Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ISU MATA LEBAM - MUSA HASSAN & ANWAR SELESAI KES DI LUAR MAHKAMAH..!!

Posted: 15 Oct 2012 11:26 PM PDT



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan insiden 'mata lebam' yang berlaku lebih 10 tahun lalu.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa ketika ditemui media berkata,  tindakan menarik semula saman tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak berbincang dan melihat semula pertikaian dalam kes tersebut.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya bersyukur atas tindakan menarik balik saman fitnah oleh Musa terhadapnya.

"Tindakan menarik balik saman ini telah mengesahkan pertuduhan saya tidak dijawab. Ada konspirasi untuk mereka berhubung kes mata lebam dan dakwaan liwat yang pertama," katanya.

Anwar berkata, tribunal diperlukan untuk menyiasat peranan Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu kerana Peguam Negara itu merupakan watak utama dalam kes tersebut, namun sehingga hari ini beliau masih mendiamkan diri.

Musa diwakili Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Anwar diwakili Peguam N Surendran.

Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpir menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober untuk perbicaraan penuh kes saman Musa terhadap Anwar .

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Abdul Gani telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Berikutan itu, Musa memfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Menurutnya, Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baharu liwat.

Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.


LAPORAN AUDIT DEDAH KHALID GAGAP SELEWENG WANG SKIM TAWAS..!!

Posted: 15 Oct 2012 07:23 PM PDT





Kelihatan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap tidak senang duduk malah bertambah panik dengan laporan terbaru Audit Negara yang telah dibentangkan semalam. 

Gara2 terlalu fokus melakukan 'kajian terperinci' terhadap serangan persepsi dan tuduhan baru terhadap Kerajaan Pusat, lantas terlepas pandang akan laporan Audit Negara menerusi perlaksanaan kewangan di Negeri pemerintahan mereka.

Skim TAWAS Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan antara khidmat yang disediakan dilaporkan gagal mendaftar lebih dari 80 Peratus aripada kelahiran baru di negeri itu sejak tahun 2008.
Skim yang menjanjikan pemberian RM1500 buat setiap kelahiran anak Selangor yang dilahirkan itu dilaporkan sekadar mendaftar 60,972 daripada 313,706 anak yang sewajarnya mendapat wang tersebut 2008 hingga 2011.





Ianya telah menimbulkan persoalan baru terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam mengagihkan wang peruntukan yang disalurkan menerusi Skim terbabit kepada kesemua sasaran yang ditetapkan.
Kerajaan Selangor dilaporkan juga telah membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Malah lebih menimbulkan persoalan apabila laporan Audit Negara turut memaparkan rekod sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS yang lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) pula tidak lengkap.



LAPORAN AUDIT : IMPIAN PKR 'CIPTA SEJARAH' MUSNAH..!!

Posted: 15 Oct 2012 04:38 PM PDT




Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak.  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010. 

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61.  Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi.  Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.  Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan. 

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah.  Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga. 

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti. 


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...