Gelombang Rakyat |
KAK WAN DIUMUM BAKAL TKM P.PINANG 1..!! - ANWAR KEMARUK KUASA GUNA BINI SENDIRI. Posted: 15 Jul 2012 11:06 PM PDT Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya beliau memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri. Katanya, cadangan berkenaan juga boleh dibuat sekiranya tiada calon ternama lain yang sesuai untuk jawatan itu. "Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Bagaimanapun Amir berkata, ia juga bergantung kepada parti sama ada mahu meletakkan Datuk Dr Wan Azizah bertanding di Pulau Pinang ataupun di negeri lain. Katanya, AMK memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat. Sementara itu Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi Katanya lagi, Anwar telah menggunakan Azizah untuk kekal berkuasa dan bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat. |
KABINET SEDANG RANGKA DRAF LAKSANA HUKUM HUDUD..!!? Posted: 15 Jul 2012 01:22 AM PDT Isu perlaksanaan Hukum Hudud kini mendapat perhatian ramai pihak menampakkan perlaksanaannya semakin hampir direalisasi di Negara ini. Ia juga dilihat satu2 nya ruang dan peluang PAS serta UMNO bersatu dalam membina kekuatan ummah. Terbaru Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka. "Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam," katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan. Menurutnya, masyarakat bukan Islam risau jika turut sama dikenakan hukuman, memandangkan isu banyak dipolitikkan pihak tertentu. Beliau berkata, isu ini tidak sepatutnya dipolemikkan, kerana ia perkara positif untuk semua rakyat, tidak mengira agama yang dianuti. Selain itu, kerajaan perlu membincangkan aspek hukum ini, terutama membabitkan orang Islam |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment