tun faisal dot com |
- Kenyataan penuh Chua Soi Lek hina hudud dan cabar Jamil Khir debat?
- Audit: Cubaan Azizan nafi kegagalan, digagalkan oleh Mahdzir #TukarKedah
- [Video] @Astro @501Awani - Siapa lebih beradab Azhar Idrus atau Rasul Dahri?
- [Video] Ustaz Fathul Bari - Nik Aziz Kurang Beradab?
Kenyataan penuh Chua Soi Lek hina hudud dan cabar Jamil Khir debat? Posted: 28 Oct 2012 08:30 PM PDT Di bawah adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam. Bloggers dan cybertroopers PR, terutamanya dari Pas sedang sibuk memanipulasi berita ini dari segi pertama, mengatakan bahawa Chua menghina hudud. Kedua, Chua mencabar Jamil Khir berdebat. Silalah teliti kenyataan di bawah untuk memahaminya. Kesimpulan saya, blogger dan cybertrooper menipu dan memfitnah: Pertama - tidak ada kenyataan Chua yang mengajak Jamil Khir berdebat Kedua - tidak ada kenyataan menghina hudud, melainkan menyatakan perasaan tidak yakin dan ketakutan kepada hudud Pas Dalam kenyataan Chua, dia menolak Pas sebagai Islam. Pas hanya parti politik. Jika ada perkara yang tidak tepat dalam kenyataan ini adalah, Chua menyebut dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini sedangkan di dalam Perlembagaan, Islam disebut sebagai agama Persekutuan. Kedua, adalah lebih manis dan sesuai jika Chua melakukannya dengan lebih berhemah, sama ada menyatakan pandangannya melalui saluran BN atau tanpa perlu sama sekali menyentuh Datuk Seri Jamil Khir. Ekspresi Chua adalah tentang ketakutan dan ketidak yakinan bukan Islam bahawa Pas boleh melaksanakan hudud dengan adil tanpa menjejaskan mereka. Spin pemimpin dan cybertrooper PR pula menunjukkan bahawa mereka cuba menidakkan ketakutan mereka terhadap Karpal dan DAP yang terang-terang menolak hudud dan PKR yang secara `malu-malu' menolak hudud. PR cuba menafikan pembongkaran bahawa DAP adalah anti-Islam yang dibuat oleh beberapa orang bekas pemimpin DAP dan PKR. Pas pula cuba menafikan hakikat bahawa PR sebenarnya menolak hudud melalui kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR. Hakikatnya - jelas bahawa Pas bersubahat menolak hudud apabila PR menolaknya untuk dijadikan sebagai agenda. ___________________ (The Star) - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims. "Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said," the MCA president said. On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia. Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution. He also pointed out that a political party should not be equated to religion. "PAS is a political party while Islam is the official religion. "The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said. Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views. Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud. "Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said. On another matter, Dr Chua said the DAP had been championing PAS as this was obvious when Rasah MP and DAP Youth leader Anthony Loke slammed the table in Parliament against the MCA in defence of PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "When Penang PKR chief Datuk Mansor Othman remarked that Penangites viewed Chief Minister Lim Guan Eng as tokong (deity), why did Loke not slam the table in Parliament? "Does this mean that to Loke, Nik Aziz is more important than Lim?" he asked, claiming that this showed that the DAP was a "political eunuch" to PAS. Dr Chua also said that Batu Pahat MCA would hold a mega dinner at Sea View Restaurant on Nov 3 and the money raised would be channelled to six Chinese primary schools and a Chinese independent school in the area. "From next year onwards, 25 poor students from each of the Chinese primary schools will be given RM600 in aid per year while those from the independent school will receive RM1,000 every year," he said |
Audit: Cubaan Azizan nafi kegagalan, digagalkan oleh Mahdzir #TukarKedah Posted: 28 Oct 2012 06:12 PM PDT MB Kedah gagal! Apa kata Audit? Kedah Corporation Berhad (KCB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). KCB telah ditubuh dan didaftarkan pada 15 Mei 2006 dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal diterbitkan RM1 juta. Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk memajukan aktiviti perlombongan dan pertanian di peringkat antarabangsa. Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November hingga Disember 2011 mendapati kedudukan kewangan KCB adalah lemah kerana mencatatkan kerugian sepanjang tahun 2008 hingga 2010. KCB juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah. Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2006 dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal diterbitkan RM0.5 juta. KAIMB merupakan syarikat milik penuh Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) iaitu sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). Pengauditan yang dijalankan di antara bulan September 2011 hingga Oktober 2011 mendapati KAIMB hanya memperolehi keuntungan pada tahun 2008 dan kemudiannya mengalami kerugian pada 2 tahun berikutnya. Pengurusan aktiviti KAIMB seperti projek ternakan udang di Kerpan dan projek tanaman getah dan kelapa sawit juga terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan perjanjian dan pemantauan. Dakwaan Azizan projek sakit di Kedah zaman BN: Ini penjelasan Mahdzir Khalid ISNIN, 29 OKTOBER 2012 03:14 Ceritanya sama saja. Baik di Selangor,Pulau Pinang dan terbaru di Kedah.Kerajaan pakatan pembangkang di negeri-negeri ini cuba nak cari apa saja yang boleh ditonjolkan sebagai ' kesalahan' kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan sudah lebih empat tahun berlalu sejak mereka mengambilalih negeri-negeri ini semasa pilihanraya umum 2008...tidak ada perubahan yang dapat dirasai dan dilihat dengan mata kasar. Di Kedah,bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid naik angin bila Menteri Besar PAS sekarang Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memperlekehkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu. Dan...kalau dilihat dari penjelasanya nampak sangat Azizan macam tenggelam punca bila pentabirannya menghadapi masalah dalaman dengan puak PAS sendiri di negeri itu. Siapa boleh lupa peristiwa PAS Pusat terpaksa campurtangan wujudkan badan pengawas keatas pentabirannya ekoran krisis beliau dengan dua Exco Kerajaan Negeri tidak lama dulu. Mahadzir yang kini Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono Beliau ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari Alor Star Ahad mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang. Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa. "Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir. Dalam sidang medianya Sabtu, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu. Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut. Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya. Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan. Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya. Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul. Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. "Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau. "Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir. Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal. Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - 28/10/2012 |
[Video] @Astro @501Awani - Siapa lebih beradab Azhar Idrus atau Rasul Dahri? Posted: 27 Oct 2012 11:30 PM PDT Pengakuan Azhar Idrus bahawa beliau hanya tahu bab fardu ain saja. http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/azhar-idrus-tau-bab-fardhu-ain-saja.html |
[Video] Ustaz Fathul Bari - Nik Aziz Kurang Beradab? Posted: 27 Oct 2012 10:06 PM PDT Kalau yang diajar kepada ahli Pas, Tuhan pun samseng dan Tuhan pun mencarut untuk mempertahankan ahli Pas yang memukul orang dan mencarut, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Nik Aziz. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment