Kedah Ke KL - MctHeory |
- DAHSYATT!!! Mayat Wanita Berusia Hampir 700 Tahun Di Percayai Beragama Islam Di Temui Masih Sempurna!!
- PANASS!! Suara Keldaian Kantoi Menipu Lagi!!
- PANASS!! Akibat Darjat Anwar dan Kj Bergaduh Lagi?
- PANASS!! PKR Pahang Cakap Lain, PKR Selangor Cakap Lain, Mana Satu Betul Ni?
- TUDIAA!! Bajet 2013, Najib Razak Nak Bankrupkan Malaysia?
Posted: 03 Oct 2012 08:36 AM PDT Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun? | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu. Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik. Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'. Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. Sumber :-MelayuKini.net | ||
PANASS!! Suara Keldaian Kantoi Menipu Lagi!! Posted: 03 Oct 2012 05:37 AM PDT Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku. Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang 'valid' untuk menyerang kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu. Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan. Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut, "Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000." Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan. Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut 'sedap rasa' si penulis. Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam. Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali? Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP. Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu. Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun? Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut? Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang Soros? atau wang Yahudi? Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet, perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk 'mencekau' wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian. Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar. Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros. Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati. BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik. Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh. Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.
| ||
PANASS!! Akibat Darjat Anwar dan Kj Bergaduh Lagi? Posted: 03 Oct 2012 02:36 AM PDT Kalau nak kira benda ini kecil punya hal dan tidak perlu dijadikan isu langsung.Namun pembangkang tetap pembangkang.Siapa sangka mereka cukup sensitif pasal 'darjat'. Maka hari pertama perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat,Isnin sudah 'meletup'. Ini gara-gara kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak puashati keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masa berbahas selama dua jam yakni sama masa diperuntukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen PKR Subang dan Batu, R.Sivarasa dan Tian Chua mempertikai keputusan Pandikar Amin kerana dakwa mereka, tidak patut Khairy, ahli parlimen Rembau disamakan taraf dengan Ketua Pembangkang tersebut. Kekecohan tercetus kira-kira jam 3 petang sebaik sahaja Anwar selesai membahaskan sebagai pembahas pertama bajet itu yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu. Terdahulu, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar diberikan masa dua jam berbahas. Pandikar Amin memberi laluan kepada Khairy yang mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berbahas. Katanya, Khairy diberikan masa sama dengan Anwar. Tindakan itu sekaligus mengundang rasa marah dan tidak puashati beberapa ahli parlimen pembangkang terutama Sivarasa dan Tian Chua lantas mereka terus berdiri mempertikai keputusan Speaker sekaligus menganggu Khairy yang mahu memulakan perbahasannya. Pada satu ketika, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja beberapa kali meminta Sivarasa berhenti mempertikai keputusannya membenarkan Khairy berbahas sama masa dengan Anwar. Dalam penjelasannya, beliau berkata, penyokong kerajaan berhak berbahas dan tidak semestinya Ketua Pembangkang berbahas (dua jam), penyokong kerajaan seperti itu juga panjangnya (masa). Katanya, tidak salah beliau membuat perbandingan itu dengan memberikan penyokong kerajaan sama masa seperti diberikan kepada Ketua Pembangkang. Sivarasa yang masih tidak puashati terus berdiri berhujah menyatakan tidak puashati kerana Pandikar Amin menyamakan taraf Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen biasa. "Mana ada amalan di parlimen lain, mereka samakan status Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen lain," katanya. Mendengar hujah pemimpin PKR itu yang enggan memetahui arahan supaya duduk, Speaker semakin angin. "Tak apa..tak apa, sebab yang behormat terlampau bijaksana, terpaksa saya dengar...teruskan...teruskan!," katanya sinis. Sivarasa terus 'membebel' hingga memaksa ahli parlimen BN Sri Gading Mohamad Aziz bangun dan meminta Pandikar Amin jangan melayan karenah pembangkang. Melihat keadaan tidak terkawal, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja berkali-kali dan meminta beberapa ahli parlimen yang bangun bertegang leher isu itu 'duduk'. "Duduk Yang Behormat Subang..duduk dulu Yang Behormat ," tegasnya beberapa kali menyebabkan Sivarasa dan Mohamad duduk. "Ahli-ahli yang behormat, bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Daripada mula saya jadi speaker Dewan Rakyat, saya cuba bersikap adil. Belum pernah dibuat, selepas kerajaan... pembangkang, kerajaan... pembangkang (bergilir berbahas). " "Kalau pun ada saya cakap Rembau (Khairy) ada sama masa (dengan Anwar), ianya benda yang kecil dan remeh temeh. Saya dah beri laluan seluas mungkin. Kalau sudah beri betis, jangan nak peha, kalau kena peha, jangan nak pijak kepala," kata Pandikar Amin menyelar sikap Sivarasa yang tidak mematuhi arahan duduk. "Sila Rembau. Kita sudah bazirkan masa," katanya meminta Khairy meneruskan perbahasan setelah kekecohan selama 10 minit gara-gara Anwar disamakan dengan Ketua Pemuda UMNO itu. Khairy antara lain dalam perbahasan membidas Anwar yang dalam perbahasannya 'angkut bakul sendiri' memuji kononnya kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah lebih baik dalam urus tadbir ekonomi hingga dapat rezab yang banyak berbanding kerajaan Pusat Barisan Nasional. "Apa guna dabik dada kata rezab tinggi tetapi tidak dapat tunai janji," sindir beliau merujuk kegagalan kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang menunaikan janji ketika kempen PRU ke 12 dahulu. Tambahnya lagi, kerajaan Pusat masih membantu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kerana itu tanggungjawab dan tidak mahu rakyat negeri terbabit ketinggalan pembangunan. Beberapa ahli parlimen pembangkang antaranya Datuk Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli bergilir bangun mencelah menganggu ucapan Khairy terutama selepas beliau menangkis hujah Anwar berdasar fakta dan angka. Pada satu ketika, ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bangun mencelah dan berkata, " Dia orang (pembangkang) pedih dengar angka disebut-sebut,". Apapun, perbahasan Khairy nyata lebih menarik berbanding ucapan Anwar selama dua jam yang 'kosong' melainkan menghentam Bajet 2013 yang dibentang Najib. Hanya ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun 'melayan' Anwar manakala ahli parlimen lain 'malas' hendak melayan Ketua Pembangkang itu. Ini yang dikatakan membuatkan Anwar kurang steam dan mati akal.- AgendaDaily | ||
PANASS!! PKR Pahang Cakap Lain, PKR Selangor Cakap Lain, Mana Satu Betul Ni? Posted: 02 Oct 2012 10:44 PM PDT Bagaikan drama swasta berepisod kisah air Selangor. Kali ni Adnan Yaakub Menteri Besar Pahang bersuara keras untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah diantara Selangor dan Pahang, jika projek Langat 2 tidak diteruskan. Kenyataan ini memberikan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Selangor yang selama ini berkeras untuk tidak meneruskan Projek Langat 2. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid 'Gagap' Ibrahim meneruskan Projek Langat 2, akan menyebabkan bencana besar kepada rakyat negeri Selangor. Mungkin Kerajaan Negeri Selangor fikir Projek Langat 2 ini lebih kepentingan kepada politik, dari kepentingan rakyatnya. Atau mereka sengaja tidak mahu ambil tahu, betapa bahayanya keputusan yang diambil oleh mereka. Walaupun ada diantara mereka tahu, jika Projek Langat 2 ini tidak diteruskan, pada 2016 nanti, akan ada krisis bekalan air bersih kembali melanda negeri Selangor seperti mana yang pernah terjadi dahulu. Ataupun Khalid "Gagap" dah tahu tahun 2016 nanti musuhnya Azmin bakal menduduki tempat beliau. Biarlah Azmin jawab nanti.. Disebabkan itu MP Kuantan si Fuziah Salleh, atau yang lebih dikenali sebagai Fuziah Toron bangkit menjelaskan bahawa, kerajaan Pahang akan kerugian RM60 Juta jika membatalkan perjanjian bekalan air mentah diantara Selangor dan Pahang. Malah kemungkinan besar Selangor akan mengalami krisis bekalan air bersih. Jika kita melihat secara terperinci mengenai kenyataan Fuziah itu sebenarnya, bukan ditujukan kepada Adnan Yaakub, namun lebih kepada pentadbiran kerajaan Selangor yang tidak mahu memikirkan nasib rakyatnya. Kenyataan Fuziah amat berbeza dengan pendapat Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Beliau sangat gembira dengan cadangan Menteri Besar Pahang yang mahu membatalkan perjanjian air tersebut. Bagi beliau, kedua-duanya tidak diperlukan malah beliau sendiri tidak fikir langsung nasib rakyat jika krisis air benar-benar berlaku. Ternyata, memang terdapat percanggahan pendapat yang serius dalam kerajaan Pakatan Haram. Biar pun ianya hanya isu pembangunan atau infrastuktur, namun mereka sering melihat perkara yang dibawa oleh Kerajaan Pusat sebagai isu politik. Bagi Pakatan Haram, Projek Langat 2 itu projek kroni dan bersifat lebih kepada keuntungan peribadi. Sedangkan pada hakikatnya Projek Langat 2 memang dalam perancangan asal kerajaan Selangor terdahulu, malah jika tidak dilaksanakan musibah akan melanda kelak. Mc tak faham apa yang difikirkan oleh Khalid' Gagap' Ibrahim. Kalau nak katakan sumber kewangan tak ada, pembinaan Langat 2 dibiayai oleh kerajaan pusat. Atau sememangnya beliau yakin bekalan air Selangor sangat cukup untuk masa depan Selangor kelak. Jika begini la cara Pakatan Haram menjaga negeri dan mengambil semua hal dalam keadaan mudah dan tidak berdasarkan kajian terperinci terlebih dahulu. Rasanya kalau puak ni jaga Malaysia, keadaan akan jadi lebih teruk dan haru biru. Sudah la Selangor semakin gawat ekonominya hasil daripada penasihat ekonomi 1 ringgit, tambah pula dengan Menteri Besarnya yang entah apa-apa entah tu lagi la teruk. Kita lihat dan tunggu apakah penasihat ekonomi ni mampu menasihatkan Khalid "Gagap". DPM awal minggu ni sudah mintak tolong Anwar nasihatkan. Ekonomi bermasalah, politik masalah, sosial bermasalah, rumah urut bersepah, pelacur berlambak dan tak lama lagi air juga akan turut bermasalah. aduh laa.. kesian rakyat Selangor. McTheory: Kalau tak serik juga, takpa lain kali undilah lagi Pakatan Haram. Kasi hancur teruk negeri Selangor, baru betul! | ||
TUDIAA!! Bajet 2013, Najib Razak Nak Bankrupkan Malaysia? Posted: 02 Oct 2012 05:21 PM PDT Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara. Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu. Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece. Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan. Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion. Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa? Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis. Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan. Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF. Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama. Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk. Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK. Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap. Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah. Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Itu asas ekonomi |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment