PAPA GOMO |
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Cuba Sogok Sinar Harian? Posted: 30 Oct 2012 12:00 AM PDT Semakin mual melihat karenah penyokong Pakatan Pembangkang yang cukup suka menjatuhkan pimpinan BN dengan cerita palsu dan rekayasa jahat bagi menghasut rakyat membenci BN. Ditambah lagi dengan PRU yang makin hampir seakan menggila aktiviti mereka ini dengan fitnah yang ada. Blog Milo Suam satu tika lalu pernah mempertahankan Badrul Amin yang ditangkap khalwat dengan isteri orang di Kuantan Pahang. Begitu bersungguh sungguh blog Milo Suam pertahankan Badrul Amin sampaikan mengeluarkan kenyataan bahawa Isteri Badrul Amin sahkan ada meneman Badrul Amin malam kejadian tersebut. Namun kuasa Allah tu maha besar lalu ditunjukkan bukti bahawa isteri Badrul Amin tidak ada malam tersebut bersama Badrul Amin malah ianya juga telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawap bahawa Badrul Amin telah diserang oleh suami wanita yang Badrul Amin khalwat pada pagi itu. Malah ianya juga telah disahkan oleh pihak Hotel bahawa memang berlaku kekecohan pada pagi tersebut apabila Badrul Amin dibelasah sekumpulan lelaki. Walaupun penafian dibuat oleh Badrul Amin dan juga blogger Milo Suam namun ianya tidak langsung berjaya memberikan bukti jelas kepada rakyat akan kejadian tersebut yang sememangnya benar benar berlaku. Ugutan Badrul Amin yang akan menyaman pihak terbabit seperti Sinar Harian yang mengeluarkan berita tersebut juga sehingga ke hari ini sepi tampa berita. Malah menurut editor di Sinar Harian mengesahkan bahawa Badrul Amin cuba untuk meminta pihak Sinar Harian menarik balik kenyataan Khalwat yang melibatkan dirinya sebelum itu dan meminta Sinar Harian tidak meneruskan lagi isu Khalwat tersebut. Hasil pertanyaan dengan pihak Sinar Harian juga mendapati tidak ada sebarang tindakan saman dari pihak Badrul Amin walaupun sebelum itu Badrul Amin menyatakan kepada media untuk mengambil tindakan undang undang. Ini lah realitinya didalam kelompok Pembangkang yang akan melemparkan taik kepada BN sebaliknya mereka sendiri sanggup bergelumang dengan Taik dan ada yang sanggup makan taik tersebut sepertimana yang dilakukan Blog Milo Suam. Rakyat Malaysia terus terusan ditipu oleh gerombolan pembangkang yang kononya mereka pihak pembangkang lebih baik mentadbir Malaysia daripada BN. Ironinya mereka sendiri pemimpin pembangkang dipenuhi dengan masaalah moral yang tidak langsung menunjukkan kelayakkan untuk menjadi pentadbir dan penjaga rakyat Malaysia. Jika benar pimpinan BN mempunyai masaalah moral yang teruk sudah pasti video video ataupun gambar aksi 18SX disebarkan oleh pihak pembangkang. Tetapi sehingga kini yang ada dimedia media adalah cerita dan kejadian disebelah pihak pembangkang sahaja. Anwar Ibrahim, Elizebeth Wong, Azmin Ali, Badrul Amin dan ramai lagi yang kononya bakal mentadbir Malaysia jika Pakatan menang adalah golongan mereka yang terpalit dengan masaalah moral yang tidak berkesudahan. Pssstttt....Moga Allah selamatkan Malaysia dari kejahilan Pakatan Pembangkang. Amin..... * Syukur Gomo makin sihat dan cuba untuk membuat artikel, mungkin tidak kerap tetapi bolehlah dalam meneruskan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia yang tidak mahu rejim Pakatan PAS,DAP,PKR dari terus menghancurkan Malaysia tercinta ini. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment