tun faisal dot com |
Askar Tunjuk War Dance HAKA #HBN2012 Posted: 19 May 2012 07:02 AM PDT Askar Tunjuk Cara Tarian HAKA #HBN2012Video diatas merupakan salah satu tarian HAKA yang dipersembahkan semasa Hari Belia Negara 2011 dijangka tahun ini aksi-aksi menarik akan dipersembahkan dengan lebih hangat lagi. Selain dari tarian ini terdapat banyak lagi Unit Beruniform turut terlibat. Berikut adalah antara segmen-segmen yang akan muncul di Himpunan Jutaan Belia 2012 kurang dari 3 hari lagi Pameran Kerjaya dan Persenjataan Pameran Persenjataan adalah gabungan daripada semua rakan kongsi. Diantaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan sebagainya. Pameran ini akan bermula dari 23 hingga 27 Mei 2012 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Lebuh Wadi Ehsan dan Jalan Perpaduan Presint 4 (bersebelahan Wisma Tani). Antara pengisian pameran adalah pameran jentera- jentera ATM (kereta kebal, kereta perisai, meriam, dan lain- lain). Army Red Worrior & War Dance Pertunjukkan Army Red Worrior Menampilkan Aksi Stunt Motor Dengan Terjunan Yang Merbahaya Serta Menunggang Motor Secara Bejemaah. Pertunjukkan War Dance Juga Turut Dipersembahkan. Tarikh/Masa:3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012) Demonstrasi Menyelamat Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya. Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) . Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM. Demonstrasi Menyelamat Mangsa Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012) Kerjasama: Polis Diraja Malaysia Pertandingan Kawad Kreatif Pertandingan Kawad Kreatif akan dilaksanakan pada 26 Mei 2012 bertempat di Sektor X Presint 4 pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Penganjuran tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang disertai oleh lebih 400 belia seluruh Malaysia. Persembahan Gerak Khas ATM ATM akan menunjukkan beberapa jenis operasi gerak khas yang dijalankan dari sudut taktikal dan penggunaan peralatan-peralatan dalam operasi gerak khas Tarikh/Masa:10.00 Pagi -1.00 Petang (27 Mei 2012) Ingin tahu lebih lanjut mengenai aktiviti lain? Sila KLIK gambar dibawah |
NKP UMNO Kampar: Beza ahli UMNO dan orang UMNO Posted: 19 May 2012 07:32 AM PDT "Oh susah, tidak ada kajian dibuat untuk menentukan perkara tersebut, kita boleh tahu samada seseorang itu ahli UMNO atau orang UMNO, bila dia kecewa......." Ahli UMNO kecewa? Nota: 1. Ramai di antara kita ahli UMNO, termasuk saya yang rasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC. 2. Ada kalanya kita tahu, kaum lain dan orang lain yang bukan UMNO, selalunya kroni pegawai dan kapten GLC mendapat apa yang mereka mahu melalui pelbagai jalan yang tidak telus, termasuk melalui rasuah. 3. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan pemimpin politik yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah ini jauh lebih kecil berbanding pegawai kerajaan dan kapten GLC yang rasuah 4. Pemimpin tertinggi parti membuat dasar di dalam mesyurat majlis tertinggi, manakala Ahli Parlimen membuat dasar dan meluluskan bajet untuk melaksanakan dasar tersebut di Parlimen. Bagaimanapun pelaksana dasar dan pengurus kewangan bagi pelaksanaan dasar adalah pegawai kerajaan dan kapten GLC. 5. Rakyat, termasuk ahli UMNO akan kecewa bila pelaksanaan dasar tidak dilaksanakan secara efisien, telus, betul dan tepat pada waktunya, sehingga impak dan limpahan dari suatu dasar yang baik tidak dapat dirasai oleh rakyat, seperti apa yang berlaku semasa tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Sepanjang pengalaman saya, terdapat sejumlah Little Napoleon di kalangan pelaksana dasar baik di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC sehingga menjejaskan nama baik institusi kerajaan dan GLC, kerajaan BN, dan maruah diri dan keluarga mereka. 6. Lebih mengecewakan lagi bila ahli UMNO diberi layanan kelas kedua dan didiskriminasikan dalam pengagihan sesuatu peluang. NGO yang saya pengerusikan misalnya, tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan, semata-mata kerana ada pegawai dalam kementerian tertentu yang mahu mengelakkan isu apabila memberikan peluang kepada NGO yang diketuai oleh ahli parti politik UMNO. 7. Kecewa? Ya saya juga kecewa. 8. Bezanya, saya faham bahawa dari segi dasar, dasar yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin parti dan Ahli Parlimen BN adalah dasar yang baik dan diberikan bajet yang mencukupi untuk pelaksanaannya. Bagaimanapun masalahnya adalah dari segi pelaksanaan yang akan di`hijack' oleh pelaksana dasar di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC, atau institusi yang diberi amanah untuk melaksanakan dasar yang telah diluluskan, dan mungkin sejumlah kecil pemimpin politik dalam kerajaan yang korup. 9. NKP UMNO Bahagian Kampar juga kecewa. Berdasarkan video di atas, saya mengandaikan bahawa pertama, dia kecewa dengan Pegawai Kerajaan, mungkin DO. Kedua, dia kecewa kerana Dasar yang diluluskan oleh Kerajaan BN tidak dilaksanakan dengan telus. Ketiga, dia kecewa dengan sikap mengutamakan kroni dan tidak amanah pegawai yang boleh memberikan peluang kepada kaum lain secara kowtim. Keempat, bila dia menyebut nama Amin, dia kecewa dengan sikap `little Napoleon' dalam pejabat kerajaan yang terlibat. Kelima, dia kecewa kerana tidak mendapat peluang walaupun dia kaum Melayu dan dia ahli UMNO. 10. Dia kecewa. Saya percaya ramai orang Melayu dan ahli UMNO dapat memahami kekecewaannya kerana mereka juga (termasuk saya) pernah menyaksikan dan mengalami perkara yang hampir serupa walaupun tidak sama. 11. Persamaan kami semua, kami kecewa, tidak gembira dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan kapten GLC tertentu sehingga rakyat, termasuk ahli UMNO menjadi mangsa amalan rasuah, kronisme dan diskriminasi. Sedikit sebanyak, rakyat juga akan merasa marah dengan pemimpin kerajaan BN yang mentadbir kementerian dan agensi serta yang mengawasi GLC terbabit kerana dilihat sebagai lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka. 12. Perbezaan kami dan dia, saya percaya ramai orang UMNO diluar sana yang tidak setuju dan mengutuk perbuatan meninggalkan perjuangan agama, bangsa dan negara kerana kecewa, lebih-lebih lagi jika kekecewaan itu bukan atas sebab dasar dan prinsip perjuangan, sebaliknya disebabkan tidak mendapat kepentingan material yang dikehendaki. Apa lagi bila dia keluar untuk bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan dasar yang bertentangan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara, 13. Bagi pemimpin di atas, dengar-dengarlah suara hati rakyat, mereka bukan buta. Mereka marah dengan penjawat awam dan kapten GLC yang korup dan menyalah gunakan kuasa. Bukan semua, tapi mereka memang wujud. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment