BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN SELANGOR KAW-KAW !!!
- ROBOH KUIL !!! KETUA PEMUDA MIC MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!
- SAMPAH DI SELANGOR !!! MANA TEO NI CHING ??? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! MALAY MAIL KINI BERSAMA MELOYAKINI ??? APA CERITA NI ???
- ISU TENDER BENIH PADI !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!
| HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN SELANGOR KAW-KAW !!! Posted: 10 Dec 2012 03:00 PM PST Kerajaan negeri Selangor didakwa bersikap berat sebelah apabila tidak memberi kerjasama kepada kerajaan Persekutuan yang mengadakan pelbagai program di negeri itu.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuat dakwaan itu berhubung satu program Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berada di bawah kemnenteriannya September lalu.Beliau berkata program tersebut mendapat halangan daripada pihak penguatkuasa.Katanya walaupun program tersebut diadakan di tanah persendirian namun ia mendapat halangan sehingga wujud kehadiran 20 lori dari pihak penguatkuasa pada ketika itu. "Kita tutup (program) sebab penguatkuasa ramai.Bila malam nak buat kugiran oleh pihak TEKUN ia dihalang sedangkan ia diadakan di tanah persendirian.Jelas wujud berat sebelah sebab PKR takut dengan bayang-bayang.Bila dia (kerajaan Selangor) buat program di tanah persendirian semua boleh.Saya difahamkan program tersebut dihalang kerana bertujuan politik,kerana PKR adakan taklimat tentang isu Talam di Banting," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor yang mengadakan Selangor Agro Fest 2012 dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 16 Disember sedangkan kementerian pertanian dan industri asas tani turut mengadakan pelbagai program seumpama itu. Peruntukan persekutuan lebih banyak Dalam perkembangan berkaitan,Noh berkata kerajaan persekutuan memperuntukan sehingga RM 5.5 bilion (2011 hingga 2012) kepada rakyat Selangor membabitkan pelbagai projek pembangunan.Menurut Noh,peruntukan kerajaan persekutuan ini lebih tinggi berbanding kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.Bilangan projek adalah 439 dengan 280 projek adalah projek baru dengan peruntukan (RM2.8 bilion) manakala projek sambungan 159 projek (RM2.85 bilion). "Selain itu kita ada projek di bawah peruntukan JAKIM iaitu sebanyak RM32 juta merangkumi pelbagai elaun kepada imam, kelas agama dan fardu ain (KAFA), guru takmir dan lain-lain.Melalui program pembasmian kemiskinan peruntukan diberi adalah sebanyak RM5 juta yang membabitkan program Bantuan Rumah,Kementerian Kemajuan Luar Bandan dan Wilayah.Pelaksanaan peruntukan Khas tahun 2012 di bawah peruntukan Perdana Menteri juga adalah sebanyak RM56 juta dengan 308 projek.Manakala di bawah peruntukan timbalan perdana menteri diberi peruntukan sehingga RM7 juta dengan 90 projek," jelas beliau yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor. - FMT TUNGGU PADA PRU 13 NI !!! PAKATAN PASTI JATUH KE TANGAN UMNO DAN BN !!! BARU RAKYAT BOLEH RASA KESENANGAN YANG DI BERI !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| ROBOH KUIL !!! KETUA PEMUDA MIC MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!! Posted: 10 Dec 2012 12:00 PM PST Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bertanya satu soalan,adakah Penasihat Ekonomi Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanggungjawab dan memohon maaf kepada masyarakat India tentang insiden kerajaan negeri meroboh tempat sembahyang penganut Hindu di sebuah kediaman peribadi Bandar Baru Salak Tinggi baru -baru ini. "Saya nak tanya sekarang,Datuk Seri Anwar akan minta maaf tak kepada masyarakat India.Dulu dia kata (dia) Sivaji The Bos,sekarang pula, dia kata (dia) MGR.dia ni pandai berlakon,"katanya. Pada 20 November lalu,seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat sembahyang penganut Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya, di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA !!! ANDA NAMPAK DI SITU PERMAINAN ANWAR IBRAHIM ??? SAMPAI KUIL DALAM RUMAH PUN KENA ROBOH !!! APA CERITA NI ??? KATA ANAK INDIA ANAK ANDA ??? SAH !!! SEMUA ITU KENCING BELAKA DAN NAK TARIK UNDI SEMATA-MATA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| SAMPAH DI SELANGOR !!! MANA TEO NI CHING ??? APA CERITA NI ??? Posted: 10 Dec 2012 09:07 AM PST Longgokan sampah yang tidak dikutip lebih dua minggu telah mencetuskan kebimbangan peniaga dan penjaja di Pasar Bangi Lama di sini. Dakwa peniaga, selain mengundang kehadiran tikus dan lalat, serta mencemar pemandangan, longgokan sampah berkenaan turut mengganggu aktiviti perniagaan mereka. Ketua Pusat Perkhidmatan dan Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang,Datuk Yap Pian Hon berkata,pihaknya telah menerima aduan daripada peniaga berhubung masalah itu.Menurutnya,longgokan sampah itu bukan sahaja menyakitkan pandangan tetapi menimbulkan rasa jijik dan bau busuk kepada peniaga dan pelanggan. "Saya telah membawa perkara ini ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar tindakan dapat diambil dengan segera," katanya ketika melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan.Beliau ditemani oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bangi Lama,Yong Hok Chai dan Ketua Wanita MCA Bangi Lama, Low Mon Sin.Yap turut mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Serdang dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi terhadap masalah yang dihadapi peniaga di situ. "Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan operasi perniagaan peniaga, tetapi juga boleh mengancam kesihatan penduduk berhampiran kerana dikhuatiri akan menyebabkan penyakit," katanya. MANA TEO NI CHING ??? TIDUR MACAM XAVIER KER ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! MALAY MAIL KINI BERSAMA MELOYAKINI ??? APA CERITA NI ??? Posted: 09 Dec 2012 09:00 PM PST Agak musykil dan janggal apabila melihat THE MALAY MAIL semakin liberal,semakin mempunyai satu aliran pemikiran sama seperti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.Akhbar percuma yang suatu masa dilihat menjadi salah satu dari lidah rasmi Barisan Nasional semakin terbuka membawa agenda dan pemikiran Anwar Ibrahim.Akhbar milikan orang Melayu / Bumiputera yang telah hampir beberapa kali bertukar tangan ini semakin lantang menghentam kerajaan dan BN.Barangkali ini yang dinamakan sebagai kebebasan media.Agak janggal dan musykil juga memandangkan THE MALAY MAIL mampu menerbitkan dua artikel yang cukup lantang menghentam kepimpinan DS Najib sejak akhir-akhir ini. This is propbably because MACC doesn't have enough forensic capabilities to go after the cunning big time and highly-placed corrupt crooks or "big fishes". All this begs the question as to why the MACC is not employing enough competent resources to fight this "grand corruption"? If its the lack of political will, the people will find this weak explanation unacceptable and could show their preferences at the ballot box when the opportunity arises in a few months. If its a lack of priority to provide adequate funding, then more resources should be provided to step up the campaign to get the "big fish".Otherwise we will surely accelerate the pace of decline to a Malaysian kleptocracy when we will also move towards becoming a failing state. Hence, we must act expeditiously and with greater determination and political will to avoid becoming a kleptocracy, as a matter of top priority! As the kleptocracy normally embezzles money from its citizens by misusing funds derived from tax payments, or money laundering schemes, a kleptocratically structured political system tends to degrade nearly everyone fs quality of life … In addition, the money that kleptocrats steal is often taken from funds that were earmarked for public amenities, such as the building of hospitals, schools, roads, parks and the like – which has further adverse effects on the quality of life of the citizens living under a kleptocracy.The quasi-oligarchy that results from a kleptocratic elite also subverts democracy (or any other political format the state is ostensibly under). Lebih menambahkan kemusykilan dan kejanggalan lagi apabila dua artikel ini diterbitkan pada hari yang sama,5 Disember 2012 ... hanya dipisahkan selang satu jam diantara satu sama lain.Tahniah diucapkan kepada pemilik dan empunya akhbar THE MALAY MAIL kerana berjaya mengeluarkan dua artikel menghentam kerajaan dan BN hasil kerja ORANG DALAM Anwar Ibrahim dalam organisasi ini.Sama ada khilaf atau sememangnya disengajakan, maka EDITOR ini telah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang cukup cemerlang untuk ANWAR IBRAHIM. Sekalung tahniah untuk Anwar Ibrahim kerana mampu membawa berita-berita MALAYSIAKINI ke dalam The Malay Mail ... Gandingan Mantap 'Koyakutty' ... Lathefa Koya dan Zakiah Koya The 'Koyak' Sisters ini banyak membantu membawa agenda dan pemikiran Anwar Ibrahim.Lebih-lebih lagi tahniah diucapkan kepada Zakiah Koya. Bekas editor MALAYSIAKINI kini menjadi editor untuk The Malay Mail.Maka tanpa ragu-ragu lagi THE MALAY MAIL kini sudah menjadi anak syarikat MALAYSIAKINI.Maka lahirlah MALAYSIAKINI MAIL... Difahamkan juga pemilik dan empunya akhbar The Malay Mail kini dikuasai oleh jutawan Singapura ... - GMW PATUTLAH BAGI PERCUMA !!! RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| ISU TENDER BENIH PADI !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! Posted: 09 Dec 2012 06:00 PM PST Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar mencabar pembangkang berdebat dengan beliau berhubung isu tender agihan kuota benih padi sah yang kini dijadikan modal politik pembangkang. Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata,beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dengan wakil pembangkang bagi menjawab isu itu dengan adil dan bermaruah. "Ini isu lapuk yang sengaja diulang pembangkang dengan harapan rakyat akan percaya. Oleh kerana kes ini di bawah kementerian dan saya anak jati Selangor, saya mencabar Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk berhadapan.Jangan hanya berani berkokok di gelanggang sendiri, saya akan datang ke Selangor di mana-mana juga. Menteri Besar tetapkan tarikh di bulan Januari, tempat dan masa, insya-Allah saya akan datang dan jangan lari," katanya. Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi dan membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014. Menurut Noh, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak sepatutnya mempolitikkan isu tender agihan kuota benih padi sah di negeri itu kerana sudah diperjelaskan secara terperinci dalam sidang Dewan Rakyat Oktober lalu. Tambah beliau, tindakan pembangkang membangkitkan semula isu itu juga hanya bertujuan mencemar imej beliau dan memburuk-burukkan BN menerusi fitnah tidak berasas.Sementara itu, dalam perkembangan lain,Noh berkata,pihaknya turut bercadang meningkatkan had pinjaman mikro kredit di bawah kementeriannya iaitu daripada maksimum RM50,000 kepada sebanyak RM100,000. Menurutnya, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan had pinjaman untuk peniaga kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan jumlah sama. "Had pinjaman mikro kredit itu adalah pinjaman melibatkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Agrobank," katanya. KEPADA KHALID GAGAP !!! ADA BERANI KER ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment