Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


BUKTI VIDEO PANAS - RAKAMAN AHLI PARLIMEN PKR HALAU ISTERI DARI RUMAH..!!

Posted: 05 Aug 2012 07:23 PM PDT




Ianya merupakan rakaman yang membuktikan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat telah menghalau isterinya dek kerana tidak bersetuju suaminya yang bertindak curang untuk berkahwin lagi. TONTON VIDEO tertera di bawah.






Amat menyedihkan kerana insiden sepertimana yang dilihat menerusi video tersebut berlaku pada awal bulan Ramadhan. 

Benarkah PKR melahirkan pemimpin yang tinggi akhlak dan moral?



NAJIB TETAP BANGGA - TANGISAN LEE CHONG WEI MOHON MAAF BUAT RAKYAT MALAYSIA..!!

Posted: 05 Aug 2012 04:48 PM PDT




"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.






"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.

Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.






Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.






Sementara itu, Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha dan corak permainan yang dipamerkan Chong Wei ketika menentang pemain China, Lin Dan.

"(Kekalahan itu) memang bermaruah kerana beliau (Chong Wei) tidak menyerah kalah dengan mudah, beliau telah berjuang habis-habisan.

"Meskipun beliau tidak berjaya sebab permainan Lin Dan terlalu agresif tetapi ia telah menaikkan imej negara kita," katanya.





MESYUARAT T'GEMPAR - MALAYSIAKINI LAPOR DAP UMUM KELUAR PAKATAN..!!

Posted: 05 Aug 2012 10:07 AM PDT




Ini merupakan laporan yang disiarkan menerusi Laman Portal Pro Pembangkang Malaysiakini yang memutuskan keluar dari barisan kerjasama Pembangkang. Mesyuarat Tergempar yang dihadiri kesemua barisan tertinggi Pembangkang pada ketika itu memperlihatkan kekuatan pendirian DAP dalam mempertahankan prinsip  dan enggan menerima Hukum Hudud dilaksanakan malah menolak penguatkuasaan mana2 Sistem Perundangan Islam di Negara ini.





 
Apa yang pasti konsisten PAS diketuai Dato Fadzil Noor yang mengepalai bermesyuarat pada 22 September 2001 bersama pimpinan Barisan Alternatif (BA) menerusi tarikh pada artikel Malaysiakini di atas memperlihatkan perbezaan ketara ideologi yang secara mudah diubah pada ketika ini demi kuasa.






Sikap PAS yang tidak berpendirian tetap dalam mempertahankan Sistem Perundangan Islam sebagai wadah perjuangan paling utama ini jelas memperlihat ketidakikhlasan mereka dalam menambat hati rakyat apatah lagi mengurus Negara.

Malah beberapa pihak dari pimpinan parti tersebut termasuklah Dato Hasan Ali yang lahir sebagai pemimpin ulung pada era kepimpinan Dato Fadzil Noor dicantas gara2 cuba mempertahankan prinsip Negara Islam.

Nyata prinsip tersebut sekadar mainan politik semata2.






Jika 'Negara Islam' yang dipertahankan PAS pada 11 tahun yang lalu mampu diubah atas nama 'Negara Kebajikan', yang hanya merupakan 1% daripada Dokumen Penubuhan sebuah Negara Islam, apa pula pendirian PAS 11 tahun akan datang?

PS : UMNO sejak 1957 tetap konsisten sehingga hari ini memperjuangkan malah mempertahankan Hak Islam dan Melayu menerusi Parti dan memperjuangkan hak rakyat bewarganegara dari kesemua bangsa menerusi kerjasama komponen BN.


KHALID GAGAP AKUI UNISEL HUTANG RM15 JUTA DGN. SYARIKAT JANA NIAGA..!!

Posted: 05 Aug 2012 08:18 AM PDT



 
Memalukan. Tatkala beberapa IPTS di Negara ini terpaksa berhempas pulas memberi perkhidmatan pelajaran terbaik, Universiti Selangor (Unisel) yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor menanggung beban hutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Tunggakan bayaran yang didedahkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omarmelibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor tersebut.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar.

"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di Tanjong Karang , Sabtu lalu.






Pendedahan ini menguatkan lagi isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.

Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.
Sementara itu, Noh Omar turut mencabar MB Selangor Khalid Gagap mengeluarkan laporan kewangan Unisel jika benar pendedahan beliau tersebut palsu.

"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).

"Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.





 
Pendedahan ini juga diperkukuhkan lagi menerusi kenyataan Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap yang menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.

Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. "Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.

"Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.

Beliau turut menjelaskan apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB, mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.

"Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya.






Kelihatan Khalid Gagap terkedu menjawab jumlah hutang yang besar yang terpaksa ditanggung sebuah IPT di bawah Kerajaan Negeri tatkala Anwar menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga IPT jika Pakatan menang besar pada PRU13 kelak.



GEJALA MURTAD DI MALAYSIA TENAT..!!

Posted: 05 Aug 2012 02:29 AM PDT




Majlis Agama Islam negeri melalui peruntukan enakmen sedia ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

"Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak, video dan penulisan tidak dibenarkan kerana akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam terhadap kegiatan mereka," katanya ketika mengulas isu pelancong asing yang menyebarkan fahaman Kristian di Pulau Pinang yang dilaporkan akhbar Khamis lepas.

Menurut laporan itu, dua lelaki yang dipercayai pelancong asing cuba menyampaikan ajaran agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Jamil Khir menasihati mereka yang menjalankan kegiatan itu agar memahami terlebih dahulu peraturan majlis agama di negara ini dan perlu mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, terdapat satu kes yang mengguna pakai enakmen berkenaan dan tertuduh dikenakan denda serta penjara di Pahang pada 2002 dan ini perlu dijadikan sebagai iktibar.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu sebuah mesin hemodialisis bernilai RM65,000 kepada Hospital Yan bagi menampung kekurangan mesin terbabit untuk merawat 37 pesakit sekitar daerah Yan.

Beliau berharap syarikat korporat, swasta serta individu lain turut menyumbang mesin tersebut untuk pesakit bagi memudahkan mereka menjalani rawatan tanpa perlu menunggu terlalu lama.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...