PISAU.NET |
- #merdeka55 Hot! Rakaman Sulit Taklimat Rancangan PKR Huru-harakan Negara.
- Jom Pecahkan Rekod Dunia #Merdeka55 @NajibRazak
- Tukar Bendera : Anwar Nafi, Pegawai Anwar Sahkan..
- Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol
#merdeka55 Hot! Rakaman Sulit Taklimat Rancangan PKR Huru-harakan Negara. Posted: 31 Aug 2012 06:40 AM PDT Sebelum ini satu verbatim rakaman rahsia mesyuarat sulit PKR Pulau Pinang didedahkan,polemik diantara PKR dan DAP sebenarnya sudah menjadi rahsia umum yang diketahui semua orang. Ini pula rakaman sulit perancangan jahat PKR menimbulkan kekacauan,keganasan dan juga fitnah diseluruh negara. Segala kekacauan,fitnah dan keganasan adalah dirancang melalui hasutan dan pembohongan yang diulang ulang hingga rakyat terpengaruh dengan kerja jahat mereka. Pisau kata " agaknya bila nak keluar rakaman Guan Eng ditokongkan?" |
Jom Pecahkan Rekod Dunia #Merdeka55 @NajibRazak Posted: 31 Aug 2012 05:26 AM PDT Masa yang dinantikan sudah tiba. Inilah peluang untuk kita mencipta sejarah dan memecahkan rekod dunia dengan hanya menggunakan laman sosial "Twitter" sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 bersama PM DS Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil. Buat pengguna Twitter, jadikan "hastag" #Merdeka55 sebagai "treanding" dan jangan lupa "mention"kan nama DS @NajibRazak untuk kita, Rakyat Malaysia mencipta rekod "tweet" terbanyak di dunia di Hari Kemerdekaan Ke 55. |
Tukar Bendera : Anwar Nafi, Pegawai Anwar Sahkan.. Posted: 31 Aug 2012 05:07 AM PDT AIDCNews – 31/08/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. "Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?" katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter. Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang. Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sementara itu, di laman twitter, Najwan Halimi, pegawai Anwar itu bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anak muda yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Bangsa' menggantikan bendera Jalur Gemilang.
Malah Najwan pada Ogos 2007 pernah menyiarkan reka bentuk bendera di laman peribadinya yang hampir sama dengan bendera yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan anjuran Janji Demokrasi semalam. "Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,"kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com. Kata-kata di laman peribadinya diedit hari ini yang berbeza dengan tulisan asal sebelumnya. Manakala di twitternya pula, Najwan berbangga dengan bendera Sang Saka Malaya itu. "Dirgahayu Sang Saka Malaya !,"katanya di twitter hari ini. Najwan Halimi seperti dilaporkan Malaysiakini adalah pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor. Najwan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipanggil Anwar untuk menjadi saksi pembelanya dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kehadiran Najwan Halimi sebagai saksi pembela di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful adalah pekerja Anwar Ibrahim. Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini serta mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu. |
Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol Posted: 30 Aug 2012 06:30 PM PDT Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun. Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011. Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor. Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak. Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes. Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut. Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak. Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis. Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan / Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan)Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai. Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut. Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut. Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS. Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya". Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu. Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah. Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes. Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain? Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut. Pisau kata " hudud PAS dan hudud Islam berbeza.." |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment