House PK |
- GEMPAR BERAPI! ROSMAH KENA JELASKAN PADA RAKYAT DARI MANA DIA DAPAT RM550 RIBU NI!?
- KSN DAH BERAMBUS! KPPA BILA LAGI? TAKKAN NAK TUNGGU SAMPAI KENA HALAU KOT?
- FUYOH! AMK KEDAH BAGI TIKET MATI SYAHID FREE WOO! SAPA NAK JOIN?
| GEMPAR BERAPI! ROSMAH KENA JELASKAN PADA RAKYAT DARI MANA DIA DAPAT RM550 RIBU NI!? Posted: 18 Jun 2012 12:21 AM PDT Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM), badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta holistik kepada golongan autistik hari ini menerima sumbangan bernilai RM550,000 hasil projek 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Pertubuhan yang genap usia 25 tahun pada tahun ini merupakan penerima kedua sumbangan hasil projek itu selepas Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata beliau telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad memulakan projek tanaman 'rock melon' di sekitar Seri Perdana kira-kira dua tahun lalu. "Hasil sulung projek berjumlah RM 600,000 diserahkan kepada Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia pada tahun lalu dan tahun ini giliran NASOM pula untuk menerima hasil kedua projek yang berjumlah RM550,000," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan 'rock melon' kepada NASOM di Titiwangsa, dekat Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama, Presiden NASOM, Datuk Danny Tan; Pengerusi NASOM, Teh Beng Choon dan Pengurus Urusan IRIS Corporation Berhad, Datuk Tan Say Jim. Sementara itu, Rosmah berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu NASOM bagi meneruskan usaha murni mereka dalam membantu golongan autisme. Read more... |
| KSN DAH BERAMBUS! KPPA BILA LAGI? TAKKAN NAK TUNGGU SAMPAI KENA HALAU KOT? Posted: 17 Jun 2012 07:00 PM PDT Si Taik lalat Besar KSN, SIDEK HASSAN sudah tamat riwayat kariernya sebagai diktator yang memualkan semua kakitangan kerajaan. Aku dengar ramai yang bersyukur bilamana si pembodek tak kena tempat ni bakal ditamatkan kontraknya. Sebelum ni aku dengar dia cuba bermacam cara untuk pujuk PM supaya kekalkan dia sebagai KSN lagi, akhirnya segala usaha PEMBODEKAN dia tidak berjaya kerana PM mendengar ritihan kakitangan kerajaan yang sudah sangat bencikan bos mereka yang terlampau HIPOKRIT ni. Kita belum tahu siapa yang akan menggantikan si TAIK LALAT BESAR ni, tapi yang pasti dia berambus. Cukup sudah, blog ini adalah salah satu blog yang paling lantang menentang KSN ni. Alhamdulillah belah juga dia akhirnya, tetapi aku masih tak puashati sebab KPPA atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam masih lagi ada, sepatutnya dia ni setelah gagal SBPA sudah berambus. Hari tu dia kata nak letak jawatan, tapi entah kena sampok apa tah, terus tak jadi dan dia bermimpi untuk menggantikan post KSN plak, wah, dah la kau fail dan memalaukan PM dengan skim SBPA kau tu pastu ada hati nak ganti tempattaik lalat besar yang takleh pakai tu plak! Cittt Persoalannya bila KPPA ni nak belah pulak? Takkan la lu takde maruah kot brader? Belah le sebelum kena halau der! Orang-orang fail macam mereka ni wajar dinyahkan dari sektor kerajaan agar mereka diganti dengan yang lebih berkaliber! |
| Posted: 17 Jun 2012 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Islam melarang umatnya menyertai rusuhan jalanan yang menimbulkan huru-hara dan membawa kemudaratan kepada masyarakat. Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, berkata walaupun perhimpunan aman dibenarkan bagi menyuarakan pandangan kepada pemimpin, umat Islam berhak menegur kepemimpinan dengan cara baik dan bukan menerusi rusuhan jalanan yang membawa kesan buruk kepada masyarakat. "Pada prinsipnya, Islam tidak menghalang berhimpun menyatakan hasrat kepada pemimpin tetapi perhimpunan itu jangan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat yang menyebabkan orang rasa kesan buruk (mudarat) daripadanya," katanya pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Beliau menjawab soalan peserta seminar ketika membentangkan kertas kerja bertajuk, 'Fiqh Mentaati Pemimpin' dikendalikan moderator Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid. Read more... Untuk foto penuh FIQH mentaati pemimpin, KLIK SINI |
| FUYOH! AMK KEDAH BAGI TIKET MATI SYAHID FREE WOO! SAPA NAK JOIN? Posted: 17 Jun 2012 01:28 PM PDT Dari zaman ke zaman, terdapat segelintir manusia yang sebenarnya sangat dangkal tentang agama yang mereka anuti tetapi dek kerana kepetahan dan kefasihan mereka bertutur, maka mereka pun diangkat sebagai pengajar, penceramah, bahkan mursyid biarpun gelaran-gelaran berkenaan langsung tidak bertepatan dengan apa yang terdapat pada diri mereka sendiri. Itulah yang berlaku kepada Ketua AMK Sik yang berceramah di Padang Awam Taman Cempaka, Selama Kedah pada 23 Mei lalu apabila dia cuba berijtihad kononnya, amalan solat dan mengerjakan segala titah perintah Allah Taala yang lain, tidak menjamin masuk syurga. Sebaliknya jalan pintas untuk ke syurga adalah MATI SYAHID. Dan untuk menyedapkan ceritanya dia pun memetik kata-kata yang kononnya bersanadkan kepada Ibrahim Libya, salah seorang pengikut PAS tegar yang sangat meyakini bahawa Kerajaan UMNO-BN pada waktu itu adalah kafir dan akhirnya dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis di Memali, Baling. Kebanyakan pengikut PAS sehingga ke hari ini meyakini Ibrahim Libya dan kawan-kawannya mati syahid kerana mempertahankan diri. Dan pasukan polis yang datang ke Kampung Memali adalah tentera-tentera kufar yang harus ditentang termasuklah dibunuh. Pengakhiran daripada cerita tersebut, wujudlah Tabung Memali yang akhirnya digelapkan oleh pimpinan PAS manakala anak-anak, balu serta ahli keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi tersebut, terkontang-kanting walaupun mereka telah dijaja bagi mendapatkan derma yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada mereka yang dijaja-jaja oleh PAS selama ini untuk tabung berkenaan. Ketua AMK Sik yang berfikiran dangkal dan jelas jahil tentang agama yang dianutinya itu bernama Habib Ahmad Muhaiyudin bin Habib Danial. Yang dikatakan dangkal ialah, amalan tidak membawa ke syurga. Bahkan jihad dan mati syahid yang difahaminya juga tidak boleh menjamin syurga. Sebaliknya yang menjamin syurga adalah RAHMAT ALLAH TAALA. Dan untuk mendapatkan rahmat Allah Taala, tidak hanya melakukan amalan soleh, bahkan hidup dan mati adalah kerana-Nya. Setiap destinasi adalah kerana kasihkan Allah Taala, kasihkan Rasul-Nya. Ketua AMK Sik itu jelas tidak faham antara kewajipan hamba menjalankan perintah Khaliq tanpa mengharapkan balasan syurga dengan 'bonus' kerana kepatuhan dan ketaqaruban hamba tersebut. Begitulah jadinya apabila seseorang yang tidak faham agama, cuba menunjuk pandai sepertimana seekor keldai yang berlagak sebagai orang yang faham agama, kemudian memberitahu kepada pihak awam tentang JALAN PINTAS KE SYURGA iaitu dengan mati syahid. Maka timbullah persoalan, apakah tujuan sebenar Ketua AMK Sik itu memperdengarkan kisah JALAN PINTAS KE SYURGA dengan menyebut nama Ibrahim Libya dan MATI SYAHID? Adakah dia yang lebih dikenali sebagai Angah Habib cuba mengajar penduduk Selama Kedah agar bangkit memberontak menentang kerajaan dan jikalau mati terbunuh, maka mereka akan mati syahid lantas akan masuk syurga? Adakah itu pegangan serta fahaman JIHAD yang ada dalam otak Angah Habib? Adakah kerana itu juga, intipati ceramahnya kepada penduduk Selama ialah tentang RAKYAT YANG TIDAK TAKUTKAN UGUTAN walaupun dia sebenarnya yang mengugut penduduk Selama yang mereka tidak akan masuk syurga kerana tidak mati syahid? Satu persoalan yang sangat wajar, adakah MENTERI BESAR KEDAH tidak akan mendapat jaminan masuk syurga sekiranya DIA TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA ketika SEDANG BERUSAHA memastikan rakyat Kedah mendapat kerja, menarik pelaburan ke Kedah untuk meningkatkan sosio ekonomi, bekerjasama rapat dengan pihak polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan rakyat Kedah hidup dengan aman sejahtera, merapatkan ukhwah umat tanpa mengindahkan fahaman politik dan memastikan umat Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu di Kedah? Adakah Azizan Abdul Razak akan dikira sebagai sebagai SYAHID atau mati biasa-biasa sahaja tanpa jaminan akan masuk syurga walaupun telah berusaha menunaikan tanggungjawab sepenuhnya? Namun persoalan besar yang perlu dijawab oleh Angah Habib dan manusia sepertinya ialah, HAK SIAPAKAH YANG MENENTUKAN LABEL SYAHID ATAU SEBALIKNYA? Sumber: Kedahan69ers.comSent from my iPhone |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment