Gelombang Rakyat |
PERBAHASAN MAKIN PANAS - PERWAKILAN DAKWA UMNO SELANGOR BAKAL MATI KATAK..!!? Posted: 29 Nov 2012 11:21 PM PST Ahli-ahli Umno diingatkan agar terus menetapkan pendirian menerima nasihat kepimpinan parti dan tidak menjadi seperti "katak yang suka melompat" sekiranya tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketika mengetengahkan perkara itu, perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno, mereka harus mendengar arahan dan saranan daripada pucuk pimpinan. "Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak, jawabnya. "Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno, pagi ini. Selangor antara negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008. Abdul Shukur yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor memberitahu bahawa falsafah larangan itu ialah Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang. "Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhaan dan Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama. "Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya. Abdul Shukur berkata, cara yang dibawa oleh Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri telah banyak membawa perubahan, di mana sekiranya "kita melihat sekarang ramai pihak termasuk pengundi mula kembali kepada kita." Najib juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Tambah beliau, ahli-ahli Umno harus melihat PRU13 dalam pelbagai sudut agar Umno tidak kecundang, sebaliknya berjaya merampas semula negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. |
SEMANGAT 'THE RED WARRIOR' DI DEWAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO. Posted: 29 Nov 2012 06:17 AM PST Faktor utama kejayaan The Red Warriors memperoleh tiga gelaran musim ini termasuk Piala Malaysia bulan lalu. Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas hanya menempa nama di sebalik kejayaan Red Warriors sedangkan Umno bertungkus-lumus dalam memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai. Menurutnya, pasukan bola itu mampu menjadi kuat kerana hasil usaha Umno mencari bakat-bakat baru dan lama untuk membarisi senarai utama pemain Red Warriors. "Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta," kata beliau ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, hari ini. Timbalan Ketua Bahagian Ketereh berkata, pemilihan pemain yang berbakat ini adalah strategi penting yang perlu diadaptasi dalam pemilihan calon boleh menang untuk bertanding atas tiket Umno. "Kita pilih pemain terbaik dari Kelantan, pemain terbaik yang boleh 'score' gol... inilah 'winnable candidate' yang Datuk Seri Najib Tun Razak maksudkan. "Tua atau muda tidak penting, janji mampu beri aksi terbaik untuk masa itu, inilah analogi yang cukup mudah buat kita faham tentang calon boleh menang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment