Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ANWAR KATA PM 'BELI' 40 RIBU PENGUNDI MUDA BERKUMPUL DI KLCC..!!

Posted: 16 Jul 2012 07:21 PM PDT

 



Program 1Malaysia For Youth menyaksikan kehadiran lebih dari 40 Ribu belia yang rata2 mahu membuktikan kepada Malaysia bahawa sokongan belia terhadap Kerajaan BN masih utuh dan kukuh. 

Kesemua yang hadir ini tidak berlatarbelakangkan mana2 parti politik mahupun NGO yang melibatkan diri dalam politik. 





Mereka bukan sahaja dari kalangan pekerja2 bawahan, malah ada yang hadir tanpa membawa mana2 suara dari mana2 organisasi. Kebanyakannya hadir secara sukarela menyahut seruan 1Malaysia membawa aspirasi gerakan baru anak2 muda diberi nama iM4U.






Tak percaya? Percaya akan tetapi buat2 tidak percaya. Atau memberi seribu satu alasan negatif. Pihak yang memberi respons sedemikian adalah jelas dari juak2 Pembangkang.



BEKAS CEO SIME DARBY DITAHAN SPRM..!!

Posted: 16 Jul 2012 06:46 AM PDT




Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad yang disyaki terbabit dalam kes penyelewengan syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, individu yang ditahan pada 11.55 pagi di SPRM Jalan Duta itu merupakan antara mereka yang terbabit dalam projek pertanian pembangunan tanah adat di Sarawak, yang pada waktu itu adalah Presiden dan CEO syarikat berkenaan.

Beliau dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan akan dituduh di mahkamah esok, katanya dalam satu kenyataan.

Mustafar berkata individu itu disyaki melakukan pecah amanah di mana beliau telah gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan tanah adat bumiputera yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta.

Katanya, bekas CEO itu dikatakan tidak memaklumkan di mana beliau telah terikat di bawah undang-undang kontrak untuk melindungi lembaga pengarah bahawa kelulusan tanah hak adat bumiputera kepada Sime Darby Berhad telah sebaliknya dianugerahkan kepada syarikat ketiga dan dengan pengetahuan bahawa ia boleh mendatangkan kerugian kepada Sime Darby Berhad.

"Projek yang dijalankan dengan kerjasama di antara syarikat GLC tersebut dengan sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri itu mengalami kerugian melebihi RM100 juta," kata Mustafar.


KHALID GAGAP PAK TURUT ANWAR SEKSA RAKYAT - CATUAN BEKALAN AIR SELANGOR BERMULA..!!

Posted: 16 Jul 2012 03:20 AM PDT




Kegagalan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini hari ini.

Mohd Zin berkata, kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Ruslan dilaporkan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air apabila paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua peratus, jauh di bawah 'paras selamat' sekurang-kurangnya 20 peratus.

Mohd Zin berkata, lebih 30 peratus panggilan yang diterima hotline yang dikendalikan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) adalah berkaitan isu air yang dihadapi mereka yang tinggal di kawasan berbukit.

PDK berkenaan, yang menempatkan 32 orang kurang upaya berusia antara tiga bulan dan 40 tahun, mula beroperasi pada 2003 dengan peruntukan awal RM100,000.

Pada majlis itu, Mohd Zin, yang juga Ahli Perlimen Sepang, mengumumkan pemberian peruntukan RM50,000 kepada PDK berkenaan untuk membiayai kerja pembesaran bangunannya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...