Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Ustaz Fathul Bar Komen Mengenai K-POP Bertam Nite PKR!! Ulamak Pas, taknak komen ke??

Posted: 08 Jun 2012 09:33 AM PDT


Betul cakap Ustaz.. bila aturcara anjuran kerajaan pusat melakukan kesalahan seperti K-POP tempohari, bersusun-susun Ustaz dari pembangkang muncul untuk mengeluarkan fatwa dan menghentam kerajaan. Tapi bila kena salah kat batang hidung depa.. Ulama dan ustaz yang bersusun-susun tadi pun hilang melarikan diri.

Apakah itu perjuangan Islam sebenar? Tengok Ustaz Fathul.. K-POP kat Himpunan Belia pun beliau kritik selamba saja. Hinggakan menteri KBS pun membuat permohonan untuk minta maaf. Itulah sifat manusia sebenar.. salah tetap salah.. tapi kalau puak sana tu.. salah depa tuduh UMNO yang buat.. pelikkan?

Pada yang belum tengok tarian SEKSI di pentas anjuran PKR.. tengok video dibawah!



PANASS!! Allah Tuhan Kristian dan Islam? Azhar Idrus VS Ustaz Harun Din!!

Posted: 08 Jun 2012 05:36 AM PDT

Kata Ustaz Azhar Idrus....



Ini pula kenyataan Datuk Dr. Haron Din.


*Ustaz Azhar Idrus kata Kristian bertuhankan Allah. Siapa tok guru kepada Azhar Idrus ni? - Mymassa

McTheory:
Pelik pulak ayat si Azhar Idrus ni..

PANASS!! Menarik Cerita Skandal Scorpene Najib Razak!!

Posted: 08 Jun 2012 02:37 AM PDT


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, "SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene."

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM 'makan-angin' ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato' Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato' Seri Najib.

EKSKLUSIF!! Video Rintihan Rakyat Kedah Untuk MB Kedah Azizan Razak!!

Posted: 07 Jun 2012 11:40 PM PDT


Semalam Mc ada membawa cerita bagaimana penduduk kampung Iboi di aniaya oleh kerajaan negeri dengan program Ladang Hutan atau lebih dikenali dengan Ladang Sejahtera (ala-ala Ladang Rakyat).

Program yang kononnya untuk rakyat itu, sebenarnya hanya untuk puaskan TOMOLOK nafsu kerajaan negeri untuk mengaut hasil bumi sebelum  mereka tersungkur pada PRU kelak.

Sudah puas mereka mengondol dan merogol balak dikawasan sumber air penduduk kampung. Hinggakan sumber bekalan air penduduk kampung tercemar. Apabila tercemar, penduduk kampung mengalami masalah untuk mendapatkan sumber air bersih.

Puas sudah penduduk kampung mengadu dan merayu kepada pihak berkuasa mengenai nasib mereka, namun tiada siapa yang peduli. Inilah nasib rakyat yang tinggal negeri yang kononnya mengutamakan 'kebajikan'. Kebajikan hanya slogan, yang sebenarnya..perut sendiri yang mereka utamakan... Untuk melihat kesengsaraan penduduk kampung, boleh tengok video dibawah..


Pada yang belum pernah baca artikel Mc mengenai kesengsaraan penduduk Iboi.. boleh klik kat SINI


McTheory:
Tukar kerajaan negeri, sebelum kita makin sengsara!!

PANASS!! Rakyat Kedah JOM Serbu Program Janji Di Tepati, Jumpa PM @NajibRazak

Posted: 07 Jun 2012 09:32 PM PDT


Penduduk sebelah utara dijemput beramai-ramai merasai kehangatan Jelajah Janji Ditepati peringkat Kedah yang akan diadakan di kawasan Peindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, esok.

Pelbagai pameran, persembahan artis, segmen khas tentang keselamatan dan pelbagai acara diadakan dari pagi sehinggalah ke malam.



Kemuncak acara adalah perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 3 petang yang dijangka dihadiri puluhan ribu masyarakat.

Perdana Menteri akan tiba di Kulim pada pukul 12.30 tengah hari untuk bersolat  Jumaat di Majid Air Merah dan kemudian beliau akan bersama para jemaah menikmati jamuan tengah hari di perkarangan masjid berkenaan diikuti dengan majlis perasmian Jelajah Janji Ditepati.

Selepas majlis perasmian, Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional Kedah di Kulim Golf Club. Pada sebelah malam Najib akan menyampaikan amanat penting kepada 1,500 ahli BN Kedah pada majlis makan malam di Kulim Golf Club

PANAS!! Kenapa Ustaz Fathul Bari Ulama Muda UMNO Cabar Hadi Awang Presiden Pas!!

Posted: 07 Jun 2012 06:22 PM PDT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...