House PK

House PK


'A DOCTOR IN THE HOUSE' DIJEMPUT MENJADI PENASIHAT EKONOMI YAMAN!

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Kat sini Anwar dan pengikut anak haram dia menghina Tun M termasuk la si hanjeng yang makan duit UMNO yang kononnya nak reformkan UMNO tu, mereka cakap macam-macam pasal Tun M padahal orang tua tu punya pasal la ini hari negara kita dikenali dan maju.

Aku sayang Tun M dan aku tau Tun M memang terbaik, dari segi ekonomi, susah la nak lawan dengan negarawan ni, dia memang hands-on dan cepat memahami masalah, itulah bezanya doktor dan yang lain-lain. Mereka ni akan diagnos masalah untuk mencari penyelesaian.

Kepada penjilat Anwar, korang compare kerja dia dengan Tun M, ibarat langit dan bumi beb, Tun M semakin hari semakin terpancar NUR dimuka dia, manakala Anwar pula semakin ternampak akan kedajalannya! Baca keratan kat bawah ni:

Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.

Baca seterusnya di Perak Today

WOW!!! ADUN PAS MERBAU PULAS DILAMAR BEKAS PEMANDU!

Posted: 10 Jun 2012 09:55 PM PDT

Sebelum ini telah disiarkan tentang hubungan antara Siti Aishah Abdul Ghani dengan Hamdan Che Khalib (BACA DI SINI). Kedua-duanya telah DINASIHATKAN agar bernikah bagi mengelakkan fitnah dan buruk mata. Bagaimanapun, adalah difahamkan, Hamdan Che Khalib dan Siti Aishah Abdul Ghani masih belum bernikah walaupun mereka telah dinasihati oleh Menteri Besar Kedah sendiri agar mempercepatkan urusan berkenaan.
Pada 5 Jun lalu, satu rombongan meminang ADUN Merbau Pulas itu telah datang. Bagaimanapun, Siti Aishah menolak pinangan tersebut.
Menurut sumber, lelaki yang masuk meminang ADUN Merbau Pulas itu dikenali dengan gelaran Chegu Zali bukannya rombongan ADUN Tanjong Dawai, Hamdan Che Khalib sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

APA ITU PERKARA 20? HAL YANG SELALU DIJUAL OLEH PEMBANGKANG DI SABAH! MARI BACA

Posted: 10 Jun 2012 05:00 PM PDT

PADA 25 Mei lepas, saya diundang merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Seperti biasa, saya berucap tanpa menggunakan teks. Topik bengkel berkaitan langkah menangani cabaran dunia siber. Luas dan umum sifatnya.

Dalam ucapan selama kira-kira 30 minit itu, saya menyentuh banyak perkara. Antaranya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing. Slogan `Sabah for Sabahan' yang dicanangkan pembangkang. Perjanjian 20 Perkara. Juga saya sentuh mengenai pembangunan.

Saya katakan, semua isu itu perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Lebih penting, ia perlu diperjelaskan kepada rakyat. Supaya rakyat tidak keliru atau dikelirukan oleh pihak pembangkang.

Esoknya, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengambil isu 20 Perkara sebagai tajuk utama di muka hadapan. Terkejut juga saya bila melihatnya. Sebab seingat saya, saya cuma menyentuh hal itu secara sepintas lalu, kira-kira lima minit. Saya mendapatkan akhbar lain. Ternyata tiada satu pun tulis mengenai 20 Perkara. Akhbar lain mengambil topik politik biasa dan isu pembangunan.

Di situlah bermulanya polemik dan kontroversi. Akhbar yang sama menyiarkan reaksi dan susulan, komen dan ulasan pelbagai pihak. Semuanya menghentam saya secara peribadi.
Saya mengingati kembali ucapan saya. Saya langsung tidak menyentuh soal `kesahihan' 20 Perkara sebagaimana yang tergambar dalam laporan akhbar itu.

Saya berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi apabila ditulis dalam Bahasa Inggeris, ia barangkali dibuat berasaskan persepsi wartawan yang menulis, yang kemudian dirumuskan mengikut kefahaman editor ketika membuat tajuknya. Sebab itulah, tajuk yang dibuat tidak sama dengan isi yang ditulis dalam laporan tersebut.

Saya memahami kebebasan media dalam konteks sistem demokrasi. Sebab itu, saya tidak membuat penafian atau menyalahkan sesiapa. Dua hari selepas itu, saya sekadar membuat penjelasan menerusi Bernama mengenai kedudukan dokumen 20 Perkara itu, setelah membaca bermacam-macam komen negatif mengenainya, yang semuanya bersifat emosi dan peribadi.

Di dalam penjelasan itu, saya nyatakan bahawa penjelasan sebenar berhubung dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat bagi mengelak parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.

Soal kesahihan sebenarnya tidak berbangkit kerana pada hakikatnya, 20 Perkara itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani. Dan ada antara perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.

Secara peribadi, saya menerima dan menghormati segala pandangan dan komen yang diberikan. Tapi apa yang boleh saya katakan bahawa sebahagian besar komen tersebut bersifat emosional dan peribadi, bukan bersandarkan fakta atau prinsip perundangan. Dalam isu serius seperti 20 Perkara ini, kita tidak seharusnya tenggelam dalam emosi sehingga lupa apa sebenarnya yang diungkapkan.

Perkara 20 yang menjadi benteng Sabah..
Saya berasa agak sedih juga sebab ulasan-ulasan yang diberikan kebelakangan ini sudah terkeluar daripada topik asal, sehinggakan ada yang meminta saya memohon maaf, malah ada yang mendesak saya meletakkan jawatan. Itu semua tidak masuk akal, dan didorong elemen politik.

Jika diamati penjelasan yang saya telah berikan bahawa soal kesahihan 20 Perkara tidak pernah berbangkit, maka komen atau ulasan hendaknya tidak berulang-ulang mengenai `kesahihan' lagi. Lebih penting, komen seharusnya lebih fokus dan mereka yang mengulas hendaklah memahami bahawa dokumen 20 Perkara itu bukannya perjanjian, cuma memorandum.

Di sini elok barangkali saya ringkaskan terjemahan saya mengenai apa yang disebut dalam dokumen 20 Perkara.Terjemahan saya ini mungkin dipersetujui ataupun tidak oleh pembaca. Ini adalah perkara biasa dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan kebebasan memberi pandangan sesuai dengan sistem demokrasi. Saya hormati sebarang terjemahan dan mungkin kita boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju."

Pada saya secara umum, 20 Perkara merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan parti-parti politik utama Sabah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf Perlembagaan baru untuk Persekutuan Malaysia yang baru dengan mengambil kira perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.

Memorandum 20 Perkara ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang Pakatan parti-parti politik Sabah mahukan. Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.

Saya mendapati Jawatankuasa IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan Perkara 20 dan 18 ini bila mereka membuat pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu. Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC ini.

Dari sisi undang-undang, saya rasakan Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara minima untuk perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma relevan untuk menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.

Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia pula teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B) sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu. Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.

Sebagai contoh, salah satu Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam Laporan IGC merupakan Perkara No. 3 yang mengharuskan setiap pindaan terhadap Perlembagaan Sabah perlu mendapat persetujuan rakyat (melalui referendum). Namun ini tidak dilihat di dalam Laporan IGC. Maka dengan itu, Perkara 3 ini tidak lagi relevan untuk masa sekarang.

Kita seharusnya mengkaji Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenal pasti pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.

OLEH SALLEH SAID KERUAK,TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

Dipetik dari blog Sanggah Tok Janggut

PANAS BERAPI! SULTAN JOHOR SEBAK, NIZAR LAHANAT SESAK NAFAS!

Posted: 10 Jun 2012 08:48 AM PDT

Sebelum korang baca artikel ini, aku nak share dengan korang sikit perasaan aku masa Tuanku SUltan Johor bertitah tadi, sungguh menyentuh perasaan aku, Tuanku mengalirkan airmata Tuanku melihat sokongan rakyat Johor.

Aku tabik spring kat orang Johor la, korang memang terbaik! Sekarang mari baca artikel nukilan Adamyan dari Mykmu kat bawah ni:

PEPATAH lama melayu ada menyebut, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Disesuaikan dengan keadaan di Malaysia ini, sudah termaktub zaman berzaman sejak beratus-ratus tahun lalu bahawa ketua negara dan negeri di Malaysia ini adalah Sultan, Raja dan Yamtuan Besar – dipendekkan Raja-Raja Melayulah.

Inilah hakikatnya pada yang memegang taraf kerakyatan negara ini, suka tak suka, inilah dia.

Kalau tak suka boleh berambus. Waima di negara mana yang 'diberambuskan' itupun, siapa pun ketua negaranya masih perlu dihormati. Kalau raja, rajalah, kalau presiden, presidenlah.

Ini penulis tujukan kepada Nizar, yang sudah berulang kali menunjukkan sikapnya yang anti raja dan anti melayu. Tunggu sekarang, Nizar jadi anti Islam saja, selepas itu lengkaplah Nizar sebagai penderhaka ulung negara ini.

Idea ini datang selepas penulis sebak melihat DYMM Sultan Johor yang terharu dengan sokongan rakyat kepada pemerintahan baginda pagi tadi (seperti disiar Buletin Utama). Tak pasal-pasal baginda Tuanku diseret Nizar dalam polemik politik.

Dendam Nizar kepada Raja-Raja Melayu masih tak padam, semuanya sebab keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permohonannya supaya DUN Perak dibubarkan setelah 3 ADUN DAP dan PKR melompat parti.

Tapi bila DYMM Sultan Perak perkenan perlantikkannya sebagai Menteri Besar walaupun PAS paling kurang kerusi dalam DUN, dia tidak pulak bising.

Penulis dan ramai orang lain tahu, isu nombor plat ini hanya sebab, sebetulnya ada agenda lebih besar untuk merepublikkan negara ini selaras dengan matlamat agung DAP. Bukan kita bodoh.

Penulis nak beri amaran kepada Nizar, kalau berani tulis dalam manifesto Pakatan Haram untuk mengubah perlembagaan negara ini supaya sistem beraja dibuang dan diganti dengan negara republik. Anwar boleh jadi Perdana Menteri, manakala mana-mana pemimpin DAP yang Nizar termakan budi sangat tu boleh jadi Presiden.

Kalau berani tulis dalam manifesto, kita nak tengok rakyat terima atau tidak.

Toksahlah nak guna taktik perang gerila atau baling batu sembunyi tangan. Nak cakap, tapi sebab takut hilang undi, tak terucap. Kalau dah itu matlamatnya, sebut sajalah dan dokumenkan dalam manifesto pilihanraya, dan tunggu respon rakyat macam mana.

Kita cabar Nizar, kalau ada 'bola'lah.

Selagi itu, Nizar terima sajalah sistem sedia ada sebab inilah pilihan rakyat. Rakyat mengundi untuk mengekalkan sistem beraja sekarang dan ia perlulah dihormati semua orang, termasuk Nizar.

Tak puas hati, macam penulis sebutkan di atas – boleh berambus.

Sumber: MyKMU
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...