Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


HARI UMNO K4 66.. KISAH MENYAYAT HATI KEMALANGAN BAS SEMPENA HARI IBU.

Posted: 12 May 2012 07:16 PM PDT




"Jaga diri baik-baik, nenek dah nak pergi ni," itulah pesanan terakhir Allahyarham Roa Dol, 79, kepada cucu kesayangannya, Puteri Nuraqilah Mohd Khutatu, 11 bulan, sebelum menghadiri Sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Namun malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang daripada sambutan berkenaan, Roa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson pada jam 2.58 dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Kemalangan tersebut yang membabitkan dua bas dan sebuah lori treler turut menyebabkan 77 lagi cedera.

Menantu Allahyarham Roa, Nurul Arina Mohd Yusof, 20, berkata, dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir untuk anaknya yang merupakan cucu bongsu mangsa.

Menurutnya, semenjak Puteri Nuraqilah atau nama manjanya Qila dilahirkan, arwah ibu mertuanya itu banyak menghabiskan masa bersama cucu kesayangannya itu.

"Saya sedih setiap kali mengenangkan arwah yang suka bermain dengan Qila.

"Bagaimanapun, ini ketentuan daripada ALLAH dan saya menerimanya dengan redha," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Kampung Parit Lubok Tengah, Semerah di sini.

Menurut Nurul Arina, dia turut berasa sebak kerana beberapa hari sebelum tragedi itu, Allahyarham ibu mertuanya sempat menghadiahkan seutas gelang tangan kepada Qila.

Katanya, paling menyedihkan apabila arwah sendiri yang memakaikan gelang emas berkenaan kepada cucunya.

"Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum mengikuti rombongan berkenaan.

"Malah sepatutnya hari ini kami sekeluarga merancang hendak buat kejutan kepada arwah dengan menyambut Hari Ibu di Johor Bahru iaitu di rumah salah seorang anaknya," katanya yang tinggal serumah bersama Allahyarham Roa, suami dan anaknya, Qila.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok, kira-kira jam 3.45 petang tadi.


ANGKARA PKR.. SELANGOR SIFAR AIR 2 TAHUN LAGI!!

Posted: 12 May 2012 04:10 PM PDT

Selangor bakal berdepan masalah kekurangan bekalan air yang serius dalam tempoh dua tahun lagi jika kerajaan negeri tidak mengambil sebarang langkah mengatasinya dari sekarang.
  
Malah pihak Syabas telah mengemukakan maklumat terperinci berhubung kawasan yang kini dilanda masalah air yang serius kepada semua pihak terlibat termasuk kerajaan negeri.


 


Jika Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Gagap tidak percaya, mereka boleh cabar data-data ini. Hantarlah mana-mana konsultan dari luar untuk periksa data air yang kita proses.

Fakta ini tidak boleh dinafikan. Kalau keadaan dah bertambah teruk masa itu nanti, nak cakap apa pun pada rakyat sudah tiada gunanya

Kerajaan Selangor mesti segera menyelesaikan isu itu termasuk dengan melaksanakan projek Loji Langat 2 dengan Kerajaan Persekutuan, yang bertujuan menyalurkan air mentah proses dari Pahang ke Selangor.

 


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...