Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


Makk Aiii!! Pondan Paling cantik di dunia!! ishh laa...

Posted: 17 May 2012 10:27 AM PDT


Orang kata dia ni pondan tercantik di dunia.. betui ka? Betui la kot.. Ishh laa.. tak nampak macam pondan, takdak iras laki langsung.. langsung takdak sifat kelakian. Kalau tak diberitahu, confirm Mc pun tak tahu, dia ni dulunya lelaki. Ajaib sungguh laa..


Si Nong Poy ni sebenarnya lelaki, tapi sampai umur 17 tahun dia buat pembedahan alat kelamin dan terus transfom jadi perempuan. Kalau pembaca tengok video kat bawah ni pun pembaca jadi pelik. Mesti rasa tak percaya kita sekarang tengah tengok seorang perempuan jadian. he he he..


Ini gambar semasa dia kecik.. waktu ni dia laki lagi.. heh..
Mc kongsi cerita ni dengan pembaca bukannya apa. Sebab Mc rasa terkejut, dengan si pondan ni. Perubahan yang dia buat sungguh ketara. Jangan la pulak ada orang melayu Islam kita tiru macam si pondan siam ni buat. Takut ada pulak yang lelaki kawin dengan lelaki, susah tu..

Sesungguhnya mengubah jantina dan ciptaan tuhan adalah HARAM disisi agama Islam. Kalau dah lelaki tu, terima la seadanya, jangan dok gatai nak jadi perempuan pulak. he he..


McTheory:
Dasat pondan siam, patut Anwar suka pi sana.. hehe..

TUDIAA!! Nik Aziz Setuju Muzakarah PAS & UMNO?? Biaq Betui ni?? Apa syarat UMNO?

Posted: 17 May 2012 07:44 AM PDT


Biaq betui ni, Pok Nik Aziz dah setuju nak muzakarah antara Pas dan UMNO? Dulu orang tua ni la penentang paling hebat. Cadangan ni sebenarnya disuarakan oleh Hadi Awang. Tapi bila orang tanya Pok Nik, dia kata boleh sajaaa.. hmm.. namun  apa pula pendapat dari Ulama Muda UMNO?

Mai kita dengar..



McTheory:
Setuju dengan pendapat Ustaz Fathul Bari!!

EKSKLUSIF!! Video Panas Khas Untuk Ustaz Azizan dan Kroninya!! #saveKedah

Posted: 17 May 2012 06:12 AM PDT


Video khas untuk Ustaz Azizan dan kroni-kroninya di Pas Kedah. Selamat menebang balak satu Kedah!! Kutiplah duit balak untuk PRU yang sudah dekat ni.. sapu bagi habis, nanti tak dan dahh..

Cerita balak Eksklusif baca kat SINI dan SINI


McTheory:
Banyak lagi Team Media Kedah nak dedah nihh!! TUNGGUUUUU!!

PANASS!! Terbaik Video Special Offer Dari Geng Bangkang Dari Longkang!!

Posted: 17 May 2012 03:34 AM PDT


Dah tengok gelak-gelak tu.. jangan lupa LIKE!!

MUHASABAH DIRI!! Keajaiban Kaabah yang Perlu Kita Umat Islam Tahu!!

Posted: 17 May 2012 01:12 AM PDT

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah yang tidak diketahui ramai:




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

sumber Mc ambil dari SINI
McTheory:
Pengetahuan yang amat baik untuk kita ketahui!!

GEMPAR!! Hari Belia Ada Program JOM Berchenta? Apa benda tu? #HBN2012

Posted: 16 May 2012 10:39 PM PDT

berchenta?? aikk..


Jom berchenta? program apa pulak ni? Lain macam saja bunyinya.. ajak orang bercinta ke?

Tema program ini telah membuatkan ramai orang ingin tahu program apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 'Jom Berchenta' adalah tema bagi program Klinik Kaunseling dan Bimbingan Belia (KKBB) yang akan diadakan Sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat mengalu-alu kan kepada belia yang berminat untuk menyertainya. Program ini menjadi platform kepada orang muda untuk mendapat nasihat mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara khidmat nasihat yang akan diadakan merangkumi aspek kerjaya, keusahawanan, kekeluargaan, pendidikan , kesihatan, kewangan peribadi, agama dan wanita.

Program ini akan mengumpulkan pakar-pakar khidmat nasihat yang terkenal dalam negara ini untuk membantu belia yang ingin mendapat khidmat kaunseling. Program ini bagi mendekatkan golongan muda yang mempunyai masalah yang memerlukan jalan penyelesaian.

Golongan sasaran bagi program ini adalah penjawat awam muda, pekerja sektor swasta, ibubapa muda, mahasiswa dan pelajar sekolah. Bilik-bilik khas akan disediakan untuk para peserta yang memerlukan sesi kaunseling dan bimbingan yang bersifat peribadi. Selain ruang untuk sesi berkumpulan.

Selain program ini terdapat banyak program yang akan diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baik dari segi persembahan artis dalam dan luar Negara, keusahawanan, kesukanan dan lain-lain. Bagi yang sedang menuju ke alam perkahwinan dialu-alukan menyertai program 'Titian Cinta' . Antara program 'Titian Cinta' terdapat banyak acara yang dilakukan contohnya seperti solekan, Persandingan 1 Malaysia, kursus perkahwinan dan lain-lain.

Orang ranai yang berminat untuk menyertai program yang akan diadakn di Hari Belia Negara nanti boleh melayari laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu www.kbs.gov.my/portal dan Hari Belia Negara 2012 iaitu http://www.hbn.gov.my


McTheory:
OOooo.. ingat kan apa.. he he..

TUDIAA!! Ostat Azizan TETAP Nak Robohkan Madrasah Salihiah!! #saveKedah

Posted: 16 May 2012 08:12 PM PDT


Puak celaka Pas Kedah ni tak sudah-sudah nak robohkan juga Madrasah+Surau ni. Memang celaka sungguh bila yang mengaku dirinya umat Islam, tapi bersungguh-sungguh dan beria-ria nak robohkan surau dan madrasah. Islam haram jadah apa pun taktau la Pas ni!!

Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.

"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. - utusan

Insyallah Mc dan Team Media Kedah akan berikan tumpuan EKSKLUSIF pada Madrasah Salihiah selepas ini, seperti mana dulu. Kami agak sibuk dengan tugasan lain. Namun perjuangan pertahankan Madrasah Salihiah tidak pernah kami lupa. Runtuh Madrasah Salihiah bermakna RUNTUHlah syiar Islam di Kedah!!

Ayuhh rakyat Kedah.. BANGKITTT!!!


McTheory:
Halang Pasrael dari ceroboh madrasah salihiah!!

EKSKLUSIF!! Balak Azizan, Balak Pas Kedah, Balak Baling, Balak Balak Balak!! #saveKedah

Posted: 16 May 2012 05:12 PM PDT

Semalam Team Media Kedah buat pendedahan mengenai balak di Pedu, nak baca boleh klik SINI. Hari ni kita tengok cerita mengenai balak di Baling, kawasan yang depa kata nak buat Ladang Rakyat!

Balak dibawa keluar

Balak kecik pun depa sapu..

lihatlah sungai berdekatan dengan tapak pembalakkan

Dulu Lata Chelak ni tempat peranginan di Baling

Ayaq dah kaler tu sapa lagi boleh mandi?

Malah tempat ni pun tercemar terukk..


Sebelah dari Lata Chelak kawasan pembalakkan


tu diaa cerah dah..



Pasaipa ayaq ni boleh jadi kaler teh ais ni?





pembalakkan yang tidak terkawal membuatkan tanah bercampur dengan air sungai








Aikk lesen dah tamat, tapi boleh tebang balak lagi ka?


habih botak...
















Cuba pembaca lihat, Pas Kedah berbangga dengan pemcapaian pembalakkan depa. Tapi apa yang Mc tunjukkan sebentar tadi ialah kawasan Ladang Rakyat yang Pas Kedah mahu buat di Baling Kedah. Depa kata nak buat, tapi sampai lanie pun tak nampak punca dari mana depa nak mula. Pembaca boleh baca pendedahan ini kat SINI

Bawah ni, ceramah dari Amiruddin yang berbangga dengan angka RM80juta Pas Kedah sudah sapu balak di Kedah.. RM80 Juta tuan-tuan.


Macam mana tak boleh 80 juta, kalau depa main tebang ikut hati depa saja. Kalau bagi kat Mc, 100 Juta pun boleh. Mai Mc nak tebang separuh dari Kedah. he he..

Pasal pembalakkan Ladang Rakyat Baling ni, dulu pun Mc dah pernah buat pendedahan. Pada yang belum baca boleh klik link kat bawah.


McTheory:
Balak depa sapu, tanah depa tipu, ayaq jadi kelabu!! 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...