UMNO Online - “Kejayaan Selangor Hanya Tabur Janji dan Pasang Papan Tanda” plus 1 more

UMNO Online - “Kejayaan Selangor Hanya Tabur Janji dan Pasang Papan Tanda” plus 1 more

Link to UMNO Online

Kejayaan Selangor Hanya Tabur Janji dan Pasang Papan Tanda

Posted: 08 Jul 2012 05:01 AM PDT

BANGI, 8 Julai- Kejayaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab telah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan
Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu.

Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini.  Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden Parti
Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat.

Antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat
1Malaysia.

“Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu teksi…bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi,” katanya.

Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua
lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang.

 

Hanya BN Mampu Buat Perubahan Kepada Rakyat

Posted: 07 Jul 2012 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menjana lebih banyak kekayaan buat Felda dan membela nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan
pembinaan Menara Felda membuktikan badan itu sudah berjaya melakukan transformasi sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Najib berkata kejayaan itu disumbang peneroka yang tidak mudah tertipu dengan dakyah pembangkang untuk menggagalkan usaha memajukan Felda.

“Sesiapa yang cuba menipu dan mengkhianati kita, nampaknya niat mereka tidak
kesampaian. Kita telah membuktikan segala tuduhan bersifat palsu dan fitnah
belaka,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka 2012 di sini, malam
ini.
Beliau turut merasmikan Menara Felda setinggi 50 tingkat bernilai RM700 juta
yang diilhamkan daripada bentuk biji sawit, yang terletak di Platinum Park,  pusat perniagaan Segi Tiga Emas di ibu kota.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi meraikan kira-kira 20,000 warga Felda termasuk
12,000 peneroka dari seluruh negara.

Najib berkata dua penipuan terbesar golongan yang disifatkan sebagai ”makhluk perosak” ialah Felda sudah bankrap dan tanah peneroka akan tergadai dengan penyenaraian FGVH.

“Mana ada syarikat bankrap boleh disenaraikan. Sekarang ini sudah senyap, tandanya orang tak terima (dakwaan itu), tak masuk akal. Hakikatnya tanah peneroka tak tergadai. Ini adalah penipuan paling besar dan mereka (pembangkang)
sebenarnya mati akal,” katanya

Perdana Menteri turut memuji peneroka yang terus cekal menghadapi cabaran memajukan Felda lebih 50 tahun lepas bermula di Lurah Bilut, Pahang.

“Felda merupakan sebuah kisah yang sarat dengan cabaran demi cabaran. Apabila kita tabah dan cekal, rancang dan laksanakan dengan tegas dan berkesan, hasilnya dapat kita dikecapi hari ini,” kata Najib.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...