KUALA LUMPUR, 5 Jun – Sikap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang selama ini begitu lantang mengkritik kerajaan khususnya pemimpin UMNO diibaratkan terkena batang hidung sendiri apabila kali ini beliau membisu seribu bahasa daripada memberi kenyataan mahupun untuk membela dirinya berhubung isu video skandal seks dan isu rasuah yang didedahkan oleh beberapa penulis blog baru-baru ini.
Menurut bekas setiausaha peribadi Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, inilah balasan kepada Azmin apabila beliau sebelum ini begitu lantang menuding jari mencari kesalahan orang lain yang tuduhannya itu hanya berdasarkan emosi, fitnah dan bukannya berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan benar.
"Bagi saya, tindakan Azmin yang mengambil sikap berdiam diri apabila timbul isu yang terkena batang hidungnya sendiri, merupakan satu sikap yang diwarisinya secara turun temurun dari mentornya, Anwar Ibrahim.
"Sehingga ke hari ini, saya lihat Azmin begitu takut untuk mengulas panjang tentang isu video skandalnya itu, bahkan untuk menyebutnya juga Azmin tidak berani. Saya yakin beliau bimbang sekiranya isu ini diperbesarkan, akan terdedah segala kebenaran yang selama ini cuba disembunyikannya dari pengetahuan rakyat," katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, selepas ini Azmin pastinya akan mencuba mencari isu-isu hangat yang boleh ditimbulkannya bagi mengalih perhatian umum agar tidak lagi tertumpu kepada isu video skandal seksnya itu.
"Saya yakin Azmin akan cuba mencari isu-isu yang melibatkan kepimpinan UMNO atau kerajaan untuk ditonjolkan sebagai satu strategi politik bagi membuatkan rakyat lupa kepada isu moralnya dan memberikan perhatian terhadap isu baru yang bakal ditimbulkannya itu.
"Ini adalah lumrah cara bermain politik Pakatan Pembangkang, khususnya PKR dalam usaha mereka untuk menutup kelemahan dan kesilapan mereka, untuk mengaburi mata rakyat agar dengan memberi gambaran yang buruk dan kotor terhadap kerajaan terutamanya kepimpinan UMNO, " ujarnya.
Azmin juga menurutnya, tidak perlu membela dirinya dalam isu skandal video seks dan rasuahnya di atas pentas-pentas ceramah, sebaliknya sekiranya benar dia tidak bersalah dan difitnah, beliau perlu membawa perkara ini ke mahkamah untuk mencari keadilan, agar mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video fitnah terhadapnya boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu. -
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment