Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Video Samseng Botak Belasah Pekerja Restoran!

Posted: 05 Nov 2012 07:18 AM PST


Kurang ajar sungguh si botak tu, awat la dia sanggup buat perkara bodoh macam ni? Kononnya samseng la, nak belasah si budak jurujual. Harap badan saja besar, tapi otak kecil. Silap-silap takdak otak langsung kot. Dunggu sungguh la!

TUDIAA!! #Kantoi Gambar Anak Pemimpin PKR Minum Arak?

Posted: 05 Nov 2012 04:39 AM PST



Cerita ni didedahkan oleh MyMassa. Persoalannya, anak siapa? Dengarnya anak pemimpin PKR. Ada sesiapa yang sudah mula panas punggung? Ada.. malah ada yang bengang kat anak dia tu sebab gambar minum arak boleh tersebar.


Anak siapa ya? Tunggu kita tengok sapa yang meroyan.




McTheory:
Bila kena kat depa, mengelupoq habis

GEMPAR!! Apahal Cerita Nazri Aziz Dengan Rafizi Jambu ni?

Posted: 05 Nov 2012 01:18 AM PST



Beranikah Rafizi buktikan dia dipihak yang benar. Kalau berani, saman la Nazri tu.

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

"Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

"Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.

Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.

Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.

Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat. - sinar

P/s: Rafizi mana ada telur, dari sekolah lagi dok jadi jambu Anwar saja. Kerja dia senang, cari bahan fitnah!! Mangkuk sungguh!

PANASS!! Gadis Melayu jadi Mangsa Raba Di Khalayak Ramai!

Posted: 04 Nov 2012 10:16 PM PST



Mc terbaca satu entri dari blog Keris7Lok. Mc rasa entri ni memang sesuai di share kepada semua wanita di Malaysia. Ini soal keselamatan memang tak boleh di ambil mudah.

Masa belajar poli dulu, tak tahu @Izizree ingat atau tidak sebab waktu iti kami masih di dalam semester 1. Sifat kurang ajar mereka ini bukanlah sesuatu yang dipandang enteng. Mc kongsikan sedikit garapan seorang pelajar UPM dan situasi dia melihat seorang gadis diraba.


Earlier today, saya naik komuter dari Stesen KTM Sungai Buloh, kakak n abang ipar saya hantar dari Temerloh. Harap dapat naik Shuttle Train, sekali dapat komuter biasa je. Untuk yang tak tau, Shuttle Train ni lagi panjang dari komuter biasa, n dia akan berhenti dekat a few stations je. Maksudnya kita konpem akan dapat seat, n masa pun lagi cepat sebab dia tak berhenti dekat semua stesen.

So dengan paksarela terpaksa jugaklah naik komuter. Macam biasa, sibuk. Hiruk-pikuk. Orang ramai. Nak duduk takde tempat. Mujurlah waktu pagi, takdelah bau badan masing2 mencucuk2.


Masa ni semua orang diam, kecuali dengar ada bunyi dari earphone Samsung S II sorang mamat white collar yang pasang lagu Meet Me Halfway. Punya kuat dia bukak lagu, semua orang boleh dengar. Aigo. Pekak jugak telinga mamat ni tak lama lagi. Pada masa yang sama ada dua orang pak cik India sembang sakan time pagi buta. Bagus betul. Banyak energy. Orang lain semua tengah layu baru bangun, dia punya bateri fully charged. Tiba stesen Kepong Sentral, masuk satu kumpulan warga Indonesia. Ada tiga orang. Masa tu saya berdiri dekat tiang.

Tren pun bergerak macam biasa. Masa tu memang sempit. Tiba-tiba saya terdengar deorang berbual. Saya dengar sorang tu cakap pasal 'paksaan', n sorang lagi macam tengah refer seseorang dalam tren tu. Saya tengok, deorang macam satu kumpulan tengah kepung budak perempuan dekat tiang tu.

Eh, peliknya. Lepas tu deorang macam fokus pada budak perempuan tu. Budak tu pandang arah saya, n orang Indonesia tu semua buat bulatan belakang dia. Oh shoot. Tak sedap hati. Budak perempuan tu tunduk, macam tengah takut. Orang Indonesia tu pulak macam tengah memerhatikan dia, semua macam nak ngap budak tu.

Lepas tu baru saya perasan apa yang berlaku. Disebabkan deorang kepung belakang budak perempuan tu, effectively takde siapa yang nampak deorang buat apa belakang budak tu. Oh damn. Kesiannya! Budak tu macam nak menangis da, tunduk2. Deorang pulak macam suka, sambil buat muka gangster.

Saya tengok budak perempuan tu. Pakai baju biru, tudung hitam. Badan dia montok. Memang jadi habuan lah. Si mamat sorang tu macam nak cium dia, deorang gilir2 raba punggung budak tu. Budak tu tunduk, diam. Takut.

Mula-mula saya rasa marah. Tapi tak tau nak buat apa. Depan saya ada sorang mamat Melayu, tinggi, tapi dia buat2 tak nampak. Ramai lagi yang perasan, tapi semua buat bodoh. Yang perempuan, laki. Melayu, India, Cina. Semua pura-pura tak nampak ada gangguan seksual. Saya rasa geram gila. Pastu saya tanya budak tu 'OK tak?' saya berniat nak tolong dia. nak suruh dia tukar tempat ke. Tapi dia diam. Dia pandang tempat lain taknak jawab soalan saya. Seolah-olah saya tanya dia 'Best tak?'

Paling best, tengah2 antara stesen Segambut dengan Putra, tren tu mati dalam 10 minit. Biasalah KTM, kalau tengah jalan tak mati memang tak sah. Lagi mahsyuk la budak tu kena raba. Yang ketua geng tu tangan dah naik pegang tiang tu, kepung budak tu. Budak tu tak boleh bergerak. Belakang dia dah kena tenyeh2 dengan warga asing.

Masa ni semua orang pandang, lepas tu pandang arah lain. Saya pandang je warga asing tu, lepas tu deorang pandang balik. Muka macam nak tikam orang. Saya fikir, kalau deorang tarik perempuan ni turun pun satu tren akan buat bodoh. Tak pun deorang rogol budak ni dalam tren pun, penumpang lain akan buat2 tak nampak dan akan pandang tempat lain.

Masa tu dahlah saya tak sarapan lagi, so rasa tension tu menyebabkan rasa nak muntah. Berani sungguh deorang ni. Tak lama lepas tu, yang mamat ketiga pulak duduk belakang budak perempuan tu. Damn! Puas hati dia raba budak tu. Hambek kau! Yang pelik, takde sapa nak marah deorang. Semua buat buta. Semua buat pekak. Yang perempuan tu pun diam membisu, nak nangis.

Dekat setengah jam lepas tu, dekat stesen mana entah, baru deorang turun. Budak perempuan tu pulak turun 2-3 stesen lepas tu. Dah habis maruah diri. Oh. Kalaulah benda ni berlaku hari-hari. Masa tu saya buat penilaian sendiri tentang masalah sosial ni. - Kisah Seorang Budak U

Sebenarnya rakyat Malaysia sendiri kena prihatin dengan masalah sebegini, Bayangkan yang kena itu saudara perempuan kamu. Memang tidak dinafikan, masa Mc tampar warga asing itu, mereka yang lebih dekat dan lebih nampak kakak itu diraba hanya mendiamkan diri.

Kesedaran sivik seolah-olah tiada. Namun, pernah juga terdengar ada beberapa gadis yang diraba diselamatkan didalam tren. Masih ada rakyat Malaysia yang prihatin dan tahniah kepada mereka. Yang buat bodoh, fikir-fikirlah. Ini adalah satu video yang boleh dikongsi untuk semua gadis di luar sana. Yang lelaki nak belajar pun boleh, mana tau nanti kena raba dengan gay macam Anwar. he he..



McTheory:
Perempuan pun kena maruah, pakai tu jangan seksi-seksi sangat!

PANASS!! Pas Kedah Pelingkup Kedah Agro, Dari O.K Sampai K.O!! #TukarKedah

Posted: 04 Nov 2012 07:18 PM PST

Melingkup bersama Pas!

Projek pertanian, Kedah Agro pada zaman BN nak kata berjaya sangat tu, taklah. Tapi menyumbang juga dalam 40 juta sejak ia ditubuhkan. Ternyata perancangan MB Kedah masa tu tepat dan membuahkan hasil.

Kedah Agro melaburkan hasilnya dengan kolam ikan dan juga perternakan lembu. Bukan lembu ghaib Pas Kedah, tetapi lembu daging untuk dijual. Hasil perternakan tersebut dijual kepada syarikat dari Taiwan yang dikendalikan oleh Mr Lai.

Kira dahsyat juga la keuntungan yang dicapai oleh Kedah Agro, boleh sampai Rm40 juta!

Usahasama dengan syarikat dari Taiwan tersebut berterusan, hinggalah Kerajaan BN Kedah kalah pada PRU ke 12, pada tahun 2008.

Kerajaan bertukar tangan!

Pas Kedah ambil alih tampuk pemerintahan negeri Kedah, pelbagai perubahan yang mereka buat. Mc taknak sentuh pasal hal lain, tapi Mc nak cerita apa Pas Kedah buat pada Kedah Agro!

Kedah Agro yang dulu ada kerjasama dengan syarikat dari Taiwan, telah diubah oleh Pas Kedah. Syarikat Taiwan terbabit dihalau balik, atas alasan Mr Lai tu, kroni BN! he he.. orang Taiwan kroni BN? Akai bijak sungguh!

Kemudian, Azizan Razak bersama sekutu-kutunya mengubah pelbagai perubahan untuk Kedah Agro. Diantara projek yang Pas Kedah cadangkan nak buat ialah, Projek Nenas untuk jadikan Kedah umpama Belanda, projek Keli-K, Projek Lembu Ghaib, Projek rambutan dalam tin dan projek pusat pengumpulan barang pertanian.

Bila kita tengok perancangan puak Pas Kedah ni, memang nampak hebat! Kiranya atas kertas memang terbaik laa..

Tapi, dalam semua projek Kedah Agro yang Mc listkan kat atas tu, satu pun tak berjaya! Semuanya lingkup!

Projek Nenas, sampai sekarang habuk pun takdak! cakap saja berapi! Projek Keli-K, tempat ada, kolam ada, ikan ada, marketing takdak. Pelbagai usaha depa buat nak jual ikan keli tu, tapi tak terjual, akhirnya ikan mati, rugi lagi banyak!

Kemudian projek rambutan dalam tin, rambutan ada, atas pokok, tin ada, tapi dok kata nak buat, haram apa pun tak jalan. Sama juga dengan pusat pengumpuan barang pertanian. Buat mahal-mahal, tapi dok jadi gajah putih. Tak berguna langsung!



Kalau zaman BN dulu, mampuih dah puak ni dok maki BN, kata perabih duit rakyat. Bila kena kat batang hidung depa, boleh pula buat diam, buat bodoh. Memang dasar tak boleh pakai seduit pun puak ni.

Kedah Agro ni lingkup bila kerajaan Pas Kedah memerintah. Masa BN dulu, Kedah Agro kutip hasil, tapi bila Pas pegang, Kedah Agro, tak lebih macam GLC-GLC lain yang ada di Kedah, Melingkup lebih banyak dari membantu!

Ini membuktikan Kerajaan Negeri Kedah ni teruk! Tak pandai buat kerja, cakap saja pandai tapi habuk pun tarak! 100 perkataan yang puak Pas cakap 101 tak boleh percaya.

Jadi rakyat Kedah nak percaya lagi kat orang-orang Pas ni? Sekarang ni waktu Pas perintah Kedah. Setiap kesalahan, Pas harus bertanggung jawab, bukan salahkan orang lain. Ini tidak, Pas perintah Kedah, bila salah, tuduh UMNO.

Pas buat salah, curi wang dan pelingkup projek, akhirnya UMNO juga yang depa akan tuduh! he he


McTheory:
Makin lama jaga Kedah, makin melingkup la puak Pas ni buat!

PANASS!! Usahawan Melayu Berjaya Tuntut KUIN Bayar Hutang!! #TukarKedah

Posted: 04 Nov 2012 04:37 PM PST

Shaikh faisol
Alhamdullilah.. akhirnya terbukti Pas Kedah berhutang dengan seorang usahawan melayu. Mc pernah berjumpa dengan Shaikh Faisol ni dulu semasa beliau buat sidang media. Kesian Mc lihat keadaan beliau yang agak sugul akibat dipermainkan oleh pentadbiran KUIN yang berhutang RM3 juta kepada beliau.

Selepas hampir 8 bulan kes ini di mahkamah, akhirnya Shaikh Faisol berjaya mendapat saparuh daripada hutang KUIN kepadanya tu. Mc rasa itu pun dah cukup bagi beliau untuk teruskan hidup dan kembangkan lagi perniagaannya tu. Pada yang tak pernah baca kisah Shaikh ni, boleh baca kat SINI.

Lepas tu baca petikan berita dari Bernama mengenai KUIN kena bayar kepada beliau!

SUNGAI PETANI – Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Kuin sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kuin di cawangan Kuin Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan. - BERNAMA

Akhirnya kebenaran terbukti juga bahawa pentadbiran KUIN memang tak telus dan teruk. Azizan dan Jamil buat KUIN umpama bapak depa yang punya. Sedangkan KUIN tu dibina atas duit rakyat Kedah. Allah dah tunjuk pada kita semua buktinya ni. Tunggu pula apa lagi Pas Kedah nak kantoi!

McTheory:
Orang jahat akan terima balasannya nanti.. tunggulahh
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...