Gelombang Rakyat |
- MAHATHIR KOMEN KENAIKAN SAHAM FELDA - ANTARA PELUANG VS BENCANA.
- ANWAR MAKI PSYWAR BODOH MAZLAN ALIMAN - SAHAM FELDA CATAT REKOD TERTINGGI..!!
- MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN ESOK.!!
- MAHATHIR DEDAH SIFAT KOTOR ANAK DERHAKA BELIAU - GILA TALAK FAIL SAMAN JUTAAN RINGGIT!!
- REKTOR KOLEJ KUIN DITUDUH PECAH AMANAH - PETANDA POLITIK UST. AZIZAN BAKAL RANAP!!?
- GELANGGANG PERANG RM5 JUTA HUSAM MUSA VS KICKDEFELLA 4 JULAI INI..!!
- MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN JUMAAT INI..!!
MAHATHIR KOMEN KENAIKAN SAHAM FELDA - ANTARA PELUANG VS BENCANA. Posted: 28 Jun 2012 01:19 AM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkeyakinan bahawa pengurusan Felda Global Venture Holdings (FGV) akan dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada peneroka berbanding sebelum ini. Beliau berkata, penyenaraian FGV yang mencatatkan premium 84 sen kepada RM5.39, berbanding harga tawaran awam permulaan RM4.55 pada hari pertama dagangannya, membuktikan yang saham syarikat itu berpotensi untuk terus meningkat dan memberi keuntungan kepada pemegang saham. "Perkara seterusnya ialah untuk menguruskannya dengan baik...kalau pengurusan itu cekap, kita akan lihat peneroka Felda akan dapat pulangan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar "Politiks dan Perniagaan - Kaitan Malaysia" di sini hari ini. Pada tengahari tadi Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah dilaporkan melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55. Artikel Lain Berkaitan Lonjakan Saham FELDA hari ini (Klik pada tajuk di bawah) :- |
ANWAR MAKI PSYWAR BODOH MAZLAN ALIMAN - SAHAM FELDA CATAT REKOD TERTINGGI..!! Posted: 27 Jun 2012 11:26 PM PDT Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55. Ia dibuka pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen. Penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia selepas pengapungan saham Facebook Inc, mengumpulkan AS$16 bilion dan menarik perhatian di seluruh dunia. Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka. Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu. IPOnya menarik 58,526 permohonan awam bagi mendapatkan 565.40 juta saham, iaitu terlebih langganan 6.75 kali. Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan awam. FGV adalah milik 49 peratus Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia dan penapis minyak sawit kedua terbesar di Malaysia. Ia kini mengendalikan kawasan perladangan seluas kira-kira 350,000 hektar di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar pada tahun lalu. FGV, beikutan penyaraian yang menarik itu, akan menceburi perniagaan hiliran secara berpilih-pilih, yang termasuk lelamak khusus dan oleokimia. |
MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN ESOK.!! Posted: 27 Jun 2012 07:19 PM PDT Maklumat terbaru menerusi Mesyuarat Exco yang telah diadakan semalam dikatakan telah membincangkan status kes melibatkan Setiausaha MB Selangor Faekah terutamanya berkaitan jawatan beliau. Malah info yang dikeluarkan menerusi blog The Unspinners mendakwa perletakan jawatan tersebut dilihat releven kerana Faekah telah menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan keluarga beliau. Dikatakan Presiden PKR Wan Azizah turut mencampuri urusan dalaman Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai penasihat dalam memastikan Faekah bertindak seperti yang diputuskan Mesyuarat Exco semalam. Jumaat ini bakal memperlihatkan sejauhmana Faekah bakal menturuti desakan Exco Kerajaan Negeri mahupun sebaliknya. |
MAHATHIR DEDAH SIFAT KOTOR ANAK DERHAKA BELIAU - GILA TALAK FAIL SAMAN JUTAAN RINGGIT!! Posted: 27 Jun 2012 07:28 AM PDT Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan bekas anak didik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain. Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis. "Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya. "Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Dr Mahathir berkata demikian menerusi laporan Bernama apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum. Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia. Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea. Artikel Panas Berkaitan : - |
REKTOR KOLEJ KUIN DITUDUH PECAH AMANAH - PETANDA POLITIK UST. AZIZAN BAKAL RANAP!!? Posted: 27 Jun 2012 06:19 AM PDT Lima warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis terhadap Rektor kolej universiti itu Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwa pecah amanah. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 1 tengah hari. Kuin merupakan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah. Seorang daripada warga kerja Kuin yang enggan dikenali berkata mereka membuat laporan itu bagi polis menyiasat tindakan kolej itu yang didakwa tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas. Dakwanya ada antara mereka yang telah menerima surat bagi tindakan mahkamah, ada yang kereta mereka telah ditarik balik oleh pihak bank dan ada di antara mereka telah ditamatkan polisi insurans oleh syarikat insurans. Katanya pada 20 Mei lalu, dia dan beberapa warga kerja ada menghantar satu memorandum kepada Rektor Kuin namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian masalah diambil. Kira-kira 300 warga kerja kolej itu yang menghadapi masalah tersebut sejak Januari tahun ini berharap masalah pembayaran kepada pihak bank dan lainnya melalui potongan gaji dapat diselesaikan dengan segera, katanya |
GELANGGANG PERANG RM5 JUTA HUSAM MUSA VS KICKDEFELLA 4 JULAI INI..!! Posted: 27 Jun 2012 02:21 AM PDT Pihak Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada 4 Julai ini bagi mendengar sebutan kes saman RM5 Juta yang difailkan Husam Musa ke atas bekas blogger upahannya Kickdefella berkaitan dakwaan artikel pendedahan penyelewengan yang dikeluarkan blogger tersebut ke atas Exco Kelantan tersebut. Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Husam untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai Exco kerajaan negeri Kelantan itu. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini. Pada 9 Oktober tahun lalu, Syed Azidi telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu untuk memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Akan tetapi Hakim Besar Malaya telah mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mendengar kes berkenaan. Husam Musa pernah mengupah Kickdefella berjumlah RM2 Juta sebagai serangan dalam menjatuhkan kepimpinan BN pada era pasca PRU12 yang lalu. |
MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN JUMAAT INI..!! Posted: 26 Jun 2012 07:19 PM PDT Maklumat terbaru menerusi Mesyuarat Exco yang telah diadakan semalam dikatakan telah membincangkan status kes melibatkan Setiausaha MB Selangor Faekah terutamanya berkaitan jawatan beliau. Malah info yang dikeluarkan menerusi blog The Unspinners mendakwa perletakan jawatan tersebut dilihat releven kerana Faekah telah menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan keluarga beliau. Dikatakan Presiden PKR Wan Azizah turut mencampuri urusan dalaman Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai penasihat dalam memastikan Faekah bertindak seperti yang diputuskan Mesyuarat Exco semalam. Jumaat ini bakal memperlihatkan sejauhmana Faekah bakal menturuti desakan Exco Kerajaan Negeri mahupun sebaliknya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment