OutSyed The Box

OutSyed The Box


Kedai Makanan Melayu

Posted: 19 Oct 2012 01:58 AM PDT



This story has been taken from Free Malaysia Today. The writer is Zaidel Baharuddin.

Oleh Zaidel Baharuddin
 | October 18, 2012

Barangkali perlunya kita ada RTP (Restaurant Transformation Plan) dan sememangnya kita perlu ada KPI yang baru untuk usahawan bumiputera dalam industri ini.
COMMENT

Tahukah anda bahawa Malaysia ini sememangnya istimewa, berdasarkan bancian yang saya rekacipta semata-mata Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kedai Tom Yam berbanding Bangkok, Mee Bandung dan Sirap Bandung tidak terdapat di Bandung dan orang Amerika tidak pernah dalam seumur hidup mereka makan atau memasak Nasi Goreng USA (melainkan mereka datang melancong atau tinggal di Malaysia).
Maka benarlah kata slogan propaganda Kementerian Pelancongan iaitu Malaysia Truly Asia atau bak kata penunjuk perasaan Indonesia yang marah sewaktu tewas dalam piala bola AFF tempoh hari, Malaysia Truly Maling Asia (maling bermaksud curi).
Namun penulisan hari ini bukanlah tertumpu kepada kehebatan tukang masak kita mereka bentuk masakan. Pada hari ini kita melihat lebih kepada sudut perniagaan yang menyediakan hidangan yang disebutkan di atas, kedai makan Melayu.
Dari nasi campur waktu makan tengah hari di belakang pejabat hinggalah ke kedai tomyam tepi jalan sesungguhnya kedai makan Melayu mewarnai corak kebudayaan kota Kuala Lumpur dan saya yakin setelah anda habis membaca penulisan saya ini anda juga mempunyai suatu kisah yang tidak dapat anda lupakan sewaktu anda singgah di kedai makan Melayu itu.
Sebelum ini ada yang mempersoalkan tentang sijil halal Old Town White Coffee, kas-kas dalam nasi kandar atau mitos ramuan seluar dalam terpakai dalam sup tulang Jalan Doraisamy yakinlah bahawa pengunjung mereka tetap tidak akan berkurang.
Orang-orang Melayu akan masih lagi bersepah di Old Town dan Kedai Mamak bukan kerana mereka suka akan masakan mereka akan tetapi kerana mereka tiada pilihan.
Untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan saya apa kita kita melihat senarai ciri-ciri stereotaip kedai melayu

Ciri-Ciri Kedai Melayu
Pelayan
Pelayan merupakan barisan hadapan sebuah restoran, ini kerana mereka yang akan bertemu dan berinteraksi dengan pelanggan, imej sesebuah restoran itu banyak bergantung kepada personaliti mereka.
Maka sebab itulah restoran Melayu itu sering sukar untuk dilupakan terutama dengan penampilan kualiti pelayan yang begitu hebat. Sudah menjadi perkara biasa untuk pelayan restoran untuk duduk di sebelah anda sewaktu mengambil pesan, seolah-olah dia datang untuk makan sekali bersama anda dan keluarga anda.
Untuk lebih memahami konsep pelayan di kedai Melayu adalah mudah, secara tuntasnya pelayan ini tak kuasa nak melayan anda, maka janganlah menaruh harapan besar untuk teh tarik anda menjadi kurang manis, nasi goreng anda untuk tiada cili padi ataupun mee goreng anda kicapnya lebih, kalau anda memesan Nasi Goreng Kampung tak mahu pedas sambil tambah ayam lebih, kemungkinan yang akan tertulis pada kertasnya adalah 'nasi goreng kg'.
Menu
Setelah anda berdepan dengan pelayan yang nampaknya memang menyampah hendak melayan anda kini anda berhadapan dengan senarai pilihan makanan. Sebagaimana kebanyakan kedai makan melayu pilihan menu mereka memang hebat, semua tidak mahu kalah, dari tom yam, mee goreng, kuih lopez sampailah ke hidangan barat (Western Food) namun selalunya dialog ini yang akan keluar
Anda : "Apa ada dekat sini?"
Pelayan : "Semua ada bang"
Anda : "Mana yang sedap?"
Pelayan : "Semua sedap bang"
Anda : "Ok bagi saya ikan kerapu Vietnam masak enam rasa"
Pelayan : "Hari ni ikan kerapu habis bang, nelayan tak turun laut."
Anda : "Pulak, tadi kata semua ada, habis apa yang ada ni?"
Pelayan : "Yang lain ada bang"
Anda : "Ok bagi saya chicken chop lah satu"

Pelayan :
 "Oh tukang masak western cuti hari ni, kenduri, anak sedara jiran dia kahwin"
Anda : "Pulak! Bagi tom yam perahu pecah satu"
Pelayan : "Itu pun takde, tapi masa pergi Tesco lupa nak beli ramuan perencah Adabi"
Anda : "Habis itu apa yang tinggal sebenarnya ni?"
Pelayan : "Kejap ye"
Setelah ke dapur, 10 minit kemudian
Pelayan : "Tukang masak kata yang ada sekarang ni cuma nasi putih, sup kosong dengan ayam kunyit"

Boss

Dalam kedai Melayu konsep boss adalah sangat ketara, dia bukan sahaja boss kepada pelayan dan pekerja malah dia juga merupakan boss kepada pelanggan juga. Sebab itu kalau boss duduk di kaunter bayaran dan tiba masa untuk membayar dia tidak akan datang kepada anda, tidak, kastanya terlalu tinggi untuk berjalan sejauh 5 meter untuk ke meja anda dan memberi bil, anda yang perlu ke mejanya untuk membayar, sila fahami konsep ini setiap kali anda ke kedai makan Melayu.
Boss akan duduk di meja paling hadapan TV bersama kawan-kawanya, menonton rancangan kegemaran beliau sambil makan, kalau ada pelanggan yang datang dia tidak akan bangun dan melayan akan tetapi hanya sekadar menjerit kepada pelayan mengarahkan untuk datang ambil pesanan, almaklumlah boss, restoran itu ibarat rumah beliau sendiri.
"Leha… Leha… Ada pelanggan ni woi, cepat pergi ambik order.. Kejap ye dik nanti dia datang" Kata tuan punya restoran sambik duduk di depan televisyen menonton wrestling sambil menggaru kaki.
Kucing
Kalau rojak pelengkapnya adalah cendol maka restoran Melayu pula pelengkapnya adalah kucing. Seolah-olah ianya menjadi satu dosa kalau dalam sebuah restoran melayu itu tiada kucing yang datang menyentuh kaki anda meminta sedikit dari makanan anda.
Kucing-kucing ini akan berkeliaran dengan bergayanya termasuk duduk di sebelah kerusi anda dan tatakala semua ini berlaku boss dan pelayan restoran berkenaan akan berlagak seolah-olah kucing itu ajaib dan hanya anda seorang sahaja yang nampak.
Jadi selepas ini kalau anda makan di restoran Melayu dan hendak berkira-kira jangan lupakan kucing-kucing di sekeliling anda.

Terima kasih
Sebagai pelanggan anda seharusnya berterima kasih kepada pengusaha restoran Melayu ini kerana sudi untuk melayan anda makan. Sebab itulah sewaktu bayar anda yang perlu pergi kepadanya dan melunaskan bil dan kalau tiada duit pecah tersedia sewaktu anda membuat barayan jangan terkejut kalau anda mendengar ayat ini
"Takde duit kecik ke dik? Akak takde duit tukar la, adik pergi tukar dulu duit ni kat kedai sana tu nanti datang sini bayar kat akak."
Iya, terima kasih kakak sebab akak sudi bukak kedai dekat dengan rumah saya dan tidak perlu saya memasak hari ini, dan maafkan saya akak sebab saya tidak menyediakan wang tepat untuk pembayaran dan sebagai tanda mohon maaf biarlah saya membeli 'cikedis' atau 'air gas' yang saya tidak mahu di 7-11 depan sana supaya saya mendapat wang tukaran untuk membayar akak.
Sebentari lagi saya akan kembali dan sekali lagi saya mohon maaf atas kesulitan ini.
Kesimpulan
Jadi itulah dia tuan-tuan dan puan-puan sekelian, walaupun sehangat mana email anda menyoal sijil halal atau konspirasi kedai mamak yang anda ada, lupakanlah, kerana selagi kebanyakan kedai-kedai Melayu menyediakan perkidmatan yang membuatkan kita terkesima lagi kelu seribu bahas, rasanya orang akan lebih rela duduk minum kopi mahal tak sedap atau makan roti canai sejuk yang disediakan oleh tukang canai dari Kerala.
Barangkali perlunya kita ada RTP (Restaurant Transformation Plan) dan sememangnya kita perlu ada KPI yang baru untuk usahawan bumiputera dalam industri ini, sesungguhnya saya masih lagi menantikan zaman yang mana saya tidak perlu berkongsi nasi daging masak merah saya bersama seekor kucing yang berwarna jingga.

Bangsa Moro - Congratulations To The PM

Posted: 18 Oct 2012 08:06 PM PDT



This is the recent signing ceremony of the Framework For Peace between the Moro Islamic Liberation Front and the Phillipine Government. The fact that our Prime Minister Dato Sri Najib Tun Razak and the Malaysian intermediaries who made this peace agreement possible are also witnessing the signing speaks volumes for Malaysia's involvement to bring peace to the Phillippines.  

This is what is called building trust 

i.    between the Moros and the Phillippine Government 
ii.   between Malaysia and the Moros and 
iii.  between Malaysia and the Phillipines. 

And doing things the right way. This is also trying to make right the mistakes that were made over four decades ago.

The spark that ignited the Moro rebellion began in 1968 in the Phillipines over an issue involving Malaysia. Sabah and Sarawak had formally joined Malaysia just five years before in 1963. The Phillippines did not agree to Sabah joining Malaysia. 

First from 1965, President Macapagal (the father? of Phillipine President Gloria Macapagal Arroyo),  and later in 1968 President Ferdinand Marcos - wanted to train saboteurs and infiltrators from among the Mindanao Muslims to destabilize and create trouble in Sabah.   Marcos initiated  a covert operation called Operation Merdeka.

However not all the Mindanao Muslims agreed. In one cataclysmic event, 68 Muslim recruits into the Phillipine Army who refused to be sent to Sabah as saboteurs and provocateurs were shot to death by the Phillippine Army in an Army Camp in Corregidor near Manila.  This has come to be known as the Jabidah Massacre - Jabidah being the name of that Moro military unit.

Here is some quick info about the Jabidah Massacre and Operation Merdeka.
  • The code-name of this destabilization programme was "Operation Merdeka" (Operation Freedom), with Manuel Syquio as project leader and then Maj. Eduardo Abdul Latif Martelino as operations officer. 
  • The object of this program was the annexation of Sabah to the Republic of the Philippines. 
  • The plan involved the recruitment of nearly 200 Tausug and Sama Muslims aged 18 to 30 from Sulu Province and Tawi-Tawi and their training in the island-town of Simunul in Tawi-Tawi. 
  • From August to December 1967, the young recruits underwent training in Simunul. The name of the commando unit was Jabidah.
  • On 30 December 1967, 135 to 180 recruits boarded a Philippine Navy vessel for the island of Corregidor in Luzon for "specialized training."
  • This second phase of the training turned mutinous when the recruits discovered their true mission. It struck the recruits that the plan would mean not only fighting their brother Muslims in Sabah, but also possibly killing their own Tausug and Sama relatives living there. 

Because they refused to participate in this covert operation almost the entire Jabidah Unit was massacred.  The Moro rebellion started soon after this Jabidah Massacre.

I hope Malaysia will also play a larger role in bringing peace to Southern Thailand.  A win-win and workable solution can always be found.

Congratulations are due to the Prime Minister Dato Sri Najib Tun Razak for working quietly and efficiently to bring about this peace. Folks, in the picture above try to figure out the body language and the facial expression on the Prime Minister.   

Salam Brother, This May Be You

Posted: 18 Oct 2012 06:37 PM PDT


  • NEW YORK, N.Y. - A Bangladeshi was arrested in an elaborate FBI sting on Wednesday after attempting to blow up a fake car bomb outside the Federal Reserve building in Manhattan
  • Quazi Mohammad Rezwanul Ahsan Nafis went to a warehouse to help assemble a 1,000-pound bomb using inert material
  • Agents grabbed the 21-year-old Nafis — armed with a cellphone he believed was rigged as a detonator — after he made several attempts to blow up the bomb inside a vehicle parked next to the Federal Reserve.
  • The defendant had sought assurances from an undercover agent posing as an al-Qaida contact.
  • Prosecutors say Nafis travelled to the U.S. on a student visa in January 
  • in a written letter ..he said he wanted to "destroy America." 
  • Nafis attended Southeast Missouri State University, pursuing a bachelor's degree in cybersecurity.
  • Four men were convicted in 2009 in a plot to bomb synagogues and shoot down military planes with missiles - after an FBI informant was assigned to infiltrate a mosque in Newburgh, about 70 miles north of New York City. 
  • In 2004, a Pakistani immigrant was arrested and convicted for a scheme to blow up the subway station at Herald Square in Midtown. 

Here is a picture of the guy. Looks like a regular mamak. These psychos do walk among us.


They come from so called "Islamic" societies where even family members may not give each other the time of day. They dont have decent water, electricity, homes, clean streets or anything else they can be proud of. 
This boy's arrival in the US as a student was the second best thing that will ever happen to him in his obviously miserable life.   The best thing that can happen to him now is if he is locked up in jail (for maybe a 100 years) where he can do least harm to human beings, including himself (he was prepared to blow himself up as well).
There will be no virgins waiting for him in heaven either. There is no such thing. He was ready to cause real harm to human beings because of imaginary beliefs and false stories that he heard from the religious people in his country - most of whom would have been illiterate or poorly educated and maybe never even had indoor plumbing in their homes. 
What a wasted life.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...