tun faisal dot com |
| Wawancara Channel13: @tunfaisal - Azmin perlu lihat orang sekeliling dia Posted: 15 May 2012 08:30 PM PDT Unit media baru Umno: SOP pembangkang salahkan kamiMay 15 2012 18:06 PMSHAH ALAM: Tindakan pihak pembangkang yang sering menuduh blogger-blogger Umno sebagai dalang menabur fitnah ke atas mereka disangkal oleh Pengerusi Unit Media Baru Umno (UMB), Tun Faisal Ismail. Tun Faisal ketika ditemui baru-baru ini berkata, pembangkang dewasa ini seolah-olah sudah menjadikan 'standard operating procedure' (SOP) mereka untuk meletakkan semua kesalahan di atas bahu Umno sebagai usaha melepaskan diri mereka yang sudah tersepit akibat masalah moral sendiri. Menurutnya, pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat amat jarang mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri sebaliknya lebih selesa untuk menuduh orang lain. Terbaru, katanya membabitkan isu penyebaran gambar seorang yang dikatakan mirip Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali yang dikatakan sedang menjalankan hubungan sulit. Pembangkang mendakwa Umno yang bertanggungjawab menyebarkan gambar yang tersebar meluas di internet itu. "Kita kena faham, SOP pembangkang ini mudah. Mereka jarang nak mengaku, tak pernah nak mengakui kesalahan sendiri. Sebaliknya akan tuduh orang lain pada kesalahan yang dia buat. "Samalah, kita tengok (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Datuk) Ambiga (Sreenevasan), (Lim) Kit Siang, termasuk yang baru, Azmin. "Dia (pembangkang) akan tuduh. Kali ini masalahnya mereka tahu sebenarnya dalam Keadilan sendiri ada konflik. Ada pihak yang tak suka Azmin," kata Tun Faisal. Tambah beliau, mungkin kesempatan-kesempatan dan kelemahan-kelemahan Azmin telah dimanipulasikan oleh musuh-musuh politik dari partinya sendiri lebih-lebih lagi di saat pilihanraya umum semakin hampir. Oleh itu katanya, Azmin harus mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mahu menuduh Umno yang mahu menjatuhkannya. "Azmin tuduh bila ada video dan gambar yang seperti dia di internet, dia terus tuduh blogger Umno yang buat, sebar bahan-bahan ini di internet. Tapi sebenarnya Azmin kena lihat orang di sekelilingnya. "Kalau tengok apartment yang dia pergi, tiada orang Umno yang tahu. Saya rasa hanya kalangan yang rapat dengannya sahaja yang tahu. Benda begini (apartment) tiada orang Umno atau Barisan Nasional yang tahu melainkan org Keadilan sendiri. "Sama macam Anwar, yang dedah bukan orang Umno. Yang dedah adalah sahabat Anwar sendiri, (Datuk) Nallakaruppan dan Datuk (Shazryl) Eskay. Jadi samalah dalam kes Azmin ini, musuh-musuh beliau ada di dalam parti yang mungkin adalah sahabat beliau," tegas Tun Faisal. Exco Pemuda Umno Malaysia itu turut menambah yang Azmin telah bertindak secara melulu dengan menyalahkan blogger-blogger Umno dalam perkara tersebut sedangkan UMB sendiri menurutnya, tidak akan tergamak untuk memainkan perkara sedemikian. Ini katanya adalah berdasarkan fakta bahawa setiap blogger di bawah naungan UMB mempunyai etika dan peraturan yang perlu diikut kerana mereka membawa nama parti yang perlu dijaga. Sebagai jentera parti katanya, peranan sebenar UMB adalah untuk memberi penerangan tentang kebaikan dasar-dasar kerajaan melalui media social seperti Facebook, Twitter dan blog. Selain itu katanya, UMB turut berperanan di dalam menangkis serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang terhadap kerajaan. "Bila dasar diserang, diperlekeh pembangkang, mereka memperlekehkan tanpa fakta dan penipuan. Ini masalahnya. Dan mereka guna kaedah-kaedah yang tak baik. Mereka melabel pemimpin-pemimpin kita menggelar itu dan ini dan akhirnya menyebabkan kita terpaksa beri respon. "Dan dalam banyak keadaan, kita menangkis penipuan itu dengan fakta dan kita menangkis dengan kaedah-kaedah kita sendiri. Sebab itu peranan kita adalah, pertama kita menyebarkan maklumat, kedua, kita tangkis fitnah pembangkang," katanya. |
| Lagi testimoni pejuang siber yang dilahirkan oleh UMB Posted: 15 May 2012 03:14 PM PDT ![]() Nota: Tujuan UMB membuat latihan bukan untuk melahirkan blogger semata-mata, tetapi melahirkan pejuang siber UMNO dan pro-kerajaan, termasuk facebookers, twitteratis dan penggiat multimedia kreatif yang celik ilmu perang dan propaganda di alam siber. Prinsip UMB mudah - lebih ramai pejuang siber UMNO dan pro-kerajaan, maka lebih baik peluang UMNO dan BN di dalam peperangan siber. UMB berprinsip bahawa UMNO dan BN tidak boleh terlalu bergantung kepada 10 ke 15 orang blogger ternama semata-mata, tetapi setiap negeri dan bahagian mesti ada kumpulan pejuang siber yang terlatih. Prinsip ini penting menjelang PRU13 kerana pada ketika itu, blogger-blogger hebat ini akan sibuk dengan `tuan' dan `sponsor' masing-masing. Sudah pasti akan berlaku vakum atau kelompangan di negeri dan bahagian pada waktu itu. UMB berpendapat, blogger ternama dan hebat tidak perlu risau dengan kelahiran blogger dan cybertroopers baru ini kerana mereka masih boleh cari makan jika mereka melaksanakan tugas mereka dengan ilmu, jujur dan berdisiplin. Jika semua pemimpin UMNO pusat dan negeri serta agensi-agensi benar-benar memberikan sokongan dan bantuan kepada UMB untuk melaksanakan latihan perang siber, insya-Allah gerakan perang siber UMNO dan pro-kerajaan akan menjadi lebih tersusun dan terancang. Ibarat kata blogger Khazanah Minda Politik Melayu, bahawa "jumlah latihan yang diserahkan kepada pihak lain lebih banyak dari UMB" dan akhirnya hasilnya adalah seperti yang kita lihat sekarang. UMB sepatutnya sudah melaksanakan dua program latihan pada awal bulan lepas di Negeri Sembilan dan awal bulan hadapan di Kedah, namun sikap dolak dalik pihak tertentu dalam agensi menyebabkan latihan ini tidak dapat dilaksanakan pada waktunya. Petikan dari tulisan blogger Khazanah Minda Politik Melayu: 3 tahun dulu, di kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, sewaktu Pengerusi UMB, Tun Faisal mencadangkan pelbagai program latihan, beberapa orang blogger ternama termasuk blogger tersohor ketika itu membantah dan mengatakan bahawa `daripada membazirkan duit buat latihan lebih baik beri kita orang duit tu.' Bukan setakat itu, Pengerusi UMB juga diserang kerana bagi sejumlah blogger terbabit 'blogger adalah insan istimewa yang tidak memerlukan latihan'. Kata rakan blogger KMPM lagi: Penulis yakin jika pengarah-pengarah agensi menyerahkan hal ehwal program latihan kepada UMB sepenuhnya, mereka akan dapat menilai impaknya. Malangnya selama ini UMB dipinggirkan dan akibat percaya kepada hasutan pihak tertentu, program-program latihan jentera tidak dikendalikan pihak yang mempunyai kepakaran sebenar. Silalah kira berapa jumlah latihan yang agensi-agensi ini serahkan kepada UMB. Saya percaya kita semua tahu jumlah latihan yang dikendalikan oleh pihak lain lebih banyak dari UMB. @PapaGomo Blogger Biadap..!!http://matdespatchotai.blogspot.com/2012/05/papagomo-blogger-biadap.htmlMat bukan nak cakap apa laa..tapi pada mat cemohan yang dilemparkan oleh PapaGoma adalah keterlaluan. UMB telah banyak mengajar mat erti seorang pejuang alam maya nie. Jika dulu mat hanya tahu menulis blog mengenai hukum-hukum agama, cinta dan masalah hidup. Kini mat telah mendapat ilmu yang jauh lebih berguna untuk meluaskan lagi kebolehan dan kurniaan yang Allah beri kepada mat. Mat telah mengetahui cara blog yang sihat dan mat tidak di dedahkan dengan cara blogging yang kotor seperti PapaGomo dan seteru-nya lakukan. Bagi mat adalah tidak baik untuk mencari publisiti murahan dengan meletakkan gambar-gambar lucah atau bahasa-bahasa kasar dalam mencuri perhatian pembaca. Sebenarnya bagi mat, pembaca tidak berminat dengan anasir-anasir kotor seperti yang dimainkan oleh PapaGomo and the geng. Cara penulisan mereka nie yang membuatkan pembaca menjadi muak dan benci kepada UMNO dan Barisan Nasional dan kebanyakkan mereka yang membaca blog atau portal nie adalah dari golongan muda dan belia. Jika PapaGomo and the geng mempunyai kekuatan kenapa tidak melakukannya sendiri?? Kenapa tidak saja Papagomo guna semua cybertroops yg dilahirkan melalui konvesyen media sosial yg selalu beliau adakan? Mat pernah ikuti konvesyen ini ketika di Kelantan, tiada sebarang manfaat yang mat dapat selepas sahaja program tersebut selesai diadakan. Apa yang mat dapat melalui program konvesyen media sosial yang mana gomo turut sama hanyalah bag kertas yang berisi t-shirt dan cap. Jika UMB mendapat peruntukan untuk membina kekuatan cybertroops-nya sendiri, adakah PapaGomo langsung tidak menerima peruntukan?? Jika tiada peruntukkan bagaimana papagomo mampu mengadakan konvesyen media sosial yang begitu gah sekali? Dari kursus yang dilakukan oleh UMB, mat mendapat sesuatu yang sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Ketinggian ilmu yang dicurahkan itu adalah sesuatu yang berharga. Sehinggakan mat dapat menilai sesebuah penulisan itu adalah benar-benar tulen ataupun hanyalah rekaan semata-mata. Jika mat tidak hadir ke kursus yang dilakukan oleh UMB nie, mat rasa blog Mat Despatch Otai nie akan jadi blog Mat Bunga Kuncup laa.. Sesebuah artikel ataupun entry yang mat hendak masukkan memerlukan research ataupun berdasarkan sumber yang pasti. Entry ataupun artikel nie mana boleh main langgar je macam PapaGomo dan rakan-rakan lakukan. Ilmu yang mat dapat semasa kursus UMB nie telah membuka mata mat yang laporan berita oleh MalaysiaKini adalah satu laman informasi yang penuh dengan penipuan dan kebanyakkan ceritanya adalah rekaan semata-mata. Mat tak suka dengan nama MalaysiaKini tetapi mat lebih berminat jika nama MalaysiaKini diubah menjadi MalayS Sangat. Bukan sahaja mat diajar dengan cara penulisan, tetapi mat diajar menggunakan blog untuk mempertahankan kampus. Bukan sekadar kampus tempat mat belajar, tetapi mat dan rakan-rakan dididik untuk saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain untuk mempertahankan kampus dari diceroboh dengan berita-berita fitnah dan palsu. Sudah banyak kali mat ikuti artikel papagomo, bila artikelnya dijawab dan cabaran dikemukakan. Dia akan bersikap berdiam diri. Jika blogger no.1 umno bersikap begini mat tidak rasa hairan jika orang muda benci dan meluat dengan umno. P/S: PapaGomo dont be so notie.. people dont like it laa.. ohh yea.. and his friend.. |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment