BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT VIDEO !!! NG SUEE LIM MEROMPAK HARTA RAKYAT SEKINCHAN ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 18 Jul 2012 12:00 PM PDT


Lebih 50 orang penduduk Sekinchan Sabak Bernam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang didakwa menjual 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di kawasan itu kepada sebuah syarikat secara tender.Lebih mengecewakan mereka,Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan itu,Ng Suee Lim menipu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa tiada individu mahu membeli pangsapuri tersebut sedangkan ramai penduduk yang berminat untuk mendapatkan kediaman berkenaan.

"Dia (Suee Lim) tipu rakyat Sekinchan kerana ramai penduduk di sini yang minat untuk membeli pangsapuri ini termasuk saya jika rumah tersebut dijual secara tender individu," kata seorang penduduk, Kek Seng Hooi.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



MANA KEADILAN ??

RAKYAT SEKINCHAN KENA TIPU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KANTOI !!! PENYELEWENGAN DAN SALAH LAKU FAEKAH DI BONGKAR !!!

Posted: 18 Jul 2012 08:30 AM PDT


satu lagi cerita berkenaan Faekah terbongkar.apa cerita ni ??? apa yang Faekah buat ??? semalam,rakan blogger Sel13 mendedahkan Faekah menerima elaun-elaun lain selain daripada jawatannya yang hakiki.dibawah saya lampirkan sekali dengan dokumen.siap ada elaun.bukan ker Faekah hanya setiusaha politik ???

"Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak.Tidak kira samada kontrak atau pun tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Seseorang kakitangan kerajaan tidak dibenarkan bekerja di dua tempat.Tidak boleh menerima gaji atau elaun tetap bulanan dari pihak lain.Jika mereka dilantik menduduki mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan. Sepertimana jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah,ianya tidak menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI)" itu yang diberitahu oleh Sel13

Menurutnya,jika dicampur kesemua elaun-elauan yang diperolehi Faekah,ianya mencecah ribuan ringgit sebulan,sedangkan beliau tidak ada kawasan yang perlu dijaga dan hanya perlu setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sahaja.

LIHAT DOKUMEN DI BAWAH



ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KERANA PERBUATAN FAEKAH !!!

ORANG LAIN JADI MANGSA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! AMUK DI JPM AKIBAT PAS SEBAR FATWA SESAT DAN POLITIK BENCI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Jul 2012 05:00 AM PDT


saya minta maaf kerana ulang balik cerita ini.tapi saya terfikir sesuatu.sila baca balik dari awal sampai habis.Kejadian amuk di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri 9 Julai lalu oleh seorang lelaki dan wanita membawa pedang samurai dengan tujuan menggulingkan kerajaan dilihat sebagai satu petanda perkembangan yang tidak sihat dalam politik negara.Ini kerana pihak pakatan haram yang selalunya akan cepat melompat untuk mengeksploitasi sesuatu isu bagi kepentingan politik mereka,kali ini amat menghairankan senyap sepi tanpa memberi banyak komen.Lidah rasmi parti-parti pakatan haram juga tidak langsung memuatkan apa-apa berita mengenai kejadian tersebut seolah-olah ada arahan misteri daripada kepimpinan tertinggi parti masing-masing supaya tidak membicara atau mengenengahkan isu tersebut di dalam lembaran akhbar mereka.Akhbar PAS,Harakah,terbitan tanpa permit,PKR,Suara Keadilan serta Roketkini milik DAP semuanya tiba-tiba dilanda penyakit bisu dan tidak semena-mena mata pena fanatik pengarang akhbar-akhbar tersebut yang galak menyerang kerajaan dan Perdana Menteri saban hari,kali ini terkunci serentak.

tapi ada yang mengatakan selain dari suara keadilan,akhbar Harakah Anwar Ibrahim yang punya.betul ker ??? cuba anda lihat muka Anwar Ibrahim dalam beberapa muka surat.maksudnya depan,muka surat 4 atau 5 tengah dah belakang.ada tak anda nampak muka pemimpin PAS hari-hari ??? maksud saya contoh macam Nik Aziz,Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS yang lain.sambung balik tajuk utama.saya Pelik dan ajaib berkenaan apa yang di buat oleh Pakatan Haram.itulah hakikatnya bahawa kali ini pakatan haram langsung tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai tindakan amuk Khalil Afandi Hamid yang menggelar dirinya 'Imam Mahdi'.Khalil Afandi kemudiannya mati akibat tembakan polis sementaranya pasangannya Muhdalina Ahmad cedera di kaki.

pakatan haram terutamanya PAS tidak mahu terlibat dalam polemik insiden tersebut kerana tahu merekalah yang menjadi penyebab utama kepada kemunculan gejala amuk tersebut.Disebabkan takut dikaitkan dengan tindakan keganasan itu,maka PAS mengambil sikap berdiam terutama sekali pemimpin mereka seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz.Jika dikaji sejarah perjalanan politik PAS sebagai sebuah organisasi politik,parti itu telah mula mengamalkan sikap ekstremisme dalam dasar perjuangannya dengan terbitnya buku kecil 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981.Buku kecil itu mengandungi beberapa fatwa Abdul Hadi menurut fahaman agama yang sempit dan fanatik yang antara lain mengkafir ahli-ahli Umno hanya kerana mereka berlainan ideologi politik dengan PAS.

Maka tercetuslah budaya kafir mengkafir yang amat dahsyat di kalangan umnat Islam di negara ini terutamanya di kelahiran Abdul Hadi iaitu Terengganu.Masyarakat Islam yang selama ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling berkasih sayang di antara satu sama lain tiba-tiba dipunahkan oleh 'Amanat Haji Hadi'.Akibatnya daripada fatwa yang paling sesat tersebut,suami menceraikan isteri semata-mata kerana si suami menjadi ahli PAS manakala si isteri pula tetap menyokong Umno.

Jiran tetangga menjadi porak peranda kerana kenduri kendara orang Umno di boikot oleh orang Pas hanya kerana fatwa Abdul Hadi yang mengharamkan memakan sembelihan puak yang menyokong UMNO.PAS mengatakan merekalah pejuang Islam yang tulen sehingga hak hubungan dan silaturrahim saudara-saudara seIslam diputuskan semata-mata kerana fahaman politik yang jumud.Susulan daripada fatwa sesat itu,tercetus pula insiden solat dua imam di mana ahli-ahli PAS enggan bersembahyang di belakang imam yang dilantik kerajaan kerana kononnya tidak sah hukumnya.Maka di Terengganu dan di Kelantan merebaklah budaya dua jemaah yang menyembah Tuhan Yang Esa dan mengikut Nabi yang sama tetapi tidak mahu bersatu di bawah satu kepimpinan.Kedai-kedai makan kepunyaan ahli UMNO juga dipulaukan ahli PAS,juga hasil fatwa Abdul Hadi itu,malah anak-anak orang PAS diharamkan bercampur gaul dengan rakan-rakan mereka dari keluarga UMNO.

UMNO pun tak macam tu,pemimpin UMNO kata berkawan lah dengan sesiapaun yang anda suka dan jadikan mereka saudara.Begitu besar dosa PAS memecah belahkan umat Islam dan orang Melayu sehingga kesannya masih dirasai hingga ke hari ini.Sikap fanatik Abdul Hadi kemudian berjangkit pula kepada Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am parti itu.Umat Islam menjadi binggung dam pemikiran mereka kucar kacir apabila Nik Aziz menyatakan orang Islam boleh berkawan dengan syaitan.Ini juga satu fatwa yang menyesatkan dari seorang pemimpin PAS yang terang-terangan melanggar perintah Allah.Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa syaitan adalah musuh yang nyata dan menyesatkan manusia tetapi Nik Aziz menganggap syaitan yang dilaknat seharusnya dijadikan sekutu manusia.

Akibat berkawan dengan syaitan,Nik Aziz mengeluarkan satu lagi fatwa yang menyesatkan dengan mengatakan sesiapa yang mengundi PAS akan dianugerahkan dengan syurga.Kini Nik Aziz telah menyamakan tarafnya dengan Allah kerana boleh menentukan siapa yang berhak masuk syurga dan siapa pula menjadi penghuni neraka.Hakikatnya,amuk Khalil Afandi dan Muhdalina adalah hasil kerja tangan kotor PAS dan pakatan haram yang selama ini menanam benih kebencian dan perpecahan di dalam masyarakat.saya harap,Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap penyebaran budaya benci dan fanatik ini sebelum muncul lebih ramai lagi Khalil Afandi dan Muhdalina yang lain.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU LYNAS !!! KANTOI !!! 20,000 DAN 28 JUTA RAKYAT MALAYSIA !!! MANA LAGI BANYAK ???

Posted: 18 Jul 2012 01:30 AM PDT


akhirnya,semalam FMT dah meminta maaf berkenaan dengan artikel lynas.tapi ada satu benda rakyat yang sayang pada LYNAS dan mahu meneruskan projek LYNAS tak tahu.saya akan ceritakan apa yang berlaku.Pada 14 Julai lalu,sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia,Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan,piket dan 'flash mob'.Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.Berdasarkan pengiraaan ini,SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas.

Persoalannya,bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang ??? Secara pecahannya pula,dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna,secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.Justeru,apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat ??? Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut ??? tolong jawab soalan saya wahai pembaca dari pakatan haram.Hakikatnya,20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL.Lebih buruk,undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.Lebih dari itu,apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil ??? Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi ??? Apakah mereka menggunakan dakwat kekal ??? Sistem Biometrik ??? Atau menggunakan prosedur apa ???

Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL ??? Kenapakah undian dibuat secara 'main pondok-pondok' sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih ??? Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan ??? bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock,di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini ??? Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi 'kunci' yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor.bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian 'orang mereka sendiri' demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka ???

Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus,tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.Kesimpulannya kini,terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia.Dengan itu,secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali.jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang "adil dan selamat" seperti yang tertulis di banner mereka,maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang.Kata orang,dah kalah,buat cara kalah,jangan lagi terkinja-kinja membuat bising,mengganggu semua orang.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAHAM FGVH !!! MB KEDAH MEMALUKAN PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Jul 2012 10:00 PM PDT


sah dan benar apa yang saya katakan sebelum ini dalam entri saya,bahawa Pakatan Haram tidak sepakat.Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.Tetapi,akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa,tidak terlibat dengan apa-apa perancangan,aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri,iaitu Ustaz Azizan Razak,Menteri Besar Kedah.Sebelum ini,Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan 'menyinggung' perasaan DAP,serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.

Akibatnya,beliau diletakkan di bawah 'seliaan' Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak 'memandu' Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh Pakatan Haram.Di kalangan rakyat pula,Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya.Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik,perobohan madrasah,krisis dalaman KUIN dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai 'serangan tidak berasas UMNO' terhadapnya.

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu.Pendek kata,mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, "tiada masalah" atau "semua sudah selesai".anda nak tahu Kenapa terjadi begini ??? ini kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pakatan haram.Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau 'menguruskan' negeri serta 'menyiasat' sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.Justeru itu,tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini.Malah,beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai 'seruan rasmi' kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.

Oleh itu,apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda,Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini,PKNK telah membuat untung,tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik.Ustaz Azizan telah secara 'tidak sengaja' memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah,sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan.Tetapi kita percaya,selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya,Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa Dan apabila beliau tersedar kesilapannya,beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.

Kini,yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti,tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS.Justeru,penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP KANTOI !!! DAP BERJAYA MENGANJINGKAN BELIAU BERKENAAN TALAM CORP !!!

Posted: 17 Jul 2012 07:00 PM PDT


amik ubat..nampaknya 1 lagi penipuan dah tebongkar.apa cerita ni khalid gagap ??? ada kah ini yang di katakan kononnya anda menteri besar yang tulus dalam isu Talam Corp ??? nak tahu tulus atau tak si khalid gagap ni jom baca kebenaran di bawah...

Apa lagi yang Khalid Ibrahim mahu bohong pada rakyat.Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia tidak pernah luluskan satu pun penilaian hartanah Talam.Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Khalid Ibrahim.Segala strategi bagai tidak mengena.'Bail Out' Talam Corporation kini bakal membogelkan beliau sebagai Menteri Besar paling tidak bertanggungjawab menyelamatkan kroni-kroni puak chauvinist ini.

Dua minggu yang lalu,Chua Tee Yong telah mendedahkan bagaimana hartanah Talam Corporation, RM676 juta, telah dinilai lebih dari yang sepatutnya.Khalid Ibrahim terpaksa meminta bantuan Tony Pua bagi menyelamatkan keadaan kritikal skandal Talam ini.Agak hebat Tony Pua cuba melakukan spin skandal 'bail out' ini. Malah menyebut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut mengesahkan penilaian terhadap hartanah ini.


Rakyat semakin tertipu dengan pembohongan pembangkang...

Walhal Chua Tee Yong pernah mendedahkan dengan jelas bagaimana Bestari Land telah dinilai melebihi apa yang sepatutnya, RM42 juta.Begitu juga dengan Danau Putra Land yang dinilai RM28 juta melebihi harga pasaran.Dalam kerancakan DAP membantu Khalid Ibrahim untuk mendapatkan nyawanya kembali, akhirnya Talam Corporation berbohong mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia memperakui penilaian hartanah yang dibuat.



Kami merujuk kepada pengumuman kami bertarikh 11 Julai 2012 dan ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam perenggan 4 siaran akhbar bahawa kedua-dua SC dan Bursa telah meluluskan penilaian Tanah 'adalah tidak betul. Menjalankan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad, tidak tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa, Talam diperlukan untuk memastikan bahawa penilaian laporan yang dihantar bersama-sama dengan draf pekeliling mematuhi Garis Panduan Penilaian Aset SC. Dalam hal ini, salinan laporan penilaian dan sijil telah dirujuk oleh Bursa kepada SC untuk semakan pada mematuhi garis panduan yang berkaitan dan kecukupan pendedahan dalam sijil penilaian.

Kami juga ingin mengumumkan bahawa TRINITY tidak akan membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengan apa-apa pernyataan lanjut oleh mana-mana pihak, jika ada, melainkan jika perlu semua butir-butir yang terkandung di dalam surat pekeliling kami kepada pemegang saham bertarikh 15 mac 2011.Khalid Ibrahim kini muntah darah.Pembohongan Pakatan Haram kini tidak mampu membendung pengumuman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Khalid Ibrahim dan pembangkang perlu meminta maaf secara terbuka di atas pembohongan yang dilakukan dalam skandal 'bail out' Talam Corporation ini.Kerajaan PKR Selangor cukup terbukti tidak mempunyai kredibiliti dalam mentadbir kerajaan negeri.Apa lagi helah yang mahu dilakukan oleh pembangkang selepas ini ...

Mana kertas putih Khalid? Nak tunggu lagi 10 tahun ke ... - Gelombang Wangsa Maju @ GMW

HOT NEWS !!! KRISIS AIR DI SELANGOR !!! KHALID GAGAP SENGAJA MENGUNDANG BALA !!!

Posted: 17 Jul 2012 04:00 PM PDT



Air adalah sumber kehidupan.Tanpa air,bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.betul tak wahai pembaca Badut Rakyat ??? Tapi lain pulak cerita di Selangor,kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014,sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja.Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2),jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut,akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.Andaian Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta,sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur,hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan,pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.Apakah ini yang kita nak wahai pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...