Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


HASAN ALI TERSENYUM - DR. RANI AKUI JUGA DIA PARASIT PAS..!!

Posted: 13 Jul 2012 07:18 PM PDT




Ramai di kalangan warga Meru mengagumi tindakan berani Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang tampil hadir pada Program Debat yang sepatutnya berpasangan dengan Penyandang jawatan sedia ada, Dr. Rani Osman.

Jelas kelihatan Dr. Rani tidak berani berdepan membela parti sendiri menerusi program tersebut pada 11 Julai lalu yang beliau bawa dan canang walaupun di pentas kawasannya sendiri di Meru. 






Akan tetapi Hasan Ali mempamerkan watak sebenar seorang Pemimpin yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Islam malah menggunakan platform PAS sebagai wadah perjuangannya.

Dr. Rani sewajarnya malu kerana gagal mempertahankan perjuangan PAS yang mengikut selera dan resepi Parasit di hadapan pengundi2  beliau sendiri.






Keputusan Dr. RANI ini membuktikan malah mengiyakan gelaran dirinya salah seorang Pemimpin Parasit PAS.

Hasan Ali tetap hadir pada Program Debat pada malam tersebut. Menerangkan perkara yang hak dan batil. Membawa aspirasi perjuangan Islam yang sebenar di Negara ini.

PS : Tertarik dengan tuntutan pertama JATI kepada Kerajaan Pusat untuk mewajibkan matapelajaran Pendidikan Islam di peringkat Rendah dan Menengah sebaris dengan matapelajaran teras yang lain bagi melayakkan kelulusan Sijil PMR serta SPM.


Artikel ini ada bakal menjadi realiti (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-




TERBARU KES AIB SULTAN JOHOR - 2 LAGI RAKAN UNCLE SEEKERS DITAHAN DI WANGSA WALK..!!

Posted: 13 Jul 2012 09:31 AM PDT




Polis Johor menahan dua lagi individu, malam kelmarin, termasuk dipercayai pengurus peribadi kepada pengamal paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan kes memfitnah Sultan Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki dipercayai pengurus pribadi Uncle Seekers, berusia 39 tahun, ditahan bersama seorang wanita, 27, di Wangsa Walk, Seksyen 4, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis Johor pada jam 9.30 malam, semalam (kelmarin).

"Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan," katanya menerusi laporan Sinar Harian.

Kedua-dua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam pada jam 9 pagi, bagi mendapatkan perintah reman dan dibawa keluar kira-kira jam 11 pagi.

Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa membenarkan lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 15 Julai ini manakala wanita yang ditahan bersamanya direman sehari sehingga semalam.



PAK LAH UMUM SOKONGAN ANJUR PERHIMPUNAN OREN ESOK..!!?

Posted: 13 Jul 2012 07:34 AM PDT




Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan beliau tidak terbabit dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada BERNAMA di sini, hari ini.






Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada poster Himpunan Oren.

Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...