Pembangkang Umpama Cacing Kepanasan Bila Harga Barang Tak Naik

 

KUALA LUMPUR, 15 Nov – "Pembangkang sering mengaitkan BN bermaksud 'barang naik' dan inilah peluru terbesar mereka untuk menjatuhkan BN. Namun, apabila kerajaan menemui formula dan memperkenalkan Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), ini membawa maksud peluru terbesar pembangkang telah kita musnahkan.
"Oleh itu, pembangkang mula seperti cacing kepanasan kerana mereka semakin hilang punca untuk menyerang BN," ujar Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan ketika di minta mengulas mengenai fitnah terbaru pembangkang terhadap KR1M.
KR1M telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas keperihatinan mengenai peningkatan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah di bandar dengan berkonsepkan pasar mini dan menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran biasa.
 
Menurut Ahmad Maslan, sekiranya mereka sering menggunakan kenaikan harga sebagai senjata utama mereka menjatuhkan BN, mengapa pembangkang tidak pernah mengambil inisiatif untuk mengurangkan harga barangan di semua negeri jajahan mereka.
"Mereka sering mencari cara untuk menfitnah BN dan apabila kita menemui formula terbaik bagi membela nasib rakyat terutamanya mereka yang hidup di kampung, pembangkang mula hilang punca.
"Katalah di satu kawasan itu ada 20 kedai runcit. Kemudian diwujudkan sebuah KR1M di situ dan boleh mengatasi harga 19 kedai runcit yang lain. Maka, dengan sendirinya 19 kedai runcit tadi akan menurunkan harga barang bagi terus menarik pelanggan.
"Mereka tidak rugi cuma mereka tidak  boleh mendapat untung berlipat ganda seperti sebelumnya. Itu sahaja. Idea mewujudkan KR1M memang sangat bijak. Tetapi jangan kita bandingkan dengan Tesco. Tesco tidak boleh dibuat di bandar kecil atau pekan sederhana. Pembandingan yang dibuat oleh pembangkang adalah tidak bernas sama sekali," jelasnya lagi.
 
Disebabkan kehilangan puncalah, pembangkang tegas beliau cuba menjatuhdan menfitnah KR1M.
 
Namun demikian, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata BN akan terus membela nasib rakyat walaupun pembangkang sentiasa menfitnah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaaan yang diterajui oleh BN.
"Apa yang dilakukan bukanlah untuk membuat peniaga kecil bankrap tetapi adalah menjana ekonomi rakyat menjadi lebih baik dan mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli barangan dengan harga yang jauh labih murah daripada kedai runcit biasa.
"Peluru terbesar pembangkang telah BN musnahkan.. rakyat boleh pergi ke KR1M dan bezakan sendiri harga barangan yang dijual di kedai tersebut dengan kedai lain. Rakyat adalah hakim negara jadi adililah perkara ini dengan betul," ujarnya lagi
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...