tun faisal dot com |
- Panggung Wayang: Pas Selangor buktikan fatwa Nik Aziz kolot #balaciSosialis
- #FitnahPR Lagi pembohongan Cybertrooper PR #PenipuaRakyat
- Lagi [Gambar] hebat Lepak Santai #RempitUnited di NZ Garden
- #KPOP Pas Kedah memang hebat #TukarKedah
Panggung Wayang: Pas Selangor buktikan fatwa Nik Aziz kolot #balaciSosialis Posted: 11 Jul 2012 09:00 PM PDT PAS Selangor kena 'ngap' lagi dengan DAP... KHAMIS, 12 JULAI 2012 00:21 ROSLAN BIAN inShare Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor. Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis. Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS. Jadi 'flip flop' pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu. Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai. Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza. Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang. Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja. Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu. Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen. Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara. Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan. Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula 'berlakon' aksi tidak senonoh dalam pawagam. Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan memadu kasih. Bila tiga pemimpin PAS ini 'flip flop', teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu. Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama. Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena 'taram' juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut. Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS. Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam. Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa 'berjabat tangan' dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP 'ngam' tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena 'ngap' dengan DAP. Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama. Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor. Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena 'ngap' dengan Ronnie pula. Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena 'ngap' dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP. Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena 'ngap'. Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP? – 11/7/2012- OLEH ROSLAN BIAN |
#FitnahPR Lagi pembohongan Cybertrooper PR #PenipuaRakyat Posted: 11 Jul 2012 06:00 PM PDT Kalau ulama mereka pun jenis menipu, apa lagi cybertroopers mereka... Fitnah Facebookers PR Terkantoi Lagi...Tertarik dengan gambar yang dimainkan oleh cybertroopers 'low class' Pakatan Rakyat di laman facebook mereka kebelakangan ini. Gambar di atas disebarkan oleh cybertroopers PR dalam usaha mereka memburukkan kerajaan Barisan Nasional. Setelah diselidik rupanya jambatan serta gambar yang dimainkan oleh mereka merupakan satu fitnah jahat ke atas kerajaan. Nampaknya Nik Aziz masih gagal menerangkan tentang dosa fitnah ke atas cybertroopers mereka yang siang malam membicarakan soal perjuangan Islam. Dari blog Cucu Tok Selampit : Kalau tidak menipu bukanlah namanya pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Sudah menjadi "trend" perangai buruk pemimpin-pemimpin mereka iaitu berbohong dan menipu akan diikuti oleh juak-juak mereka yang menjadi cybertroopers berbayar sama ada di blog, laman sosial Facebook maupun di Twitter. Terbaru, pembohongan dan spin jahat yang cuba dilakukan ialah gambar sebuah jambatan gantung yang kononnya terdapat di Malaysia yang kononnya membahayakan pelajar-pelajar kita yang hendak ke sekolah. Kalau melihatkan posting di atas yang dibuat oleh facebookers "Jom Lawan UMNO", sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pihak cybertroppers pembangkang terlupa bahawa maklumat di zaman maklumat hanya di hujung jari, bantuan Google adalah semudah ABC. Cuba lihat realiti di bawah: Haish! Semakin hari lawak yang dibuat oleh Pakatan Haram sudah mencapai tahap lawak bodoh gaban!YY : Cuba tanya Nik Aziz apa dosa fitnah? |
Lagi [Gambar] hebat Lepak Santai #RempitUnited di NZ Garden Posted: 11 Jul 2012 12:20 PM PDT |
#KPOP Pas Kedah memang hebat #TukarKedah Posted: 11 Jul 2012 11:21 AM PDT Gambar-gambar yang lain tidak sesuai untuk ditayangkan untuk tontonan di blog ini. Bagi yang berminat dengan K-POP Pas Kedah, sila ke laman di bawah: |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment