Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


BANGANGNYA!! Si Bapak 'SPIN' Anak Dalam Mesin basuh!!

Posted: 21 May 2012 09:04 AM PDT


Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini. – Sinar Harian


McTheory:
Ni apa ni? Pak Pandir moden ke apa?

TUDIAA!! Kenapa Kerajaan Pas Kedah Tak Berani Jawab ISU BALAK?!! #saveKedahi

Posted: 21 May 2012 06:12 AM PDT

Rasanya dalam dua minggu ni, blogger-blogger Kedah pro BN menyerang habis-habisan isu Balak di Pedu dan Baling. Mc diberitahu, pimpinan Pas Kedah terkedu apabila sumber utama kewangan negeri sudah kena serang. Kita menyerang bukan kerana kita dengki dengan kerajaan negeri, tidak! Kita membawa keluar isu tersebut, untuk membuktikan betapa gopoh dan tidak prihatinnya kerajaan negeri.



Pembalakkan di hutan simpan, kawasan tadahan air dan juga peranginan membuktikan bahawa, Pas Kedah tidak mengunakan otak dalam mentadbir negeri. Kalau nak cari wang untuk pilihanraya pun agak-agakla. Jangan menyusahkan rakyat. Kesan dari pembalakkan di tempat-tempat sedemikian, boleh mencemarkan alam sekitar, merosakkan dan membawa kesan pada penduduk sekitar tempat terbabit.

Contohnya pembalakkan di Baling. Pembalakkan yang berhampiran dengan air terjun Lata Chelak. Dulu Lata Chelak ni adalah kawasan rekreasi, tempat orang berkelah, tapi sekarang, mana ada lagi orang yang berani berkelah. Tengoklah gambar dibawah,



Sudahlah airnya dah keruh disebabkan kesan pembalakkan dikawasan berhampiran. Sampah pula bertimbun-timbun serupa tak pernah dijaga, malahan batang-batang kayu bekas balak yang dipotong pun turut hanyut dibawa air. Kalau berani mandi juga, akibatnya maut yang dicari.

Apabila kita melihat pembalakkan yang mengila di Baling, kita risau perkara yang sama akan terjadi kepada pembalakkan di Pedu, dimana pembalakkan di kawasan hutan simpan yang begitu hampir empangan tasik tadahan air untuk kegunaan rakyat Kedah.

Untuk pengetahuan pembaca blog, penduduk tempatan disana akan adakan tunjuk perasaan bagi membantah pembalakkan yang tidak terkawal dari kerajaan negeri. Apakah kita mahu perkara di Baling berulang lagi di Pedu?


Pada yang belum pernah baca mengenai artikel balak di Pedu, boleh klik SINI dan kesan pembalakkan di Baling pulak baca kat SINI.


McTheory:
Blogger Pas pun diam saja.. pasaipa? KANTOI ka? heh..

PANASS!! Bukti Pas Menentang Ulamak!! #PASesat!!

Posted: 21 May 2012 03:12 AM PDT


Kitab unggul puak Pas, haramkah, dari muka depan sampai muka belakang, semuanya mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa. Apakah mereka ini hebat sangat, hinggakan Majlis Fatwa yang mengabungkan Ulama-ulama tersohor di Malaysia pun mereka fitnah dan keji begitu sekali?

Mana ada Ulama yang menghalalkan rusuhan dan kekecohan? Semua itu merosakkan keamanan negara? Mana ada Ulama yang sokong? Kecuali Nik Aziz.. sebab Nik Aziz bukan Ulama tulen, tapi lebih kepada Ulama Politik!

Nik Aziz lebih sujud kepada politik dari Islam, sebab tu segala fatwa yang dikeluarkannya berbaur politik dan tak boleh pakai. Kita tengok video Ustaz Fathul Bari mengenai Majlis Fatwa.

MAK AIII!! Sapa Nak Lawan Baling Bola Kat Muka!! #HBN2012

Posted: 21 May 2012 02:12 AM PDT



SEGMEN : FIT AND ACTIVE
PROGRAM : PERTANDINGAN DOGEBALL (PERINGKAT KEBANGSAAN)SEMPENA HBN 2012
PENYELARAS PROJEK : YONG SOON HANG
NO. TELEFON : 03-88713164/0126981749

Pertandingan Dodgeball (peringkat Kebangsaan) sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya ini merupakan kesinambungan daripada perlaksanaan klinik dodgeball di peringkat negeri pada tahun 2011. Ianya merupakan satu platform yang sesuai dan tepat bagi kelab komuniti Dodgeball di peringkat akar umbi serta dari peringkat daerah tampil ke Putrajaya untuk bertanding di tahap yang lebih tinggi bagi mengejar kejohanan dengan hadiah wang tunai yang lebih menarik dan mencabar.

Penganjuran pertandingan dodgeball di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012 dapat menarik lebih ramai belia dari pelusok negara hadir ke Putrajaya di samping dapat memperkenalkan sukan baru Dodgeball ini kepada orang ramai dengan lebih luas lagi.Pertandingan Dodgeball (peringkat Kebangsaan) ini juga dapat mencungkil baka-bakat baru dalam bidang sukan baru Dodgeball ini.

TUDIAA!! Tunku Aziz Bagi Lim Guan Eng Sakit Otak!!

Posted: 20 May 2012 11:12 PM PDT




Ingat balik pada 8 Februari 2009 ada makhluk yang cakap ini: "Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country….Anwar Ibrahim harus bertaubat".Kalau daya ingatan agak kabur sila layari youtube pada alamat ini : Anwar Harus Bertaubat

Wow...memang garang sekali Pengerusi DAP Karpal Singh membelasah Ketua Umum PKR itu.Satu Malaysia terkedu menonton beliau lepas geram yang disiarkan menerusi berita di televisyen.

Rasanya filem Keluarga 69 arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee kurang lucu dari babak berikutnya bila Karpal Singh muncul sebagai ketua peguambela Anwar dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Ini secebis kisah yang ada kaitan dengan yang masih hidup dan bernafas…geng The Untouchable dalam Democratic Action Party aka DAP.

Bab ini khas sebagai bahan kenang pada Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang menjadi mangsa terbaru yang boleh dijentik terpelanting begitu saja …gara-gara cakap sikit kritikal tentang parti itu ada cop mohor 'democratic' pada jenamanya.

Para pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka tentu jenuh nak mencari tafsiran yang sesuai untuk perkataan 'democratic' mengambilkira gelagat Democratic Action Party yang satu ini di Malaysia.

Lawak memang lawak tapi apa kurangnya PAS yang jadikan Islam sebagai modal politik manakala PKR yang kononya berteraskan Keadilan.

Dalam DAP Karpal Singh memang insan istimewa dan lambang demokrasi parti.

Beliau boleh bercakap apa sahaja, dan tidak ada siapa berani hukum beliau.

Bukan saja Anwar sendiri pernah kena rembat di khalayak ramai suruh bertaubat…malah beliau tidak pernah heran pada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Jangan siapa usik Karpal Singh.

Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri dua DAP Pulau Pinang P Ramasamy nak cari nahas menggelarkan Karpal sebagai God Father.

Ramasamy seorang pensyarah sebelum masuk DAP dan menang pilihanraya mungkin baru sedar, betapa kuatnya pengaruh Karpal dan Kit Siang dalam parti itu.

Kalau kita duduk diam-diam dan merenung tajam kearah DAP …nyata sekali parti ini adalah berteraskan politik jurai keluarga.

Karpal satu hal. Bagaimana Lim Kit Siang dan keluarganya yang berkuasa penuh di peringkat DAP pusat, Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Koh Ming yang berkuasa di Perak.

Dalam keluarga Karpal, anak lelaki sulungnya Jagdeep Singh adalah ADUN Datuk Keramat Pulau Pinang manakala anak lelaki keduanya, Gobind Singh adalah Ahli Parlimen Puchong, Selangor.

Tak ramai yang ada kemewahan begitu dalam politik demokrasi. Ambil contoh dalam UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir hanya bertanding jadi Ahli Parlimen BN pada tahun 2008, empat tahun selepas ayahnya Dr Mahathir letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun mula bertanding selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia.

Dalam keluarga Kit Siang yang kini Ahli Parlimen Ipoh Timor ,anaknya Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP, jawatan paling tinggi kedudukannya dalam parti tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang lari dari Melaka itu kini pegang kerusi DUN Air Puteh Pulau Pinang dan Parlimen Bagan di negeri itu serentak . Selain Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng merupakan ADUN DAP Kota Laksamana Melaka.

Selain jurai keluarga Kit Siang dan Karpal, di Perak, Pengerusinya Ngeh Koo Ham dan sepupu beliau Nga Koh Ming yang juga setiausaha DAP negeri amat berkuasa.

Mereka berdua dikatakan sebagai Menteri Besar sebenar Perak sekalipun jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri itu selama 11 bulan sejak Mac 2008.

Hayat Tunku Abdul Aziz dalam DAP yang disertainya pada Ogos 2008 berakhir Selasa bila beliau umum akan keluar parti itu.

Mungkin beliau sendiri tidak sangka dengan jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang disandangnya pada Julai 2009 beliau boleh tercampak dengan mudah kerana semata-mata kritik demo Bersih.

Kisah Tunku Abdul Aziz ini mengingatkan kita kepada kisah Tan Sri Lee Lam Thye yang juga pernah tersingkir secara halus kerana berbeza pendapat dengan Kit Siang.

Sebab itu, PM ketika ulas peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sendiri kata, ia merupakan kes DAP yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, Najib percaya Tunku Abdul Aziz adalah "seorang lelaki yang sangat berprinsip".

Najib berkata apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.

"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya.

Beliau berkata Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

"Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu.

Jangan lupa MP Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong pun pernah terima nasib yang sama. Belum sebut lagi Dr Kua Kia Soong dan Dr Lee Ban Chen yang keluar DAP sebab tak boleh terima hakikat kena jadi 'yes man' semua benda.

Mudah cerita, kalau hendak panjang hayat dalam DAP, jangan sesekali cabar keputusan dan pendirian The Untouchable dalam DAP.

Sekali mereka murka tiada maaf bagimu.-15/5/2012- OLEH HELME HANAFI


GEMPAR!! Video Babi Umno mengamuk dan isytihar keluar parti!!

Posted: 20 May 2012 08:12 PM PDT



Macam babi pulak Mc tengok dia ni. Kes mintak apa tak dapat, terus nak keluar parti. Orang macam dia ni tak payah duduk dalam UMNO lama-lama la. Buat semak saja..

Paling best apabila dia jerit hidup DAP! pehhh.. betui-betui makan babi masak lemak nih..

Dah dekat PRU ni, sampah-sampah dalam UMNO macam ni memang patut dibersihkan..

Berapa banyak la puak sana bayar dia suruh keluar? heh..

Untuk baca penjelasan yang detail pasal ni Mc boleh klik blog Tun Faisal

McTheory:
Ada orang kesah ko keluar ke?

PANASS!! Abby Abadi Nafi Sertai Pas!!

Posted: 20 May 2012 05:12 PM PDT

Semalam Mc ada mengeluarkan artikel mengenai Abby Abadi naik pentas bersama pimpinan Pas di Marang Terengganu. Nak baca artikel tersebut boleh klik kat SINI. Bukan Mc saja yang mengeluarkan artikel tersebut, blogger puak Pakatan Haram, siap confirm lagi Abby nak sertai Pas. Lawak betuii..

Semalam Mc ada bertanya, apa agaknya motif si Abby ni naik ke pentas Pas. Nak tahu jawapannya? tengok twit yang Abby bagi semalam.


Mc rasa penjelasan yang si Abby bagi dah merungkai segala persoalan yang timbul. Kepada puak blogger Pakatan haram.. jangan bersedih yaa... cuba lagi.. ha ha ha..


McTheory:
Tuan punya diri dah bersuara.. nak kata apa..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...