Gelombang Rakyat |
- TERBARU KES ANWAR 'LIWAT' KHAIRY DI MAHKAMAH HARI INI..!!
- PIMPINAN DAP SOKONG TINDAKAN MANOHARAN HINA LEE CHONG WEI..!!
- PKNS DILACURKAN - KHALID GAGAP ROMPAK UNISEL SAMPAI MUFLIS..!!
- SAIFUDDIN ABDULLAH PERTIMBANG SERTAI PKR HARI INI..!!?
- SHAHRIZAT DI MAHKAMAH - "SAYA DIANIAYA DAN DIAIBKAN..!!"
TERBARU KES ANWAR 'LIWAT' KHAIRY DI MAHKAMAH HARI INI..!! Posted: 07 Aug 2012 12:35 AM PDT Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah politik. Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S. Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy. Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi. Anwar memfailkan saman itu pada 7 Sept 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007. Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. Khairy pada Ogos 2007 menerusi satu Majlis Politik di Kuala Kangsar Perak telah mendakwa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi berdasarkan hubungan rapat Diktator PKR itu dengan beberapa Pemimpin Yahudi di US dan Australia. |
PIMPINAN DAP SOKONG TINDAKAN MANOHARAN HINA LEE CHONG WEI..!! Posted: 06 Aug 2012 07:23 PM PDT Beberapa Pemimpin DAP dilihat tidak konsisten dalam memberi reaksi terhadap tindakan ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan yang membuat kenyataan menerusi laman twitter menghina Lee Chong Wei. Walaupun Penasihat DAP Lim Kit Siang menerusi Sinar Harian hari ini memberi reaksi positif terhadap Jaguh Badminton Negara itu, akan tetapi hakikatnya rata2 beberapa Pemimpin DAP terutamanya yang bukan berbangsa Cina menyatakan sokongan terhadap tindakan Manoharan menghina Lee Chong Wei. Rata2 memberi alasan amalan freedom dan kebebasan bersuara sebagai pendirian mereka terhadap sokongan terhadap Pemimpin Hindraf tersebut. Malah mereka turut mengkritik pemimpin PKR yang mengutuk tindakan Manoharan secara terbuka menerusi laman sosial dan media. Dikatakan salah seorang yang berpendirian sedemikian termasuklah ADUN Puchong Gobind Singh. Pimpinan DAP juga menganggap tindakan Diktator PKR Anwar Ibrahim yang secara terbuka mengkritik kenyataan Manoharan sebagai kenyataan politik peribadi dalam memastikan sokongan beliau sebagai bakal PM tidak berganjak kerana isu tersebut. M.Manoharan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menerusi Twittwe menghina kekalahan Lee Chong Wei dalam Pertandingan Akhir Olimpik 2012 dengan menggelar "Lee Chong AWAY." |
PKNS DILACURKAN - KHALID GAGAP ROMPAK UNISEL SAMPAI MUFLIS..!! Posted: 06 Aug 2012 04:37 PM PDT Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan tindakannya mengarahkan Universiti Selangor (Unisel) membeli bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kota Puteri, Kuala Selangor untuk dijadikan asrama baru sedangkan beliau mendakwa universiti itu menanggung hutang sejak sekian lama. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar juga mempersoal tindakan Abdul Khalid membeli bangunan berharga jutaan ringgit itu sedangkan asrama Unisel sedia ada mempunyai banyak kekosongan ekoran jumlah penuntut yang semakin kurang. "MB kena jawab, saya nak tanya pengurusan Unisel... apa rasionalnya dia beli bangunan di Kota Puteri, yang juga dikatakan akan dibuat asrama... asrama yang ada pun tidak penuh, macam mana dia boleh beli bangunan baru. "Ini menunjukkan bahawa pengurusan dan pentadbiran Unisel di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang tidak profesional," katanya kepada pemberita di sini. Noh mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mengakui Unisel menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejas kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama berjumlah hampir RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB). Beliau berkata pada zaman pentadbiran BN, Unisel tidak berdepan masalah kewangan, tetapi apabila pembangkang mengambil alih pentadbiran Selangor, perkara itu berlaku. Katanya, Abdul Khalid sebagai tokoh korporat sepatutnya boleh menjaga pentadbiran dan pengurusan Unisel, yang merupakan institusi pendidikan swasta, dengan baik kerana beliau berpengalaman dalam soal itu. Mengulas lanjut, Noh berkata masalah kewangan Unisel tidak sepatutnya berlaku kerana universiti itu boleh membayar sewa bangunan melalui sumber yang diperoleh daripada bayaran yuran dan sewa asrama oleh penuntutnya. "Bila pelajar dapat duit pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), secara automatik duit itu telah dipotong bagi tujuan membayar sewa asrama dan yuran, sebelum baki pinjaman diserah kepada pelajar... jadi, kita nak tanya MB, mana perginya duit yang telah dibayar pelajar itu," katanya. Mengulas kenyataan Abdul Khalid berhubung kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel kerana banyak perkara perlu diperbetul oleh kerajaan negeri, Noh berkata beliau mempunyai bukti Abdul Khalid dan pegawai kewangan Selangor telah menandatangani laporan itu. Beliau turut mendesak isu Unisel dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). |
SAIFUDDIN ABDULLAH PERTIMBANG SERTAI PKR HARI INI..!!? Posted: 06 Aug 2012 10:19 AM PDT Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan beliau tidak menerima tawaran menyertai Pakatan Rakyat (PR) oleh "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikemukakan kepada beliau menerusi laman Twitter miliknya. Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun Twitter dengan menyebut,"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah." Tawaran menyertai PR itu bagaimanapun dibuat oleh satu akaun Twitter menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan akaun Twitter Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim. Dipetik Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang. Saifuddin sebelum ini didakwa seringkali mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat dan berbau politik Pembangkang. Beliau juga dilihat seperti jelas mengakui pendirian dan pandangan Anwar Ibrahim berhubung beberapa isu. Ianya termasuklah desakan2 beliau terhadap tuntutan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang turut dianggotai Adam Adli termasuklah pemansuhan AUKU dan yang terbaru berkaitan soal hak Royalti Minyak Kelantan. |
SHAHRIZAT DI MAHKAMAH - "SAYA DIANIAYA DAN DIAIBKAN..!!" Posted: 06 Aug 2012 08:23 AM PDT Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin. Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera. Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu. "Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat. Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik". Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat. Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik. Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit. Kenyataan Muslimat PAS Berkaitan Isu Shahrizat Sebelum ini (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan artikel) :- |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment