Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Gambar Si Malang Yang Tak Ingin Kita Lihat!!
- PANASS!! Skandal Cinta dan Rasuah Tok Det dan Shahanim?
- TUDIAA!! Anwar Umpama Meludah Ke Langit, Jatuh ke Muka Sendiri!
- PANASS!! Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguh Perlaksanaan #AES !!
- TUDIAA!! Blogger Pakatan Dedah Nik Aziz Adalah Wahabi?!!
- PANASS!! Poster Kejayaan Projek Papua New Guinea Oleh Pas Kedah!! #TukarKedah
HOT!! Gambar Si Malang Yang Tak Ingin Kita Lihat!! Posted: 01 Nov 2012 10:01 AM PDT | ||
PANASS!! Skandal Cinta dan Rasuah Tok Det dan Shahanim? Posted: 01 Nov 2012 05:38 AM PDT Aku tengok makin galak puak-puak blogger pencacai PAS "menyerang" pemimpin UMNO Kedah sejak kebelakangan ni. Sama ada fitnah atau tohmahan, depa tetap nak tulis jugak walaupun terpaksa "muhong" orang... Contohnya, baru-baru ni blog pencacai PAS paling kuat "muhong" menyiarkan cerita kononnya Tok Det Khalid bayar RM197k kepada "tiga staf" Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadangan Kedah Sdn Bhd, termasuk Shahanim... Elehhhh...tu depa ingat depa betoi la tu! Lepas tu nak "kenen" Tok Det dengan Shahanim? Heh! Otak pembelit betul, tak puas-puas fitnah orang selagi tak masuk kuboq... Aku cabar depa pi pejabat SPRM pasal kes ni. Tu pun kalau depa anak jantan la. Kalau pondan dan tak berpegang pada kata-kata, elok tutup blog..!!! Sambung Baca SINI McTheory: Fitnah orang ni memang makanan orang Pas!! Biasa la | ||
TUDIAA!! Anwar Umpama Meludah Ke Langit, Jatuh ke Muka Sendiri! Posted: 01 Nov 2012 02:18 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi. Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen). Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah. "Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham. "Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini. "Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini. Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS. "Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy. Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni. "Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion. "Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya? "Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya. Sumber SINI McTheory: Bapak segala kroni pertikaikan kroni orang lain? kelakar sehh.. ha ha ha.. | ||
PANASS!! Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguh Perlaksanaan #AES !! Posted: 31 Oct 2012 11:16 PM PDT Syabas Pemuda UMNO kerana berani berkata benar dan mendengar suara akar umbi bagi mendesak kerajaan menangguhkan perlaksanaan AES dan mengkaji semula sistem berkenaan. KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu. Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu. "Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam. "Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju. "Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini. Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum. "Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah. "Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami," katanya. Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka. "Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN. "Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak," katanya. sumber dari SINI | ||
TUDIAA!! Blogger Pakatan Dedah Nik Aziz Adalah Wahabi?!! Posted: 31 Oct 2012 08:17 PM PDT
Tajuk asal video yang dimuat naik oleh Topeng Perak adalah TGNA Wahabi..? Mc dah tengok video ini sampai habis. Mc rasa elok untuk pembaca sama-sama tonton video ini untuk memberi kefahaman yang lebih kenapa sekolah-sekolah pondok di Kelantan menentang PAS Kelantan. sumber asal dari Mymassa This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||
PANASS!! Poster Kejayaan Projek Papua New Guinea Oleh Pas Kedah!! #TukarKedah Posted: 31 Oct 2012 05:38 PM PDT Projek pelaburan paling terbaik yang pernah kerajaan negeri Kedah lakukan selama depa jadi kerajaan negeri. Tu pun dak, rugi juga! Tah la siapa penganalisis yang mencadangkan projek balak ni. Kesiann kesiann.. Pada yang tak faham, boleh klik kat SINI dan SINI McTheory: dah taktau nak jaga negeri, bagi orang lain la senang.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment