Hi tuanhamba, Menolak Keganasan Terhadap Wanita | | Wanita memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baru yang mampu menyumbang kepada negara. Ahad lalu merupakan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menangani serta menjaga hak setiap wanita. Bagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah keganasan terhadap wanita. Sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merangkap sebagai Perdana Menteri, saya sangat mengambil berat mengenai masalah ini dan akan mengambil pelbagai langkah yang perlu agar keganasan terhadap golongan wanita ini ditolak sepenuhnya. Usaha ini bagaimamanapun tidak mungkin boleh berjaya tanpa sebarang bantuan daripada anda semua. Untuk itu, saya menyeru kepada anda supaya memastikan agar setiap wanita yang anda sayangi sentiasa dilindungi. | | | | Sebelum ini, saya ada menulis mengenai keganasan terhadap wanita di blog saya di sini. | | | Perkembangan Terkini Menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu | Pada 25 November lalu, saya menghadiri Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di PWTC. Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya amat mengambil berat mengenai setiap permasalahan dan keluhan mereka, sekali gus menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk kaum wanita. | | | Menerima jersi baharu Harimau Malaya daripada Ketua Pasukan negara, Safiq Rahim ketika saya meninjau sesi latihan mereka di Wisma FAM pada 21 November lalu.] | Anda boleh menonton video tinjauan saya di Wisma FAM di sini: Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment