BADUT RAKYAT |
- HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL MEMBELASAH PAS BERKENAAN ISU HUDUD ???
- EKSKLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM DAN ERDOGAN !!! APA PERSAMAAN MEREKA ???
- HOT NEWS !!! SENARIO PAS DAN DAP SEKIRANYA MENGUASAI PARLIMEN !!! ADAKAH INI YANG AKAN BERLAKU ???
- #JANJIDEMOKRASI VS #JANJIDITEPATI !!! MANA SATU PILIHAN ANDA ???
- HOT NEWS !!! HUDUD PAS MENZALIMI MANGSA ROGOL ???
- #JANJIBERSIH !!! GAMBAR PM @NAJIBRAZAK KENA PIJAK OLEH PUAK CHAUVANIST ??? APA CERITA NI ???
- HOT VIDEO !!! RANCANGAN PKR UNTUK KUCAR KACIRKAN NEGARA TERBONGKAR !!!
HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL MEMBELASAH PAS BERKENAAN ISU HUDUD ??? Posted: 31 Aug 2012 02:06 PM PDT |
EKSKLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM DAN ERDOGAN !!! APA PERSAMAAN MEREKA ??? Posted: 31 Aug 2012 08:30 AM PDT Satu benda yang kita kena angkat topi dengan Brother Anwar Bin Ibrahim ini adalah ketebalan muka beliau untuk mencuba benda-benda baru dengan yakin dan berani.Ini termasuklah dalam kempen nak pikat hati orang kampong. Anwar ronda-ronda ke Pahang,Kelantan dan Kedah naik bas yang ada gambar beliau besar dua kali tayar lori.Kempen naik bas bukan benda baru dalam politik Malaysia.Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program turun padang di Perak awal tahun lalu pun naik bas.Bezanya bas bawa Najib tidaklah ada gambar sebesar gambar Anwar.Idea cat bas dengan muka sendiri ini mudah diteka dari mana berasal.Kalau yang biasa tengok kempen ketika pilihanraya pilih presiden Amerika memang calon-calonnya lebih suka bergerak naik bas.Selain Amerika,yang berkempen guna bas adalah parti AK di Turki,pemimpinnya Tayyib Erdogan pun ambil idea dari bentuk dan strategi kempen politik di US. Bukan sahaja bas,mudah dijangka kempen PKR masa pilihanraya umum nanti adalah billboard besar dengan muka Anwar dan tulisan ringkas.Kalau ikut gaya kempen parti AK,semua poster utama adalah wajah Erdogan yang ditampilkan sebagai juru penyelamat bangsa.Kita boleh jangka lepas ini selain bas,PKR akan guna kenderaan kenderaan ala-ala Hiluk yang juga penuh gambar Anwar untuk kempen bergerak.Setiap kenderaan ada mobile sound sistem,datang tempat kempen,tup-tap berceramah,sebar risalah dan bergerak,dari segi mobilitinya mudah dan jimat kos.Kempen dengan tema khusus, dan issue-based,adalah cara parti AK yang menang penggal kedua perintah Turki baru-baru ini.Anwar dan PKR dijangka akan tiru sebiji-sebiji stail tersebut.Contoh tema utama "merdeka rakyat' manakala isu pula bergantung ke kawasan yang dilawati. Ada isu untuk orang bandar, ada isu yang boleh jual untuk orang kampung,untuk masyarakat Melayu lain, Cina lain dan begitulah seterusnya Berdasarkan rekod memang Parti AK dan Erdogan berjaya di Turki.Mungkin sebab itu Anwar hendak tiru cara kempen tersebut di Malaysia dan akan guna all-out masa PRU nanti.Cuma kalau kita teliti balik gaya kempen Erdogan,ia bergantung kepada karismatik dan projek imej sebagai 'reformis' sang pemimpin.Erdogan tidak ada isu besar menyelubungi beliau,tidak naik turun mahkamah sebab kes liwat dua kali dalam masa sepuluh tahun.Tidak ada isu dakwaan video seks dengan GRO China yang 99.99 peratus kata pakar menyerupai ketua pembangkang itu dan Erdogan juga tak hilang jam omega !!! Inilah dilema terbesar Pakatan Rakyat samada hendak ikut stail kempen Anwar atau tidak. Bagi PKR senang,mereka memang tidak ada tokoh atau idea lain untuk dijual selain Anwar Ibrahim.Bagaimanapun menonjolkan hanya Anwar sebagai susuk tunggal Pakatan Rakyat agak berisiko kepada DAP dan PAS.Sudah pasti kempen menolak Anwar akan melibatkan juga video seks yang heboh diperkatakan itu.Mungkin tidak menggunakan media rasmi,tetapi corak kempen di internet tidak boleh dihalang.Hampir 99.99 peratus pasti, kisah video seks itu akan dibangkitkan kembali, dengan bungkusan dan persembahan baru sebagai modal kempen.Siapa hendak mempersia-siakan senjata utama yang buat Anwar terkedu tak boleh jawab sampai hari ini tu? Lagipun isu video seks ini belum beres.Kata orang belum ada penamat.Ini kerana Anwar dan pembangkang sendiri kecut nak minta siasat dan secara rasmi ada keputusan benar tidak benar. Bab nak nafi siapa pun boleh nafi. Soalnya siapa nak mengaku.Kebenaran mesti datang dari satu badan yang rasmi.Di Turki,Erdogan mungkin berjaya sebab beliau memang seorang reformis,manakala rekod kerja Anwar di Malaysia membuktikan beliau bukan reformis seperti digembar-gemburkan.Sila lihat fakta apa perubahan besar baik dari segi dasar atau pentadbiran yang dilakukan beliau selama 17 tahun dalam kerajaan.Anwar hanya mendaki tangga-tangga politik dengan berlindung disebalik bush jaket Dr Mahathir dengan jadi juru jual yang baik terhadap idea-idea dan produk bekas perdana menteri itu.Dr Mahathir yang ilhamkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, memperkukuhkan pendidikan dengan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, mewujudkan Bank Islam dan banyak lagi.Anwar hanya tukang jual produk-produk ini dan jenamakan dirinya dengan kejayaan demi kejayaan hasil dari cetusan pemikiran Dr Mahathir.Untuk orang yang malas melihat detail rekod Anwar, memang nampak dia hebat, tetapi jika dizoom secara mikro, kita sedar, Anwar hanya pandai atur orang untuk kepentingan politiknya sahaja.Bukan rahsia buku beliau Asian Renaissance ditulis secara berpasukan dengan kakitangan yang cekap.Teks-teks dan ucapan beliau di forum-forum besar juga bukan berdasarkan pemikiran beliau yang tulen.Anwar hanya menghafal beberapa quotation dan dipersembahkan seolah-olah beliau membaca dan menghadam buku tersebut.Sebab itu,menonjolkan Anwar sebagai pemimpin 'reformis' tahap Erdogan,sebenarnya bagus untuk jentera pilihanraya BN buat kerja.Cuma perlu bersedia lebih awal,sebab stail kempen ala Erdogan ini peringkat awal nampak gempak,boleh buat orang kampong syok.Tetapi apapun yang nampak cantik hasil make-up tidak akan kekal lama.Sebab Erdogan dan partinya berkempen berdasarkan fundamental isu,sedangkan Anwar hanya tiru gaya sahaja,idea tidak ada.Orang Utara kata gempak saja lebih.Macam tong kosong,bunyi memang kuat. Oleh Helme Hanafi RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SENARIO PAS DAN DAP SEKIRANYA MENGUASAI PARLIMEN !!! ADAKAH INI YANG AKAN BERLAKU ??? Posted: 31 Aug 2012 05:00 AM PDT Saya tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).Dalam artikel tersebut,beliau membayangkan seperti berikut: Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah),Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen.Maka,PAS pastinya menyokong,DAP membantah dan PKR berpecah dua.BN pula,UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA,Gerakan dan MIC keluar.Lalu,di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya,PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil.Tetapi,tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.Ada kemungkinan ia terjadi begini : Setelah PR memerintah,Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.Pada suatu hari, Hadi Awang,setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS,mengusulkan hudud di dalam Parlimen.DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti,adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.Soal hudud pun tamat setakat itu.Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.DAP,PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA,Gerakan dan MIC.Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur. Di masa yang sama,Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan 'hak asasi manusia' akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.Anwar akhirnya akan mengumumkan 'keterpaksaan' menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi 'hak asasi manusia' dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.Pada ketika ini,desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata,Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.Tanpa pengalaman,PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.Hutang negara pun bertambah secara drastik. Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati,PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.Maka dengan kuasa yang ada,keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat,jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang 'terjun bangunan' jika berpotensi membuka pekung mereka.Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.Akhirnya,pihak asing pun tampil memberi 'bantuan' sekali gus,segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.Hanya beberapa penggal PR memerintah,Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS,kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.Justeru,kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini ??? Di bawah BN,kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.Di bawah BN juga,Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.Pendek kata,jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina,maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.Hidup kita ternyata aman,damai,sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.Justeru, tepuk dada,tanya selera,apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang ??? Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi 'malaikat yang kita tidak kenal ???' SELAMAT HARI MERDEKA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
#JANJIDEMOKRASI VS #JANJIDITEPATI !!! MANA SATU PILIHAN ANDA ??? Posted: 31 Aug 2012 01:30 AM PDT EKORAN kegagalan menunaikan janji sejak berpeluang menjadi kerajaan di beberapa buah negeri,pakatan pembangkang seolah-olah dilanda paranoid apabila tema perayaan ulang tahun kemerdekaan negara menggunakan slogan 'Janji Ditepati'.Menariknya pada tahun ini,pakatan pembangkang seolah-olah dikepalai oleh keputusan seorang pemuisi apabila bersetuju menggunakan tema 'Sebangsa,Sejiwa dan Senegara' dalam sambutan hari bersejarah itu di negeri-negeri dikuasai pembangkang.Percubaan pakatan pembangkang untuk mengetepi atau membantah penggunaan tema tersebut berkait rapat dengan kegagalan mereka dalam menunaikan janji-janji yang pernah mereka keluarkan,terutama ketika berkempen dalam pilihan raya umum lalu.Setelah lebih empat tahun memerintah dan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya baharu diadakan, pakatan pembangkang begitu cemas sama ada berjaya mengekalkan kuasa ataupun mencapai matlamat menawan Putrajaya. Gelisah itu merungkaikan bahawa pakatan pembangkang terpaksa menggunakan apa sahaja kesempatan bagi membolehkan matlamatnya tercapai, termasuk menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap rencana transformasi yang dicetuskan oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih pentadbiran negara pada awal April 2009,yakni lebih setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.Susunan dasar yang lebih mengutamakan rakyat dan memahami setiap permasalahan mereka menyebabkan pakatan pembangkang terasa pengaruhnya mula merosot dengan drastiknya kerana kecenderungan anak muda sudah mula mempercayai kerajaan yang memerintah.Beberapa pengiktirafan yang diterima oleh kepimpinan Najib,termasuk mendapat kredit sebagai negara Islam contoh dari para ulama antarabangsa, menjadikan kelompok yang mendakwa pertubuhannya mewakili wadah politik Islam terdesak untuk menafikannya sebagai sesuatu niat bertujuan politik.Terbaharu,apabila ada ulama politik dalam parti pembangkang menuduh bahawa nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran kerajaan sejak dimulakan pada 1983,kesungguhan meletakkan dasar yang kukuh dalam memainkan peranan sebagai hab perbankan Islam,pembangunan industri halal, menggalakkan pemilikan sijil halal dalam produk makanan, minuman dan pakaian yang melibatkan orang Islam, kepesatan kemasukan pelancong dari Asia Barat,pusat kecemerlangan pendidikan serantau telah mula menampakkan kejayaan.Penggunaan tema yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang itu sebenarnya bukanlah keputusan bersama,kerana konsep 'sebangsa' sejak sekian lama menjadi kritikan tajam atas sifatnya yang berbau asabbiyyah kaumiyah.Konsep 'sejiwa' mengandung maksud yang boleh dianggap negatif kerana dua jiwa yang bermasalah cuba disatukan menjadi sebuah kesatuan yang tidak mungkin dapat dipertahankan selama-lamanya. Persoalannya, bagaimana kategori 'sejiwa' boleh diterima oleh sebuah parti yang cuba menjadikan Islam sebagai doktrin politik kerana dalam masa sama menjana kemarahan sekutunya yang bukan beragama Islam. Persoalan hukum hudud misalnya,dua pihak yang bersebarangan pada awalnya masih belum boleh menerima hakikat tersebut,sebaliknya masih kekal dengan keputusan akan menentangnya sampai bila-bila.Perspektif itu sudah mencerminkan konsep sejiwa tidak boleh dicapai atas alasan,dari sudut pandangan dan pendirian juga sudah berbeza.Konsep sejiwa mungkin boleh menjadi kenyataan apabila kedua pihak itu 'membina rumah tangga' seadanya,saling menerima kelemahan dan kekuatan masing-masing, kerana itulah kenyataan perkongsian kuasa.Itu adalah syarat dalam konsep 'sejiwa' jika menurut perspektif yang pernah difatwakan oleh pemimpin kanan sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai doktrin politiknya.Disebabkan fatwa itu masih meninggalkan kesan yang meluas dan sebati dengan pendokong tegar parti tersebut belum ditarik balik sepenuhnya,ini bermakna perkenan 'sejiwa' hanyalah sebuah istilah yang bersifat puitis dan kedalaman maknanya tidak menjejaki hati dan perasaan. Ia hanyalah lakaran kata-kata indah dari segi bahasa tetapi kekosongan tindakan dan makna.Pakatan pembangkang diserang paranoid setelah semakin ramai penyokongnya mula menukarkan haluan politik manakala rakyat yang pernah mengundi mereka semakin resah menantikan 'buah' yang tidak pernah gugur sejak mula berputik.Tempoh selama empat tahun,bahkan ada keadaan melebihi dua dekad masih belum ditunaikan sehingga kemeriahan Aidilfitri bertukar menjadi 'bara dendam' apabila pili yang dipasangkan tidak juga mengeluarkan air bersih dan setiap bulan bil terpaksa dibayar.Hak dan kemenangan mereka dalam pilihan raya tidak pernah dinafikan, malah kedudukan mereka dalam sistem pemerintahan terus mendapat perhatian. Tidak timbul masalah penyingkiran dan diskriminasi, sebaliknya prinsip kebebasan dan keadilan yang mereka perjuangkan semakin membuktikan doktrin itu hanya 'janji kosong' yang hanya 'manis di bibir tetapi lidah tetap mencuka'. Dalam kegundahan emosi, paranoid pembangkang terus mengalir deras sehingga menampakkan sikap sebenar kepimpinan yang tidak berusaha memenuhi apa yang dijanjikan. Menurut telahan, lebih 85 peratus janji yang pernah dibuat tidak dilaksanakan manakala kerajaan yang memerintah sentiasa mempamerkan hasilnya sehingga hampir tercapai sepenuhnya.Paranoid yang melanda pakatan pembangkang sebenarnya amat sukar ditangani, kerana puncanya ingin membalas dendam. Membalas dendam tidak mudah dihapuskan kerana si pendendam tetap melihat kebaikan orang lain sebagai sesuatu senjata tajam yang terus menikam hasrat dan cita-citanya.Justeru, meraikan hari kemerdekaan pada tahun ini adalah sesuatu yang amat signifikan dengan temanya,'Janji Ditepati' kerana buktinya makin banyak,rakyat yang susah dibantu, sistem perumahan mampu milik diberikan perhatian, sektor pendidikan terus dipertingkatkan kerana kerajaan sedar,menerusi pembangunan sumber manusia dan kecerdikan mindalah negara mampu melonjakkan keupayaannya mencapai status negara maju pada tahun 2020 nanti. Bila difikirkan secara mendalam, apakah slogan 'Sebangsa, Sejiwa dan Senegara' boleh dilaksanakan sepenuhnya? Bahkan dalam konteks mana sekalipun 'Janji Ditepati' lebih realistik,kerana ia lebih bersifat praktikal dan budaya hidup yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang, terutama umat Islam.Pada hakikatnya Allah SWT amat murka kepada mereka yang hanya tahu berjanji,tetapi enggan menunaikannya.Ini ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud : "Tepatilah dengan perjanjian sesungguhnya perjanjian itu akan dipersoalkan" (maksud al-Quran Surah al-Israa ayat 34).Demikian juga ditegaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "tiada iman bagi mereka yang tidak dapat dipegang dengan janjinya" (Riwayat Ahmad).Dalam satu hadis sahih Bukhari lain, Baginda juga ada bersabda yang bermaksud sikap mungkir janji ini juga adalah bukti jelas yang memastikan seorang itu bukan mukmin yang baik bahkan ia adalah seorang munafik yang perlu diawasi dan dijauhi. Ini bertujuan agar seorang itu terselamat daripada segala tipu daya yang licik itu.Oleh demikian janganlah kita membiarkan diri kita dijadikan sebagai tong sampah tempat buangan sampah fitnah dan janji bohong mereka yang berhati munafik ini. Ingat seperti mana sabda nabi SAW yang bermaksud: "Tanda orang munafik itu tiga iaitu bila bercakap ia bohong,bila berjanji ia mungkir dan bila diberi kepercayaan ia khianati". Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HUDUD PAS MENZALIMI MANGSA ROGOL ??? Posted: 30 Aug 2012 11:00 PM PDT Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.Berdasarkan pengakuan mangsa,bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.Berikutan perbuatan sumbang tersebut,mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.Lanjutan dari situ,pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.Manakala sumber lain pula menyebut,semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut. Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.Bagaimanapun,jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993,pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan / Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan)Draf Hudud PAS itu,syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai. Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS. Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah.Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain.Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya,sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi,tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain ??? Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut. RENUNG-RENUNGKAN |
#JANJIBERSIH !!! GAMBAR PM @NAJIBRAZAK KENA PIJAK OLEH PUAK CHAUVANIST ??? APA CERITA NI ??? Posted: 30 Aug 2012 07:00 PM PDT lihat video di atas.apa cerita ni ??? kata nak buat perhimpunan yang konon nya kata AMAN ??? kalau AMAN apa cerita video di atas ??? konon nya nak demokrasi,ada kah ini di nama kan kononnya demokrasi ??? pijak gambar PM ??? cuba jawab puak-puak pakatan haram.pernah ker anda lihat gambar pemimpin pakatan haram di pijak ??? itu berkenaan gambar PM.di bawah pula gambar bendera.apa cerita dengan risalah bendera ni ??? kata Tidak akan ada sebarang kain rentang,slogan atau apa sahaja ??? slogan tu sama lah seperti bendera yang di tunjukkan di bawah.nak tukar pulak bendera malaysia kepada bendera lain ??? nampaknya pakatan haram dah mungkir janji.sebelum ini Gabungan Janji menjamin bahawa tidak akan timbul sebarang huru-hara kerana mereka datang berkumpul hanya untuk merayakan ambang kemerdekaan. "Apa yang membezakan kami dengan orang lain adalah kami pakai warna kuning sama ada baju,topi ataupun apa saja.Tidak akan ada sebarang kain rentang,slogan atau apa sahaja.Kami tidak benarkan.Pada malam itu tiada apa-apa acara cuma Pak Samad (A. Samad Said) yang akan mendeklamasikan puisi istimewa," kata jurucakap Gabungan Janji,Hishamuddin Rais. - SH ITU JANJI HISHAMUDDIN RAIS !!! APA CERITA HISHAMUDDIN RAIS ??? MANA JANJI ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT VIDEO !!! RANCANGAN PKR UNTUK KUCAR KACIRKAN NEGARA TERBONGKAR !!! Posted: 30 Aug 2012 04:00 PM PDT walaupun video rakaman ini dah lama tersebar,rakyat malaysia harus sedar semua ini.video yang anda akan lihat adalah video Taklimat strategi rahsia PKR untuk kucar kacir kan negara semasa Kongres Nasional PKR 2011 di Johor.Taklimat disampaikan oleh Sim Tze Tzin,ADUN Pantai Jerjak.lihat video di bawah RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment