PAPA GOMO

PAPA GOMO


Ummi Hafilda Perlu Sedar Diri Dan Hentikan Sikap Rakus Anda

Posted: 09 Jul 2012 06:00 PM PDT







Cukup cukuplah Ummi Hafilda, cukup lah jadi bangkai dalam arena politik Malaysia ini. Baik dari UMNO ataupun BN ataupun mana mana NGO rasanya Ummi Hafilda perlu sedar bahawa apa yang ada pada beliau hari ini tidaklah sempurna mana.

Gomo kenal Ummi Hafilda ini dan memang tidak dapat dinafikan kerana beliau lah maka ramai tahu siapa Anwar Ibrahim dan hubungan SUMBANG Anwar Ibrahim dan Shamsidar isteri Azmin Ali. Tapi itu semua tidak memberikan kelebihan buat Ummi Hafilda untuk menindas pemimpin UMNO dengan tuntutan yang tidak munasabah.

Ummi Hafilda perlu sedar berada nya beliau dipentas pentas ceramah hari ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO pada peringkat awal. Benar Ummi Hafilda diberikan peluang berceramah namun sudah sampai masaanya tunjuk lagak Umi Hafilda ini disedarkan agar beliau sedar dimana bumi dipijak dimana langit dijunjung.

Gomo sendiri pernah MEMAKI HAMUN Ummi Hafilda satu tika lalu berkaitan isu Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan NFCorp. Malah Ummi Hafilda mengadu akan apa yang Gomo Maki Hamun beliau kepada rakan blogger lain seperti Parpu Kari, Gerak Anti PKR, Medan Info Kita, RBF Online dan juga Flying Kick. Tapi itulah Papa Gomo memang tidak suka jika pemimpin dihina oleh orang yang bertapak atas pentas wanita tetapi memaki hamun Ketua Wanita UMNO.

Gomo menyanjung pengorbanan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda dalam membongkar siapa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tetapi dalam masa yang sama Gomo meluat dengan karenah Ummi Hafilda yang begitu angkuh dan bongkak atas kapasiti beliau yang kononya penceramah terunggul.

Ummi Hafilda, jika benar kita berjuang biar kerana keikhlasan. Kami ni para blogger sejak 2008 lagi berjuang dan sampai sekarang pun tidak ada sebarang Reward dari pihak UMNO untuk diagihkan kepada kami. Jangan kata nak hargai kami dengan kemewahan malah serba serbi pun tidak kami rasainya. Tetapi itu tidak menjadi pematah semangat kami untuk terus membantu UMNO dalam memastikan gerombolan rejim Pakatan tumbang pada PRU 13 kelak.

Buat Ummi Hafilda diharap kembali kepada landasan perjuangan anda yang sebenar. Jangan kerana kemaruk wang ringgit dalam siri ceramah anda maka anda semakin buas meraih pendapatan. Gomo yakin pihak UMNO ataupun NGO sedia membantu tetapi biarlah berpatutan jika kita benar benar ikhlas dalam perjuangan.

Jadikan apa yang berlaku ini satu pengajaran untuk semua agar disatu masa lain pekara sebegini dapat kita beringat dan jangan kita mengikuti syarat merepek meraban seperti mana yang diminta oleh Ummi Hafilda.


Psssttt.... Bermuhasabah diri adalah lebih baik

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Lelaki Ditembak Polis Disahkan Mati Syahid Oleh Pakatan Pembangkang?

Posted: 09 Jul 2012 05:14 AM PDT


Dah lelaki yang menyerang Pejabat Perdana Menteri menggunakan Pedang Samurai MATI akibat kecederaan parah yang dialami setelah ditembak pihak Polis dalam kejadian petang tadi di Putrajaya.

Lelaki tersebut mendakwa beliau adalah Imam Mahadi dan Gomo yakin beliau sebenarnya bengang bila Badrul Amin gelarkan Anwar sebagai Imam Mahadi. Hahaha



Apa sekalipun terima kasih atas kecekapan pihak Polis dalam memastikan pengganas seperti lelaki yang mati itu dapat dilumpuhkan.


Tolak Budaya Ganas Pembangkang

Kita nantikan selepas ini pastinya pemimpin pembangkang akan tampil kehadapan dengan membela si mati dan melabelkan pihak Polis Kejam dan sebagainya.

Lagi Selanjutnya KLIK DISINI

Psssttt... Tolak politik Jijik Pakatan Pembangkang.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



Akibat Termakan Hasutan Pembangkang Pasangan Serang JPM Gunakan Pedang Samurai

Posted: 09 Jul 2012 03:46 AM PDT



Akibat termakan hasutan dari Pembangkang kedua dua pasangan ini bertindak keterlaluan dan ganas sehingga menyebabakan pihak Polis terpaksa mengambil tindakan dengan menembak kedua dua pasangan ini. Cerita selanjutnya KLIK DISINI


Psssttt.... Jangan kita taksub lah, pemimpin pembangkang dok ketawakan je hangpa yang taksub bodoh ni,

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Rafizi Ramli - Sepandai - Pandai Tupai Melompat…

Posted: 09 Jul 2012 02:00 AM PDT




Rafizi sebenarnya tahu sebagai seorang akauntan yang bertauliah tentang peranan Jabatan Audit Negara (JAN)

Untuk sekadar berkongsi dengan pembaca, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah banyak kali memaklumkan kepada umum bahawa JAN tidak menjalankan audit keatas Syarikat –syarikat persendirian. NFCorp merupakan syarikat persendirian yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menerajui Pusat Fidlot Nasional (PFN). Yang di audit adalah PFN bukan NFCorp.

