Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


SALAHUDDIN AYUB KEMBALI CEMAS - PEMIMPIN PAS DEDAH KISAH DI SEBALIK 'DIN PUDU'..!!

Posted: 02 May 2012 11:19 PM PDT



Salahuddin Ayub kini mungkin semakin selesa dengan kedudukan politik yang dapat dikategorikan sebagai 'Selamat'. Sikap rendah diri dan besederhana dalam politik satu ketika dahulu membawa kejayaan besar dalam Parti dan kerjaya politik.

Sungguhpun pernah diserang kisah berkaitan label mempopularkan beliau 'DIN PUDU' yang cukup mencemaskan beliau, akan tetapi keputusan blogger yang cuba mengheret rentetan cerita dalam kain untuk menghentikan perjalanan seterusnya kisah tersebut membuatkan beliau kembali menarik nafas lega. Tak usah ditanya bagaimana ianya diselesaikan. :-)

Namun inilah manusia bergelar Pemimpin. Tatkala berada pada Zon Kemuncak, lupa diri. Sudah bijak mengatur strategi jahat menjadi tali barut Diktator Pakatan Anwar Ibrahim. Sifat rendah diri hilang entah ke mana.

Namun masyarakat dikejutkan kembali dengan jeritan gelaran 'DIN PUDU' baru2 ini. Dan lebih menjadi persoalan, jeritan itu bergema dalam sebuah ceramah menerusi Ucapan seorang Pemimpin PAS Selangor. 

Pemimpin ini di dalam PAS sememangnya mengambil langkah zuhud dalam mengejar populariti politik. Akan tetapi Pemimpin yang mendedahkan Salahuddin Ayub ini pernah menjadi tulang belakang dalam memperjuangkan isu Murtad era awal 1990an bersama Ustaz Hassan Shukri, Hadi Awang dan beberapa individu yang lain.

KLIK DI SINI untuk tonton VIDEO Pendedahan di sebalik 'DIN PUDU' dari Pemimpin tersebut.



NOH OMAR BAKAL DEDAH PELAN KHALID IBRAHIM SEBAR GAMBAR SEKS AZMIN ALI!!?

Posted: 02 May 2012 07:37 PM PDT



Kadangkala rasa simpati juga terhadap 2 otai blogger Papa Gomo dan Parpukari yang menjadi mangsa penyebar Gambar Aksi Seks Azmin Ali yang kini sedang diperkatakan hangat di kalangan masyarakat. Ia dapat dilihat menerusi paparan Buletin Utama di TV3 yang disusuli dengan serangan empunya badan Azmin Ali.




Jika dikaji semula, blog pertama yang memaparkan gambar tersebut adalah SEX SCANDALS AZMIN ALI yang dikendalikan oleh individu upahan MB Selangor Khalid Ibrahim. Ini fakta. Kedua2 blogger terkemuka ini merupakan antara blogger Pro Kerajaan yang 'meniup semboyan' Khalid Ibrahim mempamerkan semula gambar2 dari blog tersebut.

Ini mungkin sasaran Khalid Ibrahim dalam membunuh karier politik Azmin Ali dek kerana sikap berlebih2 an mengumpul kuasa menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim. Sasaran ini dilihat memulakan mukadimah dengan begitu baik sekali apabila blogger Pro Kerajaan dituduh Azmin sebagai penyebar. Namun Khalid lupa seketika Azmin sangat licik dalam membawa watak.

Semua pemimpin PKR yang makin jelak dengan sikap Azmin terpaksa diam membisu atas arahan Anwar. Jikalau tidak, mereka akan menerima nasib sama seperti Zaid Ibrahim.


 

Namun Khalid Ibrahim agak tertekan kerana strategi paling utama beliau menerusi pelan tersebut tidak mampu mempengaruhi pimpinan BN Negeri Selangor terutamanya Noh Omar dalam menghentikan seketika pembongkaran kezaliman jangka panjang beliau terhadap rakyat Negeri Selangor.

Timbalan Pengerusi BN Negeri ini dilihat tidak mengambil isu tersebut sebagai senjata utama menyerang PKR.





Noh Omar tetap fokus dalam mendedahkan kepincangan dan agenda sulit Khalid Ibrahim merampas hak rakyat Negeri Selangor. Ini bakal dibuktikan satu persatu dan Khalid Ibrahim terpaksa memikirkan Pelan B bagi meracuni minda Noh Omar agar hilang fokus dalam membongkar korupsi beliau.


Persoalannya, adakah misi tersembunyi Khalid Ibrahim ini benar2 bakal membunuh Azmin Ali semata2? Atau bakal turut mengheret beliau dan kuncu2 Pakatan Negeri Selangor yang kini bakal berhadapan dengan pendedahan korupsi khianat nasib rakyat di Negeri tersebut?



RAFIZI BATAL DEBAT DGN. KJ GARA2 GAMBAR AKSI SEKS AZMIN ALI!!?

Posted: 02 May 2012 08:37 AM PDT




Majlis Debat Terbuka KJ VS Rafizi : Isu PTPTN yang dijadual berlangsung malam esok ditangguhkan. 

Ianya disahkan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali yang akan memilih satu tarikh baru bagi Program anjuran Sinar Harian tersebut.

Namun beliau menafikan dakwaan Debat tersebut akan dibatalkan dalam masa terdekat ini dan memberi jaminan akan meneruskan melainkan pihak yang terlibat menarik diri di saat2 akhir.






Alasan yang diberikan mengenai penangguhan tersebut setelah melihat beberapa insiden di seluruh negara, khasnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu mewujudkan suasana hangat dikhuatiri memberi kesan terhadap program tersebut.

"Sebab itu kami memutuskan supaya wacana ilmu ini ditangguhkan dahulu dan kami memohon maaf kepada orang ramai, khasnya pembaca Sinar Harian yang sejak seminggu lalu telah menempah tempat untuk menyertai debat ini," katanya.





Selain isu keganasan Peserta BERSIH 3.0, turut menjadi perhatian masyarakat paparan terbaru gambar aksi seks Azmin Ali yang dikenalpasti dikeluarkan puak Pro Khalid Ibrahim bagi mematikan karier politik Timb. Presiden PKR tersebut.

Menurut sumber, Diktator PAS Nik Aziz juga telah memberi amaran kepada Anwar dengan mendakwa Azmin merupakan individu terakhir buat dirinya dijadikan kambing hitam dalam bersubahat perilaku yang bertentangan Islam tersebut.



BELA SEKS BEBAS AZMIN ALI - NIK AZIZ BERI LAST WARNING BUAT ANWAR!!

Posted: 02 May 2012 01:50 AM PDT



Tindakan Nik Aziz yang mengeluarkan 'fatwa' beliau secara drastik beberapa jam setelah gambar aksi seks Azmin Ali disebarkan telah mengejutkan pimpinan PAS yang lain.

Anwar seperti biasa telah menggunakan pengaruh Diktator PAS itu sebagai 'kata kunci' buat kesemua pimpinan dan penyokong Parti tersebut agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memberi liabiliti kepada Azmin dan PKR.








Namun Nik Aziz dikatakan semakin 'jelak' dijadikan kambing hitam setiap kali berlakunya pendedahan moral melibatkan Anwar serta rakan2nya di dalam PKR. Malah Nik Aziz didakwa telah memberi amaran terakhir kepada Anwar agar menghentikan serta merta permainan politik melampau yang dipercayai didedahkan kroni MB Selangor Khalid Ibrahim.




Namun apa yang pasti, PKR telah cuba membawa satu fahaman baru dengan memberi fokus terhadap serangan korupsi sebagai Raja segala kejahatan dalam kepimpinan Negara mengatasi isu moral yang secara jelas lebih besar kesan terhadap Pentadbiran Negara.

Persoalan yang semakin berlegar dari kalangan Pimpinan PAS di peringkat akar umbi mengenai status akhlak dan moral Pemimpin yang bakal dijulang jika Pakatan diberi peluang memegang tampuk pemerintahan Negara.


 


Mengapa KES membabitkan Azmin Ali ini tidak diberi peluang untuk disiasat malah mengambil langkah drastik membuat kesimpulan bahawa ianya serangan politik pihak lawan semata2? Adakah isu akhlak dan moral itu agenda politik semata2?

Sampai bilakah Pakatan akan menggunakan alasan yang sama jika insiden yang sama berlaku terhadap Pimpinan2 lain selepas ini?

FIKIR.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

  1. Mari Bergabunglah Bersama MandiriQQ, menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 7 PERMAINAN ( NEW GAME : BANDAR SAKONG!!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik dari MandiriQQ..!!
    - Bonus TurnOver 0.5% tiap Minggunya
    - Bonus Referral 20% Dibagikan Setiap Minggunya.
    - Minimal Deposit hanya 20 Ribu
    - Minimal Withdraw hanya 50 Ribu
    Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs MandiriQQ
    PIN BBM : 2BE2B4BA
    Line : mandiri_qq
    yahoo : mandiriqq@yahoo.com
    Link : www.mandirimenang.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...