House PK

House PK


BUKTI PAKATAN PENIPU! TIADA PERBICARAAN TENTANG KAPAL SELAM DI PERANCIS!

Posted: 07 Jun 2012 12:05 AM PDT

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, "SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene."

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM 'makan-angin' ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato' Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato' Seri Najib.

BLUES BEARY!

AZMIN JAMBAN TANYA KENAPA TAK DIAMBIL TINDAKAN 17 TAHUN DULU, INI JAWABNYA!

Posted: 06 Jun 2012 05:00 PM PDT

REAKSI orang yang berdosa memang begitulah, gelabah tak tentu arah bila ada kesalahannya yang diungkit walaupun dah berzaman duduk diam dalam stor fail Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penulis rujuk pada sidang media Azmin petang tadi berhubung kes rasuah dan hal-hal lain berkaitannya.

Azmin dalam sidang media sama membangkitkan persoalan, kenapa tidak 17 tahun dulu, kenapa sekarang? Pada penulis inilah soalan paling bangang pernah keluar dari mulut Azmin sepanjang masa mengenali dia (dia tak kenal penulis).

Azmin banyak sebut benda bodoh sepanjang masa sejak 1998 tapi rasanya inilah yang terbodoh sekali.

Tidakkah Azmin menyemak pendedahan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang membawa kepada siasatan semula? Bukankah disebutkan disitu bahawa bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada waktu itu telah diarahkan oleh Anwar untuk menutup kesnya?

Kalau BPR ketika itu sudah diarahkan Anwar (merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) supaya kes itu ditutup, mana nak ada siasatan lanjut apatah lagi pendakwaan dan dakwaan?

Diringkaskan, Azmin tidak didakwa atau dikenakan apa-apa tindakan 17 tahun dulu sebab Anwar arahkan BPR supaya menutup kesnya. Faham ke sekarang? Mudah macam itu pun tak boleh faham?

Sebetulnya, Azmin bukan bodoh atau tak faham, tapi sebab dia ni sombong. Dia buat apa dia tak fikir-fikir dulu, sebab dia tau, apa pun terjadi, Anwar ada disitu mempertahankannya, secara senyap atau secara terang. Maklum, 'penyimpan mohor'lah katakan.

Tapi Azmin lupa, Anwar belum Perdana Menteri lagi, baru mimpi saja nak ke situ. Paling kuat Anwar boleh buat pun ialah menyediakan peguam yang terer-terer untuk putar belit kesnya sehingga dibuang. Paling tidak pun, kenal pasti siapa pendakwanya nanti dan tut tut tut tut kawtim tut tut, silap-silap dapat jadi peguam belanya pulak.

Ini Malaysia, apa pun boleh jadi.

Lagipun soal 17 tahun atau berapa tahun sekalipun, bukanlah satu isu. Sebab Anwar dah sebut, kalau dia jadi Perdana Menteri dia akan bongkar semua penyelewengan yang kononnya dilakukan UMNO sejak 39 tahun memerintah negara ini (tolak 17 tahun dia memegang pelbagai jawatan dalam UMNO dan kerajaan sebab yang itu tak kira, tak aci, nanti dia pun sekali tersangkut).

Itu Anwar, Lim Kit Siang pulak nak bongkar 'kesalahan' Tun Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri? 22 tahun jadi Perdana Menteri dicampur 9 tahun sejak bersara, itu menjadikan 'kesalahan' Tun Mahathir yang kononnya nak dibongkar Kit Siang ni berusia lebih 30 tahun!!

Kenapa Azmin taknak komen yang itu? Sebab itu Anwar dan Ki Siang, sama-sama jadi komrad dalam Pakatan haram? Sebab itu ke?

Sudahlah Min, berhentilah mengarut. Kau fikir kau siapa, you are nothing. Sebab p*p*k bini kau Anwar bedal, itu saja yang buat kau berada di tempat kau sekarang. Kalau tak, silap-silap kau pun separuh lelaki separuh perempuan macam darah daging kau seorang tu.

Sumber: MyKMU

WAHAI RAFIZI LEMBU! SEKEJAP LU MAU PTPTN SEKEJAP LU TAK MAU, SEKARANG LU MARAH APASAL?

Posted: 06 Jun 2012 06:38 AM PDT

Kalau aku panggil hanjeng kang marah pulak si Rafizi Lembu ni, kalau tak panggil pulak tak patut sebab dia memang hanjeng! Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada tengok perangai si Gay Lembu ni, sekejap kata tak payah PTPTN sekejap kata nak PTPTN! Hmm, something is wrong with this guy.

Melacurkini telah menyiarkan kemarahan Rafizi terhadap Menteri Pengajian Tinggi bilamana UNISEL milik kerajaan negeri sebab pelajar universiti berkenaan tak dapat pinjaman PTPTN! Eh, Rafizi jamban, itu kan ke universiti kerajaan negeri Selangor? Bukan ke kau bukan main bayak lagi cakap hari tu nak bagi pendidikan percuma?

Why not start dengan universiti milik korang sendiri? Apasal kau nak marahkan Khaled Nordin pulak? Kau suruhlah Khalid Gagap kasi yuran percuma untuk universiti korang sendiri tu! Tunjukkanlah contoh pada rakyat Malaysia bahawa korang boleh bagi pendidikan percuma macam yang kau cakapkan tu Rafizi!

Dari kau melalak dan marahkan Menteri Pengajian Tinggi tu, ada baiknya korang bagi yuran percuma untuk Unisel tu. Padan muka korang, hari tu bukan main lagi nak bagi pendidikan percuma kan? Sekarang bagi la, bukankah kau dan si Penzin cum Peliwat tu jugak menghasut bebudak lepasan U supaya jangan bayar balik pinjaman PTPTN?

So bila korang hasut jangan bayar, bebudak bahalol tu yang dah berhutang pun tak mau bayar, nak pakai duit apa lagi nak bagi pinjaman? Kalau adapun kena diberi keutamaan pada Universiti milik kerajaan Persekutuan la, kalau bagi kat universiti milik korang nanti dah tentu korang suruh jangan bayar balik kan?

Inilah masalahnya kalau separuh jantan dan separuh perempuan macam si Rafizi Lembu ni nak tunjuk hero, dia sendiri pun tak tau siapa dia sebenarnya, macamana dia nak tau pelajar nak PTPTN ke tidak? Sokong la lagi si lembu bodoh yang dah kena BAFIA ni, dia dah la mereng korang layan dia lagi korang jadi SEWEL!

Oleh itu, wahai pemimjam PTPTN sekalian, kalau dah ambik bayar la balik, kesian kat adik-adik kita yang tak berkemampuan untuk belajar ke Universiti tu, jangan kerana kita suka dan seronok sebab tak perlu bayar hutang maka orang lain menderita, ingat esok benda ni boleh jadi kat anak-anak kita pulak.

Dalam Islam pun, kalau dah berhutang kena bayar balik! Fikir-fikirkanlah!

CILI KASI TARUK! MEMANG SAH SUARAM DI'CONTROL' OLEH PKR!

Posted: 06 Jun 2012 04:23 AM PDT

SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan. Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.

Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia. Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit. Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.

Semua 'butir-butir' kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau 'air-liur' SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai 'makanan minda' kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat. Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis. Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:

1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga 'key-person' dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9. Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

BLUES BEARY!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...