Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Pas Buka Cawangan Baru Di Gereja??
- PANASS!! Bajet Sempoi Paling Lawak Pakatan Haram!!
- TUDIAA!! Lagi Fitnah Pakatan Haram Pada PM @NajibRazak !!
- PANASS DAN HANGAT!! Skandal Ahli Majlis Pro Pas Berskandal Dengan Bini Orang!! #PasMaksiat
- Ne Nong! Ne Nong! Kecemasan Blog Kedah Ke KL!!
PANASS!! Pas Buka Cawangan Baru Di Gereja?? Posted: 01 Oct 2012 05:38 AM PDT Gambar ni telah dikirimkan oleh sahabat aku yang tiap tiap hari lalu di hadapan Courts Mammoth Jalan Genting Kelang Setapak yang bersebelahan dengan gereja kalau tak silap aku gereja katolik.. Macam biasalah pagi tu masa nak pergi kerja jalan Genting Klang ni lah jalan paling sibuk untuk ke KL..Ntah macam mana kawan aku ni boleh perasan 1 objek yang sangat familiar iaitu bendera Pas..Yang tak boleh belahnya siap terpacak depan gereja katolik ni.. Kalau sekali tengok memang nampak macam biasa tapi bila 2 kali tengok rasa lain macam pulak kat sekeliling lambang salib tu..Warna hijau yang sama seperti bendera Pas..Kalau bendera Pas semua orang tau bulatnya ditengah hijaunya disekeliling.. Tapi macamana lambang salib dan warna disekeliling salib tu dah macam bendera Pas..Ini kes kebetulan atau memang Pas dah buka cawangan dalam gereja. Kalau nak kata Pas ni anti kristian aku rasa tak sebab nama MP Pas sorang tu pun dah dicopkan nama gereja diakhir nama sebenar..Dulu masa di Sarawak,Pas ada jugak masuk dalam gereja untuk berkempen..Tahun lepas Insiden murtad di gereja DUMC tu pun Pas diam, malah ada yang sokong.. Aku pun pelik sekarang ni,Pas ni kata ja parti Islam..Tapi dah makin terpesong jauh..sepatutnya membela nasib orang orang Islam..Tapi Pas la ni nampak duk bela nasib nasib kapiaq dalam Dap tu..Malah sampai dah bagi gelaran paling suci buat seorang lelaki kapiaq yang terang terang anti Islam.. Jadi, dari kisah gambar diatas ni kita dah boleh bayangkan hala tuju Pas sekarng ni untuk siapa..Untuk Melayu Islam atau Kapiaq..Fikirkanlah Medan Tempur |
PANASS!! Bajet Sempoi Paling Lawak Pakatan Haram!! Posted: 01 Oct 2012 03:15 AM PDT Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri. Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat. Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara. Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN. Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara. Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013. Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen. Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat. Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya. Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat. Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang. Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan. Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma. Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula. Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen. Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi. Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu. Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian. Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat. Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri? Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar! Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu. Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik. Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya. Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif. Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti. |
TUDIAA!! Lagi Fitnah Pakatan Haram Pada PM @NajibRazak !! Posted: 01 Oct 2012 12:16 AM PDT Pada 25 September yang lalu, portal rasmi milik PKR, keadilan daily telah mengeluarkan satu artikel mengfitnah YAB DS Najib Razak namun ianya sudah di tarik balik oleh portal rasmi PKR setelah di katakan di arah Nurul Izzah dan Tian Chua apabila di desak oleh seorang wanita yang bernama June Low. Menurut maklumat yang di perolehi gambar bekenaan telah di curi oleh portal rasmi PKR dari salah seorang penyokong BERSIH yang bernama JUNE LOW melalui akaun twitternya setelah dimuat naik ketika berada di satu acara kesenian yang di hadirinya. June Low (Kanan) Menurut JUNE LOW buku berkenaan bukannya di hasilkan oleh kerajaan, ianya di hasilkan oleh seorang artis grafik di pertandingan seni grafik yang di adakan di Galeri Annexe di Pasar Seni pada 22 September lalu. Mari kita lihat artikel yang telah di padamkan oleh portal rasmi PKR namun sempat di print screen sebelum di padamkan. Ternyata dan terbukti media Pembangkang merupakan media penabur fitnah yang banyak menipu di dalam menyampaikan maklumat kepada penyokongnya. Dalam artikel berkenaan yang di siarkan portal rasmi PKR, Che Gu Bard juga tampil memberi ulasan yang menghentam YAB DS Najib Razak, setelah di hubungi pihak portal terbabit tanpa Che Gu Bard menyelidik dahulu akan kebenaran kisah berkenaan. Setelah beberapa hari berlalu, Che Gu Bard menyedari akan perkara yang di terbitkan portal rasmi PKR itu adalah berita yang fitnah, Che Gu Bard dengan segera telah membuat pemohonan maaf dan mengatakan ianya tidak di sengajakan di dalam blog miliknya. Apakah pemohonan maaf dan memberi alasan tidak di sengajakan setelah menyedari ianya fitnah yang di lakukan portal rasmi PKR boleh di terima pakai ?? Sebagai umat Islam kita sepatutnya selidik dahulu akan kebenaran cerita yang di terima sebelum mengakui iannya benar. Layak ka Che Gu Bard ni nak jadi seorang pemimpin kalau maklumat tidak tepat yang di terima, pun di guna pakai untuk menghantam orang lain? - Media Kedah Pemuda dan Pemimpin UMNO/BN nak tengok saja ka? Bersuara la sikit!! Benda dah jelas fitnah yang melampau dan kantoi pulak tu, takkan nak biar macam tu saja. Desak permohonan maaf dari akhbar KeldaianDaily cepat.. jangan biar! |
PANASS DAN HANGAT!! Skandal Ahli Majlis Pro Pas Berskandal Dengan Bini Orang!! #PasMaksiat Posted: 30 Sep 2012 09:36 PM PDT Cerita Pas berkaitan dengan maksiat, skandal seks dan liwat ni tak dapat di pisahkan. Terbaru mengikut Zambry Yaakub ada skandal yang lebih memalukan melibatkan Pengerusi Pembinaan Masjid Taman Kenari, Padang Serai dengan isteri orang! Individu yang dimaksudkan bernama Sulaiman dan disahkan sebagai AHLI PAS. Dia juga merupakan Ahli Majlis MDK di Bahagian Perlesenan. Ahli Pas tu terlibat dalam banyak kesalahan, seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan salahlaku dalam kerja yang dilakukannya, membuatkan dia telah ditukarkan ke bahagian lain. Rupa-rupanya PAS Kulim-Bandar Baharu telah mengetahui skandal berkenaan tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup aib berkenaan bagi mengelakkan parti mendapat malu. Nampak sangat PAS Kulim-Bandar Baharu yang mana YDP nya adalah Hasan Razak yang juga merupakan orang kuat Menteri Besar lebih mementingkan imej parti berbanding mencegah kemungkaran yang membarah di kawasannya. Skandal berkenaan bermula sebelum bulan Ramadhan yang lepas lagi. Wanita berkenaan dikatakan berurusan dengan individu bernama Sulaiman itu untuk mendapatkan lesen perniagaan cendol di Pasar Padang Serai. Dipendekkan cerita, urusan punya urusan, akhirnya tersangkutlah hati si Sulaiman dengan wanita berkenaan yang berusia 30-an dan berbadan cantik. Malangnya, wanita berkenaan isteri orang. Pun begitu status isteri orang, bukanlah perkara yang menjadi halangan buat cinta kembang mekar berbunga. Lesen cendol punya fasal, lain 'CENDOL' pula yang dapat… Malangnya CENDOL berkenaan, lekat ke tubuh badan PAS dan pemimpin-pemimpin yang lain!!! Ha ha ha.. cendol punya pasal, bini orang pun sapu!! Dahsyat wehh.. mari kita ambil iktibar cerita ini untuk jadikan teladan pada semua!! Ingat Pas Ingat Zina! Ingat Pas Ingat Maksiat!! McTheory: Spesis Pas ni suka sapu bini orang, bahaya sungguh! |
Ne Nong! Ne Nong! Kecemasan Blog Kedah Ke KL!! Posted: 30 Sep 2012 09:15 PM PDT Salam pada semua pembaca, Mc sebenarnya berehat sebentar dalam 3, 4 hari ni pergi betapa di Gunung Jerai untuk merehatkan otak bagi persediaan menghadapi PRU ke 13 nanti. Insyallah perjuangan akan diteruskan. Blog akan di UPDATE seperti biasa! Follow blog Mc, kerana banyak isu Eksklusif, Terkini, Panass, Gempar dan Tudiaa.. akan menemui pembaca.. Next isu.. kita ke Bukit Kachi!! akan didedahkan pada bulan Oktober ini.. McTheory |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment