Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Video Pelancong Di TANGKAP Ketika Cubaan Merogol!!

Posted: 14 May 2012 10:12 AM PDT


Seorang Pelancong telah ditangkap ketika cubaan hendak merogol dikhalayak ramai.. pehh.. memang berani betui..


Ini peliwat berlesen, sampai sekarang bebas..siap ada penyokong lagi.. heh..

KASI PANAS!! Video Dari Lensa Kamera Wartawan Al Hijrah Yang Dipukul Perusuh #BERSIH3

Posted: 14 May 2012 07:17 AM PDT


Kesian la kat sahabat kita yang kena balun dengan perusuh Bersih hari tu.. tak pasai-pasai kena tibai. Tapi keberaniannya dan ketabahannya memang hebat. Tak semua orang berani macam dia.

Mai kita tengok video ni.. suspek beb..

TUDIAA!! Nizar KKK Menipu Lagi!!

Posted: 14 May 2012 06:14 AM PDT




nizar dlm twitternya menyebut bahawa kedatangannya menyergah di Ceramah UMNO di Tualang Sekah menyebabkan penceramah terkedu dan tidak meneruskan ceramah... saksikanlah apa yg telah berlaku sebenarnya.... memang muka tak malu nizar meroyan oii...

Lihatlah betapa sportingnya orang UMNO. Walaupun Nizar datang menjengah, tapi layanan yang beliau terima tetap baik. Cuba kalau orang UMNO ke ceramah PKR atau Pas, habis la kena maki atau kena pukul!

McTheory:
Penceramah berhenti ceramah ka? heh...

TUDIAA!! Perancangan Pas Pusat Nak Pelingkup Ustaz Azizan!! #saveKedah

Posted: 14 May 2012 03:26 AM PDT

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menerima tamparan hebat dari editor lidah rasmi PAS, Harakahdaily, apabila portal itu menyiarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan KUIN menggantung 5 orang pelajarnya tahun lalu.

Selalunya, kisah-kisah yang memaparkan kesalahan, kesilapan dan keburukan PAS tidak akan sesekali disiarkan oleh sidang editor portal milik parti itu.

Sangat berlainan kali ini, berita tersebut disiarkan oleh editornya dan dipercayai bahawa penyiaran berita tersebut mempunyai agenda tersirat, "ada udang di sebalik batu".

Azizan yang merupakan Pengerusi Kolej Universiti Insaniah (KUIN), sebuah IPTS milik penuh Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah menggantung 5 orang mahasiswanya kerana berdemo menentang pengurusan IPT tersebut.

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa KUIN kini di dalam keadaan "tenat" ekoran dilanda krisis kewangan yang parah!

Sumber mendedahkan bahawa maklumat dalaman KUIN tersebut dibocorkan oleh orang PAS sendiri kepada media dan beberapa pemimpin UMNO bertujuan untuk memberi tekanan kepada MB yang mempunyai masalah jantung itu.

Khabarnya, yuran pengajian dinaikkan dari RM60 kepada RM200 sejam kredit bermula Julai ini.

KUIN juga memotong gaji kakitangannya untuk KWSP dan SOCSO, tapi bila diperiksa, tiada satu sen pun caruman dibuat oleh KUIN ke dalam akaun mereka.

Begitu juga dengan pemotongan terus dari bank bagi pinjaman sewa beli rumah, kenderaan dan sebagainya oleh kakitangan KUIN di mana pihak bank tidak menerima bayaran mengikut masa dan ada dikalangan mereka yang menerima surat amaran dari pihak bank.

Menurut risikan maklumat yang dibuat di dalam PAS Kedah, kedudukan Azizan Razak kini bagaikan "telur dihujung tanduk".

Maklumat memberitahu bahawa gerakan-gerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak yang dulunya dibuat secara diam-diam, semakin berani dibuat secara terbuka seolah-olah mencabar kewibawaan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Menurut sumber lagi, segala maklumat dalaman termasuk fail-fail sulit MB turut "dilarikan" oleh "orang dalam" bagi didedahkan kepada musuh-musuh politik Azizan Razak.

Nampaknya, jika Azizan tidak bertindak tegas dari sekarang, bukan saja jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu akan "hilang", malah berkemungkinan besar jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah juga akan "terbang"!

Persoalannya, siapakah pemimpin PAS Kedah yang layak menggantikan Azizan Razak sebagai MB?

Mahfuz Omar? Phahrolrazi Zawawi? Taulan Rasul? Amiruddin? Nasir Mustafa? Dr. Ismail Salleh? Sanusi Mohd Nor? Atau Datuk Ahmad Bashah?

Layakkah Mahfuz Omar yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang hanya akan ditertawakan oleh rakyat? Layakkah Phahrolrazi sedangkan dia terbukti "gunting dalam lipatan" di dalam PAS Kedah?

Taulan Rasul yang semakin dibenci ahli PAS di Pendang boleh ganti Azizan? Dan Nasir Mustafa yang "bertapa" dirumahnya "menggoyang telur" sambil makan gaji buta sebagai ADUN?

Dr. Ismail pula "sekutu" Phahrolrazi yang tidak lagi diyakini orang PAS sendiri. Sanusi Mohd Nor pula terlalu "mentah" untuk menggantikan "mentor"nya.

Saya fikir, jika keadaan PAS Kedah yang huru-hara begini, penuh dengan pepecahan, "cas keting", gila kuasa, gila glamour dan "syok sendiri", rasanya UMNO/BN akan mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU13 ini.

Dikala UMNO sedang merayakan ulangtahunnya yang ke-66 di Stadium Bukit Jalil menandakan kekuatan UMNO yang semakin disokong rakyat negara ini, PAS Kedah pula sedang kritikal bergaduh dilanda ribut!

Jika perkara ini berterusan lagi (meskipun dalam diam dan dirahsiakan), tidak hairanlah UMNO Kedah yang diketuai oleh Datuk Bashah akan mengambil alih jawatan MB dari PAS dan Azizan Razak. Artikel asal dari MyKmu




McTheory:
Nampak sangat, puak ni nak jatuhkan Azizan dah..

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TERGEMPAR!! Sekolah Insan Bistari di Bawah KUIN Sekolah HARAM!! #saveKedah

Posted: 14 May 2012 12:12 AM PDT


Apa dah jadi dengan pentadbiran KUIN ni? Sampaikan sekolah Insan Bistari dibawah pentadbiran KUIN juga merupakan Sekolah HARAM yang tidak berdaftar. Bila disemak ianya masih lagi dalam permohonan? Namun sampai sekarang Sekolah Insan Bistari tu, tetap beroperasi macam biasa. Bukankah salah disisi undang-undang?

Kelam kabutnya pentadbiran KUIN. Sedangkan ketuanya ialah Menteri Besar Kedah.. apa dah jadi ni? Sekolah tak boleh jaga, macam mana nak jaga negeri?

Apa jadi pada pelajar sekolah tu, kalau kementerian ambil tindakan undang-undang? Nak kata kerajaan kejamkah? Sedangkan, mereka yang tidak mengikut undang-undang negara.

Mak, bapak yang hantar anak ke sekolah tu, kena fikir baik-baik la.. pindah saja anak ke sekolah yang berdaftar. Ni belajar pun secara haram.. ilmu tak berkat.



McTheory:
Apa nak jadi dengan Pas Kedah ni??

PANASS!! Lagi Kontroversi KUIN SEBAT Duit Pelajar!! #saveKedah

Posted: 13 May 2012 09:12 PM PDT



Lihatlah sendiri dengan mata kepala hangpa..betapa BERKEBAJIKANNYA kerajaan negeri Kedah hari ini yang ditadbir secara kukubesi oleh regim zionis pas Kedah.

TERBARU!!! Para pelajar atau waris yg ingin mnyemak permohonan kemasukan ke KUIN bagi semester JUN..DIKENAKAN BAYARAN RM25..sedangkan sebelum ini ketika dibawah pntadbiran kerajaan BN dulu, sekupang pun tak penah dicas kepada sesiapa yang ingin menyemak permohonan kemasukan ke KUIN..malah di IPTA/IPTS lain jugak free..boleh disemak mlalui online.


Inilah bukti kejayaan pentadbiran regim zionis Pas Kedah..inilah kejayaan Azizan Razak mentadbir negeri Kedah dengan penuh kediktatoran mutlak..sedangkan pr berjanji yang mereka akan melaksanakan pengajian peringkat tinggi secara PERCUMA andai pr menjadi kerajaan pusat..namun..hakikatnya..nak check permohonan kemasukan pun dah kena POW rm25..sudah la yuran pengajian semester baru pun dinaikkan kpd rm200/jam kredit berbnding dulu hanya rm60/jam kredit..

Wahai orang-orang Kedah sekalian..hangpa nak undi lagi ka parti yang kejam macam ni? Hangpa nak undi lagi ka parti yang suka kencing macam ni? Buat rakyat di negeri lain..ambik-ambiklah iktibar ke atas apa yg terjadi di negeri Kedah dan negeri2 yang pr perintah..nak ka hangpa terima nasib macam kami? Nak ka hangpa kena kencing macam kami kena?

Oh ya..aku sempat mendapatkan komen daripada Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid tadi mengenai isu ini..Tok Det mengucapkan TAHNIAH kepada KUIN dan azizan sebab BIJAK menguruskan kewangan dengan BAIK hinggakan dikenakan bayaran rm25 untuk check permohonan kemasukan, sesuatu yang ditawarkan secara percuma oleh IPTA/IPTS lain..dan aku yakin azizan sangat mengerti apa itu yang dimaksudkan dengan ayat kiasan, sindiran atau sinisme..hehehe azizan..lu benar2 sudah checkmate!!!

Terbaik dari Aktivis UMNO Pekan Naka yang di edit oleh Mc sendiri.. nampaknya Azizan dan Pas Kedah ni dah nazak teruk, depa lani dok cari modai nak PRU saja. Sebab tu dok kutip duit merata ceruk. Sampaikan pelajar KUIN pun depa dok POW. he he..


McTheory:
Kedah Sejahtera, Rakyat Sengsara!!

TERGEMPAR!! Anwar Ibrahim 'MemBUTUHkan' Troli di Indonesia!! - Zul Noordin

Posted: 13 May 2012 05:17 PM PDT


Jika begitu, Anwar Ibrahim sudah tergolong dalam golongan yang syirik dan dosa tidak boleh di ampun. Kerana menyokong Kristian untuk mengunakan Kalimah Allah. Bagaimana dengan Khalid Samad Gereja yang turut sama menyokong. Apakah beliau juga sudah syirik?

Kenapa Pas tidak fokuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Ustaz Harun Din? Maka sesiapa yang menyokong Kristian dalam mengunakan kalimah Allah adalah syirik!

Kenapa Pas diamkan fatwa itu? Kalau mengikut fatwa tersebut, rasanya dah ramai yang syirik dalam Pakatan haram ni..

patut la perangai macam haram jadah ja pun.. sebab puak ni dah syirik habis dah.. bukan Mc, kata, tapi Ustaz Harun Din.. siapa tu? Timbalan Musyridul Am Pas.


McTheory:
Takkan Harun Din pun kena beli dengan UMNO jugak? heh..

PANASS!! Video Anwar masih mengorat pelajar lelaki IPTA!!

Posted: 13 May 2012 08:10 AM PDT


Betui ka?? tak percaya, layan saja video nih.. he he..

TUDIAA!! Ada 5 Lagi Artis Nak Masuk Pas Minta Pengampunan!! #PASrabut

Posted: 13 May 2012 03:12 AM PDT

artis ini kah?? hiasan saja..

Macam tak percaya Mc apabila Pas kata ada lagi 5 artis nak masuk Pas. Biaq btui.. Mc dok jangka, artis yang nak masuk Pas ni gerenti yang hawaq-hawaq punya la. Masa muda dok buat maksiat sana-sini, bila tua nak insaf, nak masuk syurga cepat pi sign borang Pas. he he he..

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad mendakwa, kelima-lima artis terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian PAS pada 13 Mei ini di Dewan Kohilal, Diamond Square, Kuala Lumpur.

"Penyerahan borang diadakan bersempena Muktamar Tahunan DPP Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung di lokasi yang sama.

"Lima artis ini akan turut hadir bagi menyerahkan borang keahlian sebagai tanda kebersamaan mereka dengan PAS," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kamaruzaman seterusnya mendakwa, sebagai simbolik kepada sokongan terhadap kempen Bersih 3.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, kesemua Exco dan perwakilan muktamar itu akan memakai baju Bersih.

Menurut beliau, muktamar yang memberi fokus kepada persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 itu akan dirasmikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd. Khalil Abdul Hadi. - Mynewshub.my


McTheory:
Nik Aziz dengan Hadi pun belum tentu, syurga.. heh..

FUYOO!! SEKSINYA Puteri UMNO ni!! #UMNO66

Posted: 13 May 2012 12:12 AM PDT


Satu lagi fitnah dari pencacai pakatan hari ni..Agaknya mereka dah mula takut dengan GELOMBANG MERAH UMNO sampaikan tak boleh beza antara baju penyokong RED Warrior dengan baju Umno 66 tahun..

Pagi pagi lagi belum sarapan dah tabur fitnah kononnya yang datang pada ulang tahun Umno berpakaian tak senonoh.Tapi kepada sesiapa yang peminat bola mesti pernah lihat gambar ni
Kat bawah ni gambar SEBENAR anak anak gadis dari Kelantan yang di tarbiah oleh nik ajis adalah penyokong red warrior yang datang tengok perlawanan bola sepak akhir beberapa tahun lalu di Stadium Bukit Jalil..

PENYOKONG RED WARRIOR 
KALAU PUAK PENCACAI NAK TENGOK PAKAIAN SEBENAR GENG GENG WANITA DAN PUTERI UMNO BOLEH TENGOK KAT GAMBAR BAWAH NI



Nampaknya Gelombang Merah UMNO mula ditakuti oleh pencacai pakatan..Ada saja fitnah mereka buat..tapi sayangnya tak menjadi..

Medan Tempur

EKSKLUSIF!! Video Ustaz Hassan Basri Bekas Penerangan Pas Selangor, GODAM Pas Kaw-Kaw Punya!!

Posted: 12 May 2012 10:21 PM PDT

Video Ustaz Hassan Basri, persoalkan Pas tunduk kepada Karpal Singh

Perjuangan Pas songsang, teknik menghalalkan cara jadi pegangan

Pas makin sesat apabila sanggup bertakbir apabila apek berseluar pendek baca ayat Al-Quran

Nik Aziz dengan Hadi Awang pun belum tentu masuk syurga, macam mana nak jaminkan orang lain?

Video-video yang dikeluarkan ini memang terbaik dan terpanas dipasaran. Ustaz Hassan Basri, melondehkan satu per satu sikap dan perangai buruk Pas selama ini. Pas sekarang bukan macam Pas dulu.. dulu Pas sanggup mati untuk Islam, tetapi Pas kini, sanggup mati hanya untuk ke Putrajaya. Malah dari segi matlamat perjuangan, Pas berubah-ubah, malah Pas lebih teruk dari UMNO.

Kalau Pas dah lebih teruk dari UMNO, buat apa nak pilih Pas lagi? Baik ambil UMNO saja, dah tentu kita semua selama ini diperintah oleh UMNO. Baiki UMNO dari dalam. Perjuangankan Islam sebenar, tak payah kita nak gubal undang-undang yang ada kena mengena dengan Islam. Pertahankan Islam.. bab agama tiada kompromi. Pas boleh la, orang jentik telur pun diam lagi, macam mana nak pertahankan Islam?


McTheory:
Pas makin lama makin teruk.. bertambah la buruk..

EKSKLUSIF!! Lagi NGO dan Rakyat Kedah Bangkit Bantah Bersih 3.0!! #bersih3 #saveKedah

Posted: 12 May 2012 05:12 PM PDT

Pelbagai NGO meluahkan rasa marah mereka..

Luahkan kegeraman mereka terhadap pengkhianat negara

orang ramai menyokong mereka..

terdiri dari pelbagai bangsa dan agama menyertainya..

Rakyat dah bosan dengan kerja gila geng Pakatan haram..

Demo secara aman ini dilakukan di Taman Ria Jaya. Demo aman ini dihadiri lebih daripada 400 orang dan mereka semua mengutuk sikap kurang ajar perusuh Bersih menganggu gugatkan kemanan negara, serangan perusuh Bersih terhadap polis, merosakkan harta benda awam dan cuba menyebarkan amalan songsang dalam negara.

Demo aman ini anjuran NGO-NGO Sungai Petani dan Perkasa daerah Kuala Muda bersama dengan rakyat Sungai Petani yang membenci perbuatan jahat perusuh Bersih pada perhimpunan mereka tempohari.

Mc rasa, ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak suka akan demo bersih. Cuma mereka berdiam diri dan tidak berani untuk kehadapan. Semuanya akan dinyatakan didalam kotak undi kelak. Diam diri bukan kerana takut, cuma malas nak cari pasal.

Namun kadang-kadang kita perlu menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kita macam NGO-NGO ni buat. Kalau kita diam saja, nanti depa kata kita ni setuju dengan puak lahanat Bersih tu.

Petang tadi Mc dimaklumkan, ada puak Pas dalam lingkungan 50 orang lebih nak datang buat kacau di demo aman ni. Tetapi mungkin depa tengok demo aman ni ada 400 orang, jadi depa pun patah balik tak berani nak buat kacau. Kalau mai jugak, memang jadi lauk la.. dah la orang tengah dok geram..he he..


McTheory:
Team Media Kedah sempat buat temubual dengan beberapa 'kepala' demo aman ni, video akan dinaikkan sebentar nanti..

TUDIAA!! Video Parody Comedy Politik Terbaik Dari Geng Afdlin Shauki!!

Posted: 12 May 2012 08:12 AM PDT




Kelakar.. memang kelakar.. geng Pakatan Haram dah serang video-video ni, depa kata video ni dok perli depa. Nampak sangat puak-puak bangang tu tak faham apa itu 'parody comedy'. Sebenarnya video-video macam ni pukul keliling. Semua pun kenaa..tapi kalau dah diri tu jahat dan selalu buat salah, memang la cepat terasa. Bak kata orang tua-tua, sapa yang makan cili, dia la yang rasa pedas.. he he he..


McTheory:
Depa dok dislike, meh kita pi like ramai-ramai keih..

TUDIAA!! Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz, pengsan bila tengok benda ni!!

Posted: 12 May 2012 05:36 AM PDT




Terbaru tinjauan dan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak "lebih gemar dan selesa" memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Haram.

Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)

Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut :Barisan Nasional : 49 peratus

Pakatan Rakyat : 21 peratus

Pengundi atas pagar : 30 peratus

Aku harapkan dengan hasil kajian sebegini mampu untuk memberi satu suntikan semangat kepada BN untuk membubarkan parlimen. InsyaAllah. Kejayaan akan menjadi milik Bn diatas segala dayausaha selama ini membantu rakyat. Sumber kajian ini, Mc ambil dari Anak Seberang.

Selepas geng Pakatan Haram melihat UMNO menyambut sambutan ulang tahun yang ke 66 semalam dengan perhimpunan Raksaksa terbesar dalam sejarah. Kemudian keluar pula dengan kajian seperti ini. Mc rasa, Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz dah tak rasa senang duduk lagi dah.

Itu baru UMNO yang berkumpul, bukannya Barisan Nasional turun berhimpun. Kalau semua komponen BN, mau kena tambah stadium yang lagi satu. he he he..


McTheory:
Tak sabar nak PRU nih..

KASI PANAS!! Ustaz Kamal Saidin HENTAM Nik Aziz Halalkan Rusuhan Bersih 3.0!!

Posted: 12 May 2012 01:12 AM PDT


Ustaz Kamal, Nik Aziz tu sebenarnya dah masuk kategori out of date. Dah nak expired dah pun.. Mc rasa dia sendiri pun tak ingat apa yang dia cakap. Atau dia sendiri pun dah tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Maafkanlah orang tua macam dia tu.. heh..

PANASS!! Ambiga Kecut Habis Bila Peniaga PROTES Di Depan Rumahnya!! #bersih #bersih3

Posted: 11 May 2012 10:12 PM PDT

Seronok bila baca NGO peniaga membuat demo dihadapan rumah Ambiga. Cerita Mc petik dari AIDC. Sememangnya perbuatan suka berdemo ni harus kita balas balik kepada mereka. Mereka ingat, hanya mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Apakah mereka lupa rakyat Malaysia yang lain, hanya memerhati gelagat buruk mereka.

Seorang peniaga burger membuka gerai burger di depan rumah Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1,Bukit Damansara,Kuala Lumpur sebagai tanda protes perniagaannya terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.



Peniaga itu adalah salah seorang dari 20 orang termasuk peniaga dari sebuah NGO yang dinamakan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) menyertai protes selama hampir sejam di depan rumah Ambiga mulai jam 2 petang, hari ini.

Difahamkan tujuan protes diadakan di depan rumah Ambiga untuk memberi pengajaran kepada Pengerusi BERSIH itu, bagaimana yang dirasai oleh para peniaga kecil apabila perniagaan mereka terpaksa ditutup ekoran demonstrasi BERSIH 3.0 itu.



Mohd Ridzuan Abdullah, Presiden Ikhlas seperti dilaporkan Sinar Harian berkata mereka akan memanggil lebih ramai penjaja kecil membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Ambiga jika sekiranya Pengerusi BERSIH itu tidak mahu melayan tuntutan ganti rugi peniaga akibat perhimpunan Bersih 28 April lalu.



Pengerusi Bersih 2.0 diberi tempoh dua minggu untuk memberikan respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

"Kami mahu Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu," katanya.

Katanya, Ambiga juga masih perlu menjelaskan 'hutang' berjumlah RM 817,205 kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran Bersih 2.0.

Rumah Ambiga kelihatan dikawal ketat oleh tiga orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.
Ambiga yang berada di rumahnya turut mengadakan sidang media sejurus selepas itu menyatakan kekesalan dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes di hadapan rumahnya.

"Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh sehingga mereka boleh datang ke kediaman dan mengganggu privasi saya serta seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah pemimpin negara yang ulas, saya tunggu.

"Saya tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan bayar ganti rugi baru saya akan bayar begitu juga kalau mahkamah suruh minta maaf, mungkin saya akan lakukan," katanya.


Sombong sangat si Ambiga ni, Mc rasa peniaga ni kena buka pasar pagi atau pasar malam dihadapan rumahnya. Kalau dia rasa terganggu dengan apa yang peniaga ni buat. Begitu juga dengan berjuta rakyat Malaysia yang tinggal disekitar KL, terganggu dengan perhimpunan Haram yang dia anjurkan tu.



McTheory:
Lepas ni bukak pasar basah pula, biar bau ikan, ayam dan longgokkan sampah kat rumah dia tu..

TUDIAA!! Sempena Ulang Tahun UMNO, ranking Blog BN vs PR!!

Posted: 11 May 2012 07:40 PM PDT

Ini yang paling penting..

Nampaknya blogger PRO BN masih lagi mengungguli ranking Top Blogger pada kali ini. Cuma Ameno World (blogger PR) masih lagi memegang takhta Top Blogger. Sesungguhnya blogger Pro BN memang hebat, cuma kita lebih banyak bersaing sesama sendiri dari sebelah sana.

Blogger-blogger kita lebih suka membunuh kawan sendiri dari membunuh blogger PR. Apakah dengan cara kita sekarang, UMNO/BN boleh jadi lebih kuat? Atau ada yang tak kisah UMNO/BN menang atau kalah, janji hidup senang?

Tahukah sahabat semua, andaikata kalau kita kalah kali ni kita bakal hilang segala-galanya? Mc tahu, sahabat blogger ada yang lebih cekap, pandai dan teror dari Mc. Tapi itu yang Mc nampak, Islam boleh tenggelam, Melayu tinggal seluar dalam. Apakah itu yang kita mahu?

Hari tu ada sahabat yang mahu berdamai, tapi... hilang entah ke mana..


TopBlog PR VS BN
10/5/2012rank
PR amenoworld.blogspot.com1301
BN papagomo.com1572
PR greenboc.blogspot.com2763
BN novandri.blogspot.com3024
BN mediapermatangpauh.blogspot.com3125
PR addin77.blogspot.com3206
BN mymassa.blogspot.com3497
BN parpukari.blogspot.com3658
BN empayar-pemuda.blogspot.com3709
PR darisungaiderhaka.blogspot.com41110
BN anwaraidc.com54911
PR cenangau.blogspot.com55412
BN semuthitam80.blogspot.com56213
BN theflyingkick.blogspot.com57714
BN yuseriyusoff.blogspot.com57915
PR tukartiub.blogspot.com58616
BN sejarahmelayu.blogspot.com59917
BN azmykelanajaya.blogspot.com60918
BN aku-tak-peduli.blogspot.com64019
BN gerakan-anti-pkr.blogspot.com64320
BN theunspinners.blogspot.com64921
BN kedahkekl.blogspot.com65822
BN pilihan-anda.blogspot.com66923
BN anginperubahan.blogspot.com69424
BN pisau.net70825
BN matkilaupenang.blogspot.com72426
BN brojinggo.blogspot.com74727
BN medan-info-kita.blogspot.com82428
BN keris7lok.blogspot.com85429
PR milosuam.blogspot.com86530
PR ar-rifke.com87631
BN panggungopera.blogspot.com92432
BN badutrakyat.blogspot.com94733
PR Era Pasca99534
BN kulaanniring.blogspot.com100835
PR siasahkini.blogspot.com101036
PR duniacacamarba.blogspot.com101237
BN 1peluru.blogspot.com102038
PR bloglistpolitik.blogspot.com107239
PR sedakasejahtera.blogspot.com110440
PR msomelayu.blogspot.com111541
BN mediawangsamaju.blogspot.com114042
PR shalehudin.blogspot.com115743
PR mediaperak.com116844
PR naimnikmat.blogspot.com130245
BN khairulryezal.blogspot.com131146
PR pahangdaily.blogspot.com133747
BN gelombang-rakyat.blogspot.com134548
PR kerabubersuara.blogspot.com138649
BN tunfaisal.blogspot.com138850
BN klboyzwangsa.blogspot.com142451
PR gigitankerengga.blogspot.com145452
BN dukeofumno.blogspot.com146753
PR ibnuhasyim.com147154
PR wargamarhaen.blogspot.com147355
PR biaqpila.blogspot.com148956
PR jalanpulang1978.blogspot.com161057
PR semutmalaysia.blogspot.com162858
BN pengundisetiasungairapat.blogspot.com163359
PR manjongmari.blogspot.com164860
PR kedahlanie.info166261
PR kerajaanrakyat.blogspot.com169262
BN unitmediasiber.blogspot.com178463
PR paspb2.blogspot.com179464
PR muslimeen-united.blogspot.com185265
PR nizar-coretanku.blogspot.com191166
BN semaremas.blogspot.com191567
PR wartashubhi.blogspot.com192168
BN alamijiwaparadox.blogspot.com194169
BN taipingmali.blogspot.com196570
PR ikutsukaakuisa.blogspot.com197671
BN rockybru.com.my198072
BN dinturtle.blogspot.com220373
PR anilnetto.com221174
BN jawaber6.blogspot.com221875
PR wartamaya.blogspot.com223676
PR ekeleh.com224177
PR karatijau.blogspot.com226078
PR penarikbeca.blogspot.com233779
PR niamah.com240780
PR bestoneoffour.wordpress.com247481
PR batuvskayu.blogspot.com248982
PR sharpshooterblogger.blogspot.com256183
PR cursingmalay.blogspot.com260284
BN apakecoh2.blogspot.com263185
PR atsixty-zakriali.blogspot.com264386
BN www.militaryofmalaysia.net266787
PR malaysiaberih.blogspot.com272088
BN siemens-melayumaju.blogspot.com272289
PR idahsalam.blogspot.com274090
BN stopthelies.my277391
BN dtenggara.blogspot.com287292
BN malaydelima.blogspot.com291593
PR zorro-zorro-unmasked.blogspot.com297794
PR buletinonline.net298595
PR Refomis Anak Muda305996
PR wasiatpejuang.blogspot.com319497
BN sarfarizmalsaad.blogspot.com320998
BN lydiausm72.blogspot.com326199
BN riziqin.blogspot.com3284100
PR tukanglawan.blogspot.com3304101
PR malaysiawaves.com3351102
BN selangordaily.com3425103
BN gerakantimur.blogspot.com3430104
BN exception2008.blogspot.com3485105
BN kerisputera.blogspot.com3562106
PR adukataruna.blogspot.com3574107
BN darulehsantoday.blogspot.com3613108
BN minda-hijrah.blogspot.com3668109
BN hhalem.blogspot.com3719110
PR mutaligat.blogspot.com3778111
PR kopitarikkaw2.blogspot.com3809112
BN tauke-ikan.blogspot.com/4065113
BN sahabat-gunung.com4152114
BN musramrakunman.blogspot.com4183115
PR edyesdotcom.blogspot.com4311116
PR budakkampungonline.blogspot.com4423117
PR kedah-online.blogspot.com4650118
PR siyasahsyariyah.blogspot.com4700119
PR mountdweller.blogspot.com4711120
BN mesintaipburuk.blogspot.com4984121
PR loyarburok.com5056122
BN syedsoutsidethebox.blogspot.com5241123
BN politikputramerdeka.blogspot.com5274124
BN syburi-times.blogspot.com5372125
BN mahaguru58.blogspot.com5597126
PR dinmerican.wordpress.com5609127
BN celahgelegar.blogspot.com5729128
BN panglima-harimau.blogspot.com5964129
PR hanief.blogspot.com6168130
PR agendsai.blogspot.com6186131
PR pencacai-semalaysia.com6247132
PR mimpi-senja.blogspot.com6381133
BN azlantaib.blogspot.com6648134
BN apanama2020.blogspot.com6664135
PR arusperjuangan.blogspot.com6918136
BN usezworkshop.blogspot.com7209137
PR hornbillunleashed.wordpress.com7214138
BN jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com7336139
BN anotherbrickinwall.blogspot.com7353140
PR warkahdaily.blogspot.com7399141
PR Anak Kampung Blog7588142
PR albanjarionline.blogspot.com7682143
BN bumiyang.blogspot.com8067144
PR al-brangionline.blogspot.com8307145
BN helenang.wordpress.com8314146
BN bn4wangsamaju.blogspot.com8709147
BN suaralensa.blogspot.com8729148
BN masterdedah.com8730149
BN sanggahtokjanggut.blogspot.com8780150 
*Data pada 12 Mei 2012 9.10pm

Sumber rank ni Mc ambil dari blogger sebelah sana blog Cenangau. Kalau ada blogger yang takdak dalam list ni, jangan komplain kat Mc, pi komplain kat tuan punya carta. ha ha ha...




McTheory:
Bersatu, kita bersatu, dengan setia berganding bahu.. jeng jeng jeng..

PANASS!! DS @NajibRazak Bagi 7 sebab BN Masih dihati rakyat!! #UMNO66

Posted: 11 May 2012 06:41 PM PDT



Ini antara ucapan DS Najib yang terbaik dan mengegarkan stadium Bukit Jalil. 7 sebab kenapa BN masih lagi dihati rakyat Malaysia. BN cakap, BN buat, bukan kosong. Janji kita tetap dipenuhi, janji puak sebelah sana.. hanya tinggal janji.

Janji dorang yang boleh percaya, hanyalah pada janji nak buat kacau. Kalau dorang kata nak buat kacau, confirm jadi. Kalau dorang kata nak buat benda yang baik untuk rakyat dan negara. Rasanya nak percaya tu agak susah la.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...