Pemimpin Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur menyediakan
tapak gerai di sepanjang jalan menuju ke arah rumah S. Ambiga hari ini.
tapak gerai di sepanjang jalan menuju ke arah rumah S. Ambiga hari ini.
KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, tujuan mereka membuka gerai di hadapan rumah penganjur Bersih 2.0 bertujuan ingin membalas dendam.
Sebanyak 60 petak gerai disediakan di sepanjang jalan menuju rumah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Jamal berkata, "memang tujuan kami untuk membalas dendam ke atas penganjur Bersih 3.0 yang membuat kami rugi kerana perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 lalu."
"Kami bukanlah orang cerdik undang-undang, tujuan kami nak buka meja dan gerai untuk berniaga di sini.
"Kami bukanlah orang cerdik undang-undang, tujuan kami nak buka meja dan gerai untuk berniaga di sini.
"Kami pun bukan ada agenda politik, kami hanya ingin perjuangkan nasib kami dan menuntut ganti rugi kepada yang sepatutnya," katanya kepada media di sini petang tadi.
Ketika diminta mengulas tindakan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang membatalkan hasrat mengadakan protes burger di luar rumah Ambiga bagi menghormati arahan pihak berkuasa, Jamal berkata, Ikhlas hanya mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.
Ujar Jamal, sebaliknya majlis yang ditubuhkannya itu mewakili beberapa NGO dan kumpulan peniaga yang terjejas dari insiden demonstrasi itu.
Ekoran tindakan Ikhlas baru-baru ini, Ambiga telah membuat laporan polis.
Berikutan laporan polis, pihak polis mengadakan rondaan di hadapan rumahnya.
"Esok kami akan memohon permit untuk berniaga di sini, kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi," katanya lagi.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment