Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Video Himpunan Diantara Manusia Terpantas di Dunia!!
- PANASS!! Agenda Pakatan Haram Mahu hapuskan Islam dan Melayu di Selangor?
- TUDIAA!! Anwar Kutuk Nik Aziz?
- TUDIAA!! Wow! Seksinya Foto Bakal Bini Hairie Othman!!
- EKSKLUSIF DAN PANASS!! Siapa Tangan Jahat Di Sebalik Pentadbiran MB Kedah Azizan Razak? #TukarKedah
- PANASS!! MB Kedah Tamak Punca Kerugian Projek 99 East Langkawi!! #TukarKedah
HOT!! Video Himpunan Diantara Manusia Terpantas di Dunia!! Posted: 30 Oct 2012 08:17 AM PDT Wahh.. memang laju-laju ni, cuma manusia terpantas sekarang adalah si Bolt tu, bukan lagi mamat dalam gambar ni. | ||||
PANASS!! Agenda Pakatan Haram Mahu hapuskan Islam dan Melayu di Selangor? Posted: 30 Oct 2012 05:38 AM PDT Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu. Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu. Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin. Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu. Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor. Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi. Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya. Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini. Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta. Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi. Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar. Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran. Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah. Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu. Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS. Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu. Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010. Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu. Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka. Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK. Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010. Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP. Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu. P/s: Kedah dengan Penang macam mana? | ||||
TUDIAA!! Anwar Kutuk Nik Aziz? Posted: 30 Oct 2012 02:16 AM PDT Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan 'anugerah Menteri Besar terbaik' yang 'dimenangi' oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai 'politically incorrect', sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas. Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun. Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega. Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain. Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat. Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah. Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti. Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali. Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam. Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot. Jadi, siapakah MB PR yang tercorot? Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot. Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun. Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad. Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB. Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik. Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut. Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus. Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini. Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi 'muka' kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. | ||||
TUDIAA!! Wow! Seksinya Foto Bakal Bini Hairie Othman!! Posted: 29 Oct 2012 11:17 PM PDT
Apa cerita ni Hairie? Dengar khabar sudah mau kawin? Maybe sudah kawin tapi nikahnya belum, siapa tak kenal Hairie, hero ranjang yang kena tangkap khalwat kat Langkawi sebab bersama dua orang perempuan adik beradik. Adik sapu, kakak pun dia sapu. he he.. dahsyat! Tapi tu kisah lama, lepas tu Hairie dah bertaubat, dah mengISLAMkan dirinya dengan Pas. Kiranya nak jadi Ustaz Pas la ni. Namun terkejut juga Mc tengok Hairie punya calon isteri ni. Dahlia Diana, seorang anak datuk dan juga model. Ingatkan lepas insaf ni Hairie nak pilih muslimah-muslimah Pas yang dok terhegeh-hegeh dengan dia. Rupanya selera Hairie masih tak kurang, pilih anak datuk bro.. he he.. seksi seksa lak tu. he he.. Ehh.. gambar tu bukan dok berpeluk ke? Bukan muhrim mana boleh peluk Hairie, nanti Ustazah Abby, Ustaz Bob Lokman, Ustazah Aisyah keluarkan fatwa baru tau. Tak takut ke? Tapi takpa, disebabkan hang dah jadi Pas! Berzina pun orait, cuma lepas tu kena jumpa Nik Aziz, dia akan ampunkan segala dosa yang hang buat. ok.. jangan risau, enjoy ur life bro.. ha ha ha.. lepas tu kutuk UMNO dalam ceramah kata UMNO tak Islam ok.. P/s: konsep pengampunan Pas ni macam kristian la..jumpa paderi buat pengakuan..lepas tu settle.. McTheory: Kiranya Nik Aziz ni, pencuci dosa macam paderi besar la ya? hmm.. pelik! | ||||
EKSKLUSIF DAN PANASS!! Siapa Tangan Jahat Di Sebalik Pentadbiran MB Kedah Azizan Razak? #TukarKedah Posted: 29 Oct 2012 08:16 PM PDT Setelah Mc membuat kajian terperinci dan mendapat maklumat dari dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sendiri, barulah Mc faham kenapa pentadbiran negeri Kedah dibawah Pas ni agak kelam kabut. Rupanya ada individu yang sangat rapat dengan MB menjadi 'penasihat' peribadi untuk mempengaruhi segala tindak tanduk pentadbiran Pas Kedah selama ini. Orang Pas jangan marah Mc dulu, sebab apa yang Mc perkatakan ini adalah benar. Jadi orang Pas kena ambil tahu keadaan sebenar disebalik dinding Wisma Darulaman, jangan biarkan perkara ini berlaku. Orang yang Mc perkatakan ni, terlibat dalam semua projek bermasalah dan juga tidak bermasalah. Bila MB Kedah tiada untuk membuat keputusan, dialah yang akan buat keputusan. Sebab tu, bila laporan audit keluar, kerajaan negeri Kedah diserang teruk akibat kegagalan projek Papua New Guinea dan pembayaran kepada kontraktor yang tak wujud, orang ini yang mengelabah dulu sebelum MB. Kenapa dia gelabah? Kerana semua projek ni dibawah kendaliannya. Cuba tanya Rahman Saad, orang yang puak Pas dok tuduh jahat tu, siapa yang mengarahkannya? Siapa yang menyuruhnya buat itu dan ini? Takkanlah si Man lengkong (nama panggilan) tu begitu berkuasa, mesti ada orang dalam yang memberi kuasa kepadanya. Tapi bila kantoi, si Man Lengkong ni yang kena tibai teruk. Jadi kambing hitam si Man lengkong ni. Kesiann kesiann.. tapi salah dia juga, sapa suruh percaya dengan orang Pas, orang Pas ni bukan boleh percaya! Jahat sungguh, semua orang tu juga yang punya kerja. Untuk pengetahuan semua, orang ini juga yang menyusun segala rentak ahli majlis untuk berdemo menyerang SUK Datuk Rasli. Dialah tangan konspirasi yang menyusun semua gerak langkah ni. Kalau boleh dia mahu menukar semua KCS dalam negeri Kedah, katanya KCS negeri Kedah ni semuanya totok UMNO. Kalau dia kata macam tu, bermakna dia nak kata Sultan Kedah tak prihatin la kerana memilih semua orang UMNO jadi KCS? macam tu? Berani ke dia keluarkan kenyataan macam tu? heh... Banyak lagi kerja kotor yang orang ni buat. Projek lembu ghaib Australia, Balak lingkup Papua New Guinea, tanaman padi tak jadi kat Timor Leste, penebangan balak secara membabi buta kat Kedah ni, semua idea dia. Kiranya, Azizan dok kerusi MB ni macam tunggui kayu la, apa yang Azizan tau hanyalah mengarut, dok maki wartawan, maki orang dok kata beruk bagai. Kenyataan media Azizan pun dia juga yang dok susun cakap. Siapa individu yang Mc perkatakan ni? Korang tengoklah, siapa yang buat press statement Azizan? dan orang ini sebelum kita jumpa MB, kita kena jumpa dia dulu. Kiranya, nak masuk ke pejabat MB, meja dia kita kena tempuh dulu. Biar perkara ini menjadi teka-teki, tapi Mc percaya dah ada orang yang dapat gambaran apa yang Mc katakan tu. Mc bersama TMK akan dedahkan detail pasal individu ni kelak, tentang perihal jahatnya dalam pertadbiran negeri Kedah, apa kerja yang dia buat, dan apa kerja yang dia tak patut buat, malah selama 3 tahun kerja dalam Wisma tu, harta beliau meningkat dengan mendadak boleh mencapai tahap jutawan. WOW! 3 tahun kerja dah jadi jutawan? tentu ada cerita disebaliknya kan.. he he.. kalau hangpa teka Phahrolrazi? Bukan, bukan dia, dia lani dok KL mana tau apa-apa dah pasal Kedah, dia nak jadi YB KL pulak lepas ni. ha ha ha.. Siapao rang tu? Sabar, Mc akan buat cerita ni bersambung-sambung baru suspen sikit. Sabar no.. ikut saja blog Mc ni, lambat atau cepat, Mc akan dedahkan juga. P/s: Kalau dulu orang dok kata Kj dengan Tun Lah, situasi yang sama berlaku di Kedah lani. McTheory: Paling kesian Azizan la, apa pun taktau! dok kena muhung macam tu laa.. | ||||
PANASS!! MB Kedah Tamak Punca Kerugian Projek 99 East Langkawi!! #TukarKedah Posted: 29 Oct 2012 05:35 PM PDT Apa yang ingin Mc nak sentuh, adalah kisah laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi yang telah di putar belitkan Setiausaha Politik (SETPOL) Azizan, Sanusi Md Nor dan beberapa blogger pencacai PAS. Dalam laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi, menyatakan apa yang berlaku terhadap projek berkenaan adalah terdapat kelemahan dari segi pretasi projek, tidak mengikut perancangan dan pelanggaran syarat perjanjian, Kedah Corporation Berhad (KCB) (Syarikat GLC Kedah) juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidak patuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah. Namun akibat terdesak dengan laporan berkenaan, Setpol Azizan Razak bersama blogger pencacai PAS Kedah telah menyalahkan laporan audit berkenaan kepada bekas CEO KCB pada tahun 2007, Dato' Tajul Urus Md Zain yang berjaya menarik pelabur dari Swiss yang memiliki 51% saham dalam syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd yang berpengkalan di Singapore dalam pelaburan yang bernilai RM1.9 billon dengan mengatakan Dato' Tajul Urus telah menjerumuskan KCB dalam projek bernilai RM 1.9 billon yang telah meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat. Pada pemulaan projek berkenaan, perjanjian telah di lakukan di mana Syarikat Terra Monda mendapat saham sebanyak 80% dari projek 99 East di Langkawi dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD setelah syarikat terbabit mengeluarkan kos pembangunan yang akan di bangunkan atas 144 hektar tanah ( milik Permodalan Kedah Berhad dan beberapa pihak lain dalam Kerajaan Negeri) di Bukit Malut Langkawi, manakala bagi KCB telah mendapat 20% saham dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD ke atas projek berkenaan dengan perjanjian hanya menyediakan tanah untuk di buat pelaburan yang bernilai RM1.9 billon. Dalam 144 hektar tanah yang hendak di bangunkan itu ianya membabitkan pembinaan padang golf 18 lubang dan bakinya akan di bangunkan perumahan Eksklusif. 9 lubang Padang Golf yang pertama yang di bina atas tapak padang golf lama Bukit Malut Langkawi telah berjaya di bangunkan dengan segala kos pembangunan di tanggung oleh Pihak Syarikat Terra Monda, KCB hanya mengeluarkan kos pengurusan projek berkenaan sahaja. Apabila Kerajaan Negeri bertukar pentadbiran, pembinaan 9 lubang Padang Golf yang kedua enggan di teruskan oleh Azizan Razak yang di lantik sebagai pengerusi KCB dan CEO KCB yang baru pulak Akashah Ismail kerana menganggap milikan 20% saham KCB di dalam syarikat 99 East Langkawi tidak mencukupi untuk memenuhi sikap tamak Azizan Razak. Apa yang dapat di lihat adalah sikap ketamakan Azizan Razak sebagai pengerusi KCB apabila tidak bersetuju dengan pemilikan saham 20% berkenaan di sebalik KCB hanya menyediakan tanah yang hendak di bangunkan berbanding syarikat Terra Monda yang mengeluarkan segala kos pembangunan membabitkan projek bernilai RM1.9 Billon itu. Setelah kegagalan Azizan Razak memenuhi sikap tamaknya itu kerana melanggar syarat perjanjian yang di lakukan KCB dan Terra Monda, Azizan Razak telah membuat perancangan untuk menghentikan projek berkenaan dengan enggan membuat pengambilan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (GLC Kerajaan Negeri ) untuk di berikan kepada KCB bagi meneruskan projek pembangunan 9 lubang Padang Golf yang ke dua di Bukit Malut Langkawi. Dari maklumat yang di perolehi setelah keengganan Azizan Razak meneruskan projek berkenaan, Azizan Razak telah mengarahkan CEO KCB yang baru, Akashah Ismail mencari projek di luar Negara dan hasilnya adalah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea (PNG) yang telah menyebabkan KCB mengalami kerugian yang amat besar setelah kegagalan projek berkenaan. Kini akibat keengganan Azizan Razak meneruskan projek 99 East di Langkawi, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek berkenaan kerana ianya membabitkan kos kewangan di dalam membatalkan projek berkenaan dengan syarikat Terra Monda. Yang nyata sekarang, Kerajaan Negeri pentadbiran Azizan Razak lah yang telah menyebabkan KCB terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek 99 East di langkawi. Kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor dalam blognya. Jika di lihat dari kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor di atas ini membabitkan laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi, ternyata ianya kenyataan yang cuba memutar belit isu apabila menyalahkan bekas CEO KCB yang dahulu (Dato' Tajul Urus ) sedangkan yang mengakibatkan KCB menanggung beban kewangan adalah Azizan Razak selaku Pengerusi KCB setelah mahu menghentikan projek berkenaan. Antara kesalahan lain yang di letakkan kepada bekas CEO KCB yang telah membawa masuk pelabur Terra Monda adalah kegagalan menyediakan tanah untuk projek 99 East di langkawi. Tempat yang hendak di bangunkan projek 99 East di Langkawi merupakan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebuah syarikat GLC Kerajaan Negeri milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan beberapa pihak lain dalam Kerajaan Negeri seperti mana syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB) juga. Agak mustahil dan melucukan dengan menggunakan alasan KCB tidak memiliki tanah, Setpol Azizan Razak hendak menyalahkan KCB di zaman pentadbiran BN, sedangkan Azizan Razak merupakan Pengerusi PMBKed yang memegang syarikat KCB dan PKB. Azizan Razak sebagai pengerusi di PMBKed dan pengerusi di syarikat GLC yang berada di bawah PMBKed, Azizan Razak mempunyai kuasa untuk meluluskan tanah untuk projek 99 East di Langkawi. Oleh itu soal tanah bukannya alasan yang sesuai untuk di jadikan salah satu isu untuk di salahkan pihak lain akibat bebanan yang terpaksa di tanggung KCB. - Media Kedah P/s: Sendiri buat kerja bodoh, lagi nak salahkan UMNO pulak.. McTheory: Kebodohan Pas memakan diri sendiri!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment