Gelombang Rakyat |
- MAHATHIR BANTAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012..!!?
- ISU SCORPENE & ANTALTUYA : ZAHID HAMIDI TAK RELA JILAT SISA LUDAH DI MUKA ANWAR..!!
- UPSI NYATA PENDIRIAN SOKONG ADAM ADLI..!!?
| MAHATHIR BANTAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012..!!? Posted: 20 Jun 2012 04:36 PM PDT Adalah baik untuk mempunyai kebebasan berhimpun tetapi ia perlu ada hadnya kerana sebuah kerajaan yang baik bukan hanya bertanggungjawab kepada kumpulan minoriti tetapi juga majoriti. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua kebebasan ada hadnya, hanya kerana kebebasan mungkin menceroboh atau menafikan kebebasan orang lain. "Jadi, kita perlu menerima had ini, anda boleh mendapat kebebasan tetapi anda tidak boleh melangkaui sesetengah perkara kerana orang lain juga berhak untuk mendapat kebebasan," katanya dalam ceramahnya Akta Perhimpunan Aman 2012 - Masa Depan dan Cabaran di sini, hari ini. Beliau berkata, kebebasan berhimpun juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana apabila ini berlaku sepanjang masa, kerajaan tidak boleh membuat keputusan yang baik. Dr Mahathir berkata, walaupun Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal tetapi masih mengamalkan demokrasi dalam erti kata rakyat boleh mengubah kerajaan melalui proses pengundian dan dengan ini ia tidak memerlukan rakyat untuk bangkit dan mengadakan revolusi. "Tapi mereka (pembangkang) nampaknya percaya apabila anda berikan kebebasan berhimpun, ia tiada had dan bagi mereka yang berhimpun boleh buat apa saja dan anda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka. "Kita masih belum bersedia untuk liberalisme. Saya fikir ia akan mencemarkan imej negara jika kita cuba menjadi begitu liberal seperti demokrasi liberal di barat," katanya. Beliau berkata di negara ini, ia masih terbuka untuk kritikan berbanding negara-negara lain yang (dikatakan) liberal, dan ia tidak perlu dicemari dengan demonstrasi, hanya semata-mata untuk menegakkan pendapat. |
| ISU SCORPENE & ANTALTUYA : ZAHID HAMIDI TAK RELA JILAT SISA LUDAH DI MUKA ANWAR..!! Posted: 20 Jun 2012 06:32 AM PDT Kerajaan akan menjawab berhubung perkembangan siasatan Perancis terhadap tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari syarikat DCNS. "Pada 26 Jun, saya akan menjawab mengenai perkara itu (di sana)," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sambil menuding ke arah tempat persidangan Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan penjualan dokumen rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ditanya mengenai sepina yang dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepadanya dan menteri dan pegawai kerajaan Malaysia yang lain, Ahmad Zahid menegaskan beliau akan menjawab pada tarikh yang sama. |
| UPSI NYATA PENDIRIAN SOKONG ADAM ADLI..!!? Posted: 20 Jun 2012 03:00 AM PDT Insiden yang melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, yang digantung tiga semester, tidak seharusnya dijadikan kayu ukur dalam menilai imej pusat pengajian tinggi itu kerana ia tidak menggambarkan pendiriana dan majoriti pelajarnya. Bagaimanapun Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa tidak dinafikan imej Upsi sejak kebelakangan ini sedikit tercalar berikutan kontroversi membabitkan Adam Adli. Sehubungan itu tegas beliau, kes tersebut tidak mewakili Upsi dan para pelajarnya. "Majoriti pelajar Upsi sangat cintakan keamanan dan pembelajaran. Janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. "Upsi kini sudah berusia 90 tahun dan telah melahirkan ramai pakar dalam pendidikan dan juga tokoh negara yang telah banyak menabur jasa kepada nusa dan bangsa tercinta," kata beliau pada Majlis Makan Malam Upsi Bersama Media, di sini, malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Omar Abdul Kareem. Awal Januari lalu, Adam Adli digantung tiga semester oleh Upsi selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno. Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dikaitkan dengan tindakannya terlibat alam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu. Sementara itu, turut disentuh dalam ucapan Naib Zakaria ialah perkembangan terbaru Upsi yang mana kini mempunya kampus baru yang mampu mempertingkatkan tahap pembelajaran yang lebih sempurna. Zakaria berkata, kampus yang terletak lapan kilometer dari kampus sedia ada iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, akan memberi impak pembangunan kepada kawasan sekitarnya yang bertempat di Proton City. "Kampus ini baru dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Azlan Shah dan ia terletak berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton, lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa. "Keindahan sumber alam semula jadi ini akan memberikan satu persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar institusi ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment