BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! GAMBAR CIUM MULUT PENYOKONG KELANTAN TERSEBAR ??? WAJIB BACA !!!
- FAKTA ATAU AUTA !!! BANTUAN UNTUK PELAJAR TADIKA !!! HALIMAH ALI NAFI KERANA @KHAIRYKJ ??? WAJIB BACA !!!
- #BERSIH3.0 !!! AMBIGA DENGAN SETARAF PENCURI BESI BURUK ??? WAJIB BACA !!!
- KHAS UNTUK RAKYAT KELANTAN !!! MANA YANG LEBIH PENTING ??? AIR ATAU BOLASEPAK ??? WAJIB BACA !!!
- RUMAH URUT BERLAMBAK DI SELANGOR !!! AKHIRNYA KHALID GAGAP BUKA MULUT !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #HBN2012 MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI 43 WAKIL LUAR NEGARA !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! ADA KEBANJIRAN PENYANYI PASAR MALAM DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! GAMBAR CIUM MULUT PENYOKONG KELANTAN TERSEBAR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 25 May 2012 01:07 PM PDT Mahu luluh hati Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika melihat gelagat beberapa penyokong Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby,Sabtu lalu.Sebelum perlawanan,sudah dipesan oleh Tok Guru agar menjaga imej negeri Serambi Mekah itu namun mungkin nasihat berkenaan difahami sekerat jalan,yakni jangan merusuh sahaja.lain pulak jadinya,ingat kan merusuh tapi....saya pun malu kerana sedikit darah saya adalah keturunan kelantan :-( lihat gambar di bawah RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 25 May 2012 08:30 AM PDT Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN yang gagal melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008.Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012,semalam. Pengumuman pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika itu dilakukan sehari selepas Khairy membangkitkan perkara tersebut dalam debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan oleh media Sinar Harian, Selasa lalu.Khairy dalam debat PTPTN itu membidas sikap retorik pakatan pembangkang memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah melaksanakan janji mudah untuk memberikan bantuan RM50 kepada murid tadika sejak memegang pentadbiran kerajaan negeri Selamgor selepas empat tahun lamanya. LIHAT MINIT KE 6 !!! "Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya. Dalam majlis Penyerahan cek Bantuan SJKC dan SAR tersebut, Halimah mengumumkan seramai 3,00 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor,sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008. - KlPos DAH LAH BAGI RM50 LEPAS DEBAT KHAIRY JAMALUDDIN DAN RAFIZ LEPAS ITU TAK MENGAKU !!! TIBA-TIBA KATA KEBETULAN !!! 4 TAHUN PERINTAH SELANGOR BARU NAK BAGI ??? JANJI RM75 TAPI BAGI RM 50 JER ??? KALAU KHAIRY JAMALUDDIN TAK CAKAP ??? KEBETULAN YEK ??? APA CERITA NI ??? Sekadar ingin mengingatkan pada mereka yang terlupa,atau buat-buat lupa... Tan Sri Khalid A.K.A Gagap !!! Antaranya yang dijanjikan untuk Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah : --> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor --> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri @ Tadika --> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah --> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti --> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor --> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga --> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia --> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim --> Memberi elaun ibu tunggal yang layak --> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka --> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri --> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam Janji yang mana dah tertunai ??? Janji -janji baru mana yang telah ditabur ??? Siapa yang telah menerima habuan ??? Siapa yang masih ternganga ??? Sekadar Mengingatkan.... RENUNG-RENUNGKAN |
#BERSIH3.0 !!! AMBIGA DENGAN SETARAF PENCURI BESI BURUK ??? WAJIB BACA !!! Posted: 25 May 2012 05:00 AM PDT Bagi saya ketawa dulu.muahahaha...saya tergelak terbahak-bahak ketika melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya.Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat malaysian yang benci kan demonstrasi.Secara dasarnya,Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang.Ini tidak benar.Namun begitu,siapa jua mereka bukan soalnya.Soalnya ialah,kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO,mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu. Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak,hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Haram.Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.Antaranya,A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga.Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga,konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai. Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina,China Press,yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.Ya,mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan.Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat,penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh !!! itu pendapat saya.anda lihat apa dah jadi masa BERSIH 3.0 ??? siapa yang mulakan ??? adakah polis yang mulakan ??? Kerana BERSIH nama negara tercemar,imej negara tercalar,peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.Semuanya kerana Ambiga.China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga.Alasan mereka,kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan,maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan,bukan Ambiga.Hujah mereka lagi,tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat.saya dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini.Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina ??? yang bestnya apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.Justeru itu,kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina ??? Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan,bukan keuntungan dan mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko ??? Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri,maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan,bukan pencuri tersebut.Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara,bukannya untuk membayar ganti rugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan.Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri,pengganas,pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.Kerana itu,untuk pengetahuan China Press,sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap,pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.Lagipun,apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk ??? Dalam kes BERSIH 3.0,kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi,penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang,iaitu bekas Presiden Majlis Peguam.Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin.Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.Tetapi,Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat dan mengambil risiko berarak di jalanan.Akibatnya,peserta BERSIH telah melanggar undang-undang dengan menceroboh ke kawasan larangan.Kerana kedegilan Ambiga,keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus,harta awam musnah dan ramai yang cedera.Tidak boleh tidak,Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip,prihatin dan berintegriti.Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya !!! Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah ??? Jika ini pun Ambiga tidak tahu,maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang !!! RENUNG-RENUNGKAN |
KHAS UNTUK RAKYAT KELANTAN !!! MANA YANG LEBIH PENTING ??? AIR ATAU BOLASEPAK ??? WAJIB BACA !!! Posted: 25 May 2012 02:00 AM PDT Sebelum ini saya telah mengeluarkan artikel kepada anda berkenaan siapa yang dapat menafaat kemenangan pasukan bolasepak kelantan.kepada yang belum baca KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA kali ini saya nak tukar sikit.Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors (TRW) menjuarai Piala FA masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan ramai rakyat Kelantan sekalipun di peringkat nasional topik tersebut sudah kurang menarik perhatian.Kehangatan topik tersebut dikalangan rakyat Kelantan khususnya peminat sukan bolasepak tidak sukar di duga setelah mengambil kira inilah julung kalinya Piala FA berada dalam genggaman Kelantan.Sebagai menghargai kejayaan tersebut, KAFA telahpun bersetuju untuk memberi imbuhan dan ganjaran berjumlah RM500,000.00 yang akan dibahagi-bahagikan sesama pemain dan pegawai pasukan TRW. Manakala kerajaan negeri Kelantan pula melalui EXCO Pembangunan Insan,Belia,Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Datuk Abdul Fattah Mahmood juga telah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada para pemain TRW.itu yang saya puji kerana menghargai penat lelah dan usaha keras pemain yang mengharumkan nama negeri tentu sahaja berbaloi malah mungkin menjadi rangsangan kuat kepada para pemain untuk terus maju ke depan.tapi,saya nak menyarankan kepada kerajaan negeri Kelantan sementara menanti keputusan muktamad diputuskan dalam hal ganjaran tersebut,barangkali elok juga dipertimbangkan sama satu peruntukan khusus untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.Bukannya apa,balik-balik asyik mengharapkan Kerajaan Pusat saja yang bantu meringankan permasalahan air di Kelantan sedangkan kerajaan negeri pula acapkali berlepas tangan menuding jari, nanti orang kata lebih baik serahkan terus pengurusan air Kelantan kepada Kerajaan Pusat. Lagipun kalau Kerajaan Pusat saban tahun boleh ambil cakna dan tidak lokek berbelanja puluhan juta ringgit tiap tahun untuk membantu rakyat negeri Kelantan dalam isu air bersih,mustahil pula menjadi kesukaran untuk kerajaan negeri turut sama menyertai usaha tersebut.Misalnya dalam tempoh berbelas tahun Kerajaan Pusat telah membelanjakan hampir setengah billion hanya dalam isu air sahaja (tidak termasuk pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri Kelantan).Terbaru bagi tahun 2011,sejumlah 7,868 buah keluarga di beri bantuan dan masalah bekalan air bersih yang dialami mereka berjaya diselesaikan melibatkan perbelanjaan RM 16.5 juta.Untuk sepanjang tahun 2012 ini pula dijangkakan sejumlah 4,639 buah keluarga yang menghadapai masalah sama dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain yang menikmati bekalan air bersih dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM 10.4 juta. Semua yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat itu kerana melihat bekalan air bersih adalah amat penting demi kebaikan dan kehidupan rakyat Kelantan.Jadi mengapa tidak kerajaan negeri juga menggandakan usaha untuk menyelesaikan segera permasalahan tersebut ??? Kalau dalam hal sukan kerajaan negeri boleh sebegitu laju terfikir untuk mengeluarkan peruntukkan khas menghargai pemain,takkanlah sukar pula untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah tertentu khusus untuk membantu rakyat Kelantan yang hampir 30% belum menikmati air bersih.Di antara bekalan air bersih yang menjadi sumber kehidupan dan ganjaran untuk pemain bolasepak, rasanya ramai yang waras fikirannya tahu mana satu yang lebih penting dan wajar didahulukan.Tapi kalau kerajaan Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah masih juga melihat masalah air itu boleh diremehkan dan ditangguhkan untuk 17 tahun lagi demi mendahulukan bolasepak,maka terpulanglah pada pengundi di Kelantan untuk menilai setakat mana prihatinnya kerajaan negeri yang selama ini gah mendabik dada mempromosikan slogan negeri berkebajikan RENUNG-RENUNGKAN |
RUMAH URUT BERLAMBAK DI SELANGOR !!! AKHIRNYA KHALID GAGAP BUKA MULUT !!! WAJIB BACA !!! Posted: 24 May 2012 11:00 PM PDT Sejak tahun pertama Khalid Ibrahim dinobatkan sebagai MB Selangor serta Ronnie Liu ditabalkan sebagai Exco PBT kita telah bercakap mengenai bilangan rumah-rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Selangor.Kini setelah empat tahun dan tahun terakhir sebelum PRU diadakan,tiba-tiba semalam Khalid Ibrahim buka mulut dan bersuara mengenai rumah urut. Katanya seperti yang dilaporkan oleh freemalaysiatoday SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan. "Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini. Abdul Khalid berkata,pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor. Empat tahun Khalid membisu dan menghalalkan rumah-rumah urut haram di Selangor. Berbuih sudah kita bercakap mengenainya dan sudah lama orang ramai marah.Kini disaat pilihanraya sudah berada di selekoh tiba-tiba Khalid Ibrahim menunjukkan keseriusannya tentang rumah-rumah urut.Ini beerti akhbar yang musuh nombor satu PKR selama ini berjaya mempengaruhi fikiran Khalid Ibrahim dan Khalid juga mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin 21 Mei 2012 adalah benar. Khalid sendiri dalam sidang medianya mengakui rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.Jika dizaman pemerintahan BN dulu,kebanyakan lesen rumah urut dikeluarkan di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan orang islam.Tapi kini dizaman pemerintahan PKR bilangan orang sakit urat semakin bertambah hinggakan rumah urut menjalar tumbuh ke kawasan MB sendiri di Kuala Selangor iaitu kawasan yang majoritinya orang-orang melayu. Persoalannya kini,mampukah Khalid bertindak ke atas rumah-rumah urut berkenaan jika tanpa restu Ronnie Liu ? Adalah sesuatu yang mustahil jika tanpa restu Ronnie Liu Khalid boleh ambil tindakan. Semua rumah-rumah urut di Selangor berada dalam tangan Ronnie dan Ronnie telah mengutip wang-wang perlindungan dari mereka untuk kegunaan DAP. Jika Ronnie tidak mempertahankan rumah-rumah urut berkenaan daripada disita atas arahan Khalid Ibrahim, pasti Ronnie akan menemui ajal di tangan samseng-samseng cina. Bukan setakat menemui ajal , DAP juga akan kalah teruk di Selangor dalam PRU. Kesimpulannya rakyat Selangor dengarlah sahaja apa yang diucapkan Khalid hari ini sebagai pemanis kata sahaja.Ianya tidak akan lebih dari itu.Dia hanya nak menunjukkan keprihatinannya supaya menjadi buah mulut rakyat menjelang pilihanraya. - SD |
HOT NEWS !!! #HBN2012 MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI 43 WAKIL LUAR NEGARA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 24 May 2012 07:00 PM PDT Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula kelmarin turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim,setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada Semalam bermula jam 4 petang. "Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia. Beberapa Negara menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis,China,Cuba,Argentina,Jepun,China,Kemboja,Brunei,Indonesia,Algeria dan Bangladesh.Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global. Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang hari ini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS),Lektron (Jerman),Cats In Love (Malaysia),Diana Liu (Malaysia),Morning Smile (Indonesia),57Kustik (Indonesia),Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India). |
HOT NEWS !!! ADA KEBANJIRAN PENYANYI PASAR MALAM DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 24 May 2012 04:00 PM PDT saya mengucapkan tahniah kepada penyanyi Hafiz yang diumumkan sebagai juara program Mania pada malam 19 Mei lalu. Beliau digelar Superstar Mania dan mendapat wang tunai RM500 ribu,wang rakyat Malaysia yang mengundinya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).Dalam masa yang sama Ahmad Dhani,karyawan dari Indonesia dan bertindak sebagai produser Hafiz dalam program itu berjaya membawa keluar wang negara berjumlah RM300 ribu,satu jumlah yang banyak.Kalau ditukar wang itu dalam nilai rupiah. Saya mendengar kawan-kawan saya berborak,stesen televisyen kita pada hari ini terlalu pemurah kerana menyediakan wang tunai yang begitu banyak untuk sesebuah pertandingan.Saya berkata,memang benar mereka pemurah tetapi yang lebih pemurah adalah hati nurani rakyat Malaysia kerana sanggup membazirkan duit poket dan duit belanja sekolah masing-masing disebabkan ingin memberi keuntungan kepada stesen televisyen yang menjadikan medium hiburan untuk mengaut keuntungan. Kita juga terlepas pandang,dengan adanya pertandingan yang diundi menggunakan SMS, stesen televisyen mendapat dua keuntungan.Pertama,keuntungan daripada duit titik peluk rakyat yang bekerja siang,malam dan kedua pula mereka meraih untung menerusi iklan yang dipaparkan.Dalam hal ini siapakah yang silap? Stesen televisyen tak silap tetapi kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiranlah yang membuat silap. Kita sanggup membazirkan wang untuk memberi keuntungan kepada orang lain sedangkan wang yang dilaburkan walaupun hanya 10 sen nilainya itu tidak memberikan apa-apa pulangan ataupun faedah kepada kita.Dalam masa yang sama kita perlu membayar bil elektrik serta bayaran menyewa saluran televisyen.Hasil sumbangan itu akhirnya menambahkan lagi bilangan artis yang tidak berkualiti kerana pemilihan mereka dinilai daripada sudut yang tidak profesional. Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro pada tahun 2003 merupakan rancangan pertama yang memperkenalkan pendekatan undian SMS ini dan seterusnya berjangkit kepada stesen televisyen lain yang turut mengambil pendekatan serupa.Bayangkan pada tahun 2004,Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berjaya mencatat kutipan berdasarkan SMS sebanyak RM15 juta iaitu jumlah tertinggi dalam keseluruhan program AF yang diterbitkan Dan sekarang negara kita dipenuhi dengan bintang-bintang mi segera yang bukan setakat tenggelam timbul keadaannya tetapi ada yang tenggelam tidak timbul-timbul.Dalam masa sepuluh tahun lagi,kalau budaya undian SMS ini terus menular,kita usah terkejut sekiranya banyak penyanyi pasar malam membuat rakaman album. Kita tidak perlu menyalahkan orang lain sebaliknya kita hendaklah menyalahkan diri kita sendiri kerana kita sudah membuat pelaburan untuk melahirkan artis sebegitu kualitinya Dan... tidak mustahil pada masa akan datang, bayaran untuk juara dalam pertandingan seumpama itu boleh mencecah jutaan ringgit.Peningkatan jumlah bayaran kepada pemenang itu adalah bukti bahawa pelaburan rakyat menerusi SMS untuk sesebuah rancangan realiti sememangnya meningkat. Oleh Niezam Mstar APA YANG SAYA RASA ADA JUGA KEBENARANNYA !!! ITU ADALAH LUMRAH PEMINAT RAKYAT MALAYSIA TAK KIRA KAUM !!! TERUTAMA ANAK-ANAK MUDA !!! APA PUN JANGAN SALAHKAN MEREKA !!! ADA MANUSIA YANG TAK BOLEH HIDUP TANPA HIBURAN !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment