akhbar Harakah atau Suara Keadilan langsung tidak pernah melaporkan kenyataan bela diri dari pihak kerajaan.Contoh paling penting ialah jawapan-jawapan terperinci SPR kepada tohmahan kononnya pilihanraya negara ini tidak bersih. Begitulah halnya apabila pembangkang menjadikan isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sasaran utama dalam perang politik ini.Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang kekal segar dan rakyat semakin pulih dari mabuk akibat disogok dengan politik jalanan dan keterlaluan pembangkang selama hampir sepenggal, tidak salah jika dikatakan bahawa 'Datin Seri Rosmah' kini adalah satu-satunya sasaran yang tinggal yang terus dibedil oleh pembangkang setelah gagal dalam serangan yang lain.Apa yang tidak ditohmah pembangkang terhadap wanita pertama ini ??? Hampir semua perkataan dan perumpamaan buruk diberikan kepada beliau.Kononnya beliau boros,sombong,malah digelar 'puaka' oleh pembangkang.Hairan, puaka jenis apa yang membantu menjayakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan ??? Puaka jenis apa yang menyayangi anak-anak kecil dan membela wanita ?? Puaka jenis apa yang memperjuangkan kanak-kanak dengan bakat luarbiasa dan juga kanak-kanak autisme ??? Bukankah puaka yang sebenarnya ialah orang yang menafikan segala kebaikan di atas dan menutupnya dengan fitnah yang keterlaluan ??? Dan kini puaka-puaka yang sebenar ini ketakutan pula bila Datin Seri Rosmah mengambil keputusan untuk bertindak-balas dan membela diri setelah sekian lama membiarkan dirinya difitnah dan ditohmah semahu-mahunya oleh mereka. Dalam usaha itu,sebuah buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor bakal diterbitkan pada pertengahan Januari depan untuk "menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan beliau.Maka pembangkang pun mulalah melolong-lolong menuduh buku tersebut sebagai satu lagi 'publisiti stunt' oleh Datin Seri Rosmah.Nampaknya,'keadilan' dalam kamus pembangkang bermakna seseorang yang difitnah mereka tidak punya hak untuk membela diri dengan apa jua cara.Oleh itu,mereka memperkecil-kecilkan buku tersebut untuk membangkitkan perasaan prejudis bagi mengelak orang ramai mendapat gambaran sebenar dari pihak yang menjadi sasaran fitnah mereka.Bagaimanapun,saya percaya rakyat Malaysia rata-ratanya bersifat rasional dan lebih suka mencari kebenaran dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak daripada menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh satu pihak.Jika tidak,mana mungkin Barisan Nasional terus menerajui negara sehingga ke hari ini. Justeru, kita menyanjung usaha Datin Seri Rosmah untuk memperdengarkan kisah dari pihaknya sendiri,bagi membantu rakyat mengenali beliau dengan lebih dekat agar tidak mudah diperdaya oleh musuh-musuh politik suaminya yang terdesak akibat ketandusan modal di ambang pilihanraya. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KOSPIRASI TERANCANG ANWAR IBRAHIM,SIVARASA DAN DEEPAK TERBONGKAR !!! Posted: 12 Dec 2012 11:26 PM PST sekali lagi deepak peniaga karpet menipu rakyat malaysia.kantoi berbakul-bakul dah ni nak tutup sejarah beliau yang dah rugi berjuta-juta lepas tu anwar ibrahim dan r sivarasa nak menolong beliau menipu rakyat malaysia.sekali lagi saya katakan,supaya menipu rakyat malaysia dan ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah.apa pun ikuti kisah ini dulu UNTUK SELANJUTNYA ANDA DAH LIHAT ??? SAMA TAK APA YANG SAYA KATA DI ATAS ??? LIHAT PULA VIDEO DI BAWAH DEEPAK NAK MENIPU RAKYAT MELALUI MELOYAKINI !!! Video di atas merupakan suntingan video yang diambil dari video Meloyakini yang mana dirakamkan pada bulan April 2011.Apa yang ingin disampaikan disini adalah penipuan Deepak yang mana pada tahun 2011 menafikan terlibat dalam kes Bala dan waktu ini setelah diarahkan Anwar Ibrahim Deepak menyatakan beliau orang penting dalam kes bala.Satu konspirasi telah dirancang dalam menfitnah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang yang lain.Semoga pembaca Badut Rakyat dapat menilai segala keterangan Deepak dalam video ini dan anda boleh berfikir secara waras dan bijak untuk melihat dimana pembohongan Deepak yang berkerjasama dengan Pakatan PAS,DAP dan PKR. RENUNG-RENUNGKAN |
| FAKTA !!! ANWAR IBRAHIM DALANG UNTUK MELEMAHKAN INSTITUSI PDRM !!! APA CERITA NI ??? Posted: 12 Dec 2012 09:00 PM PST Kumpulan pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim kini berusaha keras untuk melaga-lagakan kepemimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tujuan untuk melemahkan institusi berusia lebih dua abad itu. Portal-portal berita yang menerima dana daripada yayasan yang dinaungi oleh oleh penyangak matawang,George Soros,seperti The Malaysian Insider dan Meloyakini,saban hari menerbitkan artikel yang menjadi gelanggang perbalahan antara pemimpin-pemimpin PDRM masa kini dan lalu.Contoh jelas ialah kenyataan-kenyataan yang dipetik dari bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).Kedua-dua portal berita tersebut kini giat membongkar cerita-cerita dan dakwa-dakwi lama membabitkan Musa dan Ramli semasa mereka memegang jawatan masing-masing.Maka keluarlah pelbagai kisah 'dalam kelambu' dan berlakulah berbalas-balas kenyataan serta nafi-menafi semasa sendiri.Masing-masing cuba menegakkan keadilan bagi diri masing-masing tetapi yang menjadi mangsa ialah institusi PDRM itu sendiri.Inilah tujuan dan agenda sebenar portal berita yang mendapat dokongan kewangan daripada sumber-sumber Zionis antarabangsa iaitu melemahkan institusi kepolisian yang telah banyak berjasa menjamin keselamatan negara. Ini terserlah semasa zaman darurat dan kebangkitan gerakan subversif komunis apabila Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak gugur menjadi mangsa kekejaman golongan penentang itu.Ini tidak termasuk beratus-ratus anggota polis yang terbunuh di tangan komunis semasa berjuang dan bertugas menjaga keamanan negara.Antara institusi yang menjadi sasaran ialah institusi kepolisian kerana tanpa agensi penguatkuasa undang-undang yang kuat dan kredibel,sesebuah negara itu mudah dibolosi oleh musuh negara. Kini saluran media pembangkang dijadikan landasan bagi mencapai objektif tersebut dan disebabkan itu sokongan dana asing datang mencurah untuk melaksanakan perancangan jahat mereka.Di belakang semua yang berlaku tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.Anwar tidak peduli jika negara terbakar dan hancur sekali pun asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.Terpahat di dalam dokumen-dokumen mahkamah semasa perbicaraan 1998 bahawa Anwar ketika menjawat posisi Timbalan Perdana Menteri telah menyalahguna kuasanya untuk memaksa pihak polis menukar beberapa butiran penting di dalam affidavit yang mensabitkan beliau dengan perlakuan jenayah liwat ke atas pemandu isterinya dan juga adik angkat beliau.Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan liwat dan salahguna kuasa beliau mendakwa PDRM telah dipergunakan dan pemecatannya adalah satu konspirasi politik. Dalam minda Anwar,beliau adalah manusia suci yang mencecah status maksum yang tidak pernah meliwat sesiapa,tidak pernah mengambil satu sen rasuah atau satu saham malah satu inci tanah pun.Hakikatnya seperti yang rakyat sedia maklum adalah sebaliknya.Siapa tidak tahu betapa rapatnya Anwar dengan Ramli semasa kedua-dua berada dalam kerajaan.Bukankah Ramli yang didakwa menjadi individu yang menjadi kroni dengan menyalurkan banyak maklumat rahsia polis dan juga kerajaan kepada sahabatnya itu untuk dijadikan peluru politik oleh Anwar menyerang kerajaan ??? Kini Ramli terus digunakan oleh Anwar untuk menyerang Musa yang sememangnya didendami beliau kerana bekas KPN itulah yang menjadi pegawai penyiasat kanan yang bertanggungjawab ke atas kes liwat bekas Menteri Kewangan itu.Seperti mana yang dijelaskan oleh Musa,diminta hadir ke kediaman Anwar yang mahu tahu mengenai hasil siasatan kes liwat terhadap beliau.Perbuatan Anwar tersebut tidak boleh dinafikan adalah satu kesalahan yang cuba mengganggu serta mempengaruhi penyiasatan polis.Bagaimana pun,Musa berkata beliau hanya bertandang sekali sahaja ke rumah Anwar atas arahan orang nombor dua itu dan enggan menurut perintah seterusnya kerana menghidu wujud agenda politik disebalik tindakan itu. Musa tahu bahawa Anwar akan terus berusaha membalas dendam terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menyekat cita-citanya ke Putrajaya.Oleh kerana itu bekas KPN itu sesakali tidak bersetuju dengan tindakan Anwar merancang siri demonstrasi dan perhimpun haram dengan membidas keras sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang diadakan sebagai salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan. RENUNG-RENUNGKAN |
| FAKTA !!! ANWAR IBRAHIM TIDAK MAMPU KAWAL KERETAKAN PR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 12 Dec 2012 06:00 PM PST Akhir-akhir ini rungutan akar umbi DAP semakin kuat kedengaran.Rata-rata merasa kecewa dengan kepimpinan parti yang kian hari kian menunjukkan sifat kukubesinya.Parti itu telah dua kali menunda proses pemilihan dan antara penyebabnya ialah kebimbangan kepimpinan yang mula menyedari sentimen akar umbi yang tidak menyenangi cara mereka ini.Akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara memberi sokongan kepada pemimpin yang tidak termasuk dalam kumpulan sahabat dan keluarga Tokong Lim.Beberapa orang yang menjadi pilihan Lim Guan Eng tewas dalam pemilihan,antaranya Wong Kah Woh dan setiausaha politiknya,Ng Wei Aik.Ini adalah petanda jelas 'pemberontakan senyap' oleh akar umbi DAP dan Tokong Lim tidak mampu lagi untuk menutup matamengenainya.Walaubagaimanapun,cakap-cakap kedai kopi kedengaran ramai yang yakin bahawa Tokong Lim tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar semua ahli-ahli menyembahnya.Masalah DAP menjadi lebih parah apabila PAS juga mula menunjuk taring terhadap parti itu yang selama ini dilihat sebagai Ketua.PAS yang juga menghadapi masalah keyakinan akar umbi terpaksa membuktikan yang mereka bukan anjing kepada DAP sepertimana yang dituduh oleh musuh mereka.Maka,isu wanita Muslim memotong rambut lelaki dan khalwat antara bukan Islam pun menjadi topik pertengkaran hebat antara PAS dan DAP.PAS nampaknya begitu tegas dan enggan berganjak dari keputusan dalam kedua-dua kes tersebut konon atas nama Islam,yang menjadi dasar perjuangan parti.amat menghairankan apabila ketegasan yang sama tidak ditunjukkan dalam kes yang jauh lebih berat seperti zina,gejala LGBT,malah kes murtad sebelum ini. Dalam kes murtad misalnya,PAS sanggup kehilangan pemimpin yang banyak berjasa seperti Datuk Dr. Hasan Ali demi menjaga hati DAP.Tetapi hairan sekali apabila PAS sanggup pula mengelar hati DAP kerana enggan membenarkan wanita Islam memotong rambut lelaki.Lebih dahsyat lagi bila PAS juga sanggup menerima seorang pengamal LGBT sebagai Perdana Menteri tetapi tidak sanggup bertolak ansur dengan pasangan bukan Islam yang berkhalwat.Dewan Himpunan Penyokong PAS pula lebih merupakan jurucakap DAP dari penyokong tulen PAS.Apa yang menarik lagi ialah parti PKR pula memilih untuk berdiam diri dan enggan menonjol di kala sekutunya memukul gendang perang sesama sendiri,sedangkan musuh sudah mula mengasah senjata untuk menghadapi pilihanraya.Anwar Ibrahim,sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR langsung tidak memberi kenyataan dalam menangani kemelut yang melanda parti-parti sekutunya.Mungkin beliau cukup maklum bahawa apa jua kata-kata atau arahannya tidak membawa apa-apa makna bagi DAP mahupun PAS kerana tiada siapa yang menghormati peliwat dan penyalahguna kuasa sepertinya. Justeru,Anwar hanya membiarkan sahaja kedua-dua parti sekutunya itu bercakaran dari dalam dan sesama sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa. Kemelut yang dihadapi PR ini bukan kecil kerana ia merupakan masalah yang bertindih, dan merebak pula. Kalau dulu kita lihat PAS perlu kalahkan DAP dahulu sebelum menang PRU tetapi kini kita lihat di dalam DAP sendiri,ada usaha untuk mengalahkan Dinasti Lim dalam pemilihan parti itu. Justeru bagaimana DAP dapat berhadapan dengan kebangkitan PAS ??? Apa yang berlaku dalam DAP tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam pemilihan parti PKR yang menyaksikan betapa kepimpinan tertinggi sanggup berbuat apa saja untuk memastikan calon pilihan mereka menang. Perlu diingatkan bahwa DAP dan PKR kedua-duanya mempunyai 'kaki' atau 'balaci' setia di dalam PAS yang bersedia berbuat yang sama untuk menang juga.Oleh itu,walaupun Muktamar PAS berjalan lancar,tetapi percayalah yang parti itu telah retak seribu dan hanya bertahan dengan tampalan gam keegoan masing-masing sahaja.Nampaknya,DAP,PKR dan PAS kini bukan lagi satu pakatan,atau lebih tepat,tidak pernah pun berpakat.Mereka hanya berbuat janji untuk sama-sama menjatuhkan BN dalam pilihanraya, itu saja.Mereka tidak pernah benar-benar sepakat untuk memerintah bersama atau menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kecuali sebagai boneka atau simbol kuasa mereka semata-mata.Hakikatnya hari ini,walaupun DAP,PAS dan PKR masing-masing punya pemimpin yang digelar Presiden atau apa jua gelarannya, tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak punya pemimpin.PR hanyalah sebuah bayangan,ilusi atau mimpi manusia-manusia yang gila kuasa dan tidak berpijak di bumi nyata yang kini terhoyong hayang bila dikejutkan dengan gendang perang pilihanraya. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment