PAPA GOMO

PAPA GOMO


Bukit Jalil Digegarkan 100 Ribu Ahli UMNO Parti Keramat Orang Melayu.

Posted: 11 May 2012 06:00 PM PDT




100 ribu dengan berbaju merah memenuhi Stadium Bukit Jalil malam tadi sewaktu ulangtahun UMNO yang ke 66 tahun. Mungkin ada yang cuba menyangkal angka 100 ribu yang Gomo sampaikan namun itulah realitinya apabila Stadium Bukit Jalil menjadi saksi akan aura "Gelombang Merah".

Malah 100 ribu ahli UMNO yang hadir juga tidak melakukan pekara yang diluar akal difikiran seperti puak BERSIH 3.0 yang menjahanamkan harta awam dan menyusahkan orang ramai.


Sehari dua ini Gomo nak mengulas mengenai ulang tahun UMNO yang ke 66 tahun yang mana jika dihitung ianya sudah menghampiri 7 dekad UMNO bertahan dalam pentas politik negara. Malah setakat ini UMNO satu satunya parti di dunia yang mampu bertahan dalam Negara Demokrasi berbanding negara luar terutama negara barat. Itulah kekuatan UMNO yang merupakan tunjang kekuatan orang Melayu.



Apa yang menarik untuk Gomo ulas disini adalah perhimpunan aman yang berlangsung didalam Stadium malam tadi. Ternyata bahawa UMNO telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak BERSIH 3.0 silap sama sekali yang mana sebelum ini menyatakan Stadium tidak sesuai digunakan untuk diadakan perhimpunan.


"I sorang pun boleh cover tau"

Malam tadi 100 ribu orang memenuhi Stadium Bukit Jalil yang mana 3 kali ganda dari pihak BERSIH 3.0 yang berdemo tempoh hari di sekitar Kuala Lumpur. Pihak Polis yang berkawal semalam di Stadium Bukit Jalil juga difahamkan hanya merangkumi kira kira 100 orang sahaja termasuk Polis Trafik, GD, SB serta dibantu Rela, dan Bomba. Jumlah tersebut jauh berbeza dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang mana pihak Polis terpaksa meletakkan kira kira 2000 anggota dan pegawai bagi mengawal perhimpunan haram tersebut. Dan itu tidak termasuk lagin pihak DBKL, Bomba, Rela dan lain lain.


3 anggota Polis dalam suasana yang aman

Malam tadi juga rakyat sebenarnya diberikan petunjuk bahawa perhimpunan aman didalam Stadium dapat dilakukan jika penganjur perhimpunan ikhlas dan sememangnya mahukan perhimpunan yang aman. Tidak sepertimana BERSIH 3.0 yang mana perhimpunan aman tidak berlaku sebaliknya keganasan dan kekejaman peserta demo mengatasi segala kebatilan yang ada waktu itu menjadikan satu titik hitam dalam kalendar negara.


Mereka Lebih Berakal Dari Pendemo BERSIH 3.0

Malah malam tadi juga tidak kedengaran suara suara sumbang dari ahli UMNO yang hadir yang memaki hamun pihak pembangkang tidak seperti pihak Pakatan Rakyat yang pada BERSIH 3.0 tempoh hari memaki maki umno dan pemimpin umno dengan kata kata nista dan perbuatan yang cela. Ternyata ahli UMNO mempunyai akal ketamadunan yang tinggi berbanding mereka didalam Pakatan PAS,DAP,PKR ini.



Syukur atas kejayaan ulang tahun UMNO ke 66 malam tadi yang mana dapat memberikan gambaran jelas buat rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO adalah sebuah kerajaan yang bertamadun dan layak mentadbir Negara Malaysia ini berbanding Pakatan Rakyat yang tidak tahu dimana arah tuju mereka dalam mentadbir negara.



Buat pemimpin UMNO Syabas diucapkan kerana telah menjaga UMNO sejak dulu sehingga waktu ini yang sudah menghampiri 7 dekad lamanya. an kesempatan ini juga Gomo mengucapkan syabas buat ahli UMNO yang hadir malam tadi dalam keadaan yang panas dan penuh sesak itu anda semua mampu membuktikan Akal anda semua waras dan bertamadun sama sekali.



Hidup UMNO
Hidup UMNO
Hidup UMNO






Psssttt... UMNO jauh lebih bertamadun dari Pakatan Rakyat Haram

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


UMNO Parti Keramat Orang Melayu Sejak Dulu, Kini Dan Selamanya

Posted: 11 May 2012 05:00 AM PDT



Syukur hari ini merupakan hari ulangtahun yang ke 66 tahun buat parti keramat UMNO. parti Melayu yang telah membangunkan negara Malaysia ini dari sebuah negara yang dipandang sipi oleh negara luar kini menjadi sebuah negara Islam yang dipandang cukup tinggi keupayaannya dalam pentas dunia.

UMNO parti Keramat orang Melayu, mungkin anak muda ataupun generasi waktu ini tidak berpartikan UMNO kerana arus perdana waktu ini yang dilihat cukup susah untuk mencuri hari anak muda menyertai parti politik. Namun itu semua bukan satu sebab yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan ataupun tidak lagi diperlukan untuk rakyat Malaysia khususnya orang melayu.

Gomo nak cakap panjang sebenarnya mengenai UMNO parti Keramat orang melayu namun masa tak mengizinkan memandangkan banyak aktiviti dan tugasan lain hendak dilakukan demi Agama Bangsa dan Negara. Namun Gomo nak bercakap sedikit sahaja kenapa Gomo memilih UMNO sebagai parti politik hidup ini.

Sejak lahir sehingga ke tahun 2007 Gomo tidak pernah minat pada politik, Gomo tidak fikir UMNO, PAS,PKR ataupun mana mana parti kerana pada waktu itu Gomo hanya merasakan mencari rezeki buat keluarga lebih penting dari sibuk untuk sertai mana mana politik.

Namun apabila 2007 dipenghujung tahun semangat anti Anwar Ibrahim semakin menebal kerana sikap rakus Anwar Ibrahim yang begitu lenjan menghasut kaum kaum lain membenci UMNO. Malah orang Melayu disemaikan sikap anti UMNO oleh Anwar Ibrahim yang pada Gomo adalah satu tindakan tidak betul kerana jika tampa UMNO dimana kedudukan Melayu hari ini?

Gomo fikir sejenak, untung ramai orang melayu kaya raya waktu ini walaupun Gomo tidak kaya. Ramai orang Melayu pakai kereta besar besar dan harga yang sampai mencecah jutaan ringgit yang dulunya hanya mampu dipakai oleh kaum cina sahaja. Biarlah Gomo tak mampu pakai kereta ratusan ribu tetapi bangga bila ramai Melayu yang maju dan kaya raya.

Ada orang tua pernah cakap pada Gomo, bila zaman dia naik kapal terbang pasti yang menjadi Pilot adalah kaum Cina ataupun Mat Salleh. Nak harapkan anak Melayu hanya mempu menjadi pramugara, Pramugari sahaja. Tetapi sekarang ni makin ramai anak melayu menjadi Pilot dan ada yang sudah sampai keliling dunia mengemudi kapal terbang dengan gaji yang mencecah puluhan ribu.

Banyak pekara lain yang membangkitkan perasaan Gomo untuk mencintai UMNO kerana pada Gomo hanya UMNO yang mampu membela orang Melayu agar terus maju dan terus berjaya. Maka setelah BN tewas besar pada 2008 Gomo mula mengatur langkah untuk bersama sama sahabat yang lain cuba menyedarkan orang Melayu agar terus menyokong UMNO walau apa sekalipun yang berlaku.

Dan sejak saat itu sehingga ke hari ini Gomo masih setia bersama UMNO parti Keramat orang melayu. Gomo yang dulunya bukan ahli UMNO menyertai UMNO pada tahun 2010 sebagai ahli biasa sahaja di Wangsa Maju. Biar ahli biasa namun sokongan kita kepada parti Keramat Orang Melayu mesti diterjemahkan melalui sokongan yang tidak berbelah bagi.

Dan sehingga ke saat ini Gomo masih kekal sebagai ahli biasa UMNO. Parti terbaik buat Gomo menyampaikan wadah perjuangan dalam mengajak orang Melayu mempertahankan tanah Melayu ini dari dek kerakusan Pembangkang yang kiblat mereka hanyalah untuk menghapuskan kuasa orang melayu itu sendiri.



Dalam UMNO juga Gomo bebas mengkritik sesiapa sahaja walaupun adalah sekali tu seorang orang berjawatan dalam UMNO cuba untuk mengenakan tindakan Disiplin tetapi atas sokongan semua maka niat jahat orang itu terbantut sama sekali. Pendek kata UMNO tempat yang sesuai untuk kita meluahkan ketidakpuashatian kerana pemimpin dengar dan sedar apa yang disampaikan oleh kita.

PAS GAGAL mentadbir dan membangunkan orang melayu di Kelantan apatahlagi jika mereka nak tadbir Malaysia. PKR parti yang kian Rebah langsung tidak relevan kerana terhasilnya PKR itu sendiri dari mereka yang asalnya UMNO yang sudah tamat tempoh ataupun bermasaalah moral. Tetapi tidak bagi UMNO Parti Keramat yang pemimpin nya silih berganti melalui Tranformasi dari masa ke semasa.

Akhir kata dari Gomo buat orang Melayu khususnya, jika anda tidak berminat dalam politik tidak mengapa. Jika anda tidak suka pada pemimpin politik tidak mengapa. Jika anda tidak mahu mencampuri urusan politik juga tidak mengapa. Tetapi ingatlah orang orang Melayu, UMNO parti Keramat Orang Melayu. UMNO membela orang Melayu serta memperjuangkan nasib kita sebelum Merdeka sehingga sekarang.

Marilah kita menjadi ahli UMNO agar sokongan kita itu memberikan mesej jelas buat Dato Seri Najib Presiden UMNO waktu ini dan juga kepada pemimpin UMNO yang lain bahawa orang orang Melayu tidak rela tanah Melayu ini terlepas ke tangan pengkhianat negara. Semoga orang Melayu sedar akan apa yang telah berlaku kepada Singapura.

Selamat Ulangtahun UMNO yang ke 66, Allah Bersama UMNO sejak Dulu Kini dan Selamanya. Semoga kepimpinan UMNO terus membela rakyat dan menjauhi pekara pekara yang boleh merosakkan nama parti UMNO parti Keramat.

Sewaktu perjumpaan pemimpin pemimpin dunia. Barack Obama bertanya kepada rakan sejawatnya dari Britain. "Perdana Menteri Malaysia ini bangsa apa?" Perdana Menteri Britain menjawap " Perdana Menteri Malaysia berbangsa MELAYU" .

Barack Obama dengan spontan berkata "MELAYU HEBAT". Disusuli pula dengan pemimpin negara Barat yang lain dengan menyatakan
"Melayu Hebat & Malaysia muslim country"



Psssttt.... Hanya Melayu pertahankan Melayu, Hanya UMNO mampu memperjuangkannya...Amin

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Khalid Ibrahim Berang Bila Najib Razak Tak Setuju Guna Air Lombong.

Posted: 11 May 2012 12:30 AM PDT







Setuju dengan kenyataan Dato Seri Najib Razak mengenai isu Air di Selangor yang sekarang ini tidak dapat dilaksanakan akibat sekatan dari pihak Kerajaan Negeri Pakatan Selangor.

Kerajaan Barisan Nasional pun parti politik juga, tapi bila bab rakyat maka keutamaan perlu diberikan memandangkan isu air adalah penting buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Lembah Klang.

Kerajaan Selangor setakat ini masih lagi menyekat pembinaan loji air Langat kerana jika loji air tersebut dibina maka yang akan memperolehi kredit hasil loji tersebut adalah kerajaan Barisan Nasioanl dan bukannya kerajaan Pakatan Negeri. Sebab tak dapat kredit lah maka mereka sanggup manghalang satu pembinaan yang penting buat nadi negara.

Tak cukup dengan itu Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sanggup menyatakan kepada dunia bahawa kerajaan Selangor akan menggunakan air Lombong bagi mengantikan sumber air bersih apabila air habis menjelang 2013.


"hangpa sanggup guna air Lombong?"

Hangpa bayangkanlah macam tu sekali Khalid Ibrahim dan Kerajaan Pakatan Selangor sanggup lakukan. Air Lombong yang mereka nak berikan pada rakyat yang kita tahu air lombong jika disuling belum pasti lagi kebersihannya.

Gomo harap rakyat Malaysia terutama mereka yang tinggal di Lembah Klang fikir apa akan berlaku jika kita kekurangan sumber air bersih. Anda boleh nilai mentaliti pemimpin Pembangkang yang hanya tahu berpolitik namun GAGAL menjaga kebajikan rakyat Malaysia.


Psssttt.... Air tu penting, elektrik takda takpa lagi, tapi kalau air takda......fuh Fikirkanlah

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...