Tetapi Rafizi Ramli menafikan itu semua dengan menyalahgunakan laporan JAN dan mengaitkan dengan NFCorp, tanpa sebarang sumber yang sah, belaiu sebarkan kepada media bahawa NFC dalam keadaan kucar-kacir dan menuding jari kepada NFCorp dengan mendedahkan segala maklumat palsu yang diciptanya sendiri. Dia tiba-tiba mengheret nama Datuk Seri Shahrizat sebagai individu utama yang mempengaruhi kerajaan untuk mendapatkan projek RM250juta kepada suami dan anak-anaknya.

Hari ini, Rafizi tersilap. Terbukti NFC tidak pernah disebut kucar-kacir dalam laporan JAN. SPRM juga telah putuskan Datuk Seri Shahrizat tidak terlibat dalam NFC dan penganugerahan RM250 kepada NFCorp.

Rafizi Ramli telah dedah dan sebar kepada banyak portal berita tentang maklumat akaun peribadi Dato' Seri Salleh Ismail, Pengerusi NFCorp serta anak-anaknya dan juga maklumat akaun syarikat. Dari maklumat akaun-akaun bank tersebut, beliau telah mendakwa banyak perkara ke atas NFCorp yang mana dakwaan-dakwaan tersebut sebenarnya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

Akibat dari tindakan beliau yang menceroboh akaun bank peribadi pelanggan bank, beliau kini sedang berdepan dengan perlanggaran akta BAFIA, 1989.

Media tempatan telah melihat ini sebagai satu fenomena yang pertama kali berlaku di dalam industri Perbankan Negara. Seakan-akan satu kesalahan jenayah yang amat menakutkan!. Bagi yang tidak tahu, BAFIA (Banking and Financial Institution Act, 1989) merupakan satu akta yang melindungi hak peribadi akaun bank pelanggan dari dirobohi oleh pihak ketiga tanpa restu undang-undang dan kebenaran autoriti. Pesalah boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara dan denda RM3 juta. Satu angka yang "cukup cantik tapi penuh duri"!

Rafizi tersilap lagi. Beliau kini berdepan dengan kemungkinan hukuman BAFIA yang cukup berat.

Semua kesilapan diatas telah mengheret beliau dalam satu lagi kecelaruan kehidupan dan kerjayanya iaitu perletakan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Jika dikaji semula jawapan-jawapan beliau diatas perletakan jawatan tersebut, ada sedikit kekeliruan. Yang mana satu sebab sebenar beliau letak jawatan?..adakah ingin berehat, adakah ingin tumpu satu kerja sahaja (politik) atau adakah mahu beribadah dibulan puasa? Sekadar melihat jawapan-jawapan ini, Rafizi sebenarnya seorang yang berdolak-dalih. (mungkin ada sebab lain yang lebih "crucial"? dari sekadar berehat, tumpu satu kerja dan mahu beribadah).

Ada satu lagi cerita lain yang memungkinkan Rafizi takut untuk terus berada di kerusi CEO Pejabat Ekonomi Negeri Selangor. Kita minta SPRM untuk siasat dua (2) isu penting:

1. Kemungkinan wujud pemberian imbuhan kepada pekerja bank untuk membolehkan Rafizi Ramli menceroboh segala maklumat rahsia akaun bank pelanggan

2. Kumungkina wujud keterlibatan Rafizi Ramli dalam mempengaruhi pengurusan Kumpulan Darul Ehsan (KDE) untuk menjual tanah negeri Selangor kepada seorang hartawan cina pada satu ketika dulu.


Andai Rafizi boleh desak SPRM untuk siasat menteri kita, hari ini kita desak SPRM untuk siasat Rafizi Ramli, seorang pembohong dan seorang putar belit yang bakal diangkat menjadi pemimpin rakyat.

Kiriman Emel Amir Hamzah

Apa yang menarik disini dalam kiriman emel saudara Amir Hamzah adalah Wang yang diigunakan oleh Rafizi dalam membeli maklumat daripada pekerja Public Bank. Dari mana sumber wang yang Rafizi perolehi untuk membayar pekerja Bank tersebut? Wang poket sendiri? ataupun wang Rakyat.

Apa sekalipun yang dinyatakan oleh Rafizi berhubung pekara ini sudah pasti kita tidak dapat menerimanya kerana apa yang beliau lakukan adalah tidak berektika sama sekali untuk dijadikan contoh rakyat Malaysia. Malah Public Bank juga tidak terlepas daripada pekara ini kerana maklumat pelanggan didedahkan hanya kerana sogokkan wang ringgit dari perseorangan.

bagaimana maklumat dan rahsia Bank kita begitu mudah untuk diberikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawap? Apakah kita mampu menerimanya jika kebocoran sebegini terjadi kepada kita sendiri?


Psssttt... Sikit hari lagi untuk Rafizi disumbat kedalam penjara.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Raja Nong Chik Bidas Pembangkang Yang Hanya Pandai Bercakap

Posted: 09 Jul 2012 12:28 AM PDT



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata cadangan itu menunjukkan sikap Pakatan yang hanya pandai bercakap tidak tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.

"Lokasi mana nak bina Kampung Baru kedua... Mungkin di Selangor. Mereka tidak fikir kesan tindakan itu yang mana ia sudah pasti menyusahkan penduduk Kampung Baru sahaja,"

Read More....

Psssttt... Depa puak pembangkang hanya pandai bercakap tapi apa yang depa dah buat untuk rakyat? Cuba tanya....


Selangor Ungguli Kutipan Pingat Emas Sukan Malaysia ke 15 KLIK DISINI

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...