PAPA GOMO |
- 18 SX Story Inside - Jangan Jadikan Putrajaya Hub Porno
- Apa Kata Anda? Sistem Penggangkutan Awam Di Malaysia.
- Gen Y N. Sembilan Gegar Rumah Najib Razak
18 SX Story Inside - Jangan Jadikan Putrajaya Hub Porno Posted: 20 May 2012 07:00 PM PDT Putrajaya merupakan sebuah pusat Pentadbiran negara yang cukup dihormati oleh dunia luar kerana di Putrajaya lah lambang negara Malaysia ditempatkan dengan merangkumi pelbagai pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia. Pemimpin Kerajaan melakukan bermacam macam cara untuk memastikan Putrajaya dikenali seluruh dunia dan juga dikunjungi oleh mereka sama ada rakyat Malaysia mahupun pelancong asing. Dan apa yang kita lihat sejak Putrajaya dibuka sudah jutaan pelancong asing melawat Putrajaya dan tidak kurang dengan rakyat Malaysia sendiri yang hadir melawat pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu. Putrajaya bukanlah HUB PORNO dan adalah tidak wajar untuk dijadikan ataupun digambarkan kepada dunia bahawa Putrajaya Hub Porno kepada Malaysia. Lambang pentadbiran negara tidak sesuai untuk digambarkan sebagai pusat penyebaran cerita porno yang mana elemen 18 sx menguasai nama Putrajaya itu sendiri. Minggu lalu seorang pelajar Malaysia dari Melbourne Australia menghantar emel kepada Papa Gomo untuk meluahkan perasaan kecewa dan jijik beliau dengan sebuah lama web yang mana banyak memaparkan artikel 18SX yang sesungguhnya adalah amat tidak sesuai untuk pembaca khususnya pembaca dari luar Malaysia. Menurut pelajar itu jika sebuah portal berita hendak mengeluarkan cerita cerita PORNO ianya boleh dikeluarkan namun usahlah menggunakan nama PUTRAJAYA kerana persepsi rakyat negara luar akan menjejaskan nama baik Malaysia apabila sebuah Web Portal yang menggunakan nama Putrajaya mengeluarkan cerita cerita 18 SX yang tidak sesuai dengan nama portal itu sendiri. Setelah gomo melayari portal tersebut maka benarlah apa yang dikatakan oleh pelajar itu bahawa laman portal banyak memuatkan cerita cerita 18SX melebihi cerita dunia Putrajaya walaupun adress dan nama portal http://www.putrajaya-online.com/ tersebut melambangkang Putrajaya. Benar apa yang dikatakan oleh pelajar Malaysia yang berada di Melbourne Australia itu bahawa nama Putrajaya telah dicemari dengan bahan bahan cerita 18 SX yang mana telah membuatkan rakan pelajar Malaysia itu menegur kewujudan laman web portal tersebut. Malu menimpa pelajar Malaysia gara gara sebuah laman web menggunakan nama PUTRAJAYA. Gomo telahpun membuat semakan keatas web tersebut dan hasil dari semakan mendapati tidak ada sebarang artikel yang mengambarkan PUTRAJAYA ataupun cerita akan apa yang ada di Putrajaya selain dari isu Artis, Gosip, Porno yang agak jelik untuk dilihat. Dan dalam seminggu pasti 5 ke 7 artikel berkaitan Seks 18sx yang ala ala kelucahan melampau menguasai portal tersebut. Antara Artikel didalam Portal PUTRAJAYA tersebut: Setakat ini yang Gomo pamerkan buat tatapan anda kerana jika anda masuk ke laman web portal tersebut anda akan melihat sendiri limpahan artikel artikel yang cenderong ke arah 18SX yang mana mencemarkan nama PUTRAJAYA sebagai sebuah lambang pentadbiran Negara. Hasil dari makluman pelajar Malaysia dari Australia itu juga Gomo mendapati artikel artikel yang menjadi tarikan hanyalah artikel berunsur SEKS 18 SX, Hiburan, Gosip semata mata. Benarlah apa yang dialami oleh pelajar kita diluar sana yang malu dengan imej Putrajaya itu jika sebuah laman web portal yang menggunapakai nama PUTRAJAYA hanya banyak memaparkan cerita berunsur SEKS. Rakyat negara luar pastinya memandang sinis dengan keweujudan laman web Putrajaya tersebut yang mana secara automatiknya akan mencemarkan nama baik Malaysia dimata dunia. Setelah semakan dilakukan Gomo mendapati portal tersebut Putrajaya Online adalah milik UNIT MEDIA BARU UMNO yang mana disahkan sendiri oleh beberapa blogger UMB menyatakan portal tersebut milik UMB yang mana berpusat di Putrajaya. Adalah amat menjengkelkan bila nama PUTRAJAYA itu dirosakkan sendiri oleh unit media UMNO yang sepatutnya melindungi Putrajaya lebih dari apa yang sepatutnya. Mungkin ada yang membaca artikel ini merasakan Gomo sengaja mencari pasal dengan UMB. Gomo bukan mencari pasal namun apa yang Gomo dedahkan ini adalah hasil daripada aduan pelajar kita yang berada di Australia yang malu apabila ada rakan nya dari negara luar bertanyakan web Portal milik UMB ini yang memaparkan cerita berunsur seks melebihi maklumat dan cerita mengenai Putrajaya itu sendiri. Justeru itu Gomo meminta agar UMB yang diketuai oleh Pengerusinya seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia untuk membuang semua artikel berkaitan Seks yang diterbitkan oleh laman tersebut. Saranan Gomo agar web Putrajaya Online yang dibawah seliaan UMB memuatkan artikel artikel mengenai Putrajaya dan tidak usah memuatkan artikel yang berunsur Porno kerana ianya telah mencemarkan imej PUTRAJAYA dengan penghasilan artikel yang tidak relevan dengan nama Putrajaya itu sendiri. Ushalah kita mencemarkan nama PUTRAJAYA itu dengan cerita cerita seks yang mana dengan niat untuk mengejar popularity rangking. Usahlah kita mencemari nama baik Putrajaya itu dan jagalah tertib kita apabila membawa imej sebagai sebuah pusat pentadbiran negara. Psssttt... Kesian pelajar kita, diperli oleh rakan negara luar akibat web berunsur porno melambangkan Putrajaya. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Apa Kata Anda? Sistem Penggangkutan Awam Di Malaysia. Posted: 20 May 2012 05:39 AM PDT Ramai rakyat Malaysia yang menggunakan penggangkutan awam dan paling ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sudah tentunya mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Kita dengar apa kata mereka tentang penggangkutan awam yang ada hari ini sama ada ianya lebih baik dari dahulu ataupun sebaliknya ataupun masih banyak penambahan yang perlu dilakukan kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia menerima servis yang terbaik dalam kehidupan seharian mereka. Apa pula kata anda tentang penggangkutan awam di Malaysia? |
Gen Y N. Sembilan Gegar Rumah Najib Razak Posted: 20 May 2012 06:16 AM PDT Konvoi Perdana Gen Y - "Moh Minum Petang Di Rumah PM" telah selamat sampai ke Putrajaya dari Seremban semalam yang mana disertai oleh 2,200 peserta menaiki kereta dan menunggang motosikal. "Selamat Hari Belia, satu konvoi yang hebat yang mewakili anak muda. Mereka datang dengan 1 semangat, 1 jiwa selain memupuk perpaduan" - Dato Seri Shabery Chik Nampaknya bahang Himpunan Jutaan Belia sudah semakin terasa kepanasannya sehinggakan Negeri Sembilan sudah tidak sabar sabar untuk bersama jutaan Belia yang lain menyertai 500 aktiviti yang akan diadakan nanti. Apa sekalipun 23 Mei ini sehingga 27 Mei Putrajaya akan ditakluk oleh para belia yang cintakan keamanan dan sayang pada negara. Lagi Gambar Dan Video KLIK DISINI Jom ke Putrajaya 23 - 27 Mei 2012 Psssttt... Gua pun macam tak sabar dah ni DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment