tun faisal dot com |
#TukarKelantan : Menjejaki duit balak, dinar emas yang hilang.... Posted: 16 Jul 2012 06:30 PM PDT Balak habis, pembangunan tak nampak; rakyat minum air berkeladak, sekarang nak balun duit minyak pulak? Duit Husam Satu Juta Ada Dengan Ana! "Kick, duit Husam satu juta ada dengan ana," demikian kata-kata seorang pengusaha sawmill kepada saya pada pertengahan November 2009. "Anta royat anta nak berapa, ana akan kecek dengan Abuya…." tambah lelaki tersebut yang merupakan seorang pengusaha Sawmill. Pengusaha sawmill itu bernama Azman bukanlah orang pertama yang mengakui bahawa dia memegang wang Husam. Sebelum ini seorang peguam yang Husam hantar saya temui untuk mengambil wang berjumlah satu juta ringgit juga mengaku benda yang sama. SMS Keldai Duit Husam kepada saya memaklumkan baki yang patut diberikan kepada saya sudah diluluskan kerana Ariffahmi sudah meletak jawatan. SMS Keldai Husam memaklumkan esok wang akan di bank in ke dalam akaun SMS Keldai Duit Husam meminta nombor akaun untuk di masukan duit. SMS dari seorang Keldai Duit Husam yang bertaraf YB dan kini ketua kepada salah satu cabang parti PAS, memaklumkan duit hanya dapat diberi pada keesokkan harinya. Husam terus berdiam diri di dalam soal berkaitan hubungannya dengan Umar Ibrahim Vadillo yang dilantik oleh Husam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade dan kemudiannya sebagai penasihat. Perlantikan Umar mencetuskan banyak 'conflict of interest' kerana Umar adalah juga pemilik dan pengarah urusan World Islamic Mint yang mendapat faedah kewangan secara langsung dari Kelantan Golden Trade Sdn Bhd. Apakah aktiviti Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan ini adalah sebahagian daripada skim Husam untuk menjana sumber kewangan? Siapakah Keldai duit Husam dalam skim ini? Sehingga kini Husam masih berdiam diri dan tidak mahu langsung berkata apa-apa tentang skandal Matawang Syariah. Mengapa? Husam sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk membersihkan suasana. Memandangkan Husam mendiamkan diri, masanya sudah tiba untuk saya menjelaskan sedikit demi sedikit modus operandi Husam dan Keldai duitnya. Tujuan pendedahan ini tiada kaitan dengan hasrat untuk menjatuhkan airmuka Husam, menghina beliau apa lagi menjadikan dia bahan hinaan masyarakat. Sebaliknya, Husam adalah mewakili sebuah Kerajaan Negeri yang sah dilantik oleh pengundi maka Husam perlu diadili oleh rakyat. Sepanjang berkhidmat dengan Husam sejak 2007 hingga November 2009, saya telah beberapa kali dikunjungi oleh individu-invidu yang membawa duit kepada saya di atas arahan Husam. Saya juga telah beberapa kali di atas arahan Husam mengunjungi beberapa individu untuk mendapatkan duit seperti di arahkan oleh Husam. Saya pernah beberapa kali bertanyakan sumber duit itu dari Husam, tetapi pada kedua-dua kalinya dia hanya mendiamkan diri, senyum tanpa berkata apa-apa. Keldai Duit Husam pernah menceritakan sumber-sumber duit tersebut tetapi tidak ada guna saya menceritakan di sini kerana ia sudah jadi 'hearsay'. Saya hanya akan ceritakan apa yang telah saya lalui termasuklah sejarah penubuhan Global Media Channel dan sumber kewangan untuk membiayainya. |
Posted: 16 Jul 2012 01:07 PM PDT Lepak Santai Rempit United - Penjana Evolusi Hidup Mat RempitKuala Lumpur, 10 Julai: Bertemakan slogan 'Kami Pun Anak Merdeka', satu program yang dinamakan 'Lepak Santai Bersama Rempit United' telah berlangsung di NZ Garden, KLCC malam tadi. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Media Baru (Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dan NGO yang mengabungkan kumpulan-kumpulan bermotor di seluruh negara, Rempit United. 'Lepak Santai Bersama Rempit United' yang dihadiri lebih 200 orang tersebut bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara penggiat media sosial dan peminat sukan permotoran yang juga dikenali sebagai 'mat rempit'. Program berbentuk forum yang membincangkan tajuk 'Evolusi R' berlangsung dengan sesi bertukar-tukar pendapat disamping mempromosikan jenama Rempit United kepada umum. Rempit United dibangunkan berlandaskan empat teras utama iaitu pertandingan, acara, peluang dan rangkaian sosial. Hadir dalam program itu adalah Tun Faisal Ismail Aziz (Pengerusi Unit Media Baru), Wazi Abdul Hamid (Presiden Rempit United), Shahrol Yuzy (bekas pelumba MotoGP) dan David Teo (pengarah filem). Beberapa orang selebriti tanah air turut hadir memeriahkan program Lepak Santai semalam seperti Shaheizy Sam, Sari Yanti, Adi Putra dan Ilia Iryani (pelakon stunt wanita). Wazi Abdul Hamid menjelaskan bahawa 'Evolusi R' bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan mat rempit yang sentiasa dipandang serong. "Dalam program ini kita mengutamakan sesi pemutihan yang mana kita akan mengubah mat rempit ke jalan yang baik supaya golongan ini tidak terus dipinggir masyarakat". Tambahnya lagi, "Golongan mat rempit ialah individu yang berani. Sekiranya kita mampu mengubah mereka ke jalan yang benar, mereka mampu berbakti kepada masyarakat. Anak murid saya dahulu juga seorang mat rempit tegar, tetapi sekarang telah menjadi seorang anggota polis. Sekarang dia pula menangkap mat rempit yang melakukan kesalahan lalu-lintas. Kita perlu menyebarluaskan program-program kesedaran seperti Evolusi R ini untuk mendekatkan diri dengan golongan seperti ini". Pelumba motosikal profesional, Shahrul Yuzi turut hadir pada program itu untuk menyuntik motivasi kepada para hadirin dengan menceritakan pengalamannya. Beliau yang juga pernah menjadi mat rempit berusaha secara positif sehingga mendapat platform yang sesuai dan kini bergelar pelumba profesional negara. Tun Faisal Ismail Aziz berkata, "Di Malaysia, masyarakat sememangnya memandang serong terhadap golongan mat rempit. Namun persepsi ini boleh diubah jika media baru memainkan peranan dengan dibantu badan NGO seperti Rempit United. Pandangan serong terhadap mat rempit perlu diubah dengan media baru bertindak sebagai saluran penerangan". Menurutnya lagi, "Saya memetik slogan Rempit United 'Kami pun Anak Merdeka', persepsi masyarakat boleh diubah tetapi mat rempit di luar sana perlu tunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana meminati bidang permotoran kerana mereka juga mempunyai hak. Namun, mereka perlu mengetahui batas-batasnya supaya tidak terus dipandang serong oleh masyarakat". David Teo yang sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Rempit United - Evolusi R" mengunakan platfom layar perak untuk memberi kesedaran kepada mat rempit dan pemahaman kepada masyarakat mengenai perkara ini. Penerbit filem prolifik itu berkata, "Pendekatan terbaik bagi membela hak golongan rempit ini ialah kita perlu membina lebih banyak litar untuk golongan ini berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. Jika kita lihat, pemain bola sepak mempunyai padang untuk mereka bermain bola maka saya merasakan adalah perlu untuk pihak kerajaan dan sektor korperat bersatu untuk melaksanakan pembangunan untuk membela hak golongan ini". -KalamPena & AsyrafRinggo/PjO Saksikan foto-foto program Lepak Santai Rempit United di blog LENSALOKA (klik!) |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment