Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Selamat Datang Ke Selangor..Penari Tiang Syok Berbogel Sambil Menari!! #TukarSelangor

Posted: 07 Jun 2012 08:12 AM PDT



Fuyoo.. dahsyat Selangor sekarang ni.. lebih dahsyat dari biasa.. puak Pas dan Pkr Selangor tak payah seberang Siam lagi dah lanih.. kat Selangor pun dah ada buka cawangan.

10 kali serbu pun boleh selamber buka lagi? Fuuyooo.. mesti ada 'kawtim' baik punya ni..

Ada orang beritahu Mc, kat Kedah pun ada benda yang sama macam kat Selangor ni.. pehh.. biar betui.. mesti ramai musibat-musibat Pas yang pergi kan? he he..

KASI PANAS!! Azmin dah kena 'TULAH' kerana HINA Sultan!!

Posted: 07 Jun 2012 05:36 AM PDT


Sebab tu sekarang ni, pelbagai perkara dah kena pada Azmin.. sebab tu orang kata, perkara yang dilarang, jangan dok cuba nak buat.

PANASS!! Azizan Bagi Lesen Phahrolrazi Langgan GRO?? #SaveKedah

Posted: 07 Jun 2012 02:12 AM PDT


Hoi Azizan Razak apa lagi hang nak putaq belit pasal pusat pusat hiburan semakin bertambah di Kedah ni ??

Exco hang sendiri dah cakap lebih dari 400 pusat hiburan yang beroperasi secara haram kat Kedah ni..Kalau semuanya taktau jangan jadi MB la.

Sejahtera apa macam ni kalau pusat hiburan haram pun tak boleh nak bendung..Yang aku tak faham phahrolrazi siap offer suruh ambik lesen supaya premis premis tu boleh beroperasi secara halal..Bila dah halal maknanya Pas dah menghalalkan pusat hiburan bermaharajalela di Kedah..


Apa guna pusat hiburan banyak di Kedah sedangkan majoriti rakyat Kedah adalah Melayu..tak cukup ka yang dah ada sekarang ni ?? Bila masa tah kerajaan negeri ambik berat pasal benda ni ?? kalau ambik berat takkan boleh bertambah sampai beratus ?? pertanyaan menarik dari blog MTK

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Selasa, menafikan kerajaan negeri gagal mengawal aktiviti rumah urut dan pusat hiburan seperti yang didakwa enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Isnin.


"Kita (kerajaan negeri) ambil berat mengenai perkara tersebut, mereka saja yang tak tau," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Ladang Nenas di Bukit Tangga, dekat sini, Selasa.


Beliau mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah melawat ladang tersebut.


Azizan diminta mengulas demonstrasi aman enam NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.


Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu turut menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain dan hanya mahu mencari kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri sahaja.


Ditanya mengenai memorandum 11 tuntutan yang dihantar kepadanya oleh NGO terbabit, Azizan berkata beliau tidak melihat memorandum tersebut dan tidak tahu kepada siapa memorandum itu diserahkan.


Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu tersebut.


"Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah… Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?," kata Azizan.


Antara lain, enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.


NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah. – BERNAMA

McTheory: 
Puak ni bungkuih dahh.. serabut perut wehh..

TUDIAA!! Lagi Projek Mahfuz di Pokok Sena, Masuk Angin Keluar Asap!! #SaveKedah

Posted: 06 Jun 2012 11:12 PM PDT

Pendedahan di bawah telah dibongkar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Dan blog CTS menyambutnya dengan sebuah pendedahan bergambar yang menarik.

Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena adalah sebuah projek yang melibatkan dana sebanyak RM230 juta. Ianya meliputi 1,811 buah rumah termasuk 579 rumah kos rendah. Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Seri Temin Corporation, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini telah dilancarkan oleh Kerajaan pakatan Haram Kedah 30 bulan yang lalu! 

Semasa bulan Januari 2010, Kerajaan Kedah telah mengumumkan sebanyak 128 unit rumah teres dua tingkat telah dapat dijual untuk fasa pertama berjumlah RM140,000. Projek ini sepatutnya dapat menyelesaikan masalah perumahan di Kedah, terutamanya Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Lihat apa yang berlaku sekarang. Uztaz Azizan sama kurang lebih dengan Nik Aziz. Sana sini umum projek. Sana sini buat upacara pecah tanah. Akhirnya semua terbengkalai!










McTheory:
Projek Mahfuz, masuk angin keluar asapp!!

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Pelik Tapi Benar Di Gunung Inas, Baling, Kedah!! Wajib Baca! #SaveKedah

Posted: 06 Jun 2012 07:12 PM PDT

Air adalah anugerah ciptaan Allah yang paling bermakna dalam kehidupan manusia. Manusia mengunakan air untuk terus hidup di dalam kegunaan harian. Kehidupan manusia tanpa bekalan air boleh menyebabkan maut dan terancam. Bekalan air yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit dan wabak yang memudaratkan kehidupan.

Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Iboi, Kupang, Baling. Sumber bekalan air harian mereka telah dicemari dengan selut dan lelehan air dari tapak pembalakkan. Boleh rujuk gambar dibawah.

Ini adalah air dari lata chelak yang bercampur selut..

Percayakah anda suatu ketika dulu ianya pusat perlancongan?

Ini waktu pembalakkan sudah mengila di ambil
Kat bawah ni pula gambar simpanan orang kampung sebelum aktiviti pembalakkan mengila oleh kerajaan negeri dimulakan.

lihat betapa jernihnya air

cantik air terjunnya..




Untuk pengetahuan semua, pembalakkan memang sudah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO/BN), tetapi ianya dilakukan mengikut spek dan aturan menjaga alam sekitar. Sebab itu air Lata Chelak tak tercemar. Bukan macam sekarang, habis digondolnya Gunung Inas tu.

Untuk pengetahuan pembaca juga, Lata Chelak bukan hanya tempat rekreasi untuk bermandi manda, malah air sungainya juga merupakan sumber bekalan air bersih (sebelum ni bersih) kepada penduduk kampung Iboi. Gambar dibawah adalah tempat simpanan air dan paip yang disalurkan kepada seluruh penduduk kampung.



air yang ditadah dari paip bekalan air

Dahulunya, paip dan pam inilah punca airnya dari Lata Chelak digunakan oleh seluruh penduduk kampung sebagai bekalan air harian mereka, hampir 400 keluarga mengharapkan kegunaan air ini. Namun setelah tercemar, mereka berpakat dan membuat satu kolam tadahan dan rumah pam sendiri untuk kegunaan orang kampung.

Namun air dari Lata Chelak terlalu keruh dan kotor hingga kolam tadahan ini juga gagal untuk berfungsi menapis air yang keruh. Lihat kolam tadahan yang dibuat oleh orang kampung.

Kolam 1
Masih lagi di kolam 1, lihat airnya masih keruh..

keadaan di kolam 1
Ini pula kolam ke2 baru dibina untuk kegunaan penduduk
awat pulak diletakkan bendera BN di kolam ke2?
Disebalik cerita pencemaran air, terselit kisah yang amat pelik untuk kita yang waras ini fikirkan. Kenapa ada dua kolam tadahan, kolam 1 dan kolam 2? Apakah satu kolam tidak mencukupi untuk menampung air yang diperlukan penduduk kampung? Tidak.. jawapan sebenarnya ada disini.

Kisah yang amat tragis dan pelik berlaku apabila kolam tadahan 1, sudah menjadi HAK MILIK ORANG PAS SAHAJA!! bermakna, saluran paip dari kolam tadahan tersebut disalurkan HANYA untuk rumah ORANG PAS SAHAJA!!

Sedangkan orang UMNO hanya dibenarkan mengunakan Pam dan saluran lama yang telah teruk tercemar. Bila Mc tanya kenapa orang Pas tak benarkan mereka gunakan kolam tadahan 1 tu, salah seorang orang kampung pun jawab.

"Depa kata, lani depa berkuasa, tanah, air, balak dan apa pun depa punya, jadi sukahati depalah nak buat apa pun" kata seorang penduduk kampung mengajuk kata-kata dari wakil MKK Pas.

Disebabkan perkara bodoh yang diciptakan oleh penganut Pas tu. Para penduduk yang menyokong UMNO, diketuai oleh JKKKP telah memohon peruntukan dari tokey balak untuk membuat kolam tadahan ke2. Pada hari yang Mc membuat tinjauan, kolam tadahan tersebut baru siap dan masih belum berfungsi.

Maknanya, hingga sekarang penduduk kampung pro UMNO, masih lagi mengunakan Pam saluran lama yang telah teruk tercemar.

Mc pun pelik, politik punya pasal, hinggakan air pun dibahagi-bahagikan. Bukankah air dari Lata Chelak tu kurniaan dari Allah. Tak milik sesiapa.. kepunyaan hak pencipta, kenapa perlu di asing-asingkan Pas dapat dan UMNO tak dapat?

Pada mula Mc diberitahu perkara ini, Mc ingat ianya hanya gurauan. tapi bila penduduk kampung membawa Mc untuk meninjau kolam 1 dan 2. Mc rasa, politik sudah merosakkan penyatuan penduduk kampung. Bayangkanlah hinggakan bekalan air pun dapat dibeza-beza. Ini maknanya sudah KRITIKAL!!

Kenapa perkara seperti ini tidak pernah langsung berlaku ketika pemerintahan UMNO/BN selama 50 tahun yang lepas. Ianya hanya terjadi ketika pemerintahan Pas yang 4 tahun saja ni.

Apakah saudara atau saudari yang membaca artikel ini belum sedar akan sifat pelik penganut Pas? Mereka mentakrifkan Pas itu sebagai agama dan level mereka lebih tinggi dari orang lain. Maknanya, kalau anda bukan penganut Pas, anda tidak boleh duduk dengan mereka. Sebab itulah..hinggakan bekalan air pun mereka sanggup beza-bezakan. Masyallahh.. apa nak jadi dengan puak Pas ni.

PRU sudah dekat tiba.. mahukah anda yang dulu memilih Pas dan Pakatan Haram terus mengundi mereka? Atau mahu kembali kepada kerajaan dulu (UMNO/BN) yang telah mempelajari kesilapan mereka semasa pentadbiran mereka terdahulu?

Bagi pendapat peribadi Mc, Kedah akan hancur, lebur dan musnah jika Pas diberi mandat lagi sekali untuk memerintah. Apakah kita berani mengadaikan nasib kita?

Saudara fikirlah sendiri..

P/s: ini adalah pendedahan kecil mengenai kes Pembalakkan Gunung Inas.. banyak lagi yang kami akan dedahkan..




McTheory:
Baik bagi yang pandai buat kerja, dari pandai cakap saja.

PANASS!! Apakah Rafizi Bersedia Untuk Menjilat Ludahnya Sendiri?!! #MansuhPTPTN

Posted: 06 Jun 2012 05:12 PM PDT


Mc pelik la dengan Pakatan Haram sekarang ni. Mereka bersungguh-sungguh mahu menghapuskan PTPTN namun bila diberi peluang untuk lakukan demikian, mereka tidak pula buat. Patutnya ketika inilah mereka buktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma. Bukannya banyak IPT, Unisel saja pun. Takkan itu pun tak boleh?

Baca artikel yang Mc petik dari GBP

Sebelum ini bukan main lagi dia nak hapus PTPTN kononnya ia zalim, galakkan amalan berhutang selepas tamat pengajian. Tapi hari ini bila pelajar untuk  kemasukan baru UNISEL tak dapat pinjaman , dia meroyan marahkah  kepada Khaled Nordin.

Apa kejadahnya hang meroyan ni Rafizi ??  UNISEL milik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ..Hang pa sendiri janji nak beri pendidikan percuma kepada semua pelajar ..jadi buat la dulu di Selangor iaitu UNISEL.

Anwar pun dah cakap semasa ceramah Merdeka Rakyat di Permatang Pauh , pelajar sedia ada  yang meminjam PTPTN tak perlu bayar balik . Kerana bila Pakatan menang sahaja ..PTPTN ini akan dikuburkan  terus !

Jadi, tak perlu Rafizi meroyan kononnya Khaled Nordin zalim kepada ribuan pelajar dan amal politik dendam. Bosnya ..Anwar pun  dah janji nak beri pendidikan percuma, jadi selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ...memang dah ada la pendidikan percuma terutamanya UNISEL .

Disarankan ibubapa kepada pelajar yang nak masuk UNISEL ini,  segera lah ke pejabat Kerajaan Selangor kerana mungkin Rafizi dan Anwar boleh bantu untuk  dapatkan pendidikan percuma. Ini janji mereka kepada rakyat jika berkuasa..sekarang dah menjadi kerajaan negeri ..bantu la !


McTheory:
Buktikanlah Rafizi oiii... takkan cakap saja kot?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...