Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


OPS SCOPENE CUBAAN KE2 - SUARAM AGEN ANWAR RANCANG BUNUHAN ALTANTUYA..!!?

Posted: 06 Jun 2012 07:18 PM PDT



SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.   

Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan. 

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.   SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa. 

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu. 

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.  


 



Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.   

Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  






Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.   Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.  

Semua 'butir-butir' kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini. 

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau 'air-liur' SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.  

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai 'makanan minda' kepada rakyat Malaysia. 

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.  Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.   

Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.  Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan. 

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami.   

Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini. 

 



Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan.  Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia.  Antaranya: 

1.      Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga 'key-person' dalam pembohongan isu scorpene.  Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2.      Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3.      Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4.      Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5.      Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6.      Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7.      S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8.      Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9.      Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10.  Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua.  Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene. 

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.   

Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka. 


MENJELANG PRU13.. DAP ANJUR LATIHAN SULIT ASAK SEMANGAT ANTI MELAYU!!?

Posted: 06 Jun 2012 04:38 PM PDT



Dengan bahang pilihanraya semakin terasa, parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja.  

Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik, terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.  

Pakatan Rakyat, sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipatgandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.  PR sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.  

Malah, mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini, sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih. 

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR, termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan.  Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonomi kaum mereka. 

Tetapi, akibat hasutan yang berterusan, ramai kaum Cina termakan strategi pembangkang yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali. 

Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan.   Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk 'membersihkan' pilihanraya melalui BERSIH. 

Tanpa mereka sedari, mereka telah diperalatkan oleh pembangkang untuk mengsabotaj negara sendiri, sekali gus, diri sendiri.   Lalu mereka pun turun ke jalanan membontoti Ambiga walaupun mereka tahu bahawa kerajaan telah menawarkan stadium untuk mereka berdemonstrasi dengan aman.    Kerajaan telah berusaha menyedarkan mereka dengan penjelasan demi penjelasan bahawa BERSIH 3.0 adalah tidak perlu sama sekali namun mereka tidak percaya. 

Sehinggalah apabila Anwar mengarahkan peserta BERSIH 3.0 merusuh dan mengganas, maka kaum Cina tiba-tiba terpinga-pinga.    Pada ketika itu, sebahagian besar dari mereka pulang ke rumah dalam keadaan berang kerana 'BERSIH telah diambil-alih oleh pembangkang'.   Segala peringatan kerajaan kepada mereka kini terserlah sebagai benar belaka. 

Kaum Cina mungkin bijak berniaga, tetapi itu tidak bermakna mereka bijak dalam segala-galanya. 

Sedar atau tidak, kaum mereka paling mudah untuk dihasut oleh pihak yang berkepentingan dengan hanya mempergunakan sifat perkauman yang berakar-umbi di dalam diri orang-orang Cina untuk menghancurkan/mengkhianati negara sendiri. 

Dalam konteks negara ini, kaum Cina dihasut agar percaya bahawa kerajaan menganaktirikan mereka. 

Mereka juga diajar agar menafikan segala peluang yang diperolehi kaum mereka serta kelonggaran untuk mereka mengamalkan bahasa dan budaya sendiri di sekolah berasingan, sebagai bukti keikhlasan kerajaan.  

Mereka diasuh agar membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat pentingkan diri serta membelakangkan perpaduan dan kepentingan kebangsaan.  

Semua ini adalah bertujuan untuk melemahkan struktur negara agar memudahkan musuh untuk menguasai kita. 

Kerana itu, apabila disebut sahaja kerajaan, SPR, SPRM atau polis, maka kaum Cina akan menterjemahnya sebagai 'Melayu'.   Oleh kerana kebencian yang begitu meluap terhadap kaum Melayu, mereka tidak lagi dapat melihat apa-apapun kebaikan dari pihak-pihak ini.  Mereka menjadi buta dan akan mempercayai apa sahaja yang buruk mengenai 'Melayu' tanpa berfikir dua kali. 

Maka tidak hairanlah mereka percaya bahawa pilihanraya negara ini tidak bersih hanya kerana ada orang yang menyatakan begitu.  Apabila kerajaan atau SPR memberikan fakta dan angka untuk menepis tuduhan itu, mereka enggan menerimanya.  Tetapi, mereka akan percaya apa saja 'fakta dan angka' yang disogok oleh pihak lain yang bertujuan memburukkan imej kerajaan dan SPR, walaupun 'fakta dan angka' itu tidak masuk akal langsung.  

Memang sukar untuk menyedarkan manusia yang memilih untuk bersikap prejudis dan begitulah keadaannya kaum Cina di Malaysia hari ini – mereka prejudis terhadap kerajaan dan apa saja yang berbunyi Melayu. 

Tetapi, nampaknya BERSIH 3.0 telah 'menampar' mereka sehingga terjaga dari dibuai mimpi kebencian yang meluap-luap.   

Kini, ramai dari mereka sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk berkuasa melalui jalan belakang.   Akibatnya, ramai dari mereka mula menjauhkan diri dari PR dan memilih untuk menjadi pengundi atas pagar. 

Walaubagaimanapun, kaum Cina masih terlalu angkuh untuk mengakui bahawa kerajaan BN pimpinan Melayu tidaklah seburuk atau sejahat yang dituduh oleh PR.    

Rata-rata kelihatannya kaum Cina masih tegar berpegang kepada semangat perkauman dalam menyatakan pendirian politik mereka.    Mereka masih enggan menerima hakikat bahawa kejayaan kaum mereka di Malaysia hari ini juga adalah berkat keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu-UMNO-BN.   

Kaum Cina nampaknya masih belum mampu memahami bahawa jika kepimpinan kita tidak bijak, kaum Cina juga tidak mungkin mampu berjaya seperti hari ini.

Setakat ini, kaum Cina telah melakukan perkara yang bijak dengan menjauhkan diri dari PR tetapi sedarlah bahawa kebijaksanaan itu hanya akan berguna jika mereka kembali mendekatkan diri dengan BN


PRU13 - RTM TV1 BUKA TAWARAN KEMPEN BUKU JINGGA KEPADA PAKATAN..!!

Posted: 06 Jun 2012 05:08 AM PDT





Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.

"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...