Gelombang Rakyat |
- KEPUTUSAN PROJEK LYNAS.. FUZIAH SALLEH OVERDOSE KIMIA BAWA 'PARANG' KE PARLIMEN..!!
- ISU MENANTU ROSMAH.. BAKAL BESAN PM TAMPIL JAWAB FITNAH ANWAR..!!
- ISU SCORPENE SERANGAN TERDESAK BODOH ANWAR & PENCACAI SURUHAN..!!
- TERKINI - EX GABENOR BANK NEGARA DEDAH WANG BANK ANWAR RM3 BILLION..!!?
- VIDEO PANAS.. FATWA KHINZIR PKR WAJIB BUNUH ZULKIFLI NORDIN..!!?
- TANGGUH HAJI.. ULAMA' DUNIA SELAR KENYATAAN NIK AZIZ SESAT..!!
| KEPUTUSAN PROJEK LYNAS.. FUZIAH SALLEH OVERDOSE KIMIA BAWA 'PARANG' KE PARLIMEN..!! Posted: 18 Jun 2012 11:19 PM PDT Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengesyorkan agar lesen Kelas A iaitu mengilang peringkat pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan supaya projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan, Pahang dapat beroperasi. Bagaimanapun PSC menegaskan, di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini. "Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," kata laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Dalam laporannya, PSC juga berkata, pihaknya berpuas hati bahawa berdasarkan fakta-fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat yang diperolehi daripada pakar-pakar, projek LAMP adalah merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan. Selain itu, PSC juga mendapati projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju. "Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa. Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. "Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar untuk kilang beroperasi sementara," kata laporan PSC di bahagian rumusan. |
| ISU MENANTU ROSMAH.. BAKAL BESAN PM TAMPIL JAWAB FITNAH ANWAR..!! Posted: 18 Jun 2012 07:23 PM PDT Maira Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui seorang jurucakap, menafikan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa (Interpol). Dalam satu kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikan bahawa dia telah memulakan lawatannya ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis. "Media telah salah melaporkan khabar angin berkaitan Interpol - adalah jelas dari gambar tersebut, dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," kata kenyataan itu. Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa. KLIK DI SINI untuk jawapan bagi jawapan Persoalan isu kapal selam SCORPENE yang turut dikaitkan Anwar dan kuncu2nya terhadap bakal menantu PM sekeluarga. |
| ISU SCORPENE SERANGAN TERDESAK BODOH ANWAR & PENCACAI SURUHAN..!! Posted: 18 Jun 2012 04:35 PM PDT Datuk Zulkifli Noordin telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang. Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak. "Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli. Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah. "Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan. "Ia hanyalah siasatan biasa. Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini. Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009. Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang. Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri. "Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik. "Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang." Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut. "Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau. |
| TERKINI - EX GABENOR BANK NEGARA DEDAH WANG BANK ANWAR RM3 BILLION..!!? Posted: 18 Jun 2012 08:20 AM PDT Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki berhubung dengan pengendalian akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperoleh Bernama, mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa. "Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki." Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. |
| VIDEO PANAS.. FATWA KHINZIR PKR WAJIB BUNUH ZULKIFLI NORDIN..!!? Posted: 18 Jun 2012 06:19 AM PDT Sanggup diupah untuk mengancam dan mencederakan individu yang pernah secara sukarela bermati2 an membela Anwar di Mahkamah pada kes di tahun 1998 satu ketika dahulu, yang kini sedar akan penipuan Anwar. Apakah rasional lelaki berlebai ini tidak mampu menerima hakikat penipuan pemimpin yang dia puja Anwar Ibrahim? Mungkin satu hari nanti lelaki berlebai ini akan sedar perjuangan dia adalah palsu. Tonton Video di bawah. Ancaman yang mirip ke arah Arab Spring. Jangan sampai satu masa akan difatwakan pula Wajib pembunuhan ke atas sisa2 Anwar yang telah insaf dan sedar ini. |
| TANGGUH HAJI.. ULAMA' DUNIA SELAR KENYATAAN NIK AZIZ SESAT..!! Posted: 18 Jun 2012 05:08 AM PDT RAKAN penulis yang hadir mengikuti Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memaklumkan kepada penulis berita yang agak mengejutkan – Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat. Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut. Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!! Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja. Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Amat malang bila ketokohan dan ketinggian ulama tertinggi Al-Azhar ini dicemar oleh pandangan berunsurkan politik sedemikian. Penulis tidak 100% menyalahkan Sheikh Mahmod Abdel Ghany kerana dia mungkin tidak sedar tentang tujuan soalan tersebut dibangkitkan dan sensitiviti yang terhasil darinya – dibaca dari konteks politik negara ini. Tanpa ada pandangan kedua dari pihak berkepentingan, sudah tentu pendapat tersebut diterima pakai seperti mana yang disebutkan Sheikh Abdel Ghany. Sebab itu semalam penulis mempersoalkan kenapa ilmuan tempatan (tokoh politik dalam masa yang sama) tidak dijemput untuk menghadiri seminar tersebut. Dengan kehadiran mereka, rakyat akan lebih jelas akan sebab dan musabab kenapa soal menangguhkan ibadah haji itu bukan satu kesalahan dari segi agama. Tapi untuk melepaskan dia begitu sahaja pun tidak betul juga. Alim ulama sepertinya perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam negara terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menjawab soalan sedemikian. Lagipun, bukankah pandangan boleh menangguhkan haji ini adalah persetujuan bersama semua ahli Fiqh seperti yang disebutkan Nik Aziz sebelum ini? Mufti Pahang sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi adalah wajib. Siapa pula Sheikh Mahmoud Abdel Ghany untuk menyanggah pendapat tersebut? |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